Satu hari, adik ipar tiba – tiba datang rumah kami bawak beg baju besar. Bermulalah segalanya, suami berubah. Mereka lepak malam, balik 5 – 6 pagi. Dia tidur dekat ruang tamu dengan adik dia. Kalau saya cakap pasal adik dia, boleh naik tangan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Saya sekadar nak meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati.. dah tak tahu nak mengadu dekat siapa. Panjang kalau nak taip ini, siapa larat baca, bacalah.. Sebelum ini saya ada buka topik pasal ipar – ipar lelaki yang tinggal sekali dengan saya dan suami (topik itu dah ditutup sebab dah selesai).
Masa itu saya tengah mengandung masuk 5 bulan. Masalah itu selesai sekejap bila adik ipar saya berpindah ke rumah abangnya yang satu lagi. Hidup kami suami isteri tenang lepas itu.. lebih privasi dan rasa bebas bergerak dalam rumah sendiri.
Ini diakui sendiri oleh suami saya. Tapi kebahagiaan kami tak lama… bila kandungan saya masuk 8 bulan, adiknya datang balik ke rumah kami dengan membawa beg besar. Katanya tak tahan tinggal dengan abang yang seorang lagi. Bermula lah balik episod lama..
Pada awalnya saya fikir dia nak menumpang seminggu dua sahaja di rumah kami tapi sampai hari ini, dah masuk sebulan. Saya pun dah mengandung 9 bulan, memang dah sarat sangat, nak berjalan pun dah tak larat.
Menunggu hari sahaja ini.. Sejak adiknya datang semula ke rumah kami, hubungan kami suami isteri dah mula dingin. Boleh dik4takan hampir saban masa dia berkepit dengan adiknya. Suami dah tak tanya lagi pasal kandungan saya, pasal keadaan saya malah dia tidur di ruang tamu dengan adiknya.
Satu hari, saya ajak suami temankan saya ke kIinik untuk pemeriksaan bulanan. Dia suruh saya pergi sendiri sebab dia nak temankan adiknya pergi temuduga kerja. Memang saya tersinggung masa itu tapi saya diamkan sahaja sebab tak nak berg4duh.
Saya tahu, suami saya cukup pantang kalau saya sebut pasal adik beradik dia. Silap – silap dia akan naik tangan. Suami saya dan adiknya berkongsi hobi yang sama – permotoran. Saban minggu habiskan masa dekat litar.
Malam – malam lepak dekat bawah flat baiki dan setting motor. PukuI 5-6 pagi baru naik ke rumah. Bila saya tegur, dia akan melenting. Katanya saya tak faham minat dia. Ada satu malam itu, saya luahkan perasaan saya, saya tegur pasal dia dah abaikan saya, dia terus melenting.
Siap cakap dekat saya jangan sibuk hal dia dan dia pun tak nak ambil tahu lagi hal saya. Nak bersalin ke apa ke, pandai – pandailah sendiri. Saya sedih sangat masa itu, sampai berdoa dalam hati supaya Allah bagi pengajaran dekat dia supaya dia sedar.
Malam itu dia keluar rumah, tak tahu pergi mana. Dalam tengah malam itu dia mesej saya bagitahu yang dia dekat hospitaI, kemaIangan sebab terIanggar pembahagi jalan. Memang hati saya risau tapi bila teringat balik kata – kata dia, hati saya berbisik, “adik dia kan ada..”, biarlah dia yang uruskan abang dia.
Saya senyapkan diri sahaja malam itu, tak tanya langsung pasal keadaan dia, walaupun dalam hati Allah sahaja yang tahu. Akhirnya malam itu dia balik ke rumah. Dalam keadaan berbalut, Iuka satu badan, berjahit sana sini. J
Jalan pun terhincut – hincut. Hati isteri mana yang tak sedih walau apa pun keadaannya, saya tetap kena jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Saya jadi lupa seketika segala kata – katanya yang meny4kitkan hati. Masa itu tak nampak pula kelibat adiknya.
3 hari 3 malam tak balik rumah. Suami saya hanya mampu terbaring, segala makan minum saya sediakan siap – siap sebelum pergi kerja. Dalam keadaan saya yang sarat, saya kuatkan juga diri turun naik tangga untuk jenguk suami dekat rumah setiap kali waktu rehat (pejabat saya dengan rumah dekat sahaja).
Masa itu barulah suami saya hulur tangan minta maaf tapi tak memberi kesan apa – apa pun dekat saya sebab saya kenal siapa suami saya. Masuk hari ke-5, keadaan suami dah mula ok. Tiba – tiba sahaja adik dia muncul dekat rumah.
Macam tahu – tahu sahaja abang dia dah sihat. Apa lagi, mulalah balik projek motor mereka. Cuti s4kit 2 minggu yang suami saya dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada hobi dia. Sekarang ini memang dia luangkan masa sepenuhnya dengan adik dia, saya jumpa dia sehari kadang – kadang tak sampai 2 jam.
Begitulah suami saya, ujian yang Tuhan bagi dekat dia sikit pun tak menyedarkan dia. Dalam keadaan sekarang, saya dah terfikir, dekat siapa saya nak minta tolong kalau tiba – tiba saya rasa s4kit nak bersalin. Suami dah macam tak ambil kisah. Langsung tak ambil tahu.
Segala persiapan nak sambut anak pun dia tak pernah tanya. Semuanya saya uruskan sendiri perlahan – lahan. Saya risau sebab tanda – tanda nak bersalin dah nampak sikit – sikit. Malam – malam kalau saya s4kit belakang, terkial – kial nak sapu minyak dekat badan sendiri.
Saya ada terfikir nak bersalin dekat kampung, rasanya lebih selamat kalau duduk dengan keluarga sendiri. Tapi dalam masa yang sama, saya tak nak keluarga saya atau orang lain pandang serong dekat suami saya. Saya masih nak jaga maruah dia sebagai suami.
Apa yang patut saya buat ya? Patut ke saya balik sahaja ke kampung? Kalau boleh, saya nak suami ada di sisi ketika saat saya melahirkan, tapi saya jadi tertekan sangat. Kenapa suami saya tak macam suami orang lain yang teruja nak dapat anak pertama..
Komen W4ganet :
Fatimah Ghani : Buat apa nak fikirkan apa yang orang akan kata tentang suami TT. Biar la keluarga TT tau per4ngai dia, do not suff3r in silence. Jangan biarkan sampai dari kvdis jadi k4nser, bila dibiarkan, nanti dah tak bleh nak ubah.
Kalau family TT tau per4ngai dia, sekurang – kurangnya ada orang yang akan tegur dia dengan berhemah, biar dia sedar sikit. Sekarang TT bukan saja ada tanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri, malah bayi akan dilahirkan nanti. Balik je kampung, lagi pun ni anak sulong. Takut mer0yan pulak nanti tanpa sebarang bantuan kalau sorang – sorang berpantang di rumah sendiri.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.