Suami tak romantik, akhirnya aku jatuh cinta dengan rakan sepejabat, suami orang. Isteri dia sampai call bagitahu suami dia berubah..

Suami aku bukan seorang yang romantik contohnya yang berpegangan tangan isteri bila di luar, ucapkan ucapan cinta kepada isteri. Aku rasa sunyi dan dahagakan kasih sayang. Tak sangka aku terjerat bercinta dengan suami orang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua w4rga alam maya. Nama aku Dahlia dan semestinya bukanlah nama yang sebenar. Cerita yang aku nak sampaikan ini adalah berkenaan dengan diri aku. Ya, aku isteri yang nusyuz.

Aku telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar dalam hidup aku yaitu aku telah berlaku curang di belakang pengetahuan suami aku. Sebelum tu aku nak minta maaf kalau luahan aku agak berterabur sebab aku tak pandai untuk mengarang.

Aku dan suami berkahwin pada zaman PKP dan kami belum dikurniakan zuriat. Hubungan aku dan suami baik – baik saja. Suami aku adalah seorang suami yang baik, yang menjaga solatnya dan seorang yang bertanggungjawab.

Cumanya suami aku ada sifat sedikit panas baran iaitu dia cepat melenting tentang hal – hal kecil. Benda ni kadang – kadang akan selalu menjadi punca perg4duhan kami. Suami aku juga bukanlah seorang yang romantik contohnya yang berpegangan tangan isteri bila di luar, ucapkan ucapan cinta kepada isteri.

Boleh dik4takan sepanjang perkahwinan ni, kami lebih kepada teman serumah. Suami aku akan bagi duit perbelanjaan rumah dan akulah yang akan keluar ke pasar sendirian untuk beli barang – barang dapur. Hal itu membuatkan kadang – kadang aku berasa sunyi dan dahagakan kasih sayang.

Tapi aku tetap sayangkan suami aku sebab kami berkahwin pun atas dasar suka sama suka. Sebelum ni, sepanjang perkahwinan kami, aku adalah seorang isteri yang sangat taat dan setia pada suami aku. Untuk pengetahuan semua, fizikal aku seorang yang putih dan ada sedikit rupa.

Bukan aku nak membangga diri, tapi di tempat kerja ramai yang tak percaya yang aku sudah berkahwin dan ramai lelaki – lelaki di tempat kerja yang cuba merisik untuk berkenalan dengan aku. Selama ni, hati aku tak pernah sikit pun terusik ataupun goyah dengan godaan – godaan di tempat kerja, kerana aku tahu status aku sebagai isteri orang.

Tetapi semuanya h4ncur bilamana aku mulai rapat dengan seorang lelaki berstatus suami orang di tempat kerja yang aku namakan dia adalah Manggis. Hubungan aku dan manggis sebelumnya adalah sekadar teman sekerja yang memerIukan untuk kami untuk bekerjasama.

Sebelum ni aku tak pernah ada apa – apa perasaan pada dia. Tapi berIawanan dengan Manggis yang dari awal memang menaruh perasaan pada aku sejak pandangan yang pertama katanya. Kami berdua mula rapat bilamana kami sering berhubung tentang hal kerja dan lama kelamaan bersulam dengan gurauan senda yang akhirnya menimbulkan perasaan selesa dan suka terhadap dia.

Ya, salah aku sebab aku gagal menjaga batas pergaulan antara rakan sekerja. Perhubungan kami sangat singkat dan Manggis meluahkan perasaannya terhadap aku. Aku berd0sa dan khilaf sebab aku juga telah jatuh sayang terhadap dia.

Manggis seorang lelaki yang baik dan dia selalu melayan dan memberikan kasih dan sayang yang selama ni aku tagihkan terhadap suami aku. Aku sedar semua ni adalah d0sa besar. Banyak kali aku cuba memutuskan hubungan dengan Manggis, tetapi Manggis tetap merayu – rayu dan menangis kepada aku agar jangan tinggalkan dia.

Dia betul – betul cintakan aku sampai ke tahap giIa bayang. Tahap serius perasaan Manggis pada aku sampai dia sanggup untuk meninggaIkan keluarga dia semata – mata ingin berkahwin dengan aku dan hubungan kami diketahui oleh isteri si Manggis.

Isteri si Manggis aku namakan dia Maw4r pernah telefon aku dan meluahkan suami dia dah tak macam yang suami dia yang dulu. Suami dia seperti orang giIa bayang di rumah asyik memikirkan aku. Aku buntu dan serba salah sebab dah jadi perosak rumah tangga Manggis dan Maw4r.

Aku meminta maaf kepada Maw4r dan berjanji untuk tidak mengganggu lagi rumahtangga mereka. Tetapi, setiap hari di tempat kerja, Manggis akan datang dan merayu – rayu lagi dan lagi tanpa jemu agar aku tidak meninggaIkan dia.

Aku betul – betul buntu memikirkan cara untuk memutuskan hubungan dengan Manggis. Aku ingin bertaubat. Aku dah tak nak teruskan lagi hubungan yang macam ni tetapi semuanya jadi sulit bila mana Manggis terus terusan merayu untuk aku jangan tinggalkan dia sampai pernah mengugvt untuk buat sesuatu yang buruk dekat diri sendiri.

Aku buntu, aku takut keputusan aku akan mengh4ncurkan Manggis atau hidup dia. Dalam masa yang sama aku dah tak nak hidup dalam gelumang d0sa. Aku cuma ingin memutuskan hubungan aku dengan manggis dan ingin kembali menjadi seorang isteri yang setia terhadap suami aku.

Aku takut untuk berterus terang benda ni kepada suami aku. Aku malu dengan diri aku sendiri sebab dah gagal jadi isteri yang baik. Aku gagal jaga maruah aku. Aku tertanya – tanya, kalau aku bertaubat, akan diterimakah taubat aku. Masih layakkah aku untuk mengejar gelaran isteri yang solehah?

Aku buntu untuk keluar daripada semua ni. Aku cuma nak kehidupan aku yang dulu, yang tenang tanpa perasaan bersalah mengh4ntui diri aku. Bantu aku, aku tau aku akan dapat banyak kecaman daripada netizen tapi aku sendiri tak tahu cara untuk menghentikan semua ni. Aku takut kalau aku ambil keputusan tinggalkan Manggis, Manggis akan buat perkara di luar kawalan! – Dahlia (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nur Hanim Ayub : Kesiannya dengar.. Saya always respect dengan orang yang sedar dia dh buat silap tetapi ingin bertaubat dan berubah menjadi lebih baik. Itu lebih baik daripada orang yang langsung takde sedikit rasa bersalah pun dalam hati.

Saya percaya bila kita bertaubat dan berubah menjadi lebih baik, Allah akn sentiasa permudahkan urusan kita. Awak mesti rasa tersepit, dah la kerja satu tempat dengan mnggis.. Kemudian dia ugvt – ugvt pulak. Kalau bukan bvnvh diri mungkin dia ugvt benda lain pulak.

Contoh nak maIukan seluruh tempat kerja tetang hubungan korang atau ugvt benda lain – lain lagi. Kalau dia bvnvh diri pun mestilah isteri dia tak berhenti salahkan awak. Masa tu semuanya kita ingat telah berakhir, tapi rupanya tidak.

Caranya adalah berhenti kerja, cepat – cepat cari kerja lain. Tak perlu la beritahu suami kecurangan awak selama ni. Biarlah ianya hanya awak dan Allah je yang tahu segalanya. Bertaubat dan kembali taat pada suami.. Kalau ada masalah dengan suami belajar lah luahkan dekat suami, bagitahu apa yang tak puas hati, bukannya pendam dan akhirnya cerita dekat orang luar. Orang luar dengar awak kesunyian dia pun ambil kesempatan penuhkan apa yang kurang. Harap jadi pengajaran.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.