Suami lupa dunia sampai Iuka Iebam badan saya depan anak. Anak 2 tahun tr4uma, ulang-ulang kata jangan buat ibu

G4duh isu kecil, berkenaan tak basuh pinggan dan saya penat hamil. Masak pun jarang sebab mual dengan bau tumis. Saya kerja dari 9 pagi sehingga 9 malam jadi penat sangat dengan morning s1ckness. Keluarga mertua kata saya tak reti urus suami

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Saya nak bertanya pendapat dan sebenarnya memerIukan ruang untuk melepaskan rasa sedih dan kecewa dalam hati saya. Jujur rasa sekarang ni dah di ambang depr3si, selalu menangis seorang diri dan fikirkan nasib anak dan bayi dalam kandungan.

Saya dan suami sudah 6 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan umur 2 tahun dan sekarang sedang hamil anak 5 bulan. Kami bahagia, most of the time. Suami saya seorang yang sangat baik. Tapi bila sampai baran dan marah, jadi lupa dunia sehingga Iebam Iuka dan di hadapan anak.

Anak 2 tahun saya tr4uma dan sangat sedih ulang – ulang kata jangan buat ibu. Bukan kali pertama. Semasa sebelum ada anak pernah, semasa hamil anak pertama pernah dan sekarang semasa hamil anak kedua, sekali lagi kena di hadapan anak. Saya jadi takut mahu menegur.

Suami suka keluar dan ugvt tak kembali biar dia m4ti sahaja, biar dia kemaIangan. Semasa belum ada anak bolehla kejar. Ada anak bayi kecil, takkan saya nak tinggalkan. Ada tanggungjawab lain. Suami saya baik orangnya dan sangat sayangkan saya.

Dia sangat membantu buat buat kerja ruma dan juga akan ringan tangan urut saya jika penat. Cuma ada masa dia tak boleh kontrol em0si dan terus meIetup walaupun g4duh benda kecil. Lepas g4duh suami susah mengalah dan saya yang akan pujuk walaupun saya yang Iebam dan Iuka sebab fikirkan anak dan taknak g4duh berpanjangan.

Kerap kali suami memang sedar kesilapan dan berjanji tak akan buat sekali lagi. Katanya tidak sedar, ni mungkin dari kesan tr4uma zaman kecil, perasaan sentiasa pendam dan tak reti meluahkan perasaan. Malangnya berulang berkali – kali.

Keluarganya sudah dapat tahu sebab saya rasa takut dan diancam, ketika itu saya tak boleh fikir apa lagi sebab sangat takutkan suami dan membuat keputvsan untuk beri tahu keluarganya supaya dia berhenti pukuI saya.

Saya dibaling ke lantai ketika hamil dan dia tak peduli walaupun saya suruh dia ingat Allah dan ingat anak di dalam perut. Saya bukan jenis diam biar dipukuI. Saya berani melindungi diri saya. Saya taknak dia pisahkan saya dan anak saya.

Katanya bila saya meIawan macam tu, dia lagi marah. Tapi apa lagi yang perlu saya buat pada saat itu? Biar saja diri ini diperlakukan macam binatang? Biar saja dia ambil anak yang menjerit mahukan ibunya? Kata keluarganya saya lah penyebab anak lelakinya jadi begitu sebab anaknya sangat baik.

Mesti ada salah saya jadi isteri yang tak mendengar kata dan derh4ka. Pendapat saya pula sebab sepanjang hidup dia sentiasa anak dan abang yang baik, dia diberikan outlet untuk melepaskan marah kepada isteri yang dianggap inferior.

Mungkin status saya tidak cukup ‘keluarga’ di matanya. Selepas meminta tolong dari keluarganya, saya sekali lagi rasa ‘seorang’. Sudahlah dipukuI suami, bila mengadu, ditanya pula apa yang saya buat sampai suami saya buat macam tu, mungkin memang itulah selayaknya yang saya dapat. Saya rasa seperti di v1ctim bl4ming.

Sejak itu saya pendam, dengan keluarga saya pula saya tak berani bagi tahu kerana risau aib suami saya terbuka di mata ibubapa saya. Saya pernah reach out d0mestic vi0lence line tapi semuanya sama. Mereka urge untuk tinggalkan marriage ASAP sebab t0xic.

G4duh banyak isu. Kadang – kadang berkenaan tak basuh pinggan dan saya penat hamil, tak boleh urus rumah sebaik sebelum hamil. Masak pun jarang sebab sangat mual dengan bau tumis. Tambah lagi saya kerja dari 9 pagi sehingga 9 malam jadi penat sangat dengan morning s1ckness.

Keluarganya kata saya tak reti urus suami. Tapi saya pun bekerja juga? Hidup sekarang lain kan. Gaji 2 ribu mana cukup nak tanggung keluarga. Saya seorang doktor medikal. Dulu saya kerja kerajaan tapi sanggup berhenti.

Gaji saya dahulu 4 ribu lebih dan suami saya 2 ribu lebih. Semasa anak s4kit, saya buat keputvsan untuk berhenti kerja. Semasa berhenti kerja selama 6 bulan, suami saya berikan duit tapi tak cukup untuk bayar komitmen hutang insurans bil telefon barang dapur.

Semasa saya tak bekerja full time saya masih ambil part time dan buat content untuk bantu financials keluarga kerana mahukan yang terbaik untuk keluarga. Savings saya berkurang dan hampir depleted. Anak saya sudah pun sihat. Saya sudah dapat offer kerja baru.

Sekarang gaji saya mencecah 10 ribu ke atas sebulan tidak termasuk konten atau side job yang saya ambil sementara suami saya bergaji 3 ribu. Dulu duduk tumpang rumah keluarga saya, sekarang berpindah lokasi ke rumah baru di mana saya yang membayar sewa sepenuhnya, bayar taska anak sepenuhnya dan lain – lain komitmen.

Saya tidak kisah berkongsi duit dengan suami sebab nakkan yang terbaik untuk keluarga. Kalau saya mampu untuk sediakan yang lebih baik untuk anak – anak saya, saya rasa apa salahnya. Bolehla saya guna peluang dan skill saya untuk buat simpanan keluarga terutama bila anak s4kit.

Acapkali suami saya suruh saya berhenti kerja. Suruh saya berpindah ke rumah keluarganya. Katanya nanti mesti ada isu dia tak sediakan rumah. Tapi rumah keluarganya jauh dia Seremban. Saya bekerja jarak 1 jam lebih dari rumah keluarganya.

Saya juga ulang yang saya tak nak terhutang budi dengan keluarganya. Kalau saya kongsi sediakan rumah, apa salahnya. Saya rasa isu perg4duhan kerap kali isu nafkah. Suami saya pernah tak beri nafkah ke saya 3 bulan. Saya tanya ke mana nafkah itu sebab duit saya sudah habis bayar deposit rumah 2 bulan dan deposit sekolah anak.

Walaupun saya bergaji besar, saya tetap mahukan dia rasa dia in charge sebab kebanyakan duit saya akan dibelanjakan ke perkara seperti makan luar, beli pampers, pakaian, barang dapur yang mahal (seperti buah/daging), duit bayar check up bulanan mengandung dan sebagainya.

Saya juga sedang buat simpanan  untuk beranak di hospitaI swasta. Saya sekarang rasa seperti isteri men4gih kasih. Kerap g4duh benda kecil. Katanya kami ni bukan ditakdirkan untuk bersama. Katanya no chemistry. Katanya cinta tak cukup.

Tapi katanya dia tak mahu berpisah dan sayangkan saya. Saya lost. Saya tak rasa disayangi. Saya penat di rumah. Saya penat bekerja. Saya physicaIIy and em0tionally overwhelmed. Kalau boleh memang saya juga nak berhenti kerja dan rehat tapi saya rasa ekonomi tak mengizinkan jika mahukan yang terbaik.

Saya penat mengalah. Saya penat untuk ubati Iuka saya sendiri. Saya penat menangis seorang diri. Saya rasa tak cukup kuat untuk anak sulung saya dan anak di dalam perut saya. Saya sangat sayangkan suami saya. Saya terima suami saya ada kekurangannya. Saya juga tidak sempurna.

Tapi saya rasa saya saja yang cuba nak selamatkan perkahwinan kami dan dia pula masih pegang kuat dengan eg0 dia. Bila g4duh tak boleh bincang dan akhirnya mula keluar secara kekerasan dari segi mentaI mahupun fizikaI. Bila ajak dibincang, tidak mahu. No communication. Adakah ini kerana kami tak compatible? Betul ke apa saya rasa? Suami saya dah tidak mahukan saya? Should I just let go? – Maya (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Farah Kamal : Usually people stay in a t0xic marriage because lack of money or sebab anak. U have money and control over your life. Baik ke kalau selalu pukuI isteri? Kesian anak – anak, have you ever think about their mentaI challenges in future?

Datin Jay M : Dik, angkat kaki dan bina hidup sendiri. Tak sanggup saya baca adik yang sedang mengandung dibaling ke lantai. It doesn’t make any sense for him to abuuse you to that extend. Apa yang adik buat sehingga dia bertindak di luar akal.

Kalau dia sayang dan hormat adik sebagai isteri tak mungkin dia pukuI dan d3ra adik sebegitu teruk. Adik kena fikir tentang diri adik. Bertindaklah sebelum keadaan menjadi lebih parah. Sayangi diri adik, anak dan bayi dalam kandungan. Make up your mind girl. Good luck dik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.