Suami siap cakap dekat perempuan tu, dia tak akan ambil saya balik. Tapi tak sampai 24 jam dia dah minta rujuk

Di awal perkahwinan semasa sarat mengandung suami curang dengan isteri orang tapi saya bagi peluang demi anak. Setelah lapan tahun sekali lagi perkara yang sama berulang juga dengan isteri orang. Ketika saya sudah bersedia untuk jadi janda, saya terima maaf dari suami dan pegang janjinya untuk berubah. Tapi selepas 4 bulan saya jumpa FB khas suami…

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Minta hide profile saya. Saya seorang isteri, ibu anak tiga dan berkerja. Kenal suami sejak dari zaman belajar. Sebelum bergeIar isteri, saya sahabat dan saya adalah pasangan kekasih. Jujur. Saya sayang dia dunia akhir4t. Syurga saya pada dia. Dia suami yang baik, tak pernah naik suara, tolong buat kerja rumah, boleh uruskn anak – anak jika saya sibuk.

Di awal perkahwinan saat saya sarat mengandung dia curang dengan isteri orang. Dia keluar tinggalkan saya berbulan – bulan. Saat tu saya sangat terkesan. Hampir bercerai. Demi anak saya terima dia pulang. Seperti kata orang, waktu merawat Iuka. Saya beranggapan suasana aman dan damai tu adalah bahagia yang sama kami rasa. Rupa – rupanya bah meIanda dalam sekelip mata.

Setelah 8 tahun berlalu, perkara yang sama berulang. Dia curang lagi dengan isteri orang. Saya yang pernah dicurangi sentiasa beringat, “suatu hari dia akan curang lagi, dan saat itu saya bersedia menjadi janda”. Mulanya saya sedar dia berubah tapi saya tak nak menuduh, hari demi hari, pert3ngkaran demi pert3ngkaran. Akhirnya saat tu terb0ngkar, saya di panggil oleh pihak atasan mereka untuk mencari solusi bagaimana nak menasihatkan mereka. Kalian fikir saya ada kekuatan tu?

Dengan anak bongsu baru berumur 9 bulan pada waktu tu. Saya ambil keputvsan jumpa dengan suami perempuan tu. Saya serahkan semua bukti bil telefon, gambar, video. Jujur. Hati saya h4ncur. Kecewa. Depr3si. Hilang arah. Hilang keyakinan. Cuma yang saya ada dan saya ingatkan pada diri saya bersedia jadi janda. Cumanya saya beruntung semua family berada pada pihak saya. Kalau pun saya hilang seorang suami saya masih ada anak – anak yang menyayangi saya, ada keluarga yang sentiasa menyokong saya, ada keluarga mentua yang sentiasa memberi dorongan pada saya. Pun begitu saya terima maaf ya dan saya pegang janjinya untuk berubah.

Tapi Allah tu hebat, dia beri saya rasa yang aneh.. Rasa seperti ada sesuatu yang berlaku. 4 bulan berlalu. Suatu hari anak bongsu demam. Dia dah berumur 1 tahun 1 bulan.. Tinggal sebulan lagi nak sambut ulangtahun perkahwinan ke-9, hati tergerak nak buka phone suami. Wow k3jutan untuk saya. Satu profile fb khas mereka berdua. Segala cerita sumbang mereka. Saat tu saya meIetop. Amarah berbaur dend4m. Saya buat screenshot dan muatkn dalam status wasap dia. Supaya dia sedar peluang yang saya bagi tu dia sia – siakan. Dan saya tahu apa yang bakal saya hadapi. Bila kawan dia bagitau pasal status tu, dia balik rumah dengan marah,

“dengar sini, aku bagi masa sampai 1 tengahari , kalau tak delete status tu gugur taIak satu”.. Ya. Drama. Saya nekad Ianggar takIik tu. Maka gugurlah taIak satu. Saya hilang arah. Betul – betul Iost. Tapi masih ada yang belum terluah. Esoknya saya bersemuka dengan dia dan perempuan tu. Aku tanya kenapa berlaku seperti ini? Khasnya untuk perempuan tu kenapa sanggup curang pada suami sendiri? Kalau suami saya, saya sedar dia ada kuota lagi tiga.. Kalau janda kalau anak da4a, boleh juga saya pinangkan tapi bini orang, takkan dia nak madukan suami dia pulak?

Saat tu marah, kecewa, kes4kitan yang saya simpan 8 tahun 11 bulan saya lepaskan. TaIak dah gugur. Saya dah sedia menjanda. Saya bukan tak ada punca pendapatan sendiri. Dia siap ucap depan perempuan tu tak akan balik dengan saya dan dia nak ambik perempuan tu jadi bini. Saya tak akan maafkn perempuan tu sampai bila – bila. Biar dia merangkak sekali pun di akhir4t, orang yang kita sayang sanggup kata macam tu, saat tu la saya sedar saya dalam kesedihan yang sangat dalam. Sedangkn kita sayang dia sepenuh hati. Ibarat kaca yang terhemp4s, saya tak ingin s4kitkn diri mengutip kaca – kaca tu, tapi itulah ada 3 pasang tangan sanggup berIumuran dar4h menggenggam serpihan tu. Anak – anak.

Amarah saya hilang. Yang Tinggal cuma kes4kitan. Saya penat dengan hidup. Dalam masa yang sama tak sampai 24 jam dia ajak rujuk. Dia whatsapp seperti tak ada apa – apa yang berlaku. Berkal i- kali saya ingatkan, dia dah gugurkn taIak pada sy. Dia tanya, apakah saya tak sudi lagi jadi isteri dia? Saya dah keliru, tadi dia beria – beria tak nak ambil saya balik dah kenapa nak tanya saya soalan macam tu?

Dia datang minta maaf. Minta diberi peluang, Demi anak – anak. Tapi saya kata, saya tak akan beri peluang semudah tu. Naik mahkhamah. Nak rujuk balik pada saya bukan semudah nak nikah dengan saya macam 9 tahun lepas. Saya nak dia rasa nak ambik saya bukan jalan mudah lagi. Saya ada maru4h. Dulu nak kahwin isi borang, ada wali, ada saksi, ada tok kadi, boleh terus kahwin, biar mas kahwin hutang sampai sekarang pun tak habis lagi.

Rujuk. Cumanya saya jadi paran0id, jadi takut, depr3si. Saya rasa bila – bila masa dia boleh buat balik. Marah tu hilang tapi Iukanya s4kit dan menakutkan. Saya mula rasa gelisah yang amat. Entah, kadang – kadang fikir hidup ini gamaknya saya cuma jadi beban pada semua orang. Gamaknya bahagia tu bukan milik saya. Entah. Berhari – hari tak tidur. Kalau tidur pun sekejap – sekejap je. Kemudian tak sedar tiba – tiba nangis kenang nasib diri.

Orang akan nampak saya normal sebab saya tak pernah tunjuk pada orang saya bersedih. Bila saya duduk seorang diri semuanya nampak hanya meny4kitkan pada saya. Saya tak tahu nak buat apa. Saya tak tahu macam mana nak buang rasa takut ni. Saya tak tau macam mana nak hilangkan rasa s4kit saya.

Perkongsian yang dibuat mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata bersimpati dengan nasib penulis yang berkal i- kali dikhian4ti oleh suami tercinta. Semoga nasihat – nasihat yang diberikan dapat memberikan kekuatan pada penulis.

Komen Warganet :

Masdziana Said : Kuatkan semangat, banyakkan berzikir dan berdoalah pada Allah untuk beri kekuatan pada sis. Sis dah beri peluang beberapa kali tapi dia tak hargai pon. Jika sis masih terima, saya yakin dia tetap tak akan berubah sebab dia rasa sis tak boleh hidup tanpa dia. Sis ada kerjaya, sekarang fokus pada diri sendiri dan anak – anak je. Tak guna berk0rban untuk orang macam tu. Jangan siksa diri untuk orang macam tu.

Sis harus bangkit dan nekad untuk terus melangkah, buktikan padanya sis mampu hidup sendri (tanpa suami). Bahagia tu kita yang cipta. Sis berhak rasa bahagia tapi cukup dengan anak – anak je. Jika kita rasa tersiksa kerana cinta, kita pasti akan mer4na tapi jika kita selalu beringat segalanya hanyalah pinjaman pasti kita akan lebih redha dan rasa bahagia. Mengadulah padaNya, pasti sis akn rasa lebih lapang dad4 dan tenang nanti…

Grace Juseyea Robeth : Move on sis, semoga dipermudahkan dan bahagia dengan anak -a nak. Kita tak perlukan orang yang tak sayang kita di sisi kita. Percayalah 1 hari nanti pasti bahagia menanti sis. Doa banyak – banyak dengan Tuhan supaya diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupan yang penuh tekanan. Ingat nasib anak – anak sis, jika sis s4kit macm mana dengan masa depan mereka. Depr3ssion sangat merbah4ya, berjumpa la dengan doktor, jangan malu. Ingat mencegah lebih baik dari merawati. Jika awal di kesan, mungkin tak teruk. Saya turut bersimpati dengan nasib sis tapi sekurang – kurangnya sis ada sokongan dari ahli keluarga.

Az Reynaa Arsyaa : Saya paham perasaan akak dan pernah ada dalam situasi akak, bersabar la kak. InshaAllah ada kebahgiaan lepas duka. Hidup dalam ketakutan, saya pernah rasa dan saya tak pernah berhenti berdoa agar diberi ketabahan dan kekuatan. Kita senasib kak, semoga Allah tabahkan hati akak dan dipermudahkan segalanya. Saya sehingga sekarang bertahan sebab saya yakin Allah ada satu hadiah buat saya.. InshaAllah perancangan Allah hebat dann kelak kita akan bahagia.. Isteri mana tak nak redha suami.. isteri mana tak nak syurgaa.. Semoga Ketabahan akak dibaIas dengan kebahagian.

Azizah Samad Azei : Assalamualaikum puan, kisah puan hampir sama dengan hidup saya suatu waktu dahulu. Memang perit ketika kita dis4kiti tapi Allah itu maha tahu yang kita mampu diuji. Ujian itu menjadikan kita kuat walaupun saat ini puan parah yang teramat. Puan kena tabah cekalkan hati kuatkan semangat. Puan pasti boleh mengharungi badai, anak – anaklah yang jadi bent3ng dari segala haIangan. Biarkan bekas suami tu dengan hal dan mimpi indahnya.

Dia akan tersungkur dalam d3rita yang dia cipta sendiri. Bila puan dah hidup bahagia, dia akan terduduk. Orang tak nampak tapi dia yang merasai nanti. Puan akan dapat merasai dalam pandangan mata hati. Seperti saya, saya puas dengan jalan hidup yang telah diberikan. Pend3ritaan, perasaan kita hanya kita yang rasa tapi kesengsaraan dia pun akan kita rasai. Percayalah Allah akan beri nikmat bahagia yang tak terucap oleh kata – kata. Cuma perlu yakin dengan jalan hidup kita dan abaikan segala s4kit waktu ini. Doa banyak dari saya buat puan dan anak – anak. Semoga Allah memberkati hidup puan, amin.

Nana Suzana : Jadikan kes4kitan hari ini sebagai kekuatan untuk awak. Lelaki yang biasa curang akan mengulangi benda yang sama selagi dia ada peluang dan ruang. Pertama pulang kepada Allah, awak akan diberi petunjuk dalam membuat keputvsan.. Jangan takut ugvtan suami.. Sebenarnya dia takut akan kehilangan awak. Allah dah bagi peluang untuk awak lebih menghargai diri sendiri dan anak – anak. Move on lebih baik dari pada menjadi h4mba pada suami tak pernah menghargai awak.. Fikir itu pelita hati tepuk dad4 tanyalah jangan buang masa pada orang yang tak berguna..

Apa kata anda?