Suami tak bagi kerja sebab kuat cemburu. Aku tuntut nafkah banyak-banyak sedangkan gaji suami aku sikit. Aku member0ntak

3 tahun pertama aku berkahwin, aku dan suami kerap berg4duh. Suami tak mengizinkan aku bekerja sebab dia tak suka aku dipandang oleh lelaki bukan muhrim. Tapi aku member0ntak, aku dah terbiasa pegang duit sendiri..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua pembaca. Aku cuma nak cerita saja. Aku kenalkan nama aku Rose je la. Aku 35 tahun. Bekerja sendiri. Berkahwin dengan Zam berusia 43 tahun. Aku berkahwin dengan Zam ni since aku berumur 21 tahun. D4rah panas lagi mase tu. Dikurniakan 3 anak. Besar – besar dah mereka.

Aku perasan sekarang, wanita – wanita selalu menuntut pelbagai hak memuliakan isteri, sehingga ada yang lupa, suami juga punya hak perlu dihorm4ti. Cerita awal perkahwinan aku, 3 tahun pertama aku berkahwin dengan Zam. Kami kerap berg4duh.

Zam tak mengizinkan aku bekerja sebab dia tak suka aku dipandang oleh lelaki bukan muhrim. Tapi aku member0ntak, aku dah terbiasa pegang duit sendiri. Dan dia letakkan syarat. Kerja lah kalau nak kerja asalkan kerjanya itu di dalam rumah.

Aku sama juga dulu macam orang – orang lain. Sebab aku menuntut nafkah yang secukupnya, aku menuntut pelbagai perkara sedangkan ketika tu gaji Zam masih kecil. Aku sering merasakan Zam tak menyayangi aku. Sebab tak menghargai aku.

1 malam aku solat di 3/4 malam. Aku meminta dengan Allah. Berikan lah aku petunjuk dalam urusan rumah tangga kami. Sebab yang memegang hati manusia itu Allah. Sejak itu aku berubah sikap. Dari seorang yang menuntut, aku menerima seadanya.

Aku dah tak tuntut pemberian nafkah diberi secara wang setiap bulan. Cukup Zam mencukupi segalanya. Aku terima dengan hati terbuka. Dan surprisingly, secara tiba – tiba, Zam menyerahkan lebihan gaji dia setelah membayar komitmen – komitment utama kepada aku. Untuk aku menguruskan kewangan keluarga.

Sebab aku yang selalu ke pasar membeli kelengkapan memasak setiap hari. Walau ada peti, aku lebih selesa membeli fresh setiap hari, pergi 10 pagi, balik 11 tengahari. Terus masak dan hidang di meja. Dari sorang yang keluar ikut suka kepala aku, aku berubah menjadi sorang yang meminta izin walau ke mana saja aku mahu pergi.

Hatta nak ambil anak balik sekolah setiap hari, aku akan call Zam untuk meminta izin keluar rumah mengambil anak. Kalau anak nak singgah ke mana – mana, aku akan call lagi Zam meminta izin nak ke sekian – sekian tempat.

Nak balik rumah ibu aku yang sekangkang kera tu pon, aku akan minta izin dahulu, jika diberi, baru lah aku pergi. Dari sorang yang tak memasak, tak buat air, aku rutinkan hari aku memasak untuk keluarga. Setiap kali Zam balik rehat tengahari atau pulang dari kerja.

Aku akan berlari ke dapur buatkan air untuk dia. Menjamu dia minum di depan pintu masuk semasa dia masuk ke rumah. dia akan ambik air tu dan minum di sofa. Dari sorang yang keras kepala. Selalu tak mengaku salah.

Sekarang setiap kali ade perselisihan faham, aku yang pertama akan bersimpuh di kaki Zam, mencivm tangan dia, meminta maaf atas apa yang terjadi. Walau bukan salah aku, aku juga yang akan meminta maaf terlebih dahulu.

Biasanya kalau Zam yang bersalah dalam satu satu hal, ketika salam, Zam akan usap kepala dan berkata sebenarnye dia lah yang bersalah dan dia meminta maaf semula. Dari sorang yang buat hal sendiri. Aku ringankan mulut “macam mana kerja abang hari ni, ok?”

Dan biasanya dari pertanyaan tu la, Zam akan seronok bercerita hari – hari yang dilalui sepanjang dia bekerja pada hari tu. Dari cerita masuk kerja sampai pulang ke rumah. Seronok aku dapat berborak dengan dia. Dulu aku tak suka dia memancing, sekarang kalau dia kata dia nak keluar memancing, aku sendiri yang akan bangun awal dari dia, siapkan bekal makan dan minum dia. dia tinggal siapkan umpan dan pergi je. Dah tak perlu ke kedai mencari makanan dahulu.

Tak kira lah dia pergi sesudah subuh, aku tetap akan bangun lagi awal sebelum subuh untuk masak bekal dia. Siap aku belanja mesin memancing untuk dia berharga ratusan ringgit sebagai hadiah hari jadi dia. Biasa dia balik, kami akan duduk di meja sama – sama minum teh strawberry kesukaan dia. Berborak berapa ikan dia dapat. Panas ke tidak cuaca. Penat ke tidak dan banyak lagi.

Hasil dari semua tu, dulu semua kerja rumah aku buat sorang, sekarang tak lagi. Zam banyak buat kerja rumah juga. Aku dah tak perlu cuci dan sidai kain. Membuang sampah. Mengemop rumah, mengemas bilik. Semua tu dihandle oleh Zam. Kami secara tak sengaja tershare urusan rumah tangga.

Baru aku sedar, suami ni nak kan rasa dihorm4ti sebagai ketua keluarga. Dia nak rasa menjadi ketua. Dan kita sebagai isteri, cuba untuk penuhi semua tu. Dan tau tak. Sejak aku memuliakan suami, setiap tahun dapat hadiah emas. Tanpa miss pon. Dan jarang berg4duh, susah la kami nak berg4duh dah. Mengalah dalam segala aspek.

Kawan aku selalu pesan, salam perkahwinan kena banyak bersabar. Kita, isteri paling perlu bersabar. Betul kata dia. Aku cuba buka hati redha dengan semuanya. Tak sangka itu jawapan yang Allah berikan kepada aku. Hati aku dah tak segalau dulu.

Zam pon berubah menjadi sorang yang baru pada aku. Dah tak ade episod marah bertengkar. Menangis. Semua atas kehendak Allah. – Rose (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nurul Mohd : Fasa menjadi seorang suri rumah membuat saya memuliakan arw4h suami lebih dari waktu bergelar career woman. Memuliakan dari context rumah tangga saya lah. Melihat bagaimana arw4h suami tidak berkira untuk membelanjakan gajinya yang tidak seberapa. Melihat bagaimana kasihnya suami yang tanpa banyak soal. Balik dari kerja, sidai kain.. mandikan anak.. lipat kain. Allahuakbar..

Syifa’ Ul-hanani : Kalau pasangan buat baik, lama – lama pasangan satu lagi pun jadi baik juga sehingga bawa bahagia, itu yang sepatutnya. Tapi kalau 1 buat baik, berlembut, hormat dan buat yang terbaik yang 1 lagi masih di takuk lama malah lagi teruk, itu adalah rumah tangga yang t0ksik.

Apa – apa perbuatan jangan sampai melebihi boundary. Betul Allah yang pegang hati manusia. Tapi ada yang Allah nak ia berubah, ada yang tidak. Maka yang tidak itu adalah ujian hidup. Teruskan bertahan dan berbakti selagi tidak menzaIimi diri sendiri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.