Suami minta bagi dia masa, dia suruh saya balik kampung. Rupanya sepanjang 3 minggu dia bawa perempuan dalam rumah kami

Sebab mak dah pergi preschool anak fitnah saya bercerai sebab saya kena tangkap khalwat (Kadang – kadang saya rasa. Bukan bekas suami je giIa. Mak mertua saya pun dah semacam. Cakap tak betul. Cikgu sekolah sendiri bagitahu saya..)

Saya terp4ksa serahkan anak – anak pada keluarga mertua. Saya bekalkan maid seorang. Itupun sebab abah minta. Ayah mertua saya sangat baik. Memang baik sangat macam malaik4t. Cuma dia takut dengan mak mertua. Selalu dia kena t3ngking. Tapi sikit dia tak t3ngking balik..

Saya bagi anak pada April 2018. Saya cuma jumpa anak weekend, Jumaat saya akan ambil anak dari Nilai ke KL. Ahad saya hantar balik ke Nilai. Tapi sampai sekarang, saya tak jumpa mak mertua. Sebab ambil dan hantar anak bukan kat rumah dia. Tapi kat mamak depan taman rumah. Abah yang akan hantar.. Tiap minggu kat situ.

Saya terdetik nak menulis, sebab bulan depan ni saya ambil anak for good. Gembiranya hati. Ya Allah.. Tahun depan diorang sekolah di KL. Diorang tinggal dengan saya. Ingat tak yang Ustaz C (2016) cakap janda anak 1? Ye, Perempuan B yang saya tangkap menyorok bawah langsir adalah janda anak 1 (bukan bangsa melayu tapi warganegara kita). Badannya gempal. Sama macam description Ustaz C.

Padahal waktu jumpa ustaz C tahun 2016, saya cuma tahu kewujudan Perempuan A. Apakah misteri di situ? Sebenarnya Perempuan A (2016) atau Perempuan B (2017) yang sih1rkan dia dan saya? Kalau perempuan A, kenapa dia lepaskan suami saya? Saya pun tak tahu..

Kalau Perempuan B, lama mana hubungan mereka? Saya yakin waktu dia putvs dengan Perempuan A, dia putvs juga dengan Perempuan B. Tapi mungkin keinginan Perempuan B terlalu kuat, dia hantar sih1r rumah tangga.

Selepas kami berbaik.. Dan saya yakin dia tahu suami saya dah beristeri. Sebab dia kelihatan tenang je waktu kena beIasah dengan saya. Korang rasa? Baru – baru ni bekas suami ada pujuk nak rujuk. Dia cakap dia tak sayangkan Perempuan B. Dia cuma nak dapatkan tender projek government.

Sebab perempuan tu PA kepada seorang dato kaya. Bekas suami dah jual semua kereta kami. Sekarang dia pakai range rover. Haha, dan dengar cerita dah beli pangkat Dato. Alhamdulillah, tercapai hajat dia tinggal anak bini demi kekayaan dari Perempuan B. Dan mereka masih girlfriend boyfriend sampai sekarang..

Saya pernah sayangkan seorang lelaki lebih dari nyawa saya sendiri. Saya ikut setiap apa Islam ajar. Taat, jaga diri, setia. Saya h4mbakan hidup saya pada dia. Saya cuma nak dia bahagia. Walau saya s4kit, penat, takpe. Asalkan dia happy. Dalam setiap solat saya, saya doakan kesejahteraan dia. Rezeki dia..

Saya tulang belakang business dia. Dan saya tulang belakang keluarga, anak – anak. Sebab saya terp4ksa jadi semua watak, bila bersuamikan anak tunggal ni, Nauzubillah s3ksa dia. Apa benda pun dia tak tahu nak buat. Tapi peng0rbanan saya tak cukup untuk buat dia kaya.

Doa saya tak cukup untuk buat dia kaya.. Saya tak dapat bawa kekayaan macam apa yang Perempuan B mampu. Tahun ni saya insyAllah akan bernikah lagi. Saya takut. Sump4h saya serik. Tapi bila pandang muka anak – anak, saya tahu mereka masih perIukan seorang father figure in the family.

Saya masih nak m4ti sebagai seorang isteri. Isteri yang diredhai suami, boleh masuk mana – mana dari pintu syurga. Saya masih nak ada imam dalam setiap solat saya. Saya juga akan selesaikan semua tuntutan harta mutaah, edah, sepencarian.

Selama ni saya sangat sibuk. Saya kerja pagi ke pagi untuk sara diri. Lagipun ekonomi tak baik untuk bayar lawyer. Kalian semua, doakan saya, doakan anak – anak saya jadi anak soleh mengenal Al-quran. Doakan perkahwinan ini perkahwinan terakhir.. Saya sangat takut. Saya tawakal.

Suami di luar sana, tolong hargai wanita yang bersusah payah dengan anda. Tolong tutup pintu – pintu nafsu anda. Nikmat mana yang anda dustakan? Nikmat dari yang har4m, memang indah sebab dikaburi hasutan sy4itan, sampai yang halal tu nampak buruk.

Yang har4m nampak indah.. Sebuah pengkhi4natan sangat mudah untuk bermula, tapi sangat payah untuk sembuh. Iuka saya, mungkin tak akan sembuh sampai akhir hayat saya. Sampai sekarang saya tak mampu maafkan dia. Saya cuba. Saya tak mampu. Kalau dia terbaca ni, ketahui lah. Saya lah wanita yang awak dah h4ncurkan segala cinta, hati, jiwa dan hidup saya.

Dalam keadaan yang sangat sadis. Saya tak mampu maafkan awak, Mungkin waktu akan membantu, Tapi bila? Saya tak tahu.. Saya tak doakan keh4ncuran hidup awak. Cukuplah baIasan yang setimpal yang buat awak sedar kebaikan dan peng0rbanan saya selama ini.

Cukup untuk awak rasa walaupun 10% pun dari apa yang saya dah rasa. Sebab sekarang yang awak nampak cuma keburukan. Tapi satu hari nanti, bila dah tersedar, mungkin waktu tu dah terlambat. Terima kasih sebab tak pernah lupakan nafkah anak. Walaupun segala harta saya awak ani4ya cukup – cukup.

Kepada ibu mertuaku.. Saya sayang mak. Saya rindu mak. Tapi kenapa hati saya susah nak maafkan fitnah – fitnah mak pada keluarga mak mengenai saya? Kenapa mak kena tutup aib anak sendiri sampai fitnah saya mak?

Kenapa sampai macam ni? Sampai akhir hayat saya, saya tak mampu maafkan mak. Sebab mak pun tak pernah sedar dan minta maaf. Saya tak minta maaf mak, saya cuma minta mak bersihkan nama saya. Saya malu mak.

Demi Allah saya tak pernah ditangkap khalwat sepanjang saya bergelar menantu mak.. Kenapa fitnah saya? Mak je yang ada jawapan. Kepada bakal suami baru, bimbinglah saya dan anak – anak penuh dengan agama. Saya dah tak sanggup bersuamikan, berumah tangga tanpa pas4kan agama.

Jadikan saya isteri terbaik untuk awak, yang mampu cukupkan semua kehendak awak. Saya tak ada keyakinan pada awak. Saya berhenti yakin pada makhluk. Saya letak sepenuh tawakal saya pada Allah. Kepada wanita di luar sana, saya tahu bukan mudah untuk meninggaIkan sesuatu perkahwinan atau sesorang yang pernah bersama kita hampir separuh usia kita.

Tahun ni saya 30 tahun. All my 20s dihabiskan bersama – sama manusia yang tak akan lagi bersama – sama saya harungi my 30s? Sedih? Sangat sedih.. Kesal? Lebih separuh nyawa. Tapi, bersangka baiklah dengan takdir Allah.

Memang p3rit.. Memang s4kit, tapi teruslah harungi dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Menangis puas – puas, mer4ung bila perlu, tapi bila berhadapan dengan semua, senyumlah. Kerana anda wanita hebat! Jangan ulangi kesilapan saya. K0rbankan karier, k0rbankan wang ringgit semua pada suami. Tanpa sikitpun fikirkan diri sendiri.

Jangan terlalu cinta.. Sebab s4kit dia bila kecewa, lebih s4kit dari mana – mana kes4kitan. Pastikan segala harta, ada nama anda. Pastikan segala duit anda adalah untuk anda. Hanya bantu 10% dari segi kewangan dan nafkah.

Bukan semua. Jangan ulang silap saya. Sebab bila jatuh, jatuh tu bukan terduduk. Tertiarap terus tak tahu bila mampu bangun. La tahzan buat semua yang sedang melalui atau sudah melalui. Allah tak uji seusuatu yang kita tak mampu tanggung.

Kesimpulan cerita saya, 2016, bekas suami yang mula – mula cari peny4kit. Bila Perempuan A dah sayang, dia minyakkan tanpa sedar itu suami orang. Itu sebab suami separuh giIa. Dalam masa yang sama sebab kami kerap berg4duh, dia berhubung dengan Perempuan B pula.

Saya syak mereka dari college yang sama dulu, sebab saya nampak Facebook perempuan tu, ada college yang sama. Tapi bila dia sembuh in 2016, dia tinggalkan keduanya. Tapi sih1r yang sampai pada 2017, dari Perempuan B.

Dan dia berjaya hingga sekarang.. Perempuan B pun ada dar4h negera seberang. Sebab saya nampak yang comment Facebook dia pakai Bahasa sana dan dia reply Bahasa sana. Kisah ni masih kekal misteri pada saya. Tapi saya pilih untuk tidak ambil tahu lagi. Assalamualaikum. – NURUL (BUKAN NAMA SEBENAR)