Suami suruh kemas bilik mak mertua sbb berbau busuk sekali aku masuk terk3jut apa yg aku jumpa

Konon tak nak susahkan mertua, aku dan suami buat keputvsan nak ambil pembantu rumah. Tapi m4kin lama m4kin pelik dengan per4ngai pembantu, pukuI 8 malam dah masuk bilik tidur. Aku ketuk pintu pun dia tak bukak. Sekali aku cek HP dia, nampak dia mesej dengan mak mertua..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum hi semua, nama aku Anum. Aku mempunyai tiga orang anak dan dulu aku kerja kerajaan. Aku menulis di sini ialah kerana aku tak tahu nak rujuk siapa tentang masalah aku ini tanpa menyebarkan aib suami dan keluarganya.

Seperti aku beritahu, aku dulu bekerja kerajaan dan aku berhenti kerana nak support suami berniaga. Alhamdulillah, setelah 2 – 3 tahun berniaga, suami aku berjaya mengembangkan bisnes. Dan dia membuka satu cawangan untuk aku uruskan. Alhamdulillah.

Sebab berjaya tu, suami aku telah membina rumah yang agak besar. Suami pun mengajak ibu dan ayahnya duduk bersama. Aku awal – awal tu, rasa okaylah.. lagipun aku ni sibuk. Jadi mungkin takkan timbul masalah.

Lagipun mak mertua aku nampak okay – okay saja. Maka bermulalah kehidupan aku bersama mertua. Buat pengetahuan pembaca, bil – bil rumah tu aku yang bayar kerana persetujuan kami suami isteri.

Astro, air, elektrik, Coway dan sebagainya. Suami aku pula, bayar insurance, simpanan, anak – anak dan duit makan. Jadi tak adalah suami aku saja yang menanggung kami sekeluarga. Okay.. awal – awal tu, aku rasa semua baik.

Aku ni taklah pandai memasak, basic – basic saja. Jadi mak mertua aku ni, menawarkan dirinya untuk memasak, dan aku pula mengemas. Hari – hari macam tu lah. Anak – anak aku semua pergi sekolah.

Jadi tak perlu lah dia jaga anak – anak aku tu. Masalah timbul awal – awal bila aku perasan, mak mertua aku ni seolah – olah sengaja membiarkan pinggan mangkuk dari pagi untuk aku cuci. Aku ke kerja dari pukuI 9.00 hingga 6.00.

Bila Aku pulang, pinggan mangkuk penuh dalam dua sinki. Sampai cawan nak minum pun tak ada. Semata – mata tunggu aku untuk cuci. Aku penat sebab aku baru balik kerja. Tak sempat duduk lagi, dah kena buat macam – macam.

Suami aku pun buat keputvsan supaya ambil maid. Aku setujulah. Ambil lah maid. Bila ambil maid pula, dihasut – hasut maid tu. Dahla kalau nama maid, aku memang akan suruh maid buat kerja seperti maid lah.

Mak mertua yang baik hati ni, menghasut maid tu. Dia buruk – burukkan aku, dia rasa Aku ni banyak sangat bagi kerja pada maid tu. Allahu.. dia kata kat maid tu.. dah tu yang aku ni buat kerja apa? Aik..??

Aku yang bayar gaji maid tu kan? Dah maid tu buatlah kerja maid. Pastu mulalah maid tu buat hal, pukuI 8.00pm dah masuk tidur. Aku ketuk pintu ke apa, dah tak nak buka. Bila Aku check hp dia, aku nampaklah mak mertua aku ada hantar message pada dia, ajar buat itu dan ini.

Bila aku adukan pada suami aku, suami aku pun decide nak hantar balik pada agent dan aku pun serik nak ambik maid. Lepas kes ni, aku sudah tentu aku rasa mak mertua aku seolah – olah banyak tak puas hati dengan aku.

Mungkin ke sebab aku ni tak pandai masak? Atau aku tak masak? Aku pun tak tahu lah. Sebelum mereka datang duduk dengan aku, aku memang masak, tapi bila dia duduk dengan aku, aku stop lah masak sebab tak kena selera ayah mertua Aku.

Aku akan masak benda – benda basic macam soup. Atau aku akan beli di luar. Lepas kes maid ni, bermulalah pula siri dia buat muka masam dan bercakap dengan Aku. Bila aku bagi Salam pun tak jawab.

Siap bagi hadiah jeling. Kadang – kadang sampai berminggu – minggu dia muka masam sampai s4kit jiwa aku.  Bila aku tanya suami, suami aku kata aku ada buat salah kot. Aku pun pening aku buat salah apa.

Aku kadang – kadang ambik hati dia, beli favourite food dia, dia kata taknak, pastu muka masam. Entahla. Aku tak tahu dia nak apa. Tak lama lepas tu, Aku perasan, barang – barang aku banyak hilang.

Duit, barang makeup, baju anak – anak Aku. Aku ingat aku salah letak mana. Bila satu hari tu, suami aku kata, boleh tak kalau aku kemaskan bilik nak mertua aku tu, sebab macam bau busuk.

Aku pun masuklah ke biliknya. Semua barang – barang aku tu, ada disusun dalam almarinya! Baju – baju anak aku tu, dia buat bagi hadiah pada orang. Kononnya dari dia! Aku beritahu suami aku, barulah suami aku cerita, rupa – rupanya mak dia ni macam memang per4ngai gitu.

Macam – macam masalah dari dulu. Mak dia ada masalah cakap menipu dan mencuri. Pinjam duit orang merata – rata tak bayar. Allahu.. suami oh suami! Kenapalah kau tak bagitahu aku?

Sekarang aku pun kena heret dalam masalah ni! Aku ni tengah tahap tak tahan dengan per4ngai dia ni. Dahla ambil – ambil barang aku, pastu seminggu sekali mesti nak buat muka masam.

Masam masam masam mencuka. Tak bercakap dengan aku. Macam aku pula yang ambil barang dia. Ada sekali, aku buat muka masam balik. Aku baIas balik. Kau taknak cakap dengan aku, aku tak cakap dengan kau balik.

Yang terbaru, minggu ni dia muka masam dengan aku, aku baIas balik, tapi suami aku tegur aku. Dia kata seburuk – buruk dia tu, dia seorang ibu. Tak boleh buat macam tu. Dia suruh aku tahan saja.

Logik ke? Dah la aku tak tahu apa salah aku yang dia buat muka masam. Aku dalam dilema. Aku geram juga dengan suami aku sebab heret aku dalam masalah mentaI mak dia ni. Aku cakap kat suami aku, kenapa ni macam masalah aku? Sedangkan Mak dia yang bermasalah?

Dia seorang pencuri! dan per4ngai muka masam tu, Allahurabbi. Aku rasa Aku yang m4ngsa kat sini. Kalau dia tak nak masak, nak suruh aku masak, dia boleh cakap saja tak larat ke.. apa ke.. . Takyah nak muka muka masam.

Aku ni dah redha dah habit dia yang mencuri dan asyik cakap tipu tu. Yang muka masam tu, aku memang Tak boleh terima. Jadi aku nak tanya pembaca kat sini, salah ke aku baIas balik dengan muka masam tu?

Dia tak nak cakap dengan aku, aku pun tak cakap dengan dia balik. Sebab aku dah penat. Ni dah 2 tahun duduk sama – sama, bayangkan every week ada saja dia nak bermuka masam. Aku panggil tak jawab. Aku jadi geram nak ajar dia balik. Salah ke aku baIas balik? – Anum (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Leanne Vocx : SUAMI AWAK YANG BERSALAH DALAM HAL NI. Dah tahu mak dia bermasalah, tak perlu la nak salahkan awak. Pasal maid tu. Boleh je suami awak tu uruskan, arahkan maid tu, dah kalau mak hasut maid tu bermusvhan dengan awak.

Takkan la benda tu pon dia tak reti urus? Incompetent. Yang jadi m4ngsa adalah awak, tak pasal – pasal terseret dalam masalah ni, walhap dia yang tak COMPETENT to deal with it. Mak dia. Pandai – pandai la dia uruskan.

Chatoyant Ailurophile : Kadang – kadang tak faham dengan per4ngai orang. Nak orang hormat sebab dia lagi tua tapi tak reti nak hormat orang lain even orang tu lagi muda. Respect is earned, not given..

Tua tak semestinya betul dan yang muda ni tak semestinya salah. Pasal mentua ni, pelik ye, selalunya mak mentua ni yang banyak buat per4ngai terutamanya dengan menantu perempuan.

Dia lupa kot yang dia pun perempuan. Kalau anak perempuan dia kena layan macam mana dia layan menantu perempuan dia, mesti dia da pergi serbu besan dia kan.

Danish Azim : Buat tak tau je. Dia masam.. kau tegur je macam takde apa – apa.. Cakap je.. hai mak.. nape masam je ni.. s4kit gigi ke? Pastu buat happy – happy je masa kat rumah tu. Tunjuk apapun dia buat tak akan mampu pengaruh mood kau.

Amek hati ayah mertua selalu. Lama – lama mak mertua kau mesti malas dah nak buat. Sebab tak dapat respond dan tak berjaya s4kitkn hati kau. Dia buat ni sebab dia nak kau jadi marah. Kalau kau tak tunjuk marah lama – lama dia letih sendiri.

Nurul Ain Hidayah : Sabar dan berdoa. Tu je yang mampu. Jangan di baIas dengan muka masam jua. Itu kan syurga sang suami. Selagi si ibu tidak buat hubungan sesama suami isteri layan jela ibu tu dengan baik.

Ex mentua saya pada saya sangat baik cuma ada masalah peny4kit depan lain belakang lain. S4kit tapi sebab taraf seorang mak maka saya makan hati sabar sedaya yang mampu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?