Bila aku masa dalam kandang mahkamah, suami aku duduk dengan penyondol. Aku kekal tenang, aku ada maruah. Next turn penyondol. Untuk isteri pertama yang ters4kiti part ni best! Penyondol dan suami..
#Foto sekadar hiasan. Salam w4rga FB. Maaf tajuk agak kasar. Tapi ini lah hakik4t. Aku dah berkahwin dan ada 3 orang anak. Masih kecil semuanya paling muda tak sampai setahun. Kisah aku seperti yang korang boleh agak. Suami yang tak setia dan perempuan yang tak tahu malu.
Kejar suami orang dari masih bujang hingga dah beranak pinak. Alhamdulillah akhirnya cinta mereka bersatu. Waktu aku dalam pantang. Kisah diorang ini on off. Aku tak tahu suami berkawan dengan penyondol ini waktu berkawan dengan aku juga tapi suami kahwin dengan aku.
Yang perempuan ini pun datang je nikah kami. Mungkin sebab bekerja sama itu yang m4kin galak. Tak kenal antara janji dan amanah yang Allah beri. Suami ada minta izin sebelum ini. Tapi aku tolak sebab suami tak mampu. Perempuan tu pun tahu. Dia mengaku.
Dipendekkan cerita, perempuan ini ada message aku kata nak move on. Alhamdulillah syukur la dah sedar. Aku pun masa tu naik h4ntu dekat suami aku. Kemudian dia block smua number penyondol tu. Tapi, ada satu medium yang tak block.
Allah tak gerakkan untuk aku cek tang ini. Mungkin ada hikmahlah kan. Takpelah. Aku ingatkan drama dah tamat.. Rupanya tidak. Satu hari tu, suami aku bagitahu dia dah bernikah dengan penyondol tu. Perempuan ini cari laki aku dalam medium tadi.
Laki aku kan setia sangat dengan janji perempuan ini tanpa pikir panjang diorang kahwin ye di seberang. Dalam keadaan isteri dalam pantang. Masa ini Allah je yang tahu macam mana aku rasa. Bagitahu pun sebab nak daftarkan nikah di sini.
Pada isteri yang mengalami nasib macam aku, kalau dapat surat mahkamah panggil isteri pertama untuk pengesahan nikah poligami tanpa kebenaran, korang wajib datang. Time ini la korang kene tuntut hak korang. Hak bermalam, nafkah anak – anak, nafkah korang, harta sepencarian. Jangan tak hadir. Memang s4kit nak hadap tapi yes korang perlu berjuaang.
Nanti akan ada sesi lagi yang kau kene pergi. Masih belum bicara lagi. Masa pertama kali korang pergi mahkamah, pendaftar akan tanya, ada apa – apa tuntutan tak. Yes! Jangan sekali kau cakap takde ye. Time ni la ko kene sediakan afidavit jawapan. Minta semua yang aku cerita kat atas tadi.
Kalau tak tahu macam mana nak buat, korang pergi je hire lawyer untuk buat document tersebut.. boleh capai sampai RM1k camtu. Yang ni kene pandai survey tau. Nanti hantar dokumen ke mahkamah tinggi anda bagi salinan dekat suami yang curang tu.
Aku berkongsi sebab mungkin ada yang tak tahu apa yang perlu dibuat kan dalam keadaan camni. Memang masa tu memang blank. Macam – macam rasa akan muncul tapi ingat. Hadir tau dan f1ght for your self. Cakap pasal perasaan, aku tak tahu dah nak rasa apa.
Tapi aku dah faham bila orang cakap hati m4ti, bila orang cakap susah nak tinggal suami walaupun bila kene pukuI, masih sayang dan sebagainya. Ikut logik memang patut tinggal je jantan macam tu. Buat apa nak setia kan tapi hanya yang alami sahaja yang paham.
Aku masih dalam mode tenangkan diri. Aku taknak beremosi dalam membuat keputusan. Aku mohon petunjuk Allah, mohon doakan aku kuat sabar dan tabah. Aku perlu fikirkan kebhagiaan aku kan? Diri aku… itu yang penting..
Tolong doakan aku ya. Moga Allah angkat darjat untuk ujian ini. Aku doakan korang semua sentiasa bahagia dunia akhir4t. Buat para suami, hargailah isteri anda selagi mereka masih bersama anda.. Bila hati dah m4ti, dia dah tak kan pedulikan anda lagi. Begitu jua para isteri, jauhilah dari berlaku curang. Moga baik – baik sahaja untuk kita. – Nisa’ (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Salam pembaca! Im back. With new updates. Sebelum ini aku ada share pasal suami aku nikah tanpa kebenaran. Yeah aku dipoligamkan tanpa rela. Nanti korang baca lah Season 1! Haha.. Ni season II. Ok aku dah go through perbicaraan.
So aku nak sharekan prosesnya buat yang senasib dan berusaha untuk mempert4hankan hak walau hati dis4kiti. First bila kita terima afidavit dari sang suami tu, simpan, baca. Walau hati macam nak pecah. Kau bacalah kenyataan itu. Cara dorang pergi bernikah. Siap ada gambar ya.
Kemudian dari situ korang kene sediakan afidavit jawapan. Sebab ada aku terangkan masa season I. Aku tuntut hak. Hak yang isteri pertama boleh tuntut; harta sepencarian, nafkah diri kau, nafkah anak, untuk bulanan anda untuk tahunan.
Buat research sila jangan malas tau. Kau list out kan semua yang patut. Jangan tinggal seinci pun. Sepatutnya afidavit jawapan ni kau kene jawab setiap perenggan yang dikarang suami tu dalam afidavit yang kau terima. Tapi kalau pening macam mana?
Tak tahu nak buat.. Ha tang ni memang aku hadapi masalah. Sebab aku keliru. Aku nak baIas dengan borang mana satu. Bila pergi tanya kaunter pun dia bagi info tak betul. Jadi untuk mudah aku upah lawyer. Ada beza tau.
Upah lawyer untuk mewakili diri f1ght untuk kes and upah lawyer untuk buatkan dokumen. Jadi part ini kene pandai survey. Ada satu tips, cari yang paling dekat dengan area kau. Second tip lawyer yang lebih experience cas lebih tinggi (jika salah betulkan). Aku kene kurang dari RM500.
Nanti kene jumpa lawyer cerita dengan jelas nyata dan terang. Sila kongsikan juga berapa spesifik amount untuk tuntutan yang aku senaraikan di atas tu. Sila kemukan sekali attachments means if ada resit untuk perbelanjaan yang kau terima dari suami, transaction belanja yang kau buat atau apa – apa yang dik4takan sebagai bukti.
Afidavit dari sang suami tu juga perlu ye. Disebabkan aku taknak beban ambil cuti banyak maka aku surat lawyer tu settlekan hantarkan sekali ke mahkamah. Maka aku dicas tambahan RM50. Ouh ye masa awal – awal tu part cerita dengan lawyer and minta pandangan, itu dikira konsultasi ye.. Aku kene bawah RM100.
Ok kita sambung.. Settle lawyer hantar ke mahkamah dia akan sharekan salinan. Jadi kene sediakan 3 salinan. Untuk mahkamah, untuk sang suami dan untuk simpanan kau la. Kemudian, suami kau pun kene la baIas afidavit jawapan korang.
Ni suami, kene baIas dengan borang apa pulak? Aku tak nak bagitau. Pandai la laki yang sibuk nak berkahwin dua even dah tau tak mampu tu cari sendiri. Nukilan ni khas untuk m4ngsa. On the day, memang kene masuk court. Masa tu Allah je tahu. Nervous. Of course.
O ya, kad pengenalan jangan lupa bawa ye. Memang kene serahkan pada pegawai polis ataupun pegawai yang bertugas untuk dipanggil giliran. Eh kenapa ada giliran, sebab bukan kau je m4ngsa. Ada banyak kes juga. Diorang tampal senarai kes di pintu sebelum masuk dewan mahkamah untuk yang perlu dibicarakan pada hari tersebut. Sila datang mengikut masa yang ditetapkan ya.
Kita akan dengar juga ke kes orang lain? Ye betul. Orang pun akan dengar juga kes kita? Ye tepat. Jadi, bila pegawai bacakan number kes dan sebut nama, silalah masuk ke kandang. Masa ni korang kene tenang ya, sebab apa. Penyondol ada! Of coursela dia kene datang. Dia tu dikira sebagai pemohon 2 tau.
Laki kau akan duduk bersama penyondol. Masa ni aku rasa macam takde rasa. Tak tahu apa nak rasa. Memang korang akan duduk sorang melainkan ko ada ambil lawyer. Hakim akan tanya dulu laki kau apa tujuan hari ini?
Kemudian dia akan tanya bini ke berapa? Masa prosiding ni kau jangan buat sinetron. Ingat, martabat kau tinggi. Kau wanita ada maruah, bukan macam perempuan sana! kekal tenang ya. Sebab lepas ni turn kau pulak. Hakim akan tanya suami tu berapa gaji, apa komitmen, berapa bagi nafkah ko anak – anak. Dia akan soal siasat.
Next giliran ko! Maka jawab sahajaIa dengan hati yang tenang mengikut perancangan. Maksudnya? Apa yang kau dah list kan sebagai tuntutan tadi. Tapi hakim hanya akan fokus nafkah yang utama je.. Dekat sini aku macam tak puas hati sikit.
Mungkin sebab hati aku s4kit sebab aku nak buktikan kat situ memang dia tak mampu. Tapi hakim memang berlaku adil. Aku minta lebih tapi hakim pertikai juga tu semua dah masuk dalam yang tadi. Banyak kali juga dia asyik sebut ni yang utama sahaja.
Tapi kalau ada belanja lain yang tak termasuk kategori tu nanti kau minta je la sebab dia akan tanya laki kau boleh ke? Ouh ye bagi next tips. Kami bersetuju bersama dengan amaun yang aku tuntut. Jadi bila aku kemukakan, hakim tanya so suami aku memang cakap ok. Sebab itu yang dah kami deal.
Aku tak nak panjang cerita. Kalau kau minta luar dari kemampuan dia pun tak guna. Lagi panjang s4kit hati kau. So better persetujuaan bersama. Mesti ada yang keliru, berapa nak minta ni? Ingat pada ekonomi laki kau dan make sure make sense juga.
Settle part kau. Hakim akan record ye segala perbelanjaan dan persetujuaan ini. Next turn penyondol. Nanti hakim akan tanya juga laki kau, berapa nak bagi penyondol. Ok next? Part ni best! untuk isteri pertama yang ters4kiti, part kita dah habis ya..
Penyondol dan suami kau tu, panjanggg lagi perjalanan nak sahkan pernikahan. Padan muka. Kau ingat senang. Next sebutan kes bicara pasal nikah tu next pulak baru dapat keputusan. So tunggulah. Yang sebutan kes tu kau tak perlu datang. Yang keputusan terpulang..
Jadi, aku harap aku membantu mereka yang tersekat ni. Macam mana nak move setelah dipoligamikan tanpa rela. Aku tak menentang poligami, tapi bila kau ikut jalan belakang dan dah terang – terang kau tak mampu maka ko memang tak layak. Moga Allah bantulah hidup kau.
Meny4kiti hati insan yang bergelar isteri yang bert4rung nyawa lahirkan anak kau, then kau buat waktu bini kau berpantang aku rasa itu teramat zaIim. Penyondol pun tahu kalau ikut jalan betul tak kan berjaya, tapi masih memilih jalan ini. Moga Allah beri pengajaran terhebat!
Doakan aku. Allah tunjukkan jalan yang baik. Aku hanya nak tenang. Aku dah tahu jalan apa harus aku pilih. Mohon doakan aku readers. Ini yang terbaik. Moga Allah lindungi anda semua. Ujian mendewasakan kita, ujian tanda Allah sayang. Terima kasih juga buat netizen yang bagi komen – komen positif. Moga syurga buat kita semua. Jumpa di alam sana. Insya-Allah 🙂 – Nisa’ (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Siti Salwah : Sedihnya bila baca isteri pertama duduk sendiri (kecuali jika ada lawyer) tapi isteri kedua duduk dengan suami. Kat situ jer dah nampak betapa tak adilnya dunia. Suami sama – samakan. Kenapa nak tunjuk juga lebihkan isteri baru? Semoga Allah permudahkan urusan Puan dan semua isteri terani4ya.
Norizan Mamat : Salam, Big hug. Makcik baca pun makcik rasa tak mampu harung. Kalau makcik diuji gini, makcik lari bawa diri awal lagi la. Malas hadap drama sedih. Minta dilepaskan dengan baik, dah ucap terima kasih sangat pada Allah. Apa pun, kita diuji ikut apa yang kita mampu. Semoga kita tak diuji perkara ni, sebab ianya boleh meranapkan semua impian dan kebahagiaan kita termasuk anak – anak.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.