Suami minta bagi dia masa, dia suruh saya balik kampung. Rupanya sepanjang 3 minggu dia bawa perempuan dalam rumah kami

“Eh kau siapa? Eh kau h4ntu!”

“Tak baba.. Ni I ni.. I menyorok belakang tadi. I ada kunci kereta”

Saya sujud kaki dia (Waktu ni saya memang b0d0h. Sebab saya tahu suami saya baik. Suami saya cuma kena sih1r) Saya sujud sambil cakap “Baba, baba jadikan perempuan tu isteri kedua, I sanggup baba.. Asalkan anak – anak I tak membesar tanpa bapa” (anak pertama sangat rapat dengan dia)

“Kau ni giIa ke? Perempuan apa? Kan aku dah putus!”

Dia masuk kereta sambung drive. Dia drive laju. Saya takut. Saya peIuk dia dari belakang. Saya baca ayat kursi kuat – kuat. Nak tahu ape dia buat? Dia keluarkan handphone. Letak kat holder, lepas tu dia record video from front camera.

Dia cakap, “Ini bukti ye. Nampak tu dia c3kik saya? Dia cuba bunvh saya!” (Padahal saya tengah baca ayat kursi sambil peIuk dari belakang). Habis record, dia drive sampai Balai Polis lain pulak. Dia suruh saya keluar. Dia masuk balai.

Kat kaunter aduan dia tunjuk video dia record tu pada polis dan suruh polis tangkap saya. Polis “Eh encik, dia baca ayat kursi ni encik. Tak c3kik pun”. Saya terp4ksa tebalkan muka “Minta maaf encik. Suami saya dalam proses perubatan. Dia tak betul sikit”.

Saya cakap pada dia. “Jom balik”. Dia pun drive saya balik. Sampai rumah, saya nampak mak ayah dia. Masuk ke rumah. Ayah dia padlock kan grill. Saya tak perasan. Yang saya tahu tengah susukan anak saya dengar dia jerit.

“Ey orang tua, kau buka padlock ni” Dia tendang – tendang pintu. Seorang yang penyayang. Lemah lembut dengan mak ayah. Anak tunggal katakan. Saya keluar bilik, angkat baby. Anak yang sulung dah bingung kat situ. Umur baru 3 tahun tak faham apa.

Saya tengok dia dah pegang kayu golf, sambil cakap “kau bukak pintu ni atau aku terjun dari tingkat 2 ni”. Takda pilihan, mak buka pintu. Dia pergi kat saya, dia pegang tangan saya, dia cakap “Aku ceraikan kau dengan talak 1”

Saya tergamam. Saya kejar dia. Dua – dua lari turun tangga. Tapi dia sampai kereta dulu. Dia lock pintu. Saya cuma sempat pegang handle pintu. Saya kejar kereta sambal pegang handle pintu. Sampai saya terjatuh dekat jalan tar sebab dia tekan minyak. 300 metre jugak saya lari. Ayah dia datang angkat saya.

Malam tu jugak, abang saya, kakak ipar saya turun dari Melaka. Dengan Ustaz D. Saya dah kepenatan. Saya tertidur. Abang saya keluar rumah cari dia satu KL. Sepanjang malam tu Ustaz D buat perubatan dari jauh. Saya tak tahu apa dia buat, tapi..

Esoknya, saya terbangun sebab saya rasa kaki saya macam kena hempap. Saya ingat anak saya tertidur kat kaki, saya mamai – mamai bangun, dia kat kaki saya. Menangis – nangis mintak ampun. Dia cakap dia banyak buat d0sa.

Saya Cuma tanya, “You lapar? You dah makan? Pergi mandi dulu, I siapkan makanan”. Lepas tu hubungan kami bahagia.. Macam mula – mula kahwin. Ramadhan sampai. Lepas tu raya. Berlarutan 6 bulan.. Saya minta 3 syarat.

1. Solat sunat taubat nasuha

2. Junjung alquran takkan berzin4 lagi

3. Saya nak tahu full story

Dia cakap, sepanjang 3 minggu perempuan tu di KL, dia sewakan studio condo untuk perempuan tu. Dia mintak tolong saya pergi pulang kunci. Owner rumah cakap okay. Tapi kena bersihkan rumah dan deposit 2 bulan burn.

Saya pergi rumah tu. Sendiri. Saya kuatkan semangat untuk masuk. Barang baju – baju suami, fresh towel, makanan (yang dulu sebelum saya balik kampung saya siapkan untuk dia), ada kat rumah tu. Ada banyak baju, make up, barang perempuan tu juga.

Yang paling sedih, cadar hitam penuh tompokan, putih – putih. Korang tahu apa… Pant1es terpakai terselit bawah sofa. Saya text perempuan tu. Saya cakap, dia nak saya buat apa dengan barang – barang dia. Kalau nak saya boleh postkan ke negara dia.

Dia cakap tak perlu, dia nak lupakan suami saya. Jadi barang – barang dia saya sedekahkan pada part time maid yang kemas bilik tu. Saya kemas barang – barang suami saya dengan penuh air mata. Sampai maid tu pun c0nfuse. Apa masalah saya. Tapi dia tak tanya.. Saya cuma nampak dia pun menangis.

6 bulan berlalu. Saya masih tak boleh lupakan.. Tapi saya layan suami macam biasa. Satu hari saya rasa pedih masa buang air kecil. Saya pergi jumpa doctor pakar. Dia cakap saya ade infection. Ada sejenis bacteria yang biasanya boleh dapat melalui hubungan keIamin.

Saya tak fikir jauh. Saya fikir perempuan tu je dan suami. Saya kena tahan wad seminggu. Saya sembuh. Penutupan cerita, saya mohon Allah bagi saya petunjuk, kekuatan, saya macam depr3ssion. Dengan duit collection kedai gha1b tah ke mana. Saya kena keluarkan lagi duit asb nak cover business dia bulan tu.

Satu hari perempuan tu call. Dia cakap nak minta maaf. Dan dia nak berterus terang. Apa yang saya dapat dari dia?

1. 1 gambar mesra mereka berlatar belakangnya cermin dalam bilik tidur rumah pertama kami.

2. satu video mereka atas katil rumah pertama kami.

3. Suami saya jadi terlampau ‘kuat’. Sehari sampai 10 kali dia kena beIasah.

4. Bila kena beIasah, bukan biasa – biasa ye. Kejap kena pakai uniform nurse, kejap army, kejap uniform wondercat, u all faham kan maksud I? Selama kahwin saya tak pernah tahu nafsu dia begitu. Dan dia tak pernah minta saya buat begitu. Kalau dia minta, saya boleh buat admin. Bukannya saya takda rupa. Bukan nak bangga diri. Saya cuba nak bagitahu, macam mana hebat kuasa minyak tu.

5. Ratusan gambar selfie mereka. Tengok movie, klcc, icity macam – macam tempat la dia ni kononnya boyfriend tour guide sepanjang 3 minggu saya di kampung.

6. Suami kenal dia di chat room khas negara dia.

7. Suami mengaku bujang.

8. Suami mengaku pilot (Ingat gambar mula – mula saya nampak tu?) Bukan itu sahaja, Perempuan tu siap bagi gambar license penerbangan, batch, topi dan uniform suami saya yang dalam simpanan dia. Lucu kan? Tah macamana dia edit.

9. Malam saya telefon dia pertama kali, dia cakap dia terk3jut. Dia putus dengan suami. Tapi satu hari je. Suami pujuk dia datang Malaysia untuk terangkan keadaan sebenar. Dia terlalu sayangkan suami saya.

10. Dia datang Malaysia. Berdepan suami. Dia cakap dia dah jumpa IG saya. Dia dah tengok semua gambar kami dari kami bercinta, bertunang sampai dua anak.

11. Tapi suami saya ni menafikan dengan alasan;

• Dia ada kembar nama Daniel

• Kembar dia yang tak wujud tu, dah mengandungkan saya. Anak luar nikah

• Nak tutup malu, Daniel kena kahwin dengan saya

• Satu hari sebelum majlis, Daniel hilang

• Dia kena ganti tempat Daniel. Tapi dia cakap dia tak pernah bersama saya sepanjang 4 tahun

• Itu alasan untuk anak pertama kami. Anak kedua? Bila perempuan tu tanya, dia jawab anak kedua dia taktahu. Entah dengan siapa saya bersama

• Dia cakap saya ada masalah mentaI

• Dia ajak perempuan tu kahwin

• Dan selepas saya sampai KL dari kampung, saya ikut dia merata selama seminggu kan? Nak tahu apa alasan dia bagi kat perempuan tu? Alasan dia takleh jumpa perempuan tu sebab, mak dia meninggaI! Kena berkabung 7 hari. Dia suruh perempuan tu diam – diam duduk studio condo tu, habis berkabung, dia datang.

• Malam dia kena kurung sekejap dekat rumah tu? Dia pergi studio condo tu, ambil perempuan tu dan pergi KLIA cari tiket untuk perempuan tu balik. Tiket pagi esok baru available. Jadi diorang check in hotel KLIA malam tu. Lepas perempuan tu selamat naik flight, baru dia balik rumah minta maaf dengan saya