Aku kahwin dengan duda anak dua, suami langsung tak bagi anak – anak buat kerja. Anak – anak tiri pemalas, pengotor, tak cerdik. Paling aku geram, anak tiri curi mekap dan skincare aku. Bila aku mengadu dekat suami, suami baling..
#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum w4rga Facebook. Aku, Suriram ram. Eh.. Berusia lewat 30an. Baru berkahwin semula untuk kali ke-2, setelah 5 tahun. Perkahwinan terdahulu tidak dikurniakan zuriat (8 tahun).
Perkahwinan ke-2 ini masih belum setahun jagung. Suami sedikit berusia. Bekerja sebagai pegawai beruniform. Aku? Bekerja dari rumah sahaja. Suami merupakan duda kem4tian isteri, dan mempunyai 2 orang anak. Anak – anak tinggal bersama kami.
Kami berkenalan di apps dating. Berkawan selama 2 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Sebenarnya, sedari awal bercinta dia sudah menunjukkan ciri – ciri red flag. Panas baran, cemburu buta, suka control segala aktiviti aku, pernah juga hack hp aku untuk baca segala wasap dan media sosiaI aku.
Yang mana, dia buat aku meng4muk sebab mengganggu privacy aku. Dia tiada hak untuk hack hp aku selagi belum ada ik4tan sah. Tapi nak dijadikan cerita.. dah memang jodoh aku agaknya.. walau dah berkali – kali on off, berg4duh, lepastu sambung balik makanya kami berkahwin jugak.
Di sebalik keburukan dia tu, yang buat aku meneruskan jugak hubungan adalah kerana masa tu aku menjanda, masih terumbang ambing mencari kerja, tiada kewangan yang stabil, beliau menghulurkan tangan.. gituhh. Dia sentiasa hantar food delivery, sentiasa bagi hadiah kalau merajuk.. kira macam pujuk lahh.. lepastu kita pun cair.. maka berbaiklah semula.
Dan he always there.. setiap malam akan call.. untuk tanya “How was your day today? Ok ke kerja harini? Ada apa – apa masalah nak cerita? Ceritalah.. i dengar je..” Dibuat aku cair… aku rasa wowww ada orang care pasal aku lah.. finally, aku jumpa someone to talk to.. shoulder to cry on.. gituhh.
Disebabkan aku kurang kasih sayang, makanya aku mudah cair.. aku lupa segala keburukan dia yang buat aku str3ss selalu. Satu lagi kelebihan dia, dia sangat menjaga solat walau di mana jua.. walau tengah keluar berdating.. tetap akan singgah untuk solat. Itu yang membuatkan aku butakan mata dengan segala keburukan dia.
To cut it short, maka berkahwin jugak kami. Dengan harapan, bila aku dah jadi milik dia, dia tidak lagi cemburu buta. Tapi nampaknya sama saja. Asal aku pegang handphone, dik4tanya aku wasap jantan dan terus mer4mpas handphone di tangan. Maka akan berlaku pergelutan. S4kit lengan aku yang halus ni.
Aku bukan takut kantoi sebab aku memang ada jantan ke apa. Cuma aku tak suka dia cer0boh privacy aku.. yang mana aku dok bersembang dengan kawan – kawan ke, family ke apa. Asal dia nampak aku online, terus dia wasap aku tanya online dengan siapa? Screensh0t i nak tengok. Fuhhh penat.
Ok itu bab cemburu buta.. panjang lagi kalau nak hurai bab tu. But to cut it short, bab BARAN melampau. Awal – awal kahwin dulu.. dia pernah marah – marah tengking aku sebab aku lambat sidai kain. Padahal aku baru saja nak rest sekejap selepas buat breakfast.
Fyi, aku ada s4kit belakang macam slip disc. Aku tak boleh buat kerja berdiri lama dan berterusan. Aku perlu berehat / duduk sebentar. Dia marah aku seolah – olah setahun aku tak pernah sidai kain. Padahal masih awal pagi.. banyak lagi masa boleh buat nanti.
Dia pernah marah – marah tengking aku sebab dia nampak aku rest. Sebelum tu aku dah bagitau yang aku s4kit kepala nak rest sekejap. Dia marah – marah tengking – tengking suruh aku buat kerja. Aku sampai terp4ksa lari ke tandas untuk curi – curi tidur.
Aku betul – betul s4kit kepala. Sampaikan malam tu kepala aku s4kit macam nak pecah, terp4ksa aku ke kIinik. Doktor bagi ubat untuk aku makan dan pantau. Risau takut aku d4rah tinggi. Menurut doktor, aku tidak cukup rehat. Dan aku akui.. aku memang “tak boleh” rehat.
Dia ada 2 orang anak. Yang sulung perempuan, 16 tahun, yang sorang lagi lelaki, 12 tahun. Sebagai ibu tiri, aku berazam tak mahu jadi ibu tiri yang selalu diberi bayangan, ibu tiri jahat, suka marah – marah, suka kerah tenaga anak – anak.
Ya diakui, sepanjang berkahwin dengan ayah mereka, aku tak pernah marah, tengking, tinggi suara atau menyuruh budak – budak tu buat kerja rumah. Aku masih menjaga tutur kata. Aku set dalam otak “anak orang, tak boleh marah – marah, tegur – tegur″… takut nanti ayahnya tak suka orang buat begitu kepada anak – anaknya.
Jadi aku mengambil pendekatan, dengan beritahu apa – apa yang tak kena atau melampau terus kepada ayahnya. Contoh situasi : Seringkali anak perempuannya masuk ke bilik kami, mesti barang – barang skincare atau mekap aku akan hilang.
Bila nak pakai je takde, memang aku naik angin juga lah. Tapi tak nak tuduh sebarangan. Aku akan cek dulu di bilik anaknya. Dan memang terbukti, anak perempuannya ambil dan pakai sehingga habis. Aku pernah bagitahu kepada ayahnya yang aku tak berkira pun.. cumanya kena ajar / tegur anak adab untuk minta izin ambil atau nak guna barang orang. Hatta dalam rumah sendiri. Ini supaya dia tahu perbuatan tu salah.
Mana lah tahu nanti dia duduk di asrama, dia akan dituduh mencuri. Bagi dia tidak salah, sebab tidak pernah diajar dan ditegur yang itu merupakan satu kesalahan. As usual, ayahnya punya respon, dia akan marah dan tengking saya balik.
Dia cakap, “Berapa sen sangat kau punya barang?? Aku boleh bayar lah. Kau nak cakap anak aku takde adab lah?” Sambil membaling skincare aku yang dia jumpa dalam bilik anaknya ke arah aku sambil berkata, “Hah puas hati kau??”
Tergamam aku. Tak sangka begitu respon ayahnya. Aku memang marah bila setiap kali nak pakai, ada je barang aku hilang. Kalau nak, minta izin, aku ok je. Dan memang niat aku Lillahitaala, nak mendidik budak – budak tu adab. Tapi seringkali disalah erti oleh ayahnya.
Sebenarnya panjang lagi kisahnya.. kalau ramai nak tahu, mungkin aku boleh buat next confession. To cut it short isu – isu berkaitan anak dia yang perlu ditegur, jika diluahkan kepada ayahnya, akan berakhir dengan perg4duhan kami suami isteri.
Ayahnya marah bukan sikit – sikit.. marah, tengking, m4ki hamun macam dirasuk h4ntu.. isu – isu begini berlarutan dan masih berulang hingga ke saat ini. Yang mana sekarang aku di fasa sudah lelah. Sudah tidak mampu bertahan.
Aku bangun seawal 5 pagi untuk siapkan breakfast dan bekal mereka anak beranak, aku hantar bekal lunch pulak untuk anak beliau, ambil pulak balik KAFA. Aku buat semua kerja rumah. Tak pernah marah anak – anaknya.
Jujurnya, emosi aku penat menguruskan pe’el ayahnya dan anak – anaknya. Tapi masih aku bersabar.. cumanya aku perIukan support seorang suami.. untuk memahami kelelahan emosi seorang isteri yang nak mengadu hal anak – anak.
Walaupun aku ibu tiri, aku tak berhak bersuara apa yang tak kena? Aku hanya perlu telan saja sorang – sorang? Kau nak aku urus anak – anak kau, tapi bila anak – anak kau meny4kiti atau buat perkara – perkara yang aku tak suka, aku tak boleh mengadu pada kau?
Niat aku lillahitaala.. bukan nak bagi jadi tak elok.. tapi nak bagi jadi lagi elok.. yang mana tak betul.. memang kena tegur budak – budak ni.. hatta kalau aku ada anak sendiri pun, memang aku akan tegur. Fyi, ayahnya sejenis tak ajar anak – anak buat kerja rumah.
Anak – anak semua dah besar tapi tak reti urus diri, pemalas, bilik kotor teramat, belajar pun tak pandai, adab pun kelaut. Kalau makan di depan TV, makanya plastik – plastik jajan atau cawan – cawan air, akan ditinggal di situ saja.
Begitu juga dalam bilik.. kotor nauzubillah.. plastik jajan ke air kotak ke bertebaran di atas lantai, atas katil, makanan basi dalam mangkuk ditutup dengan cadar, dibiar atas katil. Salahnya di sini, ayahnya terlalu sensitif, dan menganggap aku sengaja cari keburukan dia dan anak – anal dia.
Aku sengaja mengh1na anak – anak dia.. mentang anak – anak dia anak yatim.. Ya Tuhan.. aku dah tak berdaya. Panjang lagi kisahnya.. nanti aku sambung next confession. – Suriram (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.