Suami sedap – sedap makan KFC, Dominos, Starbuck tapi saya hanya makan nasi dengan petik ulam tepi rumah

Suami tak bagi saya berniaga katanya malu dengan orang sekeliling. Tapi masalahnya dia tak bagi nafkah untuk makan dan beli barang anak kembar. Haritu saya mintak belikan pampers tapi macam biasa, tak ade duit. Muka terus berubah. Esoknya saya tengok dia beli handphone Iphone yang baru. Pampers masih tak beli.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Mengadu di sini adalah jalan terakhir saya. Nak cerita dengan orang lain takut jadi lagi teruk. Sekurang – kurangnya dekat sini orang tak kenal siapa saya. Maafkan saya jika luahan ini menggangu para pembaca.

Dulu mase bujang saya pernah mengajar Al-Quran di surau – surau dan sekolah – sekolah sekitar. Saya juga rajin berniaga online dan buat dropship. Hasil simpanan mampu beli cash kereta Myvi terpakai. Kahwin atas dasar pilihan keluarga. Masa tu ibu mertua memang beriya benar nak saya jadi menantu dia. Sekarang kami tinggal di Taiping dan kami ada sepasang kembar perempuan berusia 5 bulan dan sangat comel.

Sejak berkahwin, suami tak izin saya bekerja atau berniaga. Segan dengan orang sekeIiling katanya. Tapi suami saya ni tak pernah bagi saya duit belanja atau duit makan. Tak ape, saya hanya makan apa yang ada di rumah. Lepas dapat kembar ni, mak1n teruk. Susu dan pampers lepas 2 minggu mintak baru dapat. Alasan dia bagi ‘tak ade duit’. Kembar saya ni masih 100% berg4ntung pada susu. Susu badan tak cukup tampung 2 orang sekaligus. Takkan saya nak tengok je diorang nangis lapar. Akhirnya saya beli sendiri.

Suami saya keje jual coway dan saya anggap mungkin dia betul tak ade duit tapi setiap hari balik rumah saya nmpak resit KFC, dominos, starbucks. Saya memang kenal dia memang suka makan kat tempat – tempat gitu. Tak pernah makan warung. Padahal saya kat rumah hari – hari makan nasik lauk ulam petik tepi – tepi rumah je. Awal – awal kawin dia selalu pinjam duit saya buat bayar kereta vios dia bulan – bulan sampai suruh saya buat loan sebab keta dia dah kena tarik tapi tak lulus. Nasib baik. Haritu saya mintak belikan pampers tapi macam biasa, tak ade duit. Muka terus berubah. Esoknya saya tengok dia beli iphone. Baru. Pampers masih tak beli.

Pernah saya mengadu kat mak mertua. Dia cakap suruh bersabar. “Biasalah mana – mana keluarga pon ada masalah kewangan. Isteri kena terima kekurangan suami. Anak mak tu memang manja sikit sebab dari kecik tak biasa susah. Kalau Sue nak pegang duit sendiri kenalah kerja. Nanti mak suruh abah carikan keje kosong kat bandar. Kembar tu Sue bayar mak RM 500 je biar mak yang jaga.” Tapi sampai sekarang tak ade ape kerja pon.

Suami pulak sejak dapat baby ni dah tak tido sama – sama. Bercakap dengan saya pon asyik nak marah – marah je. Tiap hari keluar dengan kawan – kawan dia happy – happy, tapi balik rumah muka terus ketat. Anak – anak langsung tak pernah nak pegang. Buat macam bukan anak dia. Mungkin dia marah sebab saya pregnant cepat sangat kot lepas kawin. Atau mungkin sebab saya kerap sangat mintak belikan susu dan pampers. Mungkin dia dah benci kat saya..

Baru ni saya cuba gagahkan diri pegi pejabat agama kawasan sini. Cuba cari saluran yang betul untuk mengadu. Sampai 3 kali saya pegi, pegawai tak ade. Ustaz – ustaz lain hanya memandang saya dengan sinis. “Puan mesti hadir bersama – sama suami tak boleh hadir sorang. Astaghfirullah puan, bergegar tiang arsy kalo puan fikir mahu cerai.” Macam – macam lagi. Saya hanya mahu mengadu, bukan nak cerai. Kalau dorang nak suruh kami suami isteri hadir kaunseling, saya sangat bersyukur. Tolong lah panggil. Saya sangat harap mereka bantu apa saja pon tak ape. Tapi tak ade apa – apa. Saya hanya pulang. Sambung nangis di rumah.

Sekarang kereta saya pun dah kene jual buat bayar kereta suami. Dah tak boleh pegi pejabat agama lagi. TAK boleh keluar kedai. Duit simpanan saya habis terus. Hari – hari tengok anak – anak nangis lapar, bagi susu sikit – sikit dan cair – cair terp4ksa jimat, pampers pon tak ade. Minta dengan suami bukan tak dapat, tapi lambat. Dia selalu dulukan keperluan sendiri dan belanja kawan – kawan dia. Nak mintak pon saya kene hati – hati susun ayat, takot nanti dia tergur1s lagi lambat nak dapat. Kadang – kadang saya terp4ksa mintak adik saya datang dari jauh belikan. Sekali sekala bolehlah mintak tolong adik. Tapi nak kena fikir cara menipu dan nak tepis soalan – soalan dorang. Tanggapan keluarga mertua lagi seolah – olah saya ni isteri tak reti bersyukur.

Inilah ujian untuk saya. Mungkin tak akan ada pengakhiran untuk d3rita saya ni, saya redha. Cuma baru ni saya ada macam meracau sikit. Tapi alhamdulillah saya tersedar dan terus solat dan taubat banyak – banyak. Saya berdoa semoga baby kembar saya ni kuat dan tak jatuh s4kit. TAK tahan saya tengok dorang nangis lapar. Saya hanya mampu nangis sama – sama dorang setiap hari. Itu saja yang saya nak luahkan. Terima kasih untuk semua yang sudi mendengar.

Komen Warganet :

Hazwani Ahmad II : Sis, jangan berterusan dalam keadaan begini. Meracau kali pertama tu dah tanda sis bakal akan hadapi masalah lain nanti. Permulaan str3ss yang akan membawa kepada kemurungan teruk yang lebih bah4ya! Saya juga penah aIaminya satu ketika dulu dan ada anak kembar lelaki memang penat, dengan kita tak cukup rehat, khasiat tak cukup. Sis, balik je rumah mak sis, luahkan pada mereka tentang perangai suami sis tu terus terang. Jangan bertahan dah. kalau dengan ibu mertua ni, macam mana buruk pon anak dia, dia tak kan ambil kisah pon. Sebab bagi dia tu anak kesayangan dia yang tak bawa masaIah pada dia. Tapi kita yang hadap dan rasai hari – hari. sis wake up! Pergi balik rumah parent, kalau dia tahu erti tanggungjawab dia, dia akan balik cari sis kat kampung dan jangan ikut dia balik dulu. Biarkan dia rasa dulu bila isteri dan anak – anak tak ada depan mata.

Hjh Ros Na : Balik rumah ibu bapa dan mula kerja balik. Sis kenapa kereta kamu jual untuk bayar kereta suami? Nampak tak suami kamu pentingkan diri dia saja. Dia ada kereta kamu ada habuk. Salah kamu, kamu terlalu jaga a1b suami sampai kamu makan nasi dengan ulam petik. Jangan jadi bod0h, jaga a1b sampai kamu jadi miskin. Ada duit dalam bank habis, ada kereta jual. Kamu buat balik kerja cari duit sendiri, anak – anak bagi mertua jaga. Bayaran mertua suruh suami settle. Kamu kerja, beli kereta nama sendiri, simpan duit jangan bagi orang kikis. Kaya sikit beli rumah sendiri. Suami kamu tak sayang kamu, dia pentingkan diri. Dalam rumahtangga kena garang, bebeI, bising – bising barulah tak dibuIi.

Nurul Atiqah Anuar : Jadi lelaki ni nak kahwin mesti kena sedia dan tahu tanggungjawab dulu. Cari yang betul – betul faham agama. Bukan yang acah – acah faham. Sebab bila orang lelaki faham agama, insyaAllah dia akan jaga amanah Allah sebaiknya. Buat Puan, sabar dan bertahanlah. Kalau puan masih ada ibu ayah, mengadulah dengan mereka dulu. Keadaan macam ni dah tak boleh segan sebab libatkan anak – anak puan. Saya yakin ibu ayah puan pasti mertua yang baik untuk suami puan. Sebab dari tulisan puan, jelas puan seorang yang sangat menjaga a1b suami daripada adik beradik. Moga – moga tindakan dari ibu ayah puan dapat ubah sikap suami puan sebelum terlambat.

Encik Ayadd : Teruknya suami ko, saya pon sebagai suami. Sejak kahwin utamakan isteri dan anak – anak. Duit gaji kita habiskan untuk isteri dan anak – anak. Kadang – kadang nak beli macam – macam untuk diri sendiri pikir 2, 3 kali. Tunggu hujung bulan kalau ada duit lebih baru beli. Itu pon kadang – kadang pendam hasrat sebab utamakan susu anak dulu. Semoga awak tabah dengan dug4an. Saya lebih rela tak makan atau makan tak sedap asalkan isteri dengan anak dapat makan cukup dan sedap. Sedih baca situasi ni.

Nasha Kamaruzaman : Kalau susah, jangan mengadu kat mertua, memang tak membantu langsung. Yang dia tau suruh kita sabar dari nasihat kan anak lelaki dia bertanggungjawab. Dah tau menantu susah, lagi mintak RM500 jaga anak bukan nak mintak kat anak sendiri. Dari pengalaman saya, kuatkan hati pegi mahkamah je terus. Bukak fail tuntut segala ape yang patut.. tak ade siapa yang boleh bantu kita melainkan diri sendiri atau keluarga kita sendiri.

Apa kata anda?