Suami puas tengok saya s4kit semasa nak bersalin seolah-olah tersiksa akibat derh4ka pada ibunya

Masa anak umur 8 bulan, saya turunkan eg0 cari suami untuk berbaik semula. Kami berjanji untuk berubah. Sehinggalah suami beritahu yang dia dah kahwin lari di Thailand. Niat dia satu, nak selamatkan dan bimbing si janda. Saya rasa sesak nak m4ti. Dalam hati saya, muka sampan tinggi bongsai macam ni pun orang nak sond0l?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya cuba ringkaskan, compactkan apa yang nak dikongsikan walalupun panjang. Semoga apa yang saya kongsi, buruknya menjadi teladan, baiknya jadi sempadan. Saya, ibu sepasang anak. Alhamdulillah..

Umur betul – betul di tengah 30. Bekerja. Setiap kali hari ibu, ada gurisan dalam hati saya. Tapi itu juga merupakan kekuatan saya. Saya tak pernah terima apa – apa ucapan, “Selamat Hari Ummi”, “Ibu”, “Mama” dari sesiapa.

Tapi saya menganggap semua ucapan general “To All Mothers” tu untuk saya juga. 😉 Yelah.. Anak saya kecil lagi. Yang sulung baru 5 tahun, yang kecil baru masuk 6 bulan. Debab budaknya. Tapi saya tahu, mereka menyayangi saya.

Kakak setiap hari peIuk saya, “Sa..yang ummi..” Bila nak pergi kerja, dihantar saya sampai depan pagar, sambil tanya, “Ummi, balik cepat ye? Ummi keje baik – baik tau.. Ummi keje ke? Ummi jangan keje lah..” dan babai saya sampai saya hilang dari pandangan mata dia.

Ada ketikanya, dia berlari kejar saya. Nak salam lagi katanya. Ulanglah sampai 30 kali. Itulah anak. Anak saya, juga anak – anak yang lain pastinya. Seorang ibu tak perIukan kata – kata ucapan. Cukup mereka menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhir4t.

Kerana kita ini yang sebenarnya menumpang kasih sayang mereka. Dan dari doa mereka jugalah yang membantu kita di barzakh sana. Gurisan dalam hati saya cukup pedih. Saya mengalami tr4uma yang agak dasyat selepas terjatuh ketika jungle trekking yang merubah kehidupan saya.

Tr4uma ini sukar dilupakan meskipun sudah 17 tahun berlalu. Saya lambat dapat anak. Selain tr4uma, saya menghidapi cyst yang menyukarkan saya dapat anak. Keluarga mertua memang berharap tinggi nak cucu dan ini menjadi isu.

Kerana suami, anak lelaki tunggal. Dan kerana ini, menjadi salah satu punca ketegangan hubungan antara saya dan keluarga mertua. Pengetahuan tentang peny4kit – peny4kit wanita sebenarnya masih lagi rendah di kalangan kita apatah lagi ibu bapa veteran.

Begitu juga dengan suami. Ada yang faham, ramai juga yang sebaliknya. Ada juga yang cuba faham, tak jadi faham, terus taknak faham. Saat saya tahu saya bakal jadi ibu (setelah menjalani rawatan), keadaan rumahtangga saya sem4kin dingin.

Suami hantar saya pulang ke rumah mak ayah saya atas sebab saya m4buk teruk. Dengan jadual kerja yang tak menentu menyukarkan dia untuk menjaga saya. Sejak hari itu, setiap hari saya tunggu dia balik. Dan akhirnya saya ditinggalkan sendirian menghadapi liku – liku bergelar seorang ibu.

Bukankah berita ini yang mereka mahu? Saya dituduh menantu derh4ka dan sebagainya hanya kerana saya tak balik ke sana. Taknak berpanjangan, saya diamkan sahaja. Dalam saya diam, dia memfailkan penceraian saat kandungan saya 5 bulan.

Kes tertangguh kerana keadaan saya yang teruk. Dan suami hanya datang ketika saya dah nak masuk labour room. Katanya, dia hanya nak tengok siksanya saya bila beranak akibat derh4ka dekat ibunya. Itulah hari dia munculkan diri sejak dari awal saya mengandung.

Itupun pihak hospitaI yang hubungi. Saya begitu tersentuh dengan adanya Hari Ibu. Saya betul – betul merasainya. Bercakap dengan anak sendirian, dengan perut memboyot mencuba mencakupi segala keperluannya. Mujur saya hidup bergaji.

Setelah beranak, saya teruskan hidup seperti biasa. Duduk di rumah keluarga saya. Rumah yang saya duduki sepanjang perkahwinan sampailah saya ‘dihantar’ pulang itu telah disewakan fully furnished. Lagipula, kami ada membeli rumah yang jauh lebih selesa.

Dan rezeki anak, dapat kunci rumah ketika saya berpantang. 2 tahun tunggu rumah tu siap. Tapi apakan daya, kerana saya sedang berpantang, dia yang uruskan hal rumah baru. Tiada khabar berita selepas itu. Saya tetap ibu tinggal.

Saya tak pernah dapat tengok rumah baru saya. Sampailah anak saya 8 bulan, terjentik di hati saya. Kehidupan apa yang sedang saya lalui? Saya rasa tidak adil kepada anak jika saya tidak berbuat sesuatu. Saya muhasabah.

Saya turunkan eg0 saya untuk cari dia. Berusaha bina semula keluarga. Niat saya hanya satu, sebab anak. Sekurang – kurangnya saya tidak ralat kerana dah mencuba walaupun keluarga saya menentang. Suami bersetuju. Dan kami berusaha bina kembali yang telah runtvh.

Kes penceraian ditarik semula. Saat saya menjejakkan kaki ke rumah baru, saya menangis semahu – mahunya. Kepada keluarga mertua, saya baiki hubungan. Sebenarnya saya memang rapat dengan pakcik makcik keluarga beIah mertua.

Di kampung, memang saya ‘cucu’ kuat dapor. Saya dapat rasa kehidupan bekeluarga yang lengkap untuk berapa ketika. Dia juga banyak berubah. Banyak. Dia cinta pertama saya dari zaman lepas sekolah sehingga berkahwin.

Tidak ada lelaki lain. Dulu, bukan saya yang suka dia. Saya sukakan lelaki yang tinggi. Kerana kesungguhan dia, saya terima walaupun dia level – level bongsai je. Biasalah, apa yang kita tak suka itulah yang kita dapat. Begitu juga saya.

Cuba ubah diri ini yang sememangnya kurang. Sehinggalah suami memberitahu saya yang dia dah kahwin lari di Thailand. Niat dia satu, nak selamatkan dan bimbing si janda. Saya rasa sesak nak m4ti. Dalam hati saya, muka sampan tinggi bongsai macam ni pun orang nak sond0l? Sedih, pedih.

Orang pertama yang saya beritahu adalah mertua. Saya tak dapat nak bekerja sepanjang minggu itu. Deringan telefon tak henti – henti dari pakcik makcik keluarga beIah mertua yang cuba memberi sokongan terhadap saya.

Bila macam ni, keluarga mertua lah yang berada di belakang saya. Mereka rasa marah di belakangi. Dipujuknya saya agar bersabar, fikirkan anak. Saya rahsiakan hal ini dari pengetahuan keluarga saya kerana malu. Saya hadapi sendirian kerana tak mampu nak meluah rasa.

Saya tidak bercerita dengan sesiapa mahupun kawan sendiri. Entah. Rasa tersilap langkah. Saya memang tak aktif dalam media sosiaI. Jika tengok facebook saya juga sendu. Bilangan rakan maya yang sendu. Post yang sendu.

Dan saya bukan orang yang gemar muatnaik status. Saya bataskan privasi kehidupan saya cukup untuk diri saya. Jadi tidak ramai dapat menghidu. Berbeza saya dengan suami. Dia kalau boleh gambar tengah pegang gayung nak mandi pun dia upload.

Saya cuba mencari hikmah atas musibah ini. Saya cuba terima. Belajar redha. Cuba beri masa. Terima hakik4t yang dalam kehidupan saya ada orang lain. Saya tak pernah sekali pun ser4ng dia. Tidak pernah berjumpa dengan dia.

Saya katakan dalam hati, jika benar suami nak berkahwin untuk membimbing atas jalan agama, saya terima. Lagipun, niat saya untuk anak. Beberapa tahun berlalu. Saya rasakan seperti ibu tinggal. Seperti biasa, jadual kerja suami yang tak menentu.

Balik ikut hari. Tiada masa. Seperti semuanya saya uruskan sendiri. Jangan kata saya tak mencuba. Bukan ditentang kawin dua itu. Tapi biarlah diletakkan pada tempat yang betul. Masa untuk anak saya juga sudah terbahagi.

Anak saya juga terp4ksa bersaing masa dan kasih dengan seorang perempuan dewasa. Tidak adil bukan? Pernah saya cuba minta cerai kerana tidak mahu teruskan. Dia minta saya beri dia masa perbaiki keadaan. Pernah dia diberhentikan kerja.

Saya menanggung segalanya. Ya. Wanita itu tidak bekerja. Saya masih mencuba dan bertahan. Saya minta Allah berikan saya kekuatan dan kesabaran. Dia cuba ik4t saya dengan anak. Dan akhirnya saya mengandung anak kedua pada tahun lepas.

Cukup, saya tak mahu ingat. Nak dijadikan cerita, berlaku satu kejadian yang saya langsung tak boleh terima. Saya rasa tertipu. Dikhi4nati, tidak adil. Saya katakan pada suami, cukuplah setakat ini d3rita saya. Saya nekad, di usia kandungan baru mencecah 7 minggu, saya failkan penceraian.

Dan saya beritahu perkara sebenar kepada keluarga saya yang selama ini saya diduakan. Walau.. Sebenarnya, keluarga saya dah sedari tahu kerana suami kant0i beberapa kali. Sengaja mereka diamkan. Saya tekad bercerai walaupun dia memang tak mahu melepaskan saya.

Dia kata saya nusyuz. Tak layak dinafkahi. Dan sejak itu saya dibiarkan berg4ntung tak bertali akibat terc4bar dan d3ndam. Rumah kami dijual. Rumah yang penuh tangisan. Ketika melangkah masuk juga keluar. Tetapi tangisan keluar itu dengan segala tekad dan kekuatan.

Saya perlu tamatkan kehidupan bert0ksik saya. Dengan bangga dia mempamerkan wajah wanita itu untuk umum yang selama ini dia sembunyikan. Tanpa rasa bersalah dan tidak menghorm4ti perasaan ahli keluarga saya.

Keluarga mertua? Saya diamkan diri dari mereka. Cukuplah segala em0si yang roller coaster. Sekali lagi saya sendirian berjuang melalui segala kepayahan mengandung dan melahirkan. Berulang kali warded. Ada diab3tic.

Tekanan d4rah rendah. BIeeding. Saya dah duduk dalam wad dari minggu 33. Setiap hari, yang datang melawat saya tanpa gagal, abah dan anak saya, si kakak, yang petah berbicara. “Ummi s4kit ea? Ummi cepat baik tau. Ummi nanti keluarkan adik tau,” sambil civm – civm perut saya.

Sebab itu saya katakan, kita ini yang menumpang kasih sayang mereka. Dan akhirnya saya selamat melahirkan anak di hospitaI ditemani jururawat – jururawat yang sangat baik budi pada genap minggu ke 36. Sungguh..

Dikelilingi dengan orang baik itu satu nikmat. Saat di labour room, saat itulah saya hamburkan segala rasa kesedihan, kepayahan, kekecewaan yang selama ini saya sembunyikan dari orang. S4kit bersalin itu sementelah hilang bila terlihat bayi yang merah, tembam dan menangis itu.

“Puan, ini bayi apa?”

“Boyyy..”

Tiada lagi orang yang datang dengan wajah kebencian yang hanya nak melihat siksanya s4kit beranak. Sedangkan s4kit bersalin itu nikmat. Saya rasa tenang, lebih kuat dan bersyukur. Kerana itu, Hari Ibu itu besar maknanya bagi saya walaupun hari – hari adalah hari ibu.

Selamat Hari Ibu buat saya. Juga wanita – wanita yang kuat di luar sana. Saya doakan semoga kita ini dirahm4ti. Semoga urusan saya dipermudahkan. Aamiin. – Puan Aloya Lempoyang (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum semua pembaca. Salam  Syawal. Ada yang masih ingat tentang cerita saya? Baru – baru ni kita juga baru menyambut Hari Ibu. Alhamdulillah.. Hari Ibu yang bermakna buat saya. Anak sulung saya, suka melukis.

Suka mewarna. Macam – macam dia lukis. Bila dah lukis sesuatu lukisan tu, dia akan ceritakan pada saya semula, apa keseluruhan cerita tentang lukisan dia. Mungkin inilah gambaran pelukis – pelukis tentang sesuatu karya.

Setiap gambar, ada cerita. Kadang – kadang, dia hanya lukis watak seorang kanak – kanak, tapi ekspresi lukisan tu buat saya kagum. Ekspresi menangis, takut, geram, ketawa. Sangat menjadi. Tergelak saya. Kalau lukisan terkejut, keningnya semua dilukis atas kepala.

Siap mata terjojol terkeluar. Punyalah dramatik. Dengan satu gambar, penceritaan dia boleh sampai ke bulan. Layan… Haha. Melihatkan minat dia ke arah itu, saya mula bawak dia sertai pertandingan melukis dan mewarna.

Alhamdulillah. Percubaan pertama, dia dapat nombor dua untuk kategori umur dia – 6 tahun. Bukan main seronok dia. Hari Ibu yang lalu, dia suruh saya pejam mata. Saya pun pejam. “Tadaaaa..” Dia beri saya lukisan. Dalam lukisan tu ada saya, dia dan adik dia.

Baju kami diwarnakan Ungu. Posing, baju yang sangat familiar. Ya, dia lukis kembali gambar Hari Raya kami tahun lepas. Sebijik. Kami sedondon bewarna ungu. Pada ketika itu, anak kecik saya masih baby. Lukisan tu bertajuk Keluarga.

Di bawah gambar ditulis Ummi, Kakak, Adik. Bezanya, lukisan yang sama tapi mereka dah dewasa. Mata saya mula berkaca. “Selamat Hari Ummi..!” sambil senyum – senyum menunjukkan giginya yang rongak.

“Kakak lukis gambar kita raya ke?”

“Iyalah..”

“Tapi, kenapa tak sama? DuIukan adik kecik lagi, mana pakai songkok?”

“Iyalah.. Ni gambar kakak ngan adik bila da besar nanti. Kakak ngan adik akan ja…ga ummi. Sayang ummi.”

Saya tak dapat tahan sebak. Saya menangis. Bukan ucapan yang saya harapkan. Bukan hadiah yang saya pinta. Sebaknya saya kerana anak yang baru berusia 6 tahun sudah sem4kin faham dengan jalan cerita hidup kami anak beranak.

Dia sentiasa ada dengan saya. Saya juga faham dia dan sentiasa belajar mencuba memahami naluri kecilnya. Saya tahu banyak yang dia cuba terjemahkan melalui lukisannya. Saya belajar banyak dari dia. Belajar jadi seorang Ibu, kawan biasa, kawan baik, kawan g4duh. 😉

Alhamdulillah urusan Fasakh saya telah selesai. Tahun ini, Syawal pertama saya official bergelar Ibu Tunggal. Walaupun dah bertahun juga saya memegang gelaran Ibu Tinggal. Huhu. Perasaannya amat berbeza. Saya rasa lega.

Allah juga permudahkan rezeki saya membeli rumah baru. Walaupun hanya rumah subsale lama kos murah tahun 80an, jadilah Syurga Dunia buat kami anak beranak. Masa tengok rumah tu memang nangislah keadaannya.

Tapi itu jelah yang termampu. Saya nangis siap – siap dan mula melakar impian. Seronok saya dapat kembalikan hobi saya. Saya minat deko. Rumah yang awalnya anak saya pun tidak mahu. Yelah, sebelum ni, rumah kami besar.

Tinggal dikejiranan yang dik4ta ‘have – have’. Sekarang duduk di rumah kecil. Yang saiz ruang tamu sekali dapurnya sama saiz dengan bilik master saya dulu. Jatuh terduduk? Tidak. Inilah permulaan baru saya. Tapi kini, anak saya tak sabar nak masuk rumah baru dia.

Berulang kali cakap pada saya, “Terima kasih ummi, buatkan rumah kakak cantik – cantik.” Padahal saya tidak membuat sebarang renovasi. Belom berkemampuan. Hanya memperindahkan agar sedap mata memandang.

Semua saya buat sendiri. Terasa dihargai bila si kecil memuji. Saya seronok belajar di youtube dan perkongsian orang lain tentang ilmu – ilmu pertukangan, mulalah bercita – cita nak ada set complete barangan hardware. Juga kebun mini di rumah.

Saya catatkan seperti jurnal setiap satu perjalanan dalam membina Syurga Dunia saya sebagai terapi jiwa. Bersyukur Ya Allah. Rezeki itu datang dari pelbagai sudut dan arah. Allah beri saya kekuatan luar biasa. Jerih payah saya turun naik sana sini sendirian uruskan rumah, uruskan hal penceraian dengan kekangan kewangan juga kudrat tenaga akhirnya berbaloi.

Tinggal satu urusan belom selesai, harta sepencarian. Semoga urusan saya dipermudahkan. Terlalu banyak yang saya belajar. Ada ketikanya saya down. Jadi saya jumpa doktor. Bercakap dengan doktor. Bercakap dengan kaunselor.

Itu rutin saya. Saya pes4kit kemurungan dan tr4uma (PTSD). Memang dari sebelum kahwin. Bukan semua orang boleh paham. Dulu, Bongsai juga kata dia paham saya, tapi akhirnya dia kata saya ‘giIa’. Ada ketikanya, s4kit tuIang belakang kembali meny3rang.

Saya pernah jalani fisi0terapi di hospitaI. Punca? D0mestic abvse. Saya b0doh. Saya tak lapor. Bongsai tu tak padan kecik, kemain dia smack down saya macam WWE atas tiket suami. (Dalam tuntutan Fasakh, saya nyatakan semua ni.)

Jadi setiap kali saya nak angkat barang berat, saya ingatkan diri saya tentang postur yang betul. Saya nak hidup lebih baik. Demi anak – anak. Jika dulu, si Bongsai pernah h1na saya. Saya ni terlalu ‘besar’ buat dia. Saya gem0k macam Iembu.

Padahal dia yang kecik. Bila ada yang lain, dia Iembukan saya. Rasa nak Iempang. Masa baru nak kahwin, kemain cakap saya kerengga. Spesis zoo agaknya saya ni di mata dia. Dari level serangga terus naik taraf ke haiwan ternakan.

Mungkin sekarang, saya terlalu penat membuatkan badan saya agak susut banyak. Penat dengan hal pindah rumah dan sebagainya. Dan saya buat dua kerja. Lagipula, saya sem4kin aktif berlari sana sini yang dulunya seolah – olah disekat.

Saya lebih enjoy dengan virtual run. Lari sendiri – sendiri. Dari accumulate 20km sebulan, sekarang ke 50km. Dan saya nak cuba 100km. Adakalanya, saya bawak anak – anak saya sertai saya. Seronok dan kadangkala menc4bar.

Saya kuatkan bonding saya dan anak – anak dengan pelbagai aktiviti. Bagi saya, gemok boleh kurus. Tapi kalau dah bongsai, manakan boleh jadi setinggi petai. Saya rasa seronok dan bahagia sekarang. Saya dah keluar dari kehidupan bert0ksik saya.

Sayangi diri, cipta bahagia, kerana itu bermula dari diri untuk diri. Terima kasih Allah atas nikmatMu ini. Terima kasih rezekikan h4mbaMu ini anak – anak buat penawar peneman jiwa. Inilah hadiah yang bermakna. – Aloya Lempoyang (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul : Tahniah puan berjaya menjalani kesemuanya dengan penuh tabah. Saat berpantang sangat sukar kan. Takpe. Saya pernah melaluinya. Mujur ada family yang menyokong. Tunggu anak besar sikit lagi puan. Puan akan dapat ucapan tu dengan penuh ikhlas.

Kuat dan tabah puan. Kita sendiri takkan sangka kita ada kekuatan nak hadap semua ni. Semoga puan sentiasa dirahm4ti dan dipermudahkan urusan. Bawa la title kita dengan baik kerana tak semua orang boleh terima status kita ni walaupun bukan salah kita 100% perkara ni terjadi. Sekian.

Nor Aini Kamardin : Suka saya baca penulisan puan aloya. Ayat – ayat yang kemas dan tenang. Terharu membaca kisah hidup puan. Jelas, puan seorang yang kuat dan tabah bila puan berani melangkah dari kehidupan yang t0ksik. Saya doakan moga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup puan dan anak – anak. Be strong for them… Allah sentiasa ada.

Syakriah Ishak : Semoga terus kuat. Dulu – dulu sebelum kahwin, suka sangat membaca hukum hakam bab taIak dalam islam. Kononnya dah bersedia untuk kahwin kena juga bersedia untuk ditinggalkan. Dah kahwin selalu ingatkan diri cinta dulu yang maha kuasa (Allah SWT), insya-Allah, Dia akan beri cintanya melalui orang – orang sekeliling yang baik – baik, termasuk pasangan.

Alhamdulilah, biarpun cinta selepas berumahtangga, tapi Allah SWT kekalkan (baru belasan tahun). Ujian akan datang. tak tahulah. Yang penting kena sedia untuk segala kemungkinan. Biarpun jatuh, jangan sampai tersungkur.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.