Suami suka lepak kedai ramai anak d4ra dan janda. Semalam kami berg4duh, saya tegur suami pakai singlet dengan seluar pendek

Suami sengaja pakai baju tak sopan, dengan singlet tak berlengan, seluar pendek. S3ksi. Kat area kawasan suami melepak tu sangat ramai anak – anak d4ra dan janda – janda yang geletas geletis. Bila saya tegur, dia marah. Dia protes, dia bukak pampers anak..

#Foto sekadar hiasan. Salam, mohon hide profil saya. Semalam saya baru lepas berg4duh dengan suami. G4duh dari malam semalam. Sebab pertama, suami nak lepak dengan kawan lepas balik kerja, saya tak bagi dia keluar.

Sebelum ni kalau lepak, suami balik kerja terus lepak. Tapi yang ini suami saya balik rumah dari kerja bagitahu nak lepak dari petang sampai malam. Saya marah lah. Sabtu Ahad asyik sibuk kerja, lepastu bila balik awal asyik nak lepak dengan kawan.

Semalam lepas g4duh, suami protes. Dia keluar dengan saya pergi mall pakai baju singlet yang takda lengan tu yang macam orang sport pakai tapi sangatttt low cut. S3ksi. Saya malu sangat. Dan benci. Baju macam tu pada saya memang tak sopan.

Harini suami sambung protes lagi. Kami nak keluar makan tapi tak sangka saya, dia pakai lagi baju singlet semalam dengan seluar pendek pergi pantai tu. Dia memang saja nak buat saya marah. Saya tanggalkan baju dan seluar anak saya, biar tinggal pampers. Saya tanya malu tak kalau keluar bawak anak macam ni.

Dia kata dia bukan keluar pakai spender. Ya saya tahu, tapi baju singlet yang low cut dengan seluar pendek atas lutut. Tak malu ke? Aurat kan, nak tunjuk dekat sape badan tu? Lepas tu dia protes, tak nak makan luar. Dia makan maggi dan sebelum dia gerak ke dapur dia bukak pampers anak.

Jadi anak tak pakai pampers lah. Saya duduk luar sebab rasa panas hati sangat. Suami suka g4duh benda yang b0doh takda point, tu yang buat benda b0doh. Saya sebelum ni kalau berg4duh dengan suami, suami akan keluar je melepak.

Tapi kalini dia nak keluar dengan baju macam tu melepak. Kat area kawasan suami melepak tu sangat ramai anak – anak d4ra dan janda – janda yang geletas geletis. Saya tak kata la yang wanita wanita ni akan tengok suami saya, tapi kemungkinan tu ada.

Sebab ada seorang wanita tu pernah up story gambar suami saya sebelum kami kahwin. Masatu wanita tu tak tahu kami dah dalam proses nak kahwin. Macam crush gitu lah. Jadi anak kan tak pakai pampers tadi, anak pun k3ncing merata – rata.

Anak saya dah 2 tahun tau. Saya masuk rumah saya menjerit. Saya cakap, tahulah tak solat tapi takkan lah tak tahu apa hukvm membiarkan air k3ncing anak mengalir macam tu! Suami memang saja biar anak k3ncing merata – rata macam tu untuk bagi saya marah.

Saya ni solat kat rumah. Sedih sangat saya ni. Saya kahwin dengan suami jenis apa lah ni. Saya masuk kemudian saya lap lah lantai tu. Saya kata, sebagai islam ni malu betul saya awak pandang remeh hal – hal sembahyang ni.

Saya kadang – kadang solat kat ruang tamu tu. Kalau air k3ncing tu dah kering tapi saya tak sempat lap dan tak tahu kan dah dikira sebagai n4jis. Tak kan saya nak solat di tempat n4jis pulak. Suami menahan marah dari angkat tangan nak pukuI saya.

Saya pergi dapur, suami hempas barang sambil cakap B4NGSAT. Saya ni kalau berg4duh tak pernah lagi cakap benda – benda yang mencarut. Tapi suami selalu sebut benda – benda macam tu. SiaI, b4bi, b4ngsat. Dia tak cakap direct pada saya, dia cakap pada barang yang dihempas tapi akan cakap bila saya lalu di tepi tu. Lepas tu bila saya tanya dia tak mengaku.

Ya allah mentalnyaaaa saya. Ya allah, saya terdetik doakan semoga suami saya ni terlibat dalam eksiden suatu hari nanti kalau benar lah saya ni terani4ya. Saya duduk rumah jaga anak masa suami bekerja pun masih lagi suami tak bersyukur.

Nak jugak habiskan masa lepak dengan kawan. Lepastu buat – buat tak ingat dah banyak kali lepak dengan kawan. Contoh kalau saya tanya, 2 hari lepas kan dah lepak. Dia akan cakap, eh mana ada. Haritu lalu je tak lepak pun. Tiba – tiba hilang ingatan.

Saya ni kadang – kadang pelik saya kahwin dengan baby ke apa. Umur suami dah 35 tahun, kami dah 3 tahun kahwin. Saya benci betul melalui hidup perkahwinan yang macam ni. Sebab d0sa lalu saya ke saya dapat kehidupan yang menyedihkan macam ni selepas kahwin.

Suami saya bagi nafkah RM700 sebulan. Cukup tak cukup, situlah saya rolling buat beli lauk beli barang rumah. Sabtu Ahad selalu saya kena beli pakai duit saya sendiri sebab selalu tak cukup makanan. Dia tak nampak ke jasa saya.

Memamg jasa kawan – kawan dia jeke dia nampak. Nanti kalau dah tua, yang susah senang, nak jaga masa tua saya ke kawan – kawan dia. Allahhhhh mental otak saya macam ni.

Komen W4rganet :

Naqiah Azizam : Janganla mintak suami tu eksiden sis. Nanti lagi susah sis nak kena jaga. Kalau m4ti terus takpela jugak. Saya paham apa sis rasa sebab suami saya kaki lepak jugak. Ni lagi teruk call susah nak angkat wasap bluetick je. 10 tahun da hadap. Sampai da lali. Buat taktau je sis. Buat hal yang kita suka. Ignore je apa dia nak buat. Jaga diri ye sis.

Puan Seri Ayub : Psyco mental ni memang meny4kitkan. Semoga Allah beri sis hikmah yang berlipat kali ganda. Orang laki memangĀ  suka lepak. Lagi larang.. lagi dia suka buat. Awak buat je hal awal sendiri dengan anak – anak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.