Suami selalu cakap saya perempuan manduI, sampai jiran-jiran pun dengar

Kami dah berkahwin selama 7 tahun dan tak ada zuriat. Baru – baru ni kami ambil anak angkat di JKM. Namun setiap kali saya minta tolong suami jaga anak sementara saya masak atau buat kerja, dia akan ungkit tentang anak ni. Dia cakap ni anak har4m. Anak hanya diam seolah – olah dia faham apa yang suami cakap…

Kisah 1 :  Assalamualaikum warga Facebook. Saya nak tanya pendapat. Saya dan suami dah 7 tahun berkahwin tapi kami masih belum dikurniakan zuriat. Baru – baru ni kami ada ambil anak angkat di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Suami hanya bekerja sebagai pekerja am di sebuah universiti. Saya pulak seorang guru di sekolah menengah. Sejak kahwin suami tak pernah bagi saya duit belanja. Dia ada sediakan rumah untuk kami. Tapi hanya rumah semata.

Kelengkapan rumah termasuk barang elektrik dan perabot semua saya yang beli. Dia cuma ada motorsikal. Tiap – tiap bulan komitmennya hanya membayar rumah. Kelengkapan anak, taska, makan minum, kereta semua atas saya. Dah banyak rasanya saya berk0rban untuk suami, saya sayang dia. saya sayang rumahtangga kami. Cuma sejak kebelakangan ni kami selalu berga4uh bila saya suruh dia jaga anak sementara saya nak masak dan kemas rumah.

Dia langsung tak nak tolong saya. Dia mulalah nak ungkit pasal anak ni. Cakap anak ni anak har4m. Padahal anak ni tak tahu apa – apa pun. Dia cakap saya perempuan yang tak boleh mengandung, manduI. Sampai jiran – jiran sebeIah pun dengar. Tak cukup dengan tu dia pergi bagitahu keluarga saya yang saya pukuI anak. Sehingga keluarga mintak untuk saya pulangkan semula anak ni ke JKM. Keluarga saya percaya dia sebab saya memang tak pernah cerita keburukan suami pada keluarga.

Hari ni kami berg4duh lagi. Saya tolak motor dia dan saya ungkit pasal nafkah yang dia tak pernah bagi pada saya dan anak. Dia tetap akan cakap benda yang sama pada saya. Anak saya dah 7 bulan. Anak hanya diam seolah – olah dia faham apa yang suami cakap. Saya rasa nak bawak anak pergi check up dan nak bawak laporan hospital ke balai untuk buat report mengesahkan saya tak pernah pukuI anak dan anak tak pernah jatuh. Boleh ke saya buat macam ni untuk buktikan pada keluarga yang saya tak pernah ced3rakan anak ni walaupun dia cuma anak angkat.

Komen Warganet : 

Cirah Cici : Anak angkat juga amanah Allah untuk kita jaga mentaI em0si diorang. Kalau dulu suami tak setuju, tak perlu ambil pun. Biasanya anak angkat akan lebih terabai jika pasangan bercerai terutamanya isteri seorang surirumah. Dalam kes puan, harap tak terabai budak tu sebab puan bekerjaya. Anak angkat yang tidak disayangi akan lebih member0ntak sebab em0si mereka terlalu fragiIe terutama bila masuk sekolah. Boleh ke hospitaI untuk check status kesuburan dan lepas tu tentukan halatuju masa depan.

Mak O Leha Ramlee : Kalau sayang suami nak rumahtangga kekal hentikan perg4duhan. Anggap je suami tu memang tak mampu. Diam lebih baik dari berkata – kata bagi orang yang tak pernah faham. Buat hal masing – masing. Anak tu bila nak buat kerja sediakan tempat untuk dia bermain tanpa membah4yakan. Sekarang macam – macam ada kemudahan untuk menjaga anak tak perlu minta tolong orang pegang anak tu.

Biar dia menangis sekejap lama – lama dia terbiasa duduk dalam kurungan dan bermain sendiri. Urusan rumahtangga buat mana yang perlu je. Anggap kita hidup sorang. Sekarang dah senang basuh baju ada dobi siap kering. Makan beli je, untuk sendiri dia dah bergaji pandailah dia. Barang rumah tak perlu penuhkan sekadar perlu je. Pinggan kalau susah sangat beli pakai buang je. Tak perlu basuh. Bila suami balik buat hal masing – masing ibarat macam tak ade orang. Hati tak s4kit kepala tak perlu nak fikir nak bertengk4r. Janji hidup diteruskan.

Cik Puan : Maaf bahasa kasarnya, ada sebab Allah belum kurniakan puan dan suami anak sendiri. Tengoklah diri suami macam mana. Walaupun budak tu cuma anak angkat, orang lain kenapa laki bini boleh sayangkan anak angkat, tapi suami puan sebaliknya. Dirinya sendiri pon macam biawak hidup, lagi nak sara puan dan anak jauh sekali. Puan yang makan hati. Kalau saya jadi puan, tak ada saya nak pertahan suami macam tu. Somb0ng, b0ngkak, biadab, patut biar je tu menduda urus diri dia sendiri. Puan ada kerjaya, ada anak angkat, Esok – esok dapat pengganti jauh lebih baik dari suami. Dan tak yah la nak pergi hospitaI balai semua tu. Puan bukan d3ra anak tu pun. Tak perlu kusutkan keadaan.

Kalau sayangkan suami tu pulangkan la semula anak angkat tu pada JKM, buat apa korang bertek4k laki bini depan anak yang tak berd0sa tu. Kesian dia, ingat boleh tumpang kasih mak ayah angkat. Sebaliknya plak yang berlaku. Tak pasal anak tu nanti membesar dalam keadaan member0ntak dan tertekan. Nampak sangat suami tu tak pernah sukakan anak tu. Awak boleh pergi hospitaI check tengok sapa manduI. Entah – entah suami yang manduI baru padan dengan muka dia nak h1na – h1na isteri, nak h1na anak angkat. Awak orang berpelajaran, pikir la baik – baik.

Nurfaizahasrine Amaran : Sayang tu memang sayang sis kat suami. Saya dah dua kali kahwin. Sebelum berpisah dengan yang pertama dulu, memang rasa berat hati nak berpisah. Takut diri tak boleh hidup tanpa dia. Sebulan dua tu memang rasa rindu yang amat. Tapi lama – lama diri dan hati dah biasa hidup sorang diri. Walau apapun rasa sayang tetap ada pada bekas suami. Yelah, kita dah pernah tinggal sebumbungkan..

Kita simpan jelah memori bersama dia tu baik – baik dalam ingatan kita. Sis terpelajar, sis mesti boleh fikir mana yang terbaik buat sis. Banyak cara Allah nak tamatkan jod0h kita dengan seseorang. Lagipun, suami sis tu tak jalankan amanah yang Allah beri pada dia. Sis tu amanah dia. Kalau sis tak suka cara suami, apatah lagi Allah. Buatlah solat sunat minta petunjuk dari Allah kalau sis keliru. Saya pun dekat 15 tahun tunggu anak kalau campur perkahwinan dulu. Moga sis bertemu dengan lelaki yang lebih bertanggungjawab. Jadikan anak tu anak sis sendiri. Beri dia susu badan sis, tak ade lah isu aur4t nanti. Boleh beli di kIinik.

ディヤアフィク エリーザッエリー : Betul juga ada sebab Allah SWT belum bagi rezeki anak untuk sis pasal suami sis seperti tak sedia nak ada anak. Bila jadi seperti ni anak tu jadi m4ngsa, awak pun boleh str3ss dan awak tau bagaimana peeI suami awk yang sebenarnya…baik awk angkat kaki hidup dengan anak tu, tak guna sayang laki mulut jahat macam tu. Jangan kata perempuan manduI, ada orang kampung saya dia tak boleh mengandung dengan laki lama. Tapi selepas dia cerai dia kahwin baru dapat anak kembar lagi tengok siapa manduI.. Tak guna sayang pada laki tak hargai kita. Awak ada kerjaya jangan berg4ntung harap pada laki macam tu, buang masa. Jangan jadi kurang cerdik awk boleh nilai laki awak tu macam mana. Ramai lagi lelaki yang baik – baik.

Kisah 2 : Assalamualaikum min. Saya ingin tanya pendapat saya dah berkahwin 7 tahun dengan suami dan mempunyai 2 orang anak. Alhamdulillah sebelum ni tidak ada apa – apa masalah. Tapi sekarang masalah saya mengandung anak ketiga baru dalam 2, 3minggu. Bila suami dapat tahu saya mengandung, suami saya tak boleh terima dan mula pisahkan tempat tidur dengan saya dan mula marah – marah dengan alasannya sebab dia tak bersedia nak tambah tanggungan lagi seorang.

Ya, saya faham dia sorang yang bekerja. Saya isteri sepenuh masa bukan saya tak bantu dia min.. Saya ada buat niaga secara online mungkin pendapatan tidaklah seberapa tapi cukuplah sekadar membantu buat beli barangan dapur.. Suami saya kalau ikotkan bukanlah orang yang tidak berkemampuan tapi faham – fahamlah zaman sekarang bulan – bulan untuk anak berapa. Sem4kin membesar anak sem4kin banyak nafkah yang harus dikeluarkan. Saya percaya rezeki anak itu ada tapi macam mana nak yakin suami saya dia berm4tian tidak mahu anak lagi katanya ekonomi belum stabil.

Saya merancang makan pil dan sebelum ni saya ambil depo., tapi tak tahu kenapa boleh terIekat plak. ALLAH sahaja yang tahu sedihnya saya bila suami tak nak terima anak ni. Belum kenal lagi dunia ayah dah tak boleh terima. Apalah salah anak ni? Macam – macam saya pikir. Nak je bagi kat orang yang teringin nak anak…

Komen Warganet :

NHanis AR : Yang dia terlebih lebih merajuk dah kenapa. Time seronok ikut suka kau je kan. Saya setuju dengan cadangan rakan – rakan lain dalam komen ni, boleh bawak suami pi kIinik s4kit tuan nanti biar doktor kIinik tu settlekan.

Nurul Ayza : Setiap anak tu rezeki, Allah bagi pun ada sebab. Bukan sesuka dia nak bagi. Kalau suami tak boleh terima, kenapa perlu bersama? Padahal kaedah perancang bukan 100% berkesan. Ada yang subur, memang senang terlekat. Suami saya dulu kerja gaji RM900 ja, anak rapat – rapat tapi tak pernah nak merungut. Memang ekonomi tu sesak tapi suami saya percaya rezeki Allah. Alhamdulillah, lepas bersalin anak ketiga , suami dapat kerja lebih baik, gaji pun tinggi.

Tu semua sebab rezeki anak. Sekarang saya mengandung anak keempat walaupun saya ambil kaedah perancang tapi dah Allah bagi terima la. Suami saya pun redha la. Dah anak sendiri. Alhamdulillah, ada ja rezeki nanti . Tak apa sis, teruskan pregnant tu. Jaga elok – elok, jangan str3ss. Mana tahu anak yang dilahirkan nanti yang boleh jaga sis. Yang berdoa untuk sis  Suami tak suka biar la, lama – lama dia akan terima juga bila anak tu dilahirkan. Semoga Allah permudahkan urusan sis dan buka pintu hati suami sis. Jangan str3ss ya.

Teare Wahab : Kesiannya anak tu. Bapak mak salah ikut sedap, anak pulak yang dirasakan tak mampu untuk disara. Allah. Kenapalah. Setiap anak tu ada rezeki. Kalau belum bersedia sila merancang dan merancang hendaklah dari kedua dua beIah pihak bukan sorang je.

Aishah Alkhushairi : Kalau tau tak mampu, suami tu ikhtiar la untuk cari solusi untuk buat pemanduIan diri sendiri. Kenapa mesti nak salahkan isteri jer? Masa sedap tak fikir pula. Takkan hal merancang hanya isteri jer kena fikir. Sekarang TT jaga kesihatan dan kandungan, Inshaa-Allah, rezeki anak tu akan datang bila lahir nanti. Lepas beranak, TT dan suami merancang bersama. Harapkan seorang pun tak akan jadi juga.

Apa kata anda?