Suami malas jaga anak, tak buat kerja rumah. Banding dengan suami lain tak pernah mandikan anak, semua kerja rumah isteri kena buat

Sampaikan anak sulung saya pernah cakap perkataan yang menjentik hati saya, ‘Kenapa ayah kahwin dengan mama? Ayah macam tak sayang mama ja, asyik mama ja kena jaga kami. Yang ayah tau, lepak dengan kawan.’

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Saya Teratai. Saya berumur 30-an dan saya ada dua anak. Anak kedua saya masih baby. Permasalahan saya adalah, suami terlalu suka membandingkan rakan – rakannya yang tak membantu isteri. Sebagai contoh:

‘Kawan – kawan i mana mandikan anak kecil, semua isteri buat’, ‘Kawan – kawan i mana buat ni, kawan – kawan i mana buat tu, isteri diorang la buat, ok je. U kena bersyukur la dapat i’. Saya terfikir, g3ng – g3ng lelaki ni bincang apa?

Mesti bila suami cakap dia mandikan anak, or tolong buat kerja rumah, kawan – kawan dia macam ‘aku semua isteri buat’. Dah saya ke yang tak reti bersyukur? Saya sedih sebab saya bekerja. Pagi – pagi saya bangun jam 6 lebih, siap – siap pergi kerja sebelum pergi kerja hantar anak, workload di office pun boleh tahan banyak (saya bekerja di bidang professional).

Di samping saya kerja, saya curi masa untuk pump susu anak. Betapa penatnya saya disiang hari tiada siapa tahu. Habis kerja drive macam pelesit nak ambil anak, bawa balik rumah. Keluar gelap balik pun dah nak gelap.

Bila balik pukuI 7 lebih, dalam tempoh sejam lebih saya dah macam masuk amazing race, sebab kena masakkan makanan baby, mandi dan siapkan diri sendiri, solat, kutip – kutip baju nak basuh, bagi anak makan, basuh botol – botol anak yang banyak,

Kalau bre4stfeeding korang paham la part part untuk bre4stpum pun kena basuh, sterilekan. Dalam tempoh satu jam setengah ni juga suami akan tengokkan sulung dan baby sambil main game di phone. Dan permasalahannya adalah baby tak nak duduk dengan suami sangat dan end up dia meraung – raung sambil tengok saya buat kerja.

Jadi saya akan buat semuanya dengan cepat dan terkejar – kejar semata – mata nak ambil anak saya semula. Dan bila saya ambil anak semula, suami akan kembali rileks bermain game seolah – olah sudah bebas. Walhal saya bertukus lumus tadi tak sempat duduk pun, bila ambil anak, kena sambung jaga anak pula.

Kadang – kadang saya skip makan. Hari – hari bila makan pun, saya akan bagi suami makan dulu walaupun saya pun lapar. Dia pun tak pernah cakap ‘kesian mama dari balik tadi tak sempat duduk langsung, makan la dulu’ atau offer suruh saya makan dulu dan dia jaga anak, apa – apa pun mesti dia dulu dan saya kemudian.

Dan dia akan meratib yang dia penat kot jaga anak sejam. Habis saya? Kalaulah saya jaga anak, dia nak ke buat semua yang saya buat tu? Tetapi di dalam rutin tu, suami saya ni akan mandikan anak. Yang itu la yang dia canang pada kawan – kawannya.

Saya paling berkecil hati sebab dia selalu katakan saya patut bersyukur dapat dia, dia nak mandikan anak, boleh mandikan anak, kawan – kawan dia tak buat semua tu. Saya nak tanya pendapat semua, betul ke lelaki lain tak mandikan anak, baby korang? Memang saya kah yang tak bersyukur?

Saya penat hari ke hari, rutin saya sama hari – hari, lepas bertukus lumus saya akan jaga anak sampai anak dah tidur. Saya perlu bre4stfeed lagi anak. Badan saya rasa lembik sangat. Saya rehat bila anak dah tidur saja. Saya tak pernah dihargai.

Saya yang beria – ia dalam perkahwinan dan put effort yang sangat banyak dari segi tenaga dan kewangan. Saya curahkan semua pada keluarga kecil saya. Hidup saya hanya di rumah selepas waktu pejabat. Tapi tidak suami saya.

Dia langsung tak caring. Tak peka dengan keadaan saya, dia tak tahu pun saya s4kit ka penat ka. Saya rasa suami memang dah tak cintakan saya. Jangankan nak caring – caring, perkataan ‘awak okay?’ pun tak pernah cakap.

Saya buat sendiri banyak perkara, hanya sebab saya boleh buat, dia rasa benda tu mudah, dan tak rasa pun saya buat benda susah atau saya penat. Saya cemburu tengok kawan – kawan update suami masak la, suami buat kerja rumah la, suami buat surprise birthday isteri la, buat isteri rasa dihargai sekali sekala pun tak.

Saya rasa sedih sangat tiada penghargaan untuk saya yang dah lahirkan dua anak kami. Malah bila hari ibu pun dia tak endahkan, bila saya tanya, dia kata ‘u bukan mak i, untuk apa nak celebrate, anak – anak u la kena celebrate’. Saya terkilan lagi dengan kata – kata dia.

Bagi dia beranak tu mudah sebab saya buat macam mudah. Sedangkan dia lewat makan sebab tolong pegang anak waktu saya mandi pun dah bising – bising perut masuk angin sebab lewat 10 minit untuk makan, tapi dia takkan tak tahu saya pun sama juga tak makan lagi.

Kata – katanya menggur1s hati saya macam pis4u. Sebab langsung tak ada caring mahupun empati pada saya. Saya ni tak layak dikesiankan sebab saya ni mak anak – anak saya ja. Kalau mak dia, ya dia kesian. Yang dia tahu, dia gunakan point – point kawan dia.

Kawan dia isteri ironkan baju. Kawan dia macamni macamtu. Saya nak ironkan baju macamana saya sendiri pun terkejar – kejar buat banyak perkara. Nasib baik yang sulung dah pandai bawa diri dan uruskan diri. Sampaikan anak sulung saya pernah cakap perkataan yang menjentik hati saya,

‘Kenapa ayah kawin dengan mama? Ayah macam tak sayang mama ja, asyik mama ja kena jaga kami. Yang ayah tau, lepak dengan kawan.’ Ya, suami saya pun ada hobi suka melepak dengan kawan hingga ke lewat pagi.

Alasannya dia lepak waktu anak – anak pun dah tidur, so takkan ada masalah la bagi saya sebab bukan saya kena jaga anak sorang – sorang pun waktu tu. tidur saja. Oh ya di sebalik semua tu, dia ada juga la buat kerja rumah, itu pun bila dia rasa nak buat, bukan secara rutin harian pun.

Dan dia tak suka saya bebel – bebel. Jadi saya pun kurang bebel sebab tahu dia tak suka orang cakap banyak. Dia pernah cakap dia bersyukur tak kahwin dengan A, A tu suka berleter. Sampah dia buang 2 hari sekali. Mop sebulan sekali.

Cuci tandas sebulan sekali. Itulah yang dia duk canang kerja yang dia bantu sebulan sekali. Itupun saya boleh buat semua tu, tapi sengaja saya tinggalkan untuk dia sebab kalau saya buat semua benda, apa guna saya ada suami.

Dahla komitmen rumah saya bayar separuh. Makan dia memang bayar tapi tak cukup apa – apa saya yang akan tampung. Kebanyakan barang – barang anak kalau yang penting – penting ja dia bayar, tapi banyak saya beli sendiri tak minta pada dia sebab bagi dia tak perlu pun, sebagai contoh dia akan cakap ‘orang lain tak beli pun periuk nasi kecil baby, okay ja masak makanan anak’.

Saya kah isteri yang tak bersyukur? Saya overthinking kah? Atau memang tugas isteri lain semua sama saja hari – hari. Saya terus terang saya memang taw4r hati dan penat, bila penat saya jadi kurang bercakap, bila kurang bercakap saya lagi rasa dah tak perlu bercakap lagi.

Kalau tanya saya, saya sayang tak suami, entahla saya tak ada jawapan sebab saya cuma meneruskan kehidupan harian saya ja dan mengharapkan benda ni berlalu bila anak sem4kin besar. Jujurnya sayang pun lama – lama boleh hilang betul tak?

Andai kata saya yang salah, Apa yang saya perlu buat atau perbaiki? Terima kasih sudi baca dan jangan kecam saya ya, mental saya koyak. Terima kasih.. – Teratai (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zaziela : Puan.. nanti amek cuti ya. Jangan bagitau suami. Hantar anak pengasuh macam biasa. Puan buat macam biasa, kemdian puan pergi massage, relax – relax. Tenang – tenang sambil minum kopi. Nanti dah tenang, puan akan menang! Meanwhile, istighfar, tarik nafas dalam – dalam.. Virtual hug for u! Anak sulung puan sangat bagus, berkat didikan puan.

Akissha Laila’sha : Sis kena jadi garang dengan suami. Satu hari sis kena meIetop juga depan suami. Beban kewangan sama – sama tanggung tapi jaga anak tak nak sama – sama. Pakai perancang dik! Untuk anak d4ra yang belum kahwin, korang kena test pasangan dari segi empathy level ni.

Buat suatu scenario pastu minta pasangan korang komen. Dari situ korang nilai pandangan dan response pasangan korang tu. Agak – agak rasa red flag, blah jelah. Dari kena makan hati seumur hidup.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.