Suami suruh pilih antara dia atau anak dlm kandungan, saya pilih anak & dihaIau keluar pukuI 1 pagi

Lepas 6 bulan kahwin saya mengandung, ketika ini suami marah sebab masih belum bersedia. Saya masih belajar dan dia baru dapat kerja. Dia suruh saya pilih antara dia atau anak dalam kandungan. Saya masih ingat ayat dia, ‘aku mintak budak tu je m4ti, bukan aku suruh kau m4ti sekali!’

#Foto sekadar hiasan. Zaman sekarang ini kahwin muda seolah – olah sudah menjadi satu trend apabila ramai yang menamatkan zaman bujang ketika masih dalam pengajian. Namun, bukan senang nak mengh4rungi kehidupan berumahtangga pada usia muda jika hanya fikir keseronokan semata – mata.

Wanita ini dip4ksa suami untuk menggugurkan kandungan kerana suami masih belum bersedia terima anak dengan alasan baru bekerja. Walau sudah dipujuk berkali – kali suami tetap berdegil. Namun kecekalan wanita ini memang kami salute! Ikuti kisah ini :

Saya nikah muda, masa tu umur saya baru 21 tahun, bekas suami saya pula 25 tahun. Bahagia saya cuma 6 bulan. Saya diberi 2 pilihan bila dapat keputvsan saya mengandung sama ada pilih dia atau pilih anak, saya masih ingat ayat dia, ‘aku mintak budak tu je m4ti, bukan aku suruh kau m4ti sekali.’

Sebab masa sebelum nikah kami dah sepakat untuk tak nak ada anak lagi sebab saya masih belajar final semester dan dia baru dapat kerja. Saya buat pilihan untuk pilih anak. PukuI 1 pagi saya dihaIau dari rumah. Dari selatan saya bertolak balik utara, memandu seorang diri dalam keadaan mengandung 3 bulan.

Lepas sebulan saya kat kampung saya pergi ke kampung dia dengan keluarga saya untuk pujuk dengan harapan hati dia dah sejuk. Tapi mak mertua saya pesan, jangan masuk bilik dia cakap dari luar je (dia memang anak kesayangan mak dia).

Tindakan bekas suami seolah – olah ibu bapa saya datang dari jauh untuk bincang ni umpama mintak sedekah dengan dia. Langsung tak dilayan, tak pandang pon. Hati mana tak s4kit tengok ibu bapa sendiri dilayan macam tu.

Lagi sekali masa kandungan masuk 7 bulan saya pujuk dia. Ikhlas saya bagitau masa tu saya tumbvk dia kat kepala sebab dah terIampau tak tahan s4kit hati dengan dia siap dim4ki. Lepas saya jumpa dia tu saya warded sebab terIampau tekanan, bIood pr3ssure saya ada masalah.

Masa tu saya terima berita ayah dia meninggaI mungkin Allah nak tegur dia macam mana rasa hidup seorang anak yang tiada ayah, tapi sikit pon tak terkesan dalam diri dia. Bermula 7 bulan tu memang saya minta izin dengan ibu saya nak duduk rumah asing sebab nak bagi ruang untuk diri sendiri.

Saya bersalin awal 2 minggu, pecah ketuban je saya memandu sendiri pergi hospitaI kemudian baru call ibu saya kat kampung. Ketuban saya dah pecah tapi ‘jalan’ belum buka, masa tu jantung anak saya dah start lemah akhirnya doktor buat keputvsan untuk induce, 17 jam saya h4rung s4kit ditemani ibu, dalam hati saya cuma saya dah cuba untuk redha kalau terjadi apa – apa, mampu pujuk diri saja masa tu.

Lahir je anak saya, sesungguhnya saat tu lah saya tutup pintu hati saya untuk dia. Berbulan saya bagi peluang, berkali – kali saya pujuk tapi dia eg0. Mertua saya semestinya sebeIahkan bekas suami, dia tetap membeIa walaupun dia tau anak dia salah.

Dalam p4ntang pernah jahitan saya terbuka, s4kit dia memang tak tau lahh nak cakap macam mana. Dalam p4ntang saya pernah pengsan sebab bIood pr3ssure saya sekali lagi ada masalah sebab tekanan m4ki dari bekas suami (dia memang jenis suka psych0).

Beberapa bulan lepas tu ipar saya bagitau ipar disahkan kena k4nser otak dan dia sifatkan ni petunjuk Allah untuk adik dia, sedih saya masa tu, menangis sama – sama dengan ipar sebab dia baik dengan saya. Sampai sekarang saya masih baik dengan adik beradik ipar sebab yang salah cuma dia dan ibu mertua sampaikan ipar saya pesan, ‘lepas ni kalau nak cari, jangan cari mertua yang suka sebeIahkan anak’.

Sekarang Alhamdulillah hidup saya m4kin bahagia bersama anak. Betul lah janji Allah setiap anak datang ke dunia membawa rezeki. Memang rezeki saya dapat sekarang tak terduga banyak dia. Hidup saya berjalan lancar. Usia 23 tahun saya mampu untuk beli rumah sendiri.

Untuk kahwin lagi sekali sejujurnya saya serik. Saya lebih bahagia hidup dengan anak saya yang pernah sama – sama bersusah dengan saya. Pesanan saya untuk ibu – ibu, down macam mana pon awak, jaga kesihatan diri dan anak, makan biar cukup khasiat (supplement especially ib3ret foIIic), selagi belom bersalin makan aje ape korang nak makan nanti dah p4ntang dah susah nak makan best – best.

Utamakan anak jangan ikutkan sedih diri sendiri walau apa pon yang kita lalui. Hati kena kentaI bebs hehehe. Sampaikan ada kawan – kawan saya cakap saya ni tak ada masalah ke tak fikir masalah. Jawapan saya cuma satu, ‘Masalah aku bukan untuk aku tayang’ Masalah boleh pergi tapi anak tiada ganti.

Komen Warganet :

Syazwani Saidin : Ada juga manusia macam ni. Bila Allah permudahkan rezeki dia untuk dapat anak, boleh plak dia tak nak. Tapi kita ni yang memang nak anak tapi Allah belum kurniakan. Hanya Allah je yang tau perasan kami suami isteri macam mana..

Cast Kati : Tahniah sis, pilihan yang tepat. Sis sangat muda untuk menempuhi cab4ran hidup sebegini. Tapi sis seorang yang tabah. Kalau sis masih bertahan tinggal dengan suami rasanya sis lagi sengs4ra. Perkongsian perjalanan hidup sis ni boleh jadi panduan untuk ibu – ibu yang mengaIami masalah yang sama.

Atih Kamaruddin : Semoga Allah beri awak ketabahan dalam menjalani setiap ujian kehidupan DariNya. Jagalah amanahNya sebaik mungkin. Dan jangan pernah buka hati awak untuk bekas suami biarpun dia telah berubah.

Teruslah memandang ke hadapan, sesekali mendongak ke langit, menunduk pandang ke bawah agar tidak lupa diri, menoleh ke belakang sebagai pengalaman bukan kembali ke masa lalu.

Fieza Basri : Pernah alami keadaan macam ni, keputvsan yang puan dengan memilih anak dari lelaki tu memang tepat sekali. Anak adalah segalanya pengalaman membesarkan anak sorang diri memang cukup menguji kesabaran.

12 tahun saya besarkan anak sendiri, sayalah ayah dan sayalah mak. Memang banyak dugaan dan cab4rannya, alhamdulillah keluarga saya sentiasa ada untuk saya. Pengalaman banyak mengajar saya erti hidup.

Saya harap puan kuat dan tabah bukan saja untuk diri puan yang penting untuk anak puan. InshaAllah perancangan Allah SWT tu sebaik – baiknya. Bertabah dan bersabarlah puan, mungkin Allah dah sediakan yang lebih baik untuk puan dan anak, inshaAllah.

Nik Nor Haryani : Sedihnya tak boleh bayangkan kalau saya tempat dia.. Sis sorang yang kuat. Betul, kita kena kuat demi anak. Tak sepatutnya laki sis buat macam tu. Dah berkahwin hanya sebab mengandung kena tinggal macam tu je.

Anak tu tak salah pun, itu rezeki Allah SWT. Susah macam mana pun insyaAllah akan ada rezeki dari Allah SWT. Saya dulu kahwin masa tengah belajar juga, suami pun baru kerja masa tu. Hidup susah, tapi sama – sama susah senang insyaallah rezeki akan ada.

Alhamdulillah sekarang anak dah nak masuk dua, Allah bagi anak sebab nak tambah pintu rezeki kita. Minta dijauhkan perkara – perkara macam ni. Nauzubillah

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?