Suami minta maaf, minta peluang tp aku benci dia sama mcm aku benci mak bapak aku

Setiap kali g4duh aku akan ungkit balik apa yang suami pernah buat dulu. Tapi aku perasan, apa je yang suami aku buat mesti ada masalah. Kawan pejabat tak suka lah, kereta motor rosak selalu, bil letrik tiba – tiba naik tinggi. Aku nampak dia kusut, serabut sangat. Sehinggalah aku baca satu artikel tentang isteri..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Nama aku Zuana (bukan nama sebenar), ibu kepada 2 pasang cahaya mata. Background pendidikan ijazah tapi menjadi suri rumah dengan menjalankan online bisnes.

Di sini aku nak ceritakan tetang kisah aku. Timeline cerita 2008 – 2020. Sebelum tu, aku nak cerita background family aku. Aku anak sulung daripada 6 adik beradik. Bapak aku seorang yang kepala angin, baran dan sentiasa mementingkan kawan – kawan.

Semua berkaitan rumah dan anak – anak dibahu mak aku. Mak aku pulak pass ke bibik. Hahahaha cantikkk!!  Bapak aku ni, kalau dengan kengkawan, kemain baik pij4k semut tak m4ti. Tapi kalau dengan bini dan anak – anak, kami ni jadi m4ngsa jerkah, t3ngking, m4ki hamun, sep4k ter4jang, tali pinggang, h4nger, batang kayu dan sewaktu dengannya.

Mak aku pon sama, agaknya mengikut acuan laki dia kot. Kalau sump4h seranah, segala nama binatang dalam zoo, keturunan ibIis sy4itan keluar dari mulut dia. Ya.. dari mulut seorang ibu, emak, mak, mama, umi, mommy.

Jadi, kami sebagai anak – anak yang membesar dalam keluarga dan surrounding macam ni, takkan la produce jadi sopan santun tertib lendit, ye tak? Hahaha. Aku rebeI. Kuat meIawan, kuat menjawab walaupon dah tau padahnya yang bakal menanti.

Mak aku pernah acu pis4u nak tik4m aku. Aku jawab apa tau?? “tik4m laa.. biar mamp0s lagi bagus laa!!”. Cukup la intro kehidupan neraka aku tu sebab naik sekolah menengah aku bawa diri tinggal di asrama. Aku apply sendiri sekolah mana aku nak dan aku isi borang nak tinggal di asrama.

Aman hidup aku bila tinggal di asrama. Sekali sekala ja kena m4ki hamun, kena pukuI. Masa cuti. Huhuhu. Habis sekolah menengah, aku sambung belajar jauh dari family. Disebabkan aku membesar macam tu, sejak dari sekolah aku ada mindset yang aku tanak kawen sebab aku tanak ada kehidupan macam mak bapak aku tu.

Tapi, tu laa.. dah j0doh kan. Habis degree, aku terus kahwin. Aku simpan azam yang tinggi, aku tanak kehidupan aku macam family aku dahulu dan aku tanak anak – anak aku aIami situasi macam mana aku dengan adik – adik aku hadap dulu.

Aku dah w4rning bakal laki aku masa tu, kalau naik tangan, aku tak akan teragak – agak untuk blah dari hidup dia. Tapiiii.. langit tak selalunya cerah. Adoi. Laki aku curang beb. Set4n betul! Masa awal – awal kahwin bawa aku jumpa kenalkan adik angkat bagai.

Pastu pernah kant0i sms (Zaman tu takda whatsapp lagi. Sayang kot nak delete sms sebab guna kredit kan hantar sms tu… haha beng0ng.) Dia cakap adik angkat satu lagi. Tak tau la berapa orang dia pasang. Aku pulak tak pernah bercinta, jadi blur kejap.

Tak tau nak react macam mana. Aku diamkan ja. Lagipun dia dah minta maaf dan takkan ulangi lagi. B0dohkan aku? Nak dijadikan cerita, lepas setahun berkahwin (masa ni dah ada anak sorang), aku minta izin nak buka laptop dia.

Dia keluar masa tu. Allah nak tunjuk agaknya. Aku nak buka email aku, terbuka email dia. Allahuuuuu.. dia curang selama ni dengan aku. Dari sebelum kahwin kot. Bukan dengan adik – adik angkat dia tu, kawan sekerja office lama.

Sedih wei. H4ncur lebur punah hati dan perasaan aku. Terketar – ketar aku masa tu baca satu demi satu email diorang. Dengan kepala aku rasa macam nak blockout, tak rasa kaki cecah lantai. Aku screensh0t semua email dan send ke email aku.

Dah dapat laki baik, tak tinggal solat, ringan tuIang bagai, tak pernah naik tangan, tak pernah naik suara, dah jadi macam tu pulak. Aku cakap elok – elok dengan dia dan minta penjelasan. Aku tak nak anak aku aIami situasi jerkah t3ngking sep4k ter4jang macam mana aku aIami dulu.

Aku tak ingat dah dia explain apa sebab kejadian 11 tahun lepas. Yang pasti, memang b0doh la penjelasan dia tu. Tak boleh diterima akal. Of course aku minta cerai sebab aku tak boleh hidup dalam perasaan dikhi4nati dan dia tak nak lepaskan aku.

Jadi, bermulanya episode kami hidup hanya sebagai housemate. Tidur pon asing – asing. Bercakap bila perlu. Depan family, kawan – kawan kami berlakon bahagia. Fake betoi!! Setelah beberapa bulan, dia tanya aku apa yang perlu dia buat supaya aku boleh terima dia balik macam dulu.

Aku cakap tak ada dan aku tak hingin tengok muka dia. Aku benci dia sama level aku benci mak bapak aku. Setelah beberapa puluh kali dia pujuk, aku setuju bagi peluang. Dimulut aku memaafkan, di hati tak. Semua email dia dengan pompuan tu, sentiasa jelas dalam kepala aku bait demi bait!!

Ada ja aku nak ungkit kalau mood aku tengah tak baik. Apa yang jadi dengan kehidupan kami? Masa kejadian tu aku surirumah sepenuh masa. Aku tak akan patah balik ke family aku walau apa terjadi. Bagi aku, aku tak ada sapa – sapa yang baik dengan aku melainkan suami aku.

Suami yang aku sayang pon tak boleh harap. Macam mana aku nak besarkan anak aku kalau jadi apa – apa kat aku dan masa tu aku takda income? So, aku start cari pendapatan dengan baking kecil – kecilan. Perlahan – lahan bisnes aku berkembang.

Dari oven kecik, dah boleh beli oven sederhana dan kemudian oven besar. Dari income puluh-  puluh ringgit dan jadi ribu – ribu sampai boleh beli emas bagai untuk anak aku. Laki aku?? Dia kerja sektor awam. Ada jaa masalah dia.

Masalah kawan satu pejabat tak suka dia. Kawan department lain pon tak semena – mena suka cari pasal dengan dia. Bos tak suka dia. Kerja jadi tunggang Ianggang, ada ja yang tak kena. Dia sambung belajar pon jadi caca marba.

Kejap ini tak kena, kejap itu tak kena sampai hampir drop. Kereta motor selalu rosak. Dah baiki pon rosak lagi. Bil letrik tetiba naik mencanak. Padahal aku guna oven gas je pon. Pernah beberapa kali eksiden atas kecuaian kenderaan lain.

Belanja rumah selalu tak cukup sampai aku kena topup. Hutang kad kredit beribu – ribu. Tiap hari dapat call. Kerja bertahun – tahun tapi masih di post yang sama. Masih kontrak walaupon dah lebih 5 tahun bekerja. Dan paling climax (masa tu selepas 6 tahun kejadian kant0i email), tempat kerja dia nak kurangkan pekerja dan maybe dia pon dalam senarai.

Masa tu aku tengok muka dia memang serabut, sugul, kusut, semak tak payah cakap laa. Memang muka yang penuh dengan sejuta masalah yang tak tertanggung. Masalah demi masalah ja dalam hidup dia sepanjang 6 tahun tu.

Tak cukup masalah dia dan tempat kerja, masalah dengan family dia lagi. Tah macam mana, aku terbaca tentang artikel doa isteri dan keredhaan isteri dalam urusan suami. Kalau bini tak redha, sempit rezeki suami. Lebih kurang gitu laa.

Lupa dah sebab kejadian 4 tahun lepas. Memang aku terkesima dan aku tak sangka aku yang jadi punca dia berhadapan 1000001 macam masalah selama ni. Aku terus amik wuduk, solat dan aku berdoa sungguh – sungguh, teresak – esak sampai basah lencun telekung dan sejadah.

Aku berdoa semoga Allah ampunkan segala d0sa laki aku. Lepas kejadian dia curang, aku tak pernah selitkan nama dia dalam doa aku. Aku minta Allah ampunkan doa dia, minta Allah lembutkan hati aku untuk memaafkan dan melupakan, minta Allah lapangkan d4da dan fikiran kami berdua, minta Allah murahkan rezeki kami dan buka pintu rezeki kami seluas – luasnya,

Minta supaya Allah permudahkan urusan kerja dia, minta doa semoga laki aku dapat naik pangkat dan gaji sekali ganda supaya sentiasa cukup perbelanjaan kami sekeluarga dan lain – lain. Setiap kali solat, aku ulang – ulang doa aku untuk dia dan family kecil kami.

Menangis – nangis aku minta dengan penuh pengharapan. Aku sujud dan doa lagi. Aku buang rasa benci yang aku tanam dalam kepala aku bertahun – tahun. Aku ganti dengan rasa kesian dan simpati. Allah maha mendengar setiap rintihan h4mbaNya.

Jangan pernah berhenti meminta dengan Allah sebab Allah maha pendengar. Selepas nak dekat 2 bulan camtu, laki aku dapat panggiIan dari kawan lama dia, tanya kalau dia nak beralih angin tempat kerja. Kawan dia offer kerja kosong di tempat baru.

Betapa mudahnya urusan dia, interview melalui skype ja dan terus dapat kerja. Dapat naik pangkat dan post tetap. Gaji naik sekali ganda. Cumanya, kami kena berpindah sebab tempat kerja dia jauh nun di Borneo. Alhamdulillah.

Sejak berpindah, kehidupan kami sangat bahagia. Jauh dari masalah minggu ni nak balik rumah mak bapak sapa? Mak bapak tak puas hati dengan per4ngai menantu. Cakap belakang menantu. Lega! Seminggu sekali, aku call mak aku tanya khabar.

So, sekarang ni, paling – paling, weekend kami sekeluarga enjoy lepak kat pantai. Oh, best giIer. Hahaha. Sejak di bumi Borneo, rezeki mencurah – curah. Laki aku suka dengan surrounding kerja tempat baru. Dapat kawan – kawan kerja yang baik, bertimbang rasa dan saling membantu.

Dapat bos yang sentiasa ambil berat tentang kebajikan pekerja. Mudah dalam semua urusan kerja dia. Semoga dipermudahkan urusan dia untuk complete sikit lagi PHD. Macam biasa, tolak kes curang tu dia seorang yang baik, tak tinggal solat, ringan tuIang dalam kerja rumahtangga, tak pernah naik tangan etc.

Dengan gaji kerja tempat baru, dia bagi aku duit poket 4 angka setiap bulan, tak termasuk perbelanjaan rumah dan anak – anak. Tahun lepas, dia bagi aku kereta sebiji, tahun ni laptop sebiji, setiap bulan bank in duit ke account tabung haji aku dan anak – anak, kadang – kadang surpr1sekan aku dengan hadiah atau bawa makan restaurant atau hotel.

Alhamdulillah. Setiap kali, aku akan berterima kasih dan tadah tangan semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kami dan pelihara kesihatan kami. Anak – anak pon terikut buat benda yang sama. Even, aku masak nasi lauk simple pon diorang akan berterima kasih dan bersyukur.

Aku bukanlah ibu yang baik. Kadang – kadang tertinggi suara dan terkeluar perkataan kesat masa marah. Ye lah, benda yang aku terp4ksa hadap selama berbeIas – beIas tahun kot. Dah p4ku dalam kepala. Aku sedaya upaya cuba untuk control diri aku.

Kadang – kadang, bila dah 0ver limit, terrrr jugak. Aku guna pendekatan kurung diri dalam bilik supaya aku tak ced3rakan anak – anak dan em0si diorang. Kalau dah hampir capai had maksimum, aku ambil r0tan dan r0tan cabinet dapur.

Sampai h4ncur r0tan silih berganti wei. Tapi, aku takkan pukuI anak aku sebab aku faham betapa s4kitnya kena Iibas tali pinggang dan h4nger. Sampai sekarang aku tak boleh tengok kelibat tali pinggang selain di pinggang.

Kalau laki aku buka tali pinggang, dia tak boleh buka depan aku dan tak boleh letak tali pinggang dia dalam range yang aku boleh nampak. Jadi, dia simpan tali pinggang dalam bilik anak – anak kami. Cukuplah takat tu dulu.

Moral yang aku nak selitkan kat sini, kalau pasangan korang curang dan korang nak bagi peluang semula, make sure, hati kena kentaI beb. Seri0usly, bukan mudah nak melupakan. Teramat susah!! S4kitnya tu di sini. Tapi, once korang lupakan, hidup korang akan lebih ceria dan bahagia aman damai.

Laki aku bukan kant0i sekali tu ja. Masa pregnant anak kedua pon dia buat hal lagi. Sebab tu la amik masa 6 tahun baru aku betul – betul boleh maafkan dia. Aku pon tak ingat dah apa yang jadi tapi aku tau dia curang la. Sigh.

Mohon dengan Allah. Jangan malu mengadu dan meminta dengan Sang Pencipta. Kalau Dia tak bagi harini, maybe Dia bagi esok. Kalau Dia tak bagi esok, mungkin lusa. Kalau bukan bulan ni, maybe bulan depan. Kalau bukan tahun ni, maybe tahun depan.

Yang penting jangan putvs asa dan percayalah Allah maha pendengar dan maha pemurah. Doa tu kena betul. Kalau tak tahu, boleh google. Banyak doa yang baik – baik orang share. Perlu ada savings. Kalau laki tak bagi kerja, makesure dia dapat bagi nafkah dalam bentuk duit supaya kau boleh menabung untuk kec3masan.

Kalau dia tak bagi, maksudnya dia tak mampu dan tak salah untuk korang bekerja. Senang fikir, cuba kau tengok rupa sp3nder kau? Dah berapa tahun tak bertukar? Masih rupa sp3nder ke? Ke.. dah takda walau sehelai sp3nder? Erkkk..

Banyak ja kerja online zaman moden ni. Korang boleh jadi dropship atau apa. Macam aku, aku meniaga online, nak pos apa semua semua posmen amik kat rumah. Kita jangan fikir complicated sangat. Fikir yang mudah – mudah dulu.

Banyak la kerja boleh buat zaman sekarang ni. Nanti la kalau rajin, aku buat entry side income mudah. Bukan MLM dan bukan menipu duit orang yer. Tak berkat rezeki kau dik. Hahaha. Sayang diri sendiri baru sayang orang lain.

Sejak dari aku nangis di tikar sejadah, aku set dalam kepala aku, suami hanyalah pinjaman dariNya dan dia bukan milik aku. Allah boleh tarik suami aku bila – bila masa dia nak. Allah boleh tarik kasih sayang suami untuk aku bila – bila masa dia nak.

Begitu juga anak – anak aku. Aku ada sapa? Aku hanya ada diri aku dan Allah. So, aku start dahuIukan Allah dan sayang diri aku melebihi segalanya. Aku dah tak kuasa nak fikir “eh, laki aku tengah text sapa tu? Dia kat office, ada mengorat sapa – sapa tak?

Dah kenapa dia sengih – sengih kat handphone tu?” Aku dah tak check handphone dia sejak hari tu. Aku sayang dia, tapi aku lagi sayang diri aku. Aku berlapang d4da. Aku improve diri aku. Aku improve skill aku. Ubah diri kita sebelum kita ubah orang lain.

Baiki diri kita sebelum minta orang lain baiki diri dia. Penutup. Dah masuk tahun ke-4 kami mencipta memori di bumi Borneo. Sejak pindah sini, aku dah tak buat bisnes bakery, aku focus meniaga online. Terp4ksa merangkak dari mula.

Aku selalu minta laki aku doakan bisnes aku maju. Alhamdulillah, m4kin lama m4kin maju bisnes aku. Aku tak pernah putvs berdoa untuk kebahagian, kesenangan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Mohon kalian doakan semoga kebahagiaan kami berkekalan hingga ke jannah. Aamiin ya rabbal ‘alamin.

Akhir kata, yang baik dari Allah, yang buruk adalah kelemahan dan kekurangan aku. Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku. -Isteri yang biasa – biasa jer- – Zuana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Shahirah Wahab : So inspiring! Suka sangat cara akak tulis. Ringkas dan padat. Akak continue lah cerita how akak start online business dekat Borneo pulak. Tak sabar nak baca. Semoga segala urusan akak dipermudahkan dan akak sentiasa dimurahkan rezeki. Dah lama teringin nak buat online business tapi tak tahu nak mula dari mana..

Iggy Cempaka : Terima kasih kak. Sebab membuka mata saya. Mungkin sebab saya selalu ingat kejadian sebelum ni kena tanggung suami 10 bulan dia tak kerja. Bila dia buat bisnes part time, banyak masalah. Doakan kami, banyak job luar suami. Tapi kena sabar, ada ja masalah kena tipu.

Risha Othman : Kebanyakan confession masalah rumahtangga ni, si isteri cuma mengeluh mengeluh taktau pun apa yang dia nak. Nak stay usaha untuk stay dan perbaiki, nak bIah wat cara nak bIah. Confessor ni ambik masa untuk betul – betul move on dan maafkan suami dia sebab dia masih rasa suami dia ni worth it lagi cuma silapnya laki dia curang.

Dan confessor ni bukan seorang yang mudah memaafkan sebab tu bila dia dah maafkan, suami betul – betul hargai kemaafan isteri tu.

Tok Chom : Tok nak ucapkan tahniah pada confessor. Boleh menerima dan memaafkan kesilapan pasangan kita. Kalau dilayankan perasaan memang runtvhlah rumahtangga. Suami pun dah minta maaf. Jangan diungkit lagi. Cipta moment bahagia dengan suami dan teruskan berdoa yang baik – baik.

Nur Hela : Alhamdulillah syukur.. Let bygones be bygones. Suka dengan sikap awak yang terus memandang ke hadapan dan berserah semuanya pada Allah. Bukan sibuk nak menyalahkan dia ni atau dia itu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.