Sewaktu suami lafazkan taIak 1 di mahkamah, takde setitik pun airmata aku mengalir

Aku yang ada disaat suami kerja kuli, balik dengan badam Iebam – Iebam dan s4kit. Saat suami tak ada duit, aku sikit pun tak terpikir nak tinggalkan dia. Tapi bila muncul orang ketiga, suami boleh lupa isteri yang sentiasa ada masa susah dan senang. Setitik air mata aku tak mengalir semasa suami lafaz taIak. Selepas bercerai aku masuk kursus kecantikan, aku pasang badan, tiba – tiba suami datang semula merayu dan menyesal…

#Foto sekadar hiasan. Kau tak pernah rasa disaat dia tak de apa – apa. Kau tak pernah rasa berhujan berpanas dengan dia. Yang kau rasa sekarang saat dua dah memiliki semuanya. Saat dia kerja biasa – biasa, saat dia kesuIitan duit.

Aku yang sentiasa ada di sebelahnya yang sentiasa menghulur bantuan tanpa meminta baIasan. Ya, semuanya sebab aku cintakan dia. Saat dia kerja angkat barang, kuli sahaja., balik dengan badan s4kit, Iebam, akulah yang ada saat dia s4kit.

Aku sentiasa sokong dan menunggu dia tak kira malam dan siang, berhujan panas. Ya, sebab aku cintakan dia. Setiap apa yang dia lakukan, aku sentiasa ada di sebelahnya tanpa merungut untuk pergi. Sampailah kami dah kahwin dah ada cahaya mata penyeri hidup, aku tetap disisinya.

Sedikit demi sedikit Allah beri rezeki buat keluarga kecil kami. Ya, kami berusaha untuk terus berdoa dan terus berdoa. Suami aku dapat kerja tetap, aku hidup dengan harapan dan janji dia, untuk memberi kebahagiaan buat kami sekeluarga.

Tetapi sejak hadirnya kau orang ketiga, satu persatu kau ambil dari aku. Kau contr0l hidup suami aku, kau janji mahu pergi tinggalkan dia tapi sebenarnya kau masih lagi mengharapkan suami aku. Kau meminta dia untuk bercerai dengan aku, kau buat suami aku tak mengenali aku.

Tak apa, Allah tu ada dan aku percaya qada dan qadar Allah. Dan ternyata suami aku melafazkan taIak 1 di mahkamah. Saat itu, satu airmata sudah tak keluar dimuka aku, aku lihat bekas suami aku memeIuk anakku sambil menangis dan meminta maaf dengan anak kami.

Kenapa perlu meminta maaf? Sedangkan kau yang cipta titik noktah hitam buat anak kita. Anak yang kau sayang, anak yang selalu mengharapkan belaian seorang bapak. Aku hanya menatap tanpa rasa sedikit pun kasihan. Aku ambil anak aku pergi dari mahkamah.

Saat itu, barulah aku mula menangis, yaaa aku s4kit Ya Allah. Dugaan mu hebat. Hak jagaan anak aku dapat, aku tak nak tunjuk diri aku lemah depan bekas suami aku. Cukuplah aku menunjukkan diri aku sekuat yang dia fikirkan.

Saban berganti hari, genap 6 bulan kami bercerai. Dalam tempoh 6 bulan aku mula ambik kursus kecantikan. Aku mula pasang badan, jaga kesihatan dan penampilan diri. Aku mula mencari rezeki untuk anakku. Tiap – tiap bulan tak pernah lagi suami aku skip bagi nafkah anak.

Alhamdulillah dia bapa yang bertanggungjawab. Tiba – tiba suatu hari aku terk3jut melihat bekas suami aku datang ke rumah kami. Selepas bercerai dia tak pernah datang jenguk anak dan saya tak pernah pun ambik tahu tentang dia selepas bercerai.

Saat itu, dia melihat aku. nampak berbeza, yang dahulu hanya seperti seorang bibik di depan mata dia. Sekarang dia menangis, merayu dan dipeIuknya erat anak kami. Dan akhirnya dia berkata.. “Hidup saya tak bahagia lepas berpisah dengan awak dan anak.. ”

Saya sejujurnya, sudah tawar hati terhadap bekas suami. Saya bahagia dengan hidup sekarang. Bila bekas suami merayu – rayu. Bekas suami seperti orang yang giIa taIak. Saya tak mampu nak kembali kepada dia. Cukuplah kes4kitan yang saya tanggung.

Setiap hari saya kuat hidup tanpa dia. Ya, dulu hidup kami sangat bahagia.. Anak ketawa bersama – sama kami, bermain bersama. Dug4an Allah tu nak uji, akhirnya jadilah begini. Hanya kerana seorang perempuan yang dia kenal.. Dia buang orang yang hidup bersama dengan dia selama 5 tahun.

Buat yang berkawan dengan suami orang. Ingatlah, Kifarah Allah itu wujud. Tak di dunia, pasti di akhir4t. Jika benar inginkan suami orang, berdoalah. Kau tak pernah tahu bagaimana si isteri berk0rban disaat suaminya tiada apa – apa.

Jadilah perempuan yang menghorm4ti perempuan lain. Dan ingat selalu satu yang pergi tak akan sama dengan 1000 yang akan datang. Saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Doakan saya terus dimurahkan rezeki dan dapat menjaga amanah Allah ini sebaiknya. Amiinn.

Komen Warganet :

Wan Nazneen : Alhamdulillah, puan kuat! Syabas tetapi lebih baik nukilan ni puan l0ntarkan khas buat bekas suami sebab dia yang mengharungi susah senang dengan puan. Dia yang beralih hati, bukan perempuan menyond0l tu. Penyond0l tu hadir kemudian. Tapi yang bersama puan adalah bekas suami puan, agar dia sedar dan jadikan pengalaman.

Nordiana Daud : Tahniah sis! Antara contoh bangunnya seorang sri kandi. Buat laki dan kaki sondol, renung – renungkan di mana anda. Jangan ingat seorang isteri yang ditinggalkan kerana ketamakkan korang tidak akan boleh b4ngkit. Setiap air mata yang mengalir atas keh4ncuran daripada kebahagian yang anda cipta Allah hitung dan Ingatlah doa orang teran1aya tak ada hijabnya..

Juliati Othman  : Yang salah tu bukan orang ketiga puan tapi yang lebih salah tu suami puan sendiri. Kalau dia ingat anak dan isteri dan tidak melayan semua ni tak akan terjadi semua ni. Kalau dia ingat peng0rbanan puan tentu dia tak akan terjebak dengan cinta untuk wanita lain di luar sana.

Perempuan kat luar sana yang dah memang gatal tu menjadi peramp4s sentiasa mencari peluang dan ruang untuk kepentingan diri sendiri. Yang kena berhati – hati dan kena mengeIak, kena kuat dengan g0daan tu adalah suami puan sendiri.

Tapi kalau dia sendiri yang membuka ruang, tak perlu perempuan dekat luar sana nak beria – ria dia sendiri yang membenarkan semua perkara tu berlaku. Puan move on, jangan pandang kebelakang lagi. Sekali dia pernah curang tak must4hil dia akan melakukannya lagi nanti. Membahagiakan diri sendiri itu paling baik dari puan bersama dengan lelaki yang akan buat puan s4kit jiwa kelak.

Aisy Attire : Betul lah tu, jarang – jarang ada lelaki yang tak cari semula bini pertama. Sedangkan dalam drama pun selalu mcam tu. Tak bahagia bila bersama dengan yang baru, akhirnya yang lama juga di cari semula. Tapi perempuan yang ditinggalkan kebanyakkan selepas bercerai dah ada kehidupan sendiri yang lebih bahagia.

Tak nak dah kembali ke sejarah hitam tu. Jadi di sini kesimpulannya, perempuan lagi kuat dari lelaki. Perempuan mula – mula saja akan rasa frust lepastu akan cipta kebahagian sendiri dengan anak-anak. Lelaki happy dulu, 2-3 bulan akan rasa s4kit tu dan ia akan berlarutan seumur hidup dia. Wanita – wanita di luar sana semoga kita semua sentiasa dalam redha dan kuat hadapi setiap ujian yang datang dalam hidup ni. Teruskan tunjuk the power of woman.

Dila HN : Kena kuat semangat dik, terus maju ke depan. Yang dah lepas biarkan, pandailah dia nak teruskan hidup dia. Semoga kejayaan dalam hidup untuk adik dan anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.