Suami nak isi minyak, beli r0kok pun pakai duit saya. Saya pelik kenapa lama dia tak minta duit, rupanya dia selongkar

Banyak kali saya suruh suami cari kerja samping hujung minggu untuk support sebab gaji dia tak cukup. Apa yang dia buat? Bila cuti pergi lepak dengan kawan ataupun tidur tak bangun – bangun..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Banyak yang saya nak luahkan, tapi saya pendam. Tapi saya dah tak tahan lagi. Saya seorang isteri yang bekerja, berusia 32 tahun dan mempunyai seorang anak yang berusia 3 tahun.

Tahun ni merupakan tahun keempat usia perkahwinan kami. Empat tahun usia perkahwinan, masih baru. Seumpama anak kecil yang berusia empat tahun, banyak yang belum diketahui, masih banyak yang nak diterokai. Tapi, saya dah tawar hati. Sangat – sangat tawar hati.

Saya dah tak mampu nak teruskan perkahwinan ni. Kami selalu berg4duh, tu lumrah dalam perkahwinan. Isu kecil, benda remeh temeh, sudahnya jadi g4duh besar. Kami kahwin dengan cara yang sangat ringkas, akad nikah di masjid, dan kenduri doa selamat di rumah keluarga saya, jemputan pun tak sampai 200 orang, jiran – jiran dan kawan rapat sahaja.

Tiada hantaran, tiada dulang hantaran, tiada bersanding, tiada makan beradap. Saya nak permudahkan urusan. Awal perkahwinan, kami bekerja, disebabkan kurang mampu, kami menyewa bilik, dan lepas tu PKP, kami di rumah keluarga saya, dan dalam masa yang sama, saya mengandung.

Jujur saya katakan, saya langsung tak nak anak ketika itu, sebab saya tau keadaan ekonomi kami macam mana. Banyak kali saya cuba gugvrkan kandungan, em0si saya sangat tak stabil, depr3ssion saya datang kembali (saya memang ada chr0nic depr3ssion dan anx1ety dis0rder dari sebelum berkahwin).

Habis PKP, kami berpindah ke rumah sewa. Keadaan em0i saya sangat tidak stabil ketika mengandung, dip4ksa masuk wad psiki4tri sebab keadaan yang sangat teruk, tapi saya sign surat tak nak admit. Dengan keadaan em0si dan rumah tangga yang tunggang langgang, suami sekejap bekerja sekejap tak, hampir setiap hari kami berg4duh.

Dan dia mula naik tangan. Leb4m badan, muka pun bengk4k. Dia kata dia naik tangan sebab mulut saya jahat. Ye betul, mulut saya jahat, kadang – kadang sampai saya m4ki dia. Saya mengaku silap saya, tapi saya tak tahan.

Saya mintak perhatian, saya nak dia prihatin dengan saya. Saya bekerja, dia pun bekerja. Tapi bab kerja rumah, semua nak kena bersuruh, kalau tak suruh, tak buat. Dia buat apa yang dia rasa nak buat. Saya penat, penat em0si penat fizikaI.

Setiap kali berg4duh hal kecik, bila mulut saya lantang bersuara, setiap kali tu jugak tangan dia akan naik, kaki pun sama naik. Empat tahun berkahwin, 4 kali badan saya lebam lebam, sampai hidung berd4rah, muka ni tak payah cerita lah.

Alasan sebab saya c4bar dia, mulut saya jahat. Saya tak akan lantang sampai macam tu kalau tak berpunca dari dia. Banyak kali saya suruh dia lepaskan saya, tapi dia tetap tak nak. Baru – baru ni saya kena tib4i lagi. Puncanya, saya simpan duit anak.

Duit raya anak, duit orang bagi anak, semua saya simpan dalam sampul raya, saya sorok dalam handbeg. Bila saya tengok, tau tau duit dah takde, tinggal baki  berapa sahaja dari duit yang jumlah ratus – ratus tu. Duit seringgit – seringgit pun habis.

Saya tanya kenapa amik duit anak tak bagitahu, selongkar beg saya. Dia jawab, nanti dia ganti lah. Tapi duit saya selama ni, pun tak pernah berganti. Gaji saya lebih dari dia, jadi setiap bulan memang banyak yang saya tolong cover.

Dia hanya bayar sewa rumah, bil api air dan hutang motor sahaja. Kereta, belanja dapur, makan minum, taska anak, semua saya tanggung. Kenapa dia tak boleh tanggung lebih? Sebab dia kena tanggung keluarga dia di kampung.

Kena bayar duit kereta yang ayah dia beli, kena bayar barang yang mak dia beli, dan nafkah untuk anak, perkahwinan dia yang sebelum ni. Ayah dia tiba – tiba s4kit, jadi tak mampu lagi nak bekerja. Dia sebagai anak sulung, dia lah yang tanggung mak ayah dia.

Biasanya dia akan mintak dengan saya untuk support duit minyak motor dia, duit rokok dia, makan tengahari pun setiap hari saya akan siapkan bekal. Saya akan spare duit untuk dia, tapi saya musykil kenapa dia tak mintak, rupanya dia kebas duit anak.

Saya marah sangat, terlampau marah. Kami berg4duh besar dan dia tib4i saya. Saya merayu dengan dia saya cakap saya dah tak sanggup, saya tak mampu nak teruskan lagi, saya dah tawar hati, dah takde rasa sayang, dah tak boleh nak hormat dia sebagai suami lagi. Saya mintak dilepaskan.

Dia taknak, tapi dia sendiri cakap yang dia pun dah takde hati. Dia tak nak lepaskan saya sebab anak, cukup sekali sebelum ni dia bercerai, anak bawah jagaan bekas isteri, dia taknak jadi lagi. Tapi untuk apa teruskan perkahwinan kalau dua – dua dah takde perasaan?

Lebih 2 minggu kami tak tidur sebilik, tak bertegur sapa walau serumah. Dia buat hal dia, saya buat hal saya dengan anak. Banyak kali saya cakap dengan dia, hujung minggu cari lah part time, carilah apa – apa kerja untuk support sebab gaji dia tak cukup. Apa yang dia buat?

Tidur, kalau tak k3jut, tak bangun lah jawab dia. Bangun dah petang, siap – siap pergi keluar lepak dengan kawan. Melepak boleh pulak, cari kerja tak nak. Mana lah saya tak s4kit hati. Pantang hari cuti, tidur je lah keje dia.

Pernah sekali, bulan lepas, anak saya kena munt4h – munt4h, saya nak bawak ke hospitaI masa tu, dah tengah malam m4kin teruk anak munt4h, saya k3jut, dia buat tak tau je, dia merengus. Sudahnya tengah – tengah malam tu saya drive, bawak anak ke hospitaI.

Dengan cemasnya, anak munt4h dalam kereta, saya sampai terIanggar kereta orang. Bila balik dari hospitaI, dia masih tidur. Esok bangun macam takde apa jadi. Cubalah gembirakan hati anak, isteri. Bawaklah kami jalan – jalan, tapi dia, kalau tak tidur, lepak dengan kawan.

Dia kata duduk rumah pun, macam takde orang. Kami ni bukan manusia ke? Bukan keluarga dia ke? Entahlah. Orang kata solat jemaah suami dan isteri. Selalu saya ajak dia berjemaah, jawapan dia, solatlah dulu, nantilah.

Saya teringin nak solat jemaah dengan suami sendiri, tapi entahlah. Ni kami tak bertegur sapa, saya pun tak tau dia solat ke tak. Saya tahu silap saya, kalau berg4duh, mulut saya laju je nak hamburkan kemarahan. Tapi saya penat.

Saya penat nak meminta, penat nak tanggung beban sorang diri, penat nak t4gih kasih sayang, perhatian dari seorang suami. Bila g4duh, apa yang saya dapat? Sep4k ter4jang. Pujuk? Langsung takde. Lepas g4duh, kalau tak saya yang mulakan dulu, memang sampai ke sudah lah macam tu.

Dia leka dengan dunia dia, handphone dia, sampai masa untuk anak isteri pun takde. Dalam rumah, macam kami ni housemate, bukannya keluarga. Sungguh, saya tak mampu lagi nak bertahan. Saya mintak dilepaskan cara baik, dia taknak. Kalau ikut hati, saya memang nak ke pejabat agama nak selesaikan semua ni. – NA (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet:

Fazlina Saif : Tipu.. Kalau sayang anak, takdenya dia membuta tidur bila tahu anak tak sihat. Ni namanya takde sifat tanggungjawab dalam diri dia. Sepatutnya bila kena pukuI, pergi buat report polis. Boleh guna untuk tuntut fasakh.

Nur Farhanah Syamimi : Sep4k ter4jang 4 kali sampi berd4rah. Kau diam lagi. Kau membesar ni susah – susah. Kau biar diri sendiri dipij4k disep4k belajar pertahan diri. PukuI balik. Ingat orang kisah ke KALAU kene pukuI. Kau yang s4kit.

Hanya diri sendiri saja yang boleh selamatkan diri sendiri. Jangan sampai anak tu lihat bapak tu dayus. KALAU anak tu perempuan tunjuk macam mana nak self defend. Yang lain tu slow – slow boleh ubah. Yang pukuI tu kau jangan duduk tadah MEMANG pisang goreng dibuat nanti. Belajar untuk Iawan balik. Jangan mulut ja bising. If not just cerai. Sekarang kau gigih lagi Kene sep4k ter4jang sat lagi umur da 40 . 50 60. Pkla..

Elly Zaai : You dah tahu dia pernah kahwin dan bercerai, you tak siasat ke apa jadi? Biasa perempuan ni curious tau apa yang jadi? You gerak solo jela pergi pejabat agama. Kaunseling pun macam tak jalan kalau laki gitu, terus bagitahu jela you kena pukuI.

Report polis pun ok untuk mintak pelindungan? eh entahlah suddenly aku pun lupa apa term tu. Kita boleh pilih pasangan hidup tapi anak kita tak boleh pilih bapaknya. You nak ke anak you membesar dengan bapak gitu? Dah tiba masa untuk you move on carikan dia bapak baru.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.