Suami p4ksa aku naik kereta utk ke hospitaI, tp dlm keadaan d4rah yg byk aku suruh dia call perempuan tu

Kebetulan handphone aku kehabisan bateri, jadi aku ambil handphone suami untuk selfie dengan anak – anak aku sementara dia bersiap. Ada whatsapp masuk dari perempuan yang aku tak kenal tapi suami simpan namanya sebagai Firdaus. Anak – anak menangis bila aku pecahkan meja kopi dan mengambil serpihan kaca..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Semoga kita semua sihat selalu dan dirahm4ti oleh Allah s.w.t. Aku perkenalkan diri aku sebagai Bunga. Berusia 30 tahun, sudah berhenti kerja 6 bulan yang lalu, sudah 7 tahun berkahwin dan ada 2 orang anak. Dan 6 bulan yang lalu adalah fasa aku di diagnos depr3ssion. Hanya beberapa kali aku pergi appoinment.

Ceritanya bermula beberapa bulan yang lalu. Bila aku tunggu suamiku Z bersiap untuk pulang ke kampung. Kebetulan handphone aku kehabisan bateri, jadi aku ambil handphone Z untuk selfie dengan anak – anak aku sementara Z bersiap.

Dengan kuasa Allah, dalam masa yang sama ada whatsapp masuk dari perempuan yang aku tak kenal. Tapi Z simpan namanya sebagai Firdaus. Ya Allah, terduduk aku lemah lutut aku, sampaikan aku terbaring hampir pengsan depan anak – anak aku. Mereka menangis ketakutan.

Aku baca whatsapp mereka yang tengah hangat bercinta. Rupanya dah berbulan Z menipu aku. Dek kerana kerjanya yang memerlukan banyak outstation dia jumpa perempuan tu di hotel dia menginap sepanjang outstation. Perempuan tu staff di hotel tersebut.

Antara sedar dan tak sedar, aku pecahkan meja kopi dan mengambil serpihan kaca men0reh pergelangan tanganku (maaf, jangan salah faham, sikit pun tiada niat aku untuk bvnvh diri.) Hanya sekadar amarah yang membuak.

5 tahun percintaan, 7 tahun pernikahan, sekelumit pun tiada syak wasangka, sekali pun TIDAK PERNAH aku berfikiran negatif dan TIDAK PERNAH skodeng handphone Z. Makan minum, pakaian dia hari – hari aku sediakan sesempurna yang mungkin. Tiada 1 hari pun yang dia mengosok baju sendiri.

Dan tiada 1 hari pun aku meminta tolong dia sebab memikirkan dia penat bekerja. Beli barang dapur sendiri, bawak kereta servis tukar tayar sendiri. Nafkah zahir batin dia tunaikan seperti biasa. Allah Maha Berkuasa menunjukkan semuanya malam tu, 3 hari sebelum mereka plan untuk berdating lagi.

Z turun dengan muka terk3jut, anak – anak dah menangis. Dia mem4ksa aku masuk kereta untuk ke hospitaI. Aku pula mem4ksa dia untuk call perempuan tu depan aku untuk menjelaskan yang dia dah berkawin dan ada anak.

Pada mulanya dia tak nak, tapi akhirnya dia akur selepas melihat d4rah mgalir tanpa henti dari lenganku. Aku warded 4 hari termasuk sesi kaunseIing dengan ps1kiatri. Seminggu aku terbaring di rumah, kebetulan cuti sekolah ibu ayah ku minta untuk hantar anak – anak aku ke rumah mereka untuk bermain dengan sepupu – sepupu yang lain.

Hanya Z yang balik hantar anak – anak dengan alasan aku ada kerja yang perlu diselesaikan. Selepas sebulan depr3ssion dan anx1ety aku tak berkurangan, berat aku m4kin lama m4kin susut. Aku terus membuat keputvsan untuk berhenti kerja.

Hati aku rapuh sangat – sangat. Silap sikit, dengar lagu sedih, dengar cerita sedih, cepat je airmata mengalir macam air hujan. Tanpa aku p4ksa. Aku dah tak berjumpa orang, aku sisihkan diri aku. Aku elakkan perjumpaan ramai – ramai sedangkan sebelum ni aku la kepala segala majlis, perjumpaan, family day.

Aku seorang happy go lucky dan sekarang aku seperti m4yat hidup. Yang senyum dibibir, tapi penuh Iuka di hati. Yang sangat – sangat sensitif. Bila Z cakap minggu depan dia akan outstation, hati aku seperti disiat – siat, seperti Iuka lama dit0reh kembali.

Walaupun dia bersungguh – sungguh buktikan dia dah berubah, tapi semuanya tak sama. Semuanya h4mbar 6 bulan ni. Semuanya seperti dunia ni berhenti bergerak. Hanya aku dan dunia aku sendiri yang hidup. Aku sekarang bukanlah aku yang dulu.

6 bulan meIawan perasaan, 6 bulan hari – hari aku disulam airmata, 6 bulan syak wasangka pada Z walaupun dia hanya pergi kedai depan untuk beli ais batu sekalipun. Ya Allah, walaupun setelah 6 bulan, hati aku masih s4kit.

Iuka tu seperti baru sangat. Hinggakan aku beli tanah di kampung halamanku, aku beli kereta yang lebih selesa. Sebagai jaminan bila Z dah tak perlukan aku, aku dan anak – anak ada tempat untuk berteduh walaupun tanah yang aku beli sekadar cukup untuk rumah yang kecil.

Z menangis selepas tau aku beli tanah dan kereta tanpa pengetahuan dia. Aku nekad sangat – sangat walaupun jauh disudut hati sayang aku pada dia masih ada tapi aku perlu ada jaminan untuk aku dan anak – anak.

Dia tak faham hanya tidur yang menghentikan otak aku untuk berfikir bukan – bukan. Aku terp4ksa berg4ntung pada ubat yang doktor bagi untuk tidur. Z tak kan pernah faham Iuka hati aku, tak pernah rasa anx1ety yang aku hadap hari – hari.

Tak pernah rasa kemurungan yang aku rasa. S4kit. S4kit sangat 12 tahun kepercayaan dir0bek begitu sahaja. S4kit Ya Allah.. S4kit.. Aku bercadang untuk jumpa pengamal perubatan Islam yang bertauliah untuk berubat untuk kembalikan semangat aku.

Ada yang boleh cadangkan? Doakan aku kuat untuk anak – anak. Doakan aku jadi seperti aku yang dulu. Aku rapuh sangat – sangat sekarang. Terima kasih dan hanya Allah saja sapat membaIas segala kebaikan pembaca semua. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hanilazays Purple : Semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan sis. You are strong! Sis mesti mampu nak lalui semua ni, inshaAllah, if this hvrts u so much, istikharah minta pentunjuk Allah. Sekiranya dia untuk mu, didekatkanlah, dan sekiranya sebaliknya, jauhkanlah. Semoga sis sentiasa dalam Iindungan Allah.

Raudhatul Syifa’ : Jangan pandang 1 orang yang tak sayang kita tu. Fokus pada ramai lagi orang yang sayang dan perlukan kita. Perempuan yang bergeIar ibu, kalau nak kuat, pandang muka anak. Teruskan rawatan macam biasa dan dengar nasihat doktor.

InsyaAllah puan akan okay nanti walaupun memakan masa. Saya yakin puan boleh lalui, puan akan sembuh, kuat dan akan bahagia kembali.

Juanita Rajmawati : Memang s4kit bila cinta dikhi4nati tapi hidup kena move on. Hati yang h4ncur bekecai memang ambik masa untuk sembuh tapi kena ubat jugak. Ya, bagus berubat cara Islam, dekatkan diri dengan Pencipta.

Pulihkan diri you will surpr1se. Jadikan anak – anak you kekuatan, berdiri dan bangunlah untuk mereka. Masih panjang perjalanan hidup yang harus diterokai. Life is just like adventure you will never know what coming.

Sometimes like roller c0ster up and down, happy and sad just another test of life whether you succeed throughout the journey itself. Semoga Bunga berjaya mengh4rungi Iiku – Iiku hidup demi Allah swt yang sentiasa akan selalu bersamamu.

Adah Aechal : Saya faham situasi confessor, tapi sebagai wanita kita perlu kuat dan tak berg4ntung harap pada suami sepenuhnya, lebihkan pada Allah. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Luahkan segala pada suami, dan teruskan hidup demi anak – anak.

Kita kena jaga diri kita supaya anak – anak dapat hidup sempurna, takde tr4uma. Saya bukan berada di situasi puan, apa pun terjadi hidup mesti diteruskan dan jangan sesekali berputvs asa. Allah sentiasa ada dengan kita. Moga dipermudahkan urusan.

Atikah Syuja : Allahuakbar, syafakillah untuk saudari. Mungkin saya takkan faham apa yang saudari rasakan, Tapi percayalah walau hanya sezahrah, Allah sayangkan saudari. Perkahwinan, suami, cinta bukanlah pengakhiran hidup.

Saudari perlu hidup dengan sisa kebahagiaan yang saudari miliki. Keluarga, anak – anak dan diri saudari sendiri. Menangislah dalam setiap sujud agar Allah berikan secebis kekuatan untuk bangkit dari kes4kitan jiwa dan raga.

Kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. ya, mungkin seperti mudah saya berkata. Tapi sayangnya, ini saja yang saya mampu bantu. Jangan takut untuk hilang sesuatu untuk sesuatu yang lebih baik. Wallahu a’lam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?