Suami tak kerja bangun tengahari. Dia meng4muk aku tak siapkan sarapan. Dia ugvt nak bawa lari anak-anak dan sembunyi

Semalam suami meng4muk sakan puncanya aku cakap baik – baik, mintak tolong dia jangan m4ki hamun dan menc4rut kat anak. Kesian sangat dekat anak aku, asal celik biji mata, m4ki hamun yang disebut dulu..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Masalah aku ni tak habis – habis, kejap elok, kejap tak elok. Sekarang parah. Dapat la rasa hidup senang dalam 3 tahun, sekarang dah start balik. Suami aku tak kerja dah 3 bulan, kena buang kerja la sebab masalah disiplin.

Kereta kami dah kena tarik, sudah aku sekarang jalan kaki ke hulu ke hilir. Nasib baik tempat kerja aku dekat. Semalam dia meng4muk sakan puncanya aku cakap baik – baik, mintak tolong dia jangan m4ki hamun dan menc4rut kat anak.

Kesian sangat dekat anak aku, asal celik biji mata, m4ki hamun yang disebut dulu, bukan ucapan alhamdulillah sebab Allah bagi nyawa lagi. Bila aku cakap macam tu, dia mula menjerit – jerit, hemp4s kerusi meja sampai kerusi patah, barang rumah tonggang langgang.

Mengungkit segala bagai. Pasal budak satu tempat kerja bagi ikan, dik4tanya aku bawak balik jantan, pasal executive sembang masa dinner dik4tanya aku ada affair dengan executive tu. Pasal dia p4ksa aku beli kereta, aku cakap gaji aku kecik, aku ada blacklist, makan pakai pun tak cukup, hujung bulan pinjam duit, tu pun nak suruh aku beli kereta. Nak aku bayar dengan apa?

Dia ugvt nak bawa lari anak – anak, jadi aku boleh menjaIang sana sini. Aku cakap baik – baik, kenapa dia dari dulu sampai sekarang asyik nak pikir aku ni kaki jaIang? Bila aku ungkit pasal dia dgn gf dia, boleh pulak dia kata dah berapa banyak aku makan duit hasil dia kikis budak pompuan tu.

Aku cakap la, yang tak sampai beratus tu diingat, yang aku ni dah 11 taun menanggung hidup tak diingat. Dia duduk rumah, aku yang siapkan anak pergi sekolah, aku hantar pergi sekolah, ambik budak tu balik sekolah,. Tapi korang tau apa dia cakap, dia marah sebab bila dia bangun (almost lunch selalunya) tak ada sarapan.

Dia duduk rumah tak ada buat apa, nak aku juga ke yang siapkan makan dia. Kalau senang macam ni aku pun tak nak kerja, nak jadi macam dia, duduk rumah goyang kaki, tunggu dia balik siapkan segala boleh!! Aku terp4ksa bertahan sebab aku rasa aku tak cukup kuat untuk hilang anak.

Aku tau aku boleh giIa. Ini baru sikit benda yang jadi semalam. Mak pak dia dan family dia memang tak masuk campur sebabnya, diorang tak nak bersoal jawab dengan dia. Dorang tak nak kena m4ki hamun dengan dia, dan dorang tak nak nanti anak dorang tak balik rumah dah.

Habis – habis pun mak dia kata, jangan marah aku, tu je la. Tapi sebab utama kenapa aku tak nak cerai sebab aku takut hilang anak. Pasal duit dia aku dah tak harap, tu semua ayat marah aku je tu. Aku takut nak bawa dia gi jumpa kaunseling sebab takut dia meng4muk.

Lepas tu aku pun takut nak suruh dia jumpa doktor atas sebab yang sama. Bukan aku tak meIawan, aku meIawan, tapi akhirnya memang teruk aku kena. Macamana aku nak cerita pasal ketakutan aku pada dia. Bukan mudah nak cerita.

Apa yang aku tulis ni setakat 5% je. Korang bayangkan macamana family dia pun takut dengan dia, ni kan pulak aku anak beranak. Mulut dia.. wooooo kalau dia start m4ki hamun, boleh pengsan. Aku takat menangis je la..

Itu yang aku rasa tak lama lagi aku pun boleh s4kit jiwa. Sebenarnya aku tak takut jadi janda, aku tak heran dengan status tu. Aku memang harap pun tapi bukan senang. Aku tau apa dia boleh buat dan aku takut dengan apa yang dia boleh buat.

Memang dia boleh bawa lari anak dan bersembunyi. Dia boleh hidup kat mana – mana sebab dia ada kawan yang specis macam dia kat merata tempat. Yang bestnya nanti dia boleh Iawan dan buat aku. Aku yang tak ada sesiapa dah.

Aku dah tak ada family semua sebab dia. Sebab dia semua sed4ra mara aku dah lama tak jumpa aku, 11 tahun tu dia berjaya jauhkan aku dari keluarga. Nasib baik masa arw4h mak aku ada, sekurangnya dia bagi gak sekali sekala aku jenguk mak aku.

Dia kata sebab mak aku sump4h dia, tu sebab dia sump4h aku dengan anak – anak. Biar semua hidup susah. Sebab apa mak aku sump4h dia? Sebab dia kurang ajar, menghempas – hempas barang – barang mak aku sebab tak puas hati ngan mak aku. Laki aku jenis ngungkit.

Untuk pengetahuan pembaca, suami aku kena d3ra dari kecik. Bapak dia pilih kasih, ada 5 orang anak, anak – anak lain buat per4ngai tapi suami aku yang kena baIun. Suami aku ni memang sayang anak – anak 100%. Dia sanggup m4ti sebab anak – anak.

Dia akui dia s4kit jiwa. Dia pernah kata, alangkah bagusnya jadi macam saya. Saya tak ambil hati dengan apa yang orang dah buat. Masa dia berkerja, dia memang tak lokek. Kalau ada duit lebih, belikan saya hadiah. Apa anak – anak nak, mesti dapat.

Makan jangan nak kata, mewah. Dia suka tolong orang, kalau ada 10 ringgit pun kalau orang nak pinjam dia bagi. Dia tak pernah naik tangan dekat aku. Aku memang tak pernah kena. Cuma anak – anak yang selalu kena, budak menangis la tapi tak pernah ada kesan, hatta kesan merah pun tak ada. Kemudian anak tak benci pun kat dia.

Yang aku tak tahan dari dulu sampai sekarang dari segi pend3raan mental, m4ki hamun, tak kerja, tak bertanggungjawab, panas baran, dan lain – lain. Tapi satu, dia tak pernah buat fizikal h4rm kat aku. Dia mental problem.

Komen W4rganet :

Kesian betul la jadi perempuan macam tt ni. Selama bertahun – tahun kerja, langsung tak boleh fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri. Bertahun – tahun sanggup biar diri dih1na, dis4kiti dan dih4mbakan macam tu. TT kena bijak mengendalikan hidup, kena fikir dan bertindak. Patutnya daripada dulu lagi dah tinggalkan jantan haprak macam tu.

Kalau duit masalah utama sekarang, u kena menyimpan dari sekarang. Tak payah lah pi bagitau kat laki tu. Simpan diam – diam. Dah ada sikit simpanan, plan dan bertindaklah. Tolonglah bijak sikit berfikir. Rasanya kawan – kawan kat sini naik meluat bila baca cerita u ni. U cerita macam – macam pasal laki, tapi masih jugak tak buat apa – apa..