Suami p4ksa saya bayar segala hutang kereta dan hutang lain. Mertua masuk campur, akhirnya saya dihalau dengan anak

Teruk saya kena dengan suami dalam keadaan sarat mengandung saya lembik. Suami call ambulans dan tipu kata saya kena sawan. Dalam ambulans, saya terus bagitahu nurse dan doktor apa yang berlaku. Terus report polis dan pergi pejabat agama. Malangnya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, admin tolong hide profile saya, saya terlampau pendam benda ni dah lama dan bertahun sekarang baru saya nak meluahkan. Ini adalah tentang suami aku. Kenal suami 2019, merisik 2020, nikah 2021, mempunyai anak 2 orang.

Semasa kenal suami, dia tersangat beria ajak kahwin, tapi saya bagi masa untuk mengenali dan dia terima semua keadaan saya dan keluarga begitu juga dengan dia (mak ayah dia bercerai berai). Pertama sekali, tr4uma ini terjadi apabila mengandung anak pertama, dia sudah berani naik tangan dekat saya sebab saya tak ikut apa dia nak (kes lama tak ingat).

Kemudian dah lahir anak, saya bekerja dan kebanyakan hal anak saya uruskan. Saya pakai kereta dia asbab dia bekerja di dalam mall 10am – 10pm dan saya office hour 8.30 – 5.30pm. Perg4duhan kami banyak ke arah tiada persefahaman, asyik berg4duh walaupun tentang hal kecik.

Kebanyakan saya yang ajak berbincang, banyak kali saya yang mulakan perbincangan tentang anak, banyak hal rumahtangga yang saya akan start berbincang, barang anak banyak saya yang belikan. Kemudian tercetuslah kes, tak puas hati itu ini.

Kemudian sikit — sikit saya nampak kelakuan mertua yang suka masuk campur urusan rumahtangga kami. Kunci rumah kami dia ada (suami bagi tanpa bincang dengan saya). Dengan alasan takut apa – apa jadi pada saya dan anak semasa dia takde sedangkan dia kerja dalam area dekat je.

Sikit demi sikit saya jarakkan diri dari mertua sebab kami suami isteri kerap g4doh dan suami suka buat keputvsan tanpa bincang dan fikir saya sebagai isteri dia. Lama kelamaan saya jadi str3ss sebab saya letih suami tak bantu dari segi anak, kewangan pun dia gagal, saya tak merasa nafkah dari dia langsung.

Makan duit minyak semua duit saya sendiri, barang anak semua duit saya sendiri. Ada satu masa, saya buat keputvsan untuk keluar dari rumah terus akibat perg4duhan besar dengan dia dan dia halau saya dari rumah sebenarnya. Dari sini bermula cerita perit saya.

Saya em0si akibat dimentaI t0rture oleh dia, boleh dik4takan berminggu berg4duh tak selesai masalah, mertua pulak minta suami failkan cerai di mahkamah sebab saya keluar rumah. Banyak perbualan mereka anak beranak yang saya baca.

Saya nampak mertua hasut suami untuk lepaskan saya tapi suami tak nak buat. Saya pun tak tahu kenapa suami tak nak ceraikan saya je. Saya tertekan dan saya bertindak untuk punggah barang dalam keadaan menangis dan meng4muk g4duh dengan dia.

Dia bertindak kasar naik tangan sampai ke muka dan kepala, heret dan campak saya sebanyak 3 kali. Dengan keadaan ada baby dalam perut. Saya dah lembik saya call sepupu untuk call polis, tapi sepupu kerja dalam mall tak dapat keluar dan suami call ambulans dan tipu pihak ambulan cakap saya terkena sawan dan tidak sedarkan diri.

Saya dalam ambulan terus bagitahu pihak ambulan apa yang suami dah buat pada saya, terus buat report dan failkan cerai. Saya buat aduan di pejabat agama, malangnya tak guna sebab saya dalam keadaan mengandung (susah untuk cerai dan banyak masalah melanda ketika ini).

Jadi saya berbincang dengan suami, demi anak dalam perut dan suami minta maaf. Dia mintak untuk berbaik balik, minta saya balik dengan dia. Saya hanya fikir, asbab anak bertahan sekejap dulu, kemudian lepas bersalin saya nekad untuk berpisah.

Kemudian, untuk kes pukuI dia tak dapat masuk lokap sebab dia ada bukti dan buat report dulu, dia cakap saya pr0voke yang menyebabkan dia marah dan pukuI saya, hebat betul permainan dia kan? Saya hanya boleh bersabar dan tahan lagi.

Saya tak kerja 1 tahun asbab saya dah tak larat bekerja kerana sarat menngadung. Dia mula mula terima tapi lama – lama dia h1na cakap macam – macam pada saya kerana tak bantu dia dari segi kewangan. Boleh dik4takan dia banyak kali halau saya keluar dan banyak kali juga dia tukar kunci rumah, buat saya macam bukan isteri dia.

Bila dia rasa dia dah lega dah cool down, baru dia suruh saya balik rumah. Di tahun ini 2023, dia buat balik per4ngai yang sama halau saya, tukar kunci mangga rumah tak bagi saya masuk ambil barang saya dan anak – anak, berg4duh besar mak dia masuk campur.

Saya dihalau dan dimentaI t0rture lagi dan lagi kerana dia memaksa saya membayar kereta dia dan hutang – hutang dia. Tentang kereta saya hanya pakai untuk pergi kerja dan urus anak saja. Saya dah tak tahan terus failkan cerai dan sekarang duduk di rumah family.

Sekarang sudah 2 bulan dia tak bagi nafkah anak. Kalau saya nak nafkah anak serahkan anak pada dia. Itu syarat yang dia bagi. Tapi saya sebagai ibu yang lebih pada anak – anak, saya tahu anak saya tak akan makan bila dia jaga dan keperluan anak banyak saya yang penuhi dan jaga diorang.

Sekarang dia banyak pr0voke h1na caci m4ki, h1na keluarga saya dan macam – macam lagi, menyalahkan saya keluar dari rumah sedangkan dihalau oleh dia. Keluarga t0ksik memng wujud. Apa yang saya rasa adalah saya dah tawar hati, rasa terani4ya banyak kali, maru4h dipijak berkali – kali.

Saya memang tak akan ampunkan dia dan keluarga dia sebab anak – anak saya masih kecil lagi. Dia memilih eg0 betul diri dia banding anak – anak sendiri. Dia cakap saya dan dia tak ada apa – apa dan dah tiada jodoh antara kami.

Kadang – kadang saya fikir, ada ke bahagia untuk saya? Kesiannya anak – anak membesar takde bapa yang matang untuk handle diorang. Takde kasih dari bapa yang memikirkan perasaan mereka. Untuk makluman saya dah buka fail cerai dan dia ada bagi taIak kinayah pada saya.

Dia tak hadir bulan lepas dan 12/9 ni bicara kali ke 2. Doakan saya kuat dan tempuhi benda ni secara tenang dalam lindungan Allah swt. Apa yang buat saya terkilan adalah 5 tahun bukan sekejap dan saya adalah bukan wanita yang senang menerima orang dalam hidup saya.

Segala peng0rbanan saya, adalah saya anggap ini pengajaran dalam hidup. Terkadang – kadang tak kuat just buat – buat kuat je demi anak kecil yang tiada d0sa. Saya independent women, mak ayah tua, ada abang 0KU dan adik 0KU. Banyak benda dia mentaI t0rture sehingga saya hilang diri saya sendiri. Saya berharap ada kebahagian untuk saya kemudian hari.

Komen W4rganet :

Sue Suhana : Syukur Alhamdulillah awak dah terlepas dari jantan tak guna tu. Teruslah bsabar dalam menempuhi dugaan hidup. InshaAllah Allah akan bagi kebahagiaan dan ketenangan untuk insan yang sabar. Doa yang baik baik pada Allah moga Allah melindungi awak dan anak – anak. Saya doakan awak akan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.. Aminnnn

Saharia Bassri : Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Orang tak hendak, kita pun tak ingin. Sabar sis. Segala yang pahit, pasti ada manis akhirnya. Berjuaanglah untuk diri dan anak – anak. Kebenaran pasti ada. Jika suami nak rujuk sebab anak – anak, tak perlulah Sis kembali pada manusia k3jam tiada perasaan itu. Orang macam tu, hidupnya tak bahagia, percayalah sebab mereka pasti dapat hukvm karma. Berjuaanglah dan jangan takut. Tuhan bersama dengan orang – orang yang benar.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.