Setiap hari live sampai pukuI 4 – 5 pagi, konon nak cari duit. Kalau dengar suara suami dalam live.. Kadang – kadang rasa nak t4mpar dia. Dia dah ugvt akan ambil anak – anak, kalau saya…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, saya kenalkan diri nama Z. Saya dah 9 tahun lebih berumah tangga dan ada 2 orang anak. Saya tak pandai nak karang sangat tapi sekadar meluah. Hubungan saya dengan suami seolah di hujung tanduk atau saya je rasa macam tu tak tau lah.
Semuanya saya anggap kerana TikTok.. Husband suka live di TikTok, katanya nak cari duit sampingan di TikTok.. Dari tahun 2021 ye. Pernah juga bermasalah beberapa kali kantoi curang dengan penghuni TikTok. Pernah juga saya bawa anak – anak lari balik kampung kerana kecewa tapi kembali semula. Memaafkan dan beri peluang. Dia stop kejap TikTok.
Tapi sebab masalah kewangan.. Dia bagitau nak buat live semula. Saya suri rumah dan buat affiliate di TikTok tapi video sahaja. Saya ajak husband buat affiliate TikTok. Saya minta dia live affiliate TikTok saja. Tapi dia tak nak sebab susah katanya. Takde barang.
Padahal saya banyak je sample dia boleh gunakan. Dia pulak jenis pandai bercakap. Tapi dia taknak juga. Macam macam alasannya. Akhirnya dia teruskan live TikTok macam sebelum ni. Tapi saya pernah cakap live sahaja la. Tak perlu nak ada group wasap. Tak perlu nak chat – chat luar pula. Cukup sekadar live.
Tapi entah lah.. Bila dah terseronok, ada group baru. 2 – 3 group. Ada kawan – kawan baru. Ada la perempuan – perempuan baru chat sana sini. Plan jumpa sana sini. Allahu.. memang kecewa tau. Untuk pengetahuan, dia dah lama block saya kat TikTok dia.
TikTok baru mahupun akaun TikTok lama dia. Takut kot berlaku macam sebelum ni saya ser4ng live dia sebab buat per4ngai. Tapi saya cuma diamkan diri. Kadang – kadang saya moody juga tapi kemudian saya buat – buat okay. Waktu dia dengan kami anak isteri ni memang tak banyak.
Balik kerja, malamnya dia buat live. Cakap nak stop pukuI 12 tapi kadang – kadang lajak sampai 4 – 6 pagi. Tiap hari ye.. Hari cuti, waktu siang tido. Malam live lagi. Begitu la selamanya. Hmm baru – baru ni kami g4duh lagi.
Saya rasa macam dikhi4nati. Dia taktau saya ada access TikTok dia dan wasap dia. Dia jumpa kawan – kawan TikTok dia. Tak kiralah perempuan ke lelaki tapi dia takde bagitau saya langsung pasal tu. Serius rasa dikhi4nati.
Kemudian saya buat status kat wasap saya tapi untuk dia seorang je yang tengok. Status berunsur kata – kata, kita doakan dia, masakkan untuk dia tapi dia chat bermesra dengan orang lain belakang kita. Macam tu. Then bila dah baca tu. Dia meng4muk.
Marah – marah, biasa lah ayat terkeluar dari mulut dia, saya isteri derh4ka buka aib dia. Dalam marah dia cakap dia bukan tidur dengan perempuan lain pun dan lagi terbiasa bila dia marah dia akan h1na keluarga saya dan masa lalu saya.
Bila jadi macam tu saya cakap saya nak bercerai. Masa tu la marah dia membuak dan terus cekik saya depan anak – anak. Tapi saya diam je. Saya tak meIawan pun. Dan sampai sekarang diam sahaja. Dia dah ugvt kalau saya bawak lari anak – anak macam dulu, dia akan ambil anak – anak dan takkan biar saya jumpa anak – anak lagi.
Kalau saya nak cerai katanya dia suruh saya pergi pejabat agama sendiri. Dah banyak kali dia ugvt saya untuk halau saya dari rumah. Sekarang dah hampir sebulan kot kami tak bertegur. Cakap bila perlu sahaja. Dan dia m4kin rancak dengan perempuan TikTok dia.
Kalau dengar suara dia live. Kadang – kadang rasa nak t4mpar dia. Bila dengar dia bergurau senda dengan perempuan – perempuan tu, nak civm bagai.. nak peIuk.. nak makan bersuap.. Boleh kahwin lagi 3. Saya hanya mampu berzikir untuk buang rasa amarah saya.
Dan sekarang tiap, pagi petang malam dia akan chat dengan perempuan dalam TikTok dia, tunangan orang. Tengah mengayat, caring sangat. Entahlah.. Kalau dulu mungkin menangis saya baca semua tu tapi sekarang tak lagi.. Saya baca dan screensh0t semua tu untuk simpanan saya.
Saya dah mula mengemas barang – barang saya letak dalam box.. Saya cadang nak berpisah setahun dua nak bawa anak balik tinggal kat kampung. Tapi saya tau dia tak akan benarkan.. Mungkin saya perlu ke mahkamah dulu fail kan perceraian.
Kadang – ladamg sekarang pun saya fikir kalau dia nak jaga anak, saya nak bagi je. Jaga la baik – baik, asalkan lepaskan saya.. Tapi saya akan f1ght untuk dapatkan hak jumpa anak – anak dan bermalam dengan anak – anak.
Maaf jika luahan panjang, entah banyak lagi nak terluah sebab saya tiada sesiapa di sini.. Dunia saya di sini hanya dia dan anak – anak, tapi tu la.. Mohon doa dari semua pembaca, doakan saya kuat dan dipermudahkan urusan saya. Terima kasih semua. – Zizie (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Shezz Fawaz : Kalau dah siap cekik, ugvt h1na bagai, angkat kaki je la sis. Lagipun dia buat tiktok live tu bukan menjual barang kan? Dia sembang entah apa – apa pastu orang bagi gift. Tu la income dia kat tiktok tu kan? apa bezanya dia dengan pengemis?
Bukannya dia kurang upaya takde kudrat cari rezeki buat 2 – 3 kerja. Tapi dia lagi suka mengharap, mengemis gift dalam tiktok. Gitu sis nak kekal jadi isteri dia? Takde apa nak dibanggakan dengan laki gitu. Nak dibuat contoh untuk anak – anak pun tak boleh.
Eloklah laki gini dapat kat perempuan desperado dalam tiktok tu. Nanti jangan lupa tuntut nafkah anak – anak betul – betul. Semoga sis murah rezeki, Allah permudahkan segala urusan sis dan anak – anak.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.