Suami mengadu isteri pertama hiina dia dan bila saya dan suami dah berjaya, madu saya minta emas, minta kereta Honda

Niat saya kahwin dengan suami untuk bantu dan jaga suami. Kami sama – sama dari bawah untuk naikkan syarik4t. Bika kami dah berjaya, madu saya minta set barang kemas, minta kereta honda. Dia whatsapp saya suruh ‘layan’ suami, sebab dia taknak layan, dia nak emas je.

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, harap hidekan profile saya. Tujuan saya menulis adalah untuk saya luahkan ape yang terpendam dilubuk hati paling dalam. Rasa terkilan, terkilan yang teramat sangat. Orang selalu kata isteri kedua per4mpas suami orang dan layak dim4k¡.

Tapi saya harap selepas apa yang ingin saya coretkan ada yang dapat membuka mata kalian semua. Ya, saya kahwin dengan suami orang. Tujuan kami bernikah, suami cakap dia nak isteri yang boleh jaga makan minum dia, s4kit dia, susah senang dengan dia.

Ya.. saya hanyalah isteri ke-2. Saya sedar itu tapi saya kesiankan suami yang sering diabaikan. Kisah bermula, dari awal suami dan isteri pertama hidup susah sampaikan suami sampai terp4ksa menumpang tinggal di rumah kakak kandung suami.

Sejak dari situ isteri pertama selalu menyumpah m4k¡ hamun suami, mengungkit dan mengatakan menyesal kahwin dengan orang tua dan hidup susah. Isteri pertama ni bersalin anak pertama dan anak kedua di rumah kakak suami.

Hubungan antara isteri pertama dan kak ipar sangat rapat. Sampailah suami pindah ke negeri di pantai timur, gara – gara isteri pertama ugvt nak cerai tak tahan hidup susah dan nak balik duduk dengan mak ayah dia. Jadi suami pon ikut pindah sekali.

Di sana pula ada pasang surut bab kerja, jadi suami ambil keputusan nak pindah ke Kuala Lumpur. Tapi isteri pertama ni tak nak, suami pon pergi lah ke KL seorang diri. Dia hanya mampu tidur di tepi jalan sementara cari kerja.

Alhamdulillah ada h4mba Allah yang baik hati. Suami mula kerja dan ada tempat tinggal. Lepas 2 tahun di KL suami dan saya bertemu. Suami terus terang dia nak memperisterikan saya. Dia jujur kata tentang status dia sebagai suami orang.

Saya tak nafikan, banyak kali saya fikir untuk terima dia. Tapi saya nampak kesungguhan dia. Dia sanggup jumpa mak dan pakcik – pakcik saya di kampung sebab saya takde ayah, dah meninggaI. Pakcik – pakcik tak tau dia suami orang sebab mak tak nak saya jadi buah mulut orang.

Jadi kami bernikah, alhamdulillah lepas beberapa bulan saya mengandung dan dalam masa yang sama madu saya pun mengandung. Madu saya letak syarat kalau dia mengandung anak lelaki suami kena duduk dengan dia balik.

Tapi suami diam sebab di sana takde kerja. Suami dah mula naik dalam kerjaya dia, tanpa madu tau saya dan suami sama – sama uruskan syarik4t kami yang kecik ni. Sampailah masa bersalin saya lahirkan anak perempuan dan madu pula dapat anak laki.

Beza anak kami 7 hari je dan dia tuntut syarat dia tapi suami tak layan. Dia dapat tau suami ada isteri lain dan dia ser4ng saya kata saya g0da suami sebab harta suami. Sedangkan dia tak tau saya yang bersusah payah dengan suami usahakan semuanya sekarang.

Sampai saya sanggup tinggalkan kerjaya dan cita – cita saya untuk tolong suami. Bukan hanya tu tapi barang kemas berhabis bergadai untuk mulakan semuanya dulu. Madu letak syarat nak satu set barang kemas, kereta Honda dan suami tunaikan.

Saya juga mesti minta maaf sebab jadi isteri muda tanpa restu dia. Dia kata dia nikah dengan suami dulu ingat boleh hidup senang dan sekarang nak merasa hidup senang ada pulak pengg0da nak k¡k¡s harta suami. Demi Allah saya kahwin dengan suami niat nak jaga dia. Tak pernah nak k¡k¡s sikit pon harta suami.

Satu yang saya paling terasa dengan sikap madu saya dia pandai berlakon bercerita dekat orang suami saya abaikan dia dengan anak – anak sebab dah ada isteri muda. Sedangkan suami tak pernah abaikan nafkah. Kalau bab duit bukan setiap minggu ye suami transfer duit tapi setiap dua tiga hari duit akan diberikan.

Sampaikan dekat kakak kandung suami dia burukkan saya. Dia kata suami balik pun semata – mata nak puaskan nafsu dia. Dia boleh whatsapp saya suruh layan nafsu suami sebab dia tak nak layan suami, dia hanya nak duit, nak emas je. Sampai tahap tu pon dia cerita kat orang.

Sejak nikah sampailah anak saya dah dua orang, kakak ipar saya tak penah bertegur dengan saya, tak pernah sentuh anak – anak saya disebabkan fitnah dan lakonan madu saya. Bukan setakat dekat kakak ipar dia cerita tapi semua orang.

Termasuk jiran dia, bila saya singgah rumah madu sementara nak ambil anak – anak dia sebab balik kampung mak mertua orang sekeliling akan pandang macam saya ni manusia paling jijik. Allah je tau hati saya, menangis tu memang dah wajib tiap kali balik ambil anak – anak tiri.

Saya balik ikut suami. Tapi alhamdulillah, syukur mak mertua baik sangat, adik beradik suami yang lain pun semua baik cuma kakak ipar sorang tu je. Tiap kali balik saya makan hati dengan sikap dia. Anak – anak saya bila pergi dekat dia, dia tak layan seolah – olah anak – anak saya tak wujud.

Admin, saya nak minta pendapat, macam mana lagi nak cari kekuatan nak hadapi hari – hari mendatang. Dengan fitnah dengan perlian dan tuduhan tak berasas madu saya? Mungkin lepas ni banyak komen yang akan kata saya ni macam – macam.

Saya dah lali sebab Allah tau niat saya. Saya jalankan tanggungjawab saya sebaiknya, saya mengalah selagi boleh mengalah. Saya menangis tanpa siapa pon tau ape yang saya pendam. Terima kasih admin.

Komen Warganet :

Salina Habshi : Errrrr. Gini lah. Benda dah jadi suami nak buat cmne. Betul lah tu kau susah payah bina company dengan suami tu. Tapiiiii. Satu aku nak ingatkan. Laki orang tetap namanya laki orang ye. Ko buat la baik mana pun, tetap ko akan dilabel sebagai per4mpas.

Nasihat aku, kalau lepas ni ko menjanda, jangan kahwin laki orang dah ye. Dah tahu laki organ, patut awal – awal dah larikk angkat kaki. Sepatutnya masa awal – awal lelaki tu cerita yang dia suami orang tu, ko patut block dah. Serius aku kata. Tengok, dah mer4na macamni nak buat apa.

Mawar Jingga : Kamu dah cukup tabah bila memilih or menerima suami orang sebagai suami dan menjadi yang kedua. So cuma mohon kepada Allah agar kamu kekal istiqamah insyaallah. Allah tahulah bila saatnya untuk kamu terima baIasan disetiap peng0rbanan yang kamu lakukan.

Sitti Rukkiah Ambotang : Orang yang da s4kit hati takkan pulih Iukanya walaupun ditimbun dengan emas. Jika da pilih jalan bermadu, kena keras hati walaupun orang sekeliling menyer4ng dan meIukai.. Banyak berdoa dengan Allah agar madu kamu lembut hatinya. Untuk terima qada dan qadar Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.