
Bila saya mengadu penat, s4kit kaki, s4kit badan, suami anggap saya ni mengada – ngada. “Orang lain pun mengandung juga, boleh je kerja, boleh je cari duit. Bukan nak fikir macam mana nak cari duit. Duduk rumah pun buat apa entah.”
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam. Mohon sembunyikan profil saya. Saya dan suami dah berkahwin hampir setahun. Sekarang saya mengandung hampir lima bulan. Suami cuma berniaga dengan orang, gaji pun tak seberapa. Saya dulu bekerja juga tapi dalam keadaan saya sekarang susah untuk mana – mana tempat terima staf yang sedang mengandung.
Kami baru berpindah ke tempat baru dalam beberapa bulan. Di situlah suami dapat kerja berniaga dengan orang. Dengan gaji yang tak seberapa memang tak cukup untuk menampung hidup kami. Haritu saya ada mohon satu kerja dengan merahsiakan status saya yang sedang mengandung. Saya diterima.
Tapi selepas hampir sebulan bekerja, saya ambil keputusan untuk berterus terang dengan pengurus sebab memang tiap – tiap bulan saya kena buat pemeriksaan di klinik kesihatan. MaIangnya, selepas beberapa hari saya beritahu perkara tu, saya diberitahu masih boleh bekerja untuk beberapa hari saja lagi. Saya dibuang atas sebab saya mengandung.
Puas saya ajak berbincang dengan bos supaya dapat bekerja semula tapi tak dilayan. Langsung tak ada budi bicara. Selepas dari hal tu, suami mula menekan saya supaya cari kerja lain. Dia cuma kata dia bukan p4ksa tapi minta tolong untuk bantu dia.
Ya, saya faham. Tapi cara dia tu, hari – hari bertanya, “Dah minta kerja ke? Dah dapat ke?” Lama – lama buat saya tertekan. Saya dah cuba tanya banyak tempat tapi tak ada yang nak terima. Ada yang kata dah penuh. Dan kalau ada pun yang perlukan pekerja, mereka tak nak yang mengandung.
Saya cuba bagi cadangan pada suami supaya saya kerja gaji hari atau part-time, boleh lah tampung sikit – sikit kehidupan kami. Tapi dia tak benarkan. Saya bagi cadangan untuk saya berniaga makanan secara online pun dia tak menyokong. Siap kutuk – kutuk saya lagi ada lah.
Kalau ikutkan hati, saya nak je buat, tapi tak ada modal nak mulakan semua tu. Dia tetap nak saya kerja yang full-time, dapat gaji bulanan. Saya bukan apa, dalam keadaan saya macam ni, saya jadi cepat penat. Tenaga pun terhad. Bila saya mengadu saya penat, s4kit kaki, s4kit badan, dia seolah – olah anggap saya ni mengada – ngada.
Dia pernah cakap, “Orang lain pun mengandung juga, boleh je kerja, boleh je cari duit.” Ya Allah, r3muk hati saya bila dia bandingkan macam tu. Kadang – kadang saya jadi sangat str3ss bila teringat kata – kata dia. Malam – malam sebelum tidur, mesti dia bebel – bebel pada saya dengan kata – kata yang mengguris perasaan sampai saya menangis.
Bila dia nampak saya menangis, dia boleh pula cakap, “Yang tu je tahu, menangis. Bukan nak fikir macam mana nak cari duit. Duduk rumah pun buat apa entah.” S4kit hati saya, Ya Allah. Selama ni saya tolong sediakan makan minum dia, basuh baju dia, dia tak sedar ke semua tu?
Baru – baru ni saya diterima bekerja di sebuah pasar raya. Tapi saya tetap rahsiakan status saya. Tiga hari pertama saya bekerja, saya kena kerja lebih masa dari pukuI 8 pagi sampai 10.30 malam. Hari kedua tu sampai 11 malam. Saya pergi kerja suami yang hantar, tapi balik saya jalan kaki sebab suami kerja dari pukuI 3 petang sampai 2 pagi. Jaraknya hampir dua kilometer saya jalan kaki.
Saya cuma mampu bertahan dua hari saja. Nak masuk hari ketiga, saya betul – betul dah tak larat. S4kit badan tu, Tuhan je yang tahu. Saya mengadu pada suami, dia boleh pula cakap, “Lepas ni tak nak kerja lah ni? Esok – esok s4kit apa pulak?”
Lepas tu dia sambung, “Kalau dah tak nak kerja sangat, aku hantar kau balik kampung je. Makan minum semua ada.” Ya Allah, kecil hati saya dengar dia cakap macam tu. Macam nak lepas tangan je. Ya, mungkin niat dia nak kurangkan kos perbelanjaan dengan hantar saya balik kampung.
Tapi kata – kata dia tu memang buat saya terasa. Bukan saya tak nak kerja, tapi keadaan saya sekarang terbatas sangat. Saya takut kalau saya p4ksa diri juga, akan risikokan baby dalam kandungan memandangkan dulu saya pernah keguguran.
Tapi suami tak pernah nak faham. Dia cuma nak saya faham yang dia penat cari duit. Saya cuba faham, saya cuba tolong, tapi dia tak pernah nak faham situasi saya. Sekarang saya dalam dilema sama ada nak balik tinggal di kampung sampai saya bersalin atau terus tinggal dengan suami.
Dia ada bagitahu nak cari kerja yang ada hostel, tak perlu bayar sewa rumah. Sebab tu dia suruh saya balik kampung. Tapi hati saya tak sedap nak ikut cakap dia. Memang orang kata bersangka baik saja, biarlah suami nak cari rezeki. Tapi dulu pun suami pernah buat hal keluar dengan perempuan lain masa kami bertunang.
Susah sangat untuk saya percayakan dia. Lagi pula sekarang kami tinggal di kawasan yang tak jauh mana pun dengan tempat tinggal skandal – skandal dia dulu. Saya cuma takut apa yang saya bimbangkan sangat tu akan terjadi. Saya takut kalau betul niat dia nak cari rezeki, tapi bila saya tak ada dengan dia, masa tu akan terbuka ruang untuk dia curang.
Macam mana saya nak buat? Kalau boleh saya nak terus tinggal dengan dia sampai bila – bila. Walau susah macam mana pun, saya akan tetap cuba cari kerja yang sesuai untuk saya, untuk tampung kehidupan kami dan kos bersalin nanti. Tapi dia tetap berkeras dengan keputusan dia. Saya harap sangat satu hari nanti saya tak menyusahkan dia lagi. Kadang – kadang terlintas juga dalam hati, nak lari dari semua ni, tapi saya tak mampu… sebab saya sayangkan dia sangat – sangat.
Komen Netizen :
Zainah Ibrahim : Sebelum kahwin suami tu tak fikir ke semua tu? Bila dah kahwin, dia anggap isteri tu sebagai beban. Sebab tu lah nak kahwin ni kena ada ilmu, sebab isteri tu amanah dari Allah. Bermula dari terlafaz akad nikah, segala tanggungjawab dunia dan akhirat akan dipersoalkan di Mahsyar nanti.
Fatimah Tajudin : Tak pernah komen dalam ni, tapi hari ni tersentuh juga dengan cerita puan. Andaikan puan baca setiap komen kami ni, saya mohon puan, sebelum puan sayang orang lain sangat – sangat, puan sayanglah diri puan dan bayi yang puan kandungkan sekarang.
Benar, syurga di bawah tapak kaki suami. Tapi kalau syurga itu dah tak mampu lagi memberi lubuk pahala pada puan, malah meny4kiti puan (melalui kata – kata) dan tak menjalankan tanggungjawab sebenar sebagai seorang suami mengikut ajaran Islam, puan fikirlah untuk kebaikan diri puan selepas kelahiran anak nanti.
Buat masa ni, puan baliklah dulu ke kampung sampai bersalin. Selalulah berhubung dengan suami untuk jaga silaturahim. Saya percaya Allah akan datangkan petunjuk untuk segala persoalan dan kerisauan puan tak lama lagi. Insya-Allah, saya doakan yang terbaik untuk puan. Allah ada.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.