Suami tak suka ada anak. Saat aku bersalin, anak sulung umur 13 tahun teman aku. Dia yang azankan adik yang baru lahir, dia cuci uri

Baru – baru ini, aku terjumpa kond0m yang masih belum digunakan dalam poket baju suami aku. Nampaknya dia mula berjinak – jinak dengan perempuan lorong. Aku takut status anak dalam kandungan aku nanti dijangkiti peny4kit…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru – baru ni kawan aku ada shared di ‘whatsapp group’ sajak bertajuk Kasihannya Perempuan Ituuu… Itulah aku, sering disalahkan dalam setiap pekara.

Mungkin disebabkan mas kahwin dan hantaran aku hanya senaskah Al-Quran dan sepasang telekung aku disia – siakan. Dewasa aku di sebuah pusat jagaan anak – anak yatim. Ibu meninggaI setelah melahirkan aku dan ayah pula meninggaI kerana bar4h paru – paru ketika aku berusia 7 tahun.

Sebelum arw4h ayah ‘pergi’, ayah telah menghantar aku ke rumah anak yatim kerana padanya selepas dia ‘pergi’, tiada siapa yang akan menjagaku memandangkan ayah seorang mualaf berbangsa Cina. Dari situ aku belajar untuk bedikari.

Aku berjaya mendapat keputvsan yang baik dalam SPM. Cita – cita aku menjadi seorang pendidik dan untuk meraihnya aku perlu keluar dari situ. Aku perlu bekerja untuk menampung kos belajar di IPT. Pada usia aku 18 tahun, aku mulakan dengan bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah restoran Cina muslim.

Pada usia 20 tahun, aku berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta. Aku masih lagi bekerja di restoran itu. Siang aku belajar, malam pula aku bekerja. Dari situlah aku mengenali suami yang merupakan seorang pelanggan tetap di restoran itu.

Kadang – kadang dia datang sendirian dan kadang kala bersama keluarga. Hubungan kami berkekalan sehingga aku tamat belajar. Akhirnya kami bernikah. Pada bulan pertama aku bergeIar isteri, suami aku kemaIangan. Syukur kerana hanya mengaIami Iuka – Iuka kecil sedangkan keretanya r3muk.

Suami menyalahkan aku kerana tidak maklumkan kepadanya bahawa brake kereta tak berfungsi dengan baik, memang kereta itu aku yang sering bawa untuk ke pasar atau ke mana mana sahaja. Tapi sewaktu aku menggunakannya, semua dalam keadaan baik.

Beberapa minggu selepas itu pula ayah mertua jatuh ketika mandi di bilik air. Nasib menyebeIahi ayah, keadaannya stabil dan tidak mengaIami apa – apa keced3raan. Aku juga disalahkan, aku dimarahi oleh suami kerana tidak menjaga ayahnya dengan baik sedangkan pada waktu itu adik iparku (lelaki) turut ada di dalam rumah itu.

Semenjak daripada itu, aku sering disalahkan. Apa jua yang berlaku, semua kesalahan diletakkan di bahu aku termasuk kadang kala keperluan dapur tidak mengcukupi. Dia akan bertanyakan ke mana perginya duit belanja RM200 yang dia bagi tiap – tiap bulan pada aku.

Akhirnya aku mengambil keputvsan untuk kembali bekerja, mungkin suami tidak mampu lagi menanggung nafkah keluarga sendirian memandangkan ibu, ayah dan tiga orang lagi adiknya tinggal bersama dan kos belanja sem4kin tinggi. Hidupnya tertekan dan aku jadi tempat dia lepaskan amarah.

Dia izinkan dengan syarat jangan minta dia berpindah, menyewa rumah lain. Aku setuju dengan syaratnya memandangkan ibu, ayah dan adik – adiknya menerima dan melayan aku dengan sangat baik. Aku dapat kerja dengan mengajar di sebuah sekolah swasta.

Separuh dari gaji, aku habiskan dengan membantu membeli barang – barang dapur dan keperluan harian. Apabila suami melihat aku sudah bekerja dan punyai duit sendiri, dia tidak lagi memberi nafkah pada aku. Aku cuba berfikiran positif memandangkan dia lebih memerIukan untuk mnjelaskan bil – bil, hutang kereta, motor dan hutang rumah ke bank.

Sangkaan aku tidak tepat, tiba – tiba aku dapat beberapa surat dari bank dan mengatakan semuanya tertunggak. Begitu juga dengan air dan elektrik, mereka telah datang untuk memot0ng bekalan. Mujurlah aku ada duit dan aku jelaskan semuanya walaupun hampir mencecah ke 4 angka.

Aku tidak mahu tidur bergelap dan bangun pagi ke kerja dalam keadaan tidak mandi. Bila aku bertanyakan tentang semua itu kepadanya dengan tanpa rasa bersalah dia pukuI aku. Buat kali pertama selepas 6 bulan aku menjadi isterinya kaki tangan dia naik ke tubuh aku, mujurlah ada ayah mentua aku menghaIangnya dari terus memukuI aku.

Semenjak hari itu, aku yang tanggung segalanya. Kos harian, bil – bil dan segala hutang piutang bank kerana aku tidak sanggup melihat ibu, ayah dan adik beradiknya merempat jika rumah ditarik, tidur dalam keadaan gelap dan kami putus bekalan air jika bil tidak dijelaskan.

Walaupun aku hanya menantu, mereka melayan aku baik ibarat ahli keluarga sendiri itulah impian aku, untuk hidup berkeluarga walaupun hanya menumpang kasih. Suatu hari ibu ada bertanya pada aku dan dia, bila lagi kami nak ada zuriat.

Suami tiba – tiba menjadi baran dan menjawab dia tak nak ada anak lagi kerana ekonomi rumah tangga kami belum stabil. Aku sedih kerana dalam rahim aku pada waktu itu sememangnya sudah wujud satu nyawa yang dipanggil zuriat.

Cuma aku tunggu masa yang sesuai untuk memberitahu suami. Aku hairan dengan jawapannya, jika dicampur gaji aku dengan gaji dia, ditolak hutang rumah, kereta, motor dan belanja keluarga memang berlebihan. Tuhan lebih mengetahui dan Dia tunjuk segalanya pada aku.

Suatu malam, sedang aku kemas kemas baju uniform kerjanya untuk dicuci. Aku terjumpa beberapa keping kertas. Aku yakin kertas itu datang daripada pusat – pusat jvdi dan rumah – rumah urut. Aku menasihatinya dengan lembut supaya tidak berlakunya perkeIahian.

Tetapi dia tetap juga meng4muk dan memukuI aku dengan bertubi – tubi sehingga aku mengaIami pendar4han. Bila melihat aku berdar4h banyak, dia segera membawa aku ke hospitaI. Alhamdulillah kandungan aku selamat.

Melihat keadaan aku bergitu, dia mem4ksa aku untuk menggugurkan kandunganku kerana dia tidak mampu nak tanggung lagi. Aku merayu dan berjanji tidak akan meminta satu sen pun duit darinya jika dia izinkan aku melahirkan anak ini. Puas aku merayu akhirnya dia bersetuju.

Lepas daripada peristiwa itu, dia tanpa segan silu membawa pulang kertas – kertas dan resit – resit jvdi di dalam poketnya dan dia juga turut pulang dalam keadaan m4buk – m4buk kesan daripada pengambilan alkohoI yang berlebihan.

Mungkin juga aku berasal dari rumah anak yatim, aku tidak dihargai. Tak apalah demi anak aku yang sorang ni aku bersabar, dua beIas tahun berlalu. Anak pertamaku telah pun genap 12 tahun. Dulu aku down. Kadang – kala fikir nak m4ti jer. Ke mana lagi arah aku nak pergi.

Mak bapak aku pun dah lama meninggaIkan aku terk0ntang kanting di muka bumi. Saud4ra mara entah ke mana. Tapi bila aku baca sajak tu, hari – hari aku baca, aku jadi kuat. Aku tahu bukan aku sahaja yang tersiksa. Ramai lagi di luar sana yang senasib.

Aku tak tahu kalian ada baca tak sajak tu. Aku nak shared kat sini aku takut yang aku shared tu dah diubah sebab aku tengok ramai yang dah shared dan ada yang dah ubah perenggan dia. Doakan aku kuat. Kali ini pun aku jugak disalahkan sebab mengadung lagi.

Dia kata dia tak mampu nak bagi makan dan belanja, barang – barang dah mahal. Tapi bagi aku ni rezeki. Aku bekerja, gaji aku tinggi dan aku yang akan tanggung semuanya sebab memang dari dulu aku tanggung semuanya…

Dia? Hanya tahu makan dan tidur. Gajinya habis ke rumah – rumah urut dan jvdi. Mujurlah mertua aku sayangkan aku, menjaga aku dalam pant4ng masa lahirkan anak pertamaku dulu ibarat anak kandungnya sendiri. Aku hanya fikirkan mentua aku ni baik jer dan terIampau sayangkan anak aku yang pertama ini, aku tunggu… Kalau ikutkan hati, nak jer aku lari jauh bawa diri dan anak – anak.

Baru – baru ini, aku terjumpa kond0m yang masih belum digunakan dalam poket baju suami aku. Dia kata tu kawan dia punya dia tolong belikan. Tapi aku tidak percaya. Hati aku terdetik bahawa dia kini sedang berjinak – jinak dengan perempuan jalanan memandangkan tiap kali aku nak clearkan story di browser aku ternampak page – page peIacuran yang suami aku search.

Aku harap tanggapan aku salah dan Allah Iindung aku serta anak dalam kandungan ini daripada peny4kit keIamin atau AlDS… Aku tidak berani untuk bertanya lagi bimbang aku akan dis4kiti. Jadi aku ambil keputvsan untuk diam. Doakan aku kuat sehingga aku selamat bersalin awal tahun depan…

Sambungan.. Masa beredar dengan pantas sekali. Walaupun hari hari yang aku lalui amat suIit dan p3rit, namun demi anak – anak, aku kena kuat. Kini aku sedang berada di ‘Iabour room’ untuk melahirkan puteri hati yang aku tunggu selama 9 bulan.

Doakan semua baik – baik kerana di luar sana tiada w4ris yang tunggu jika berlaku apa – apa pada aku atau baby. Bukaan masih 5cm. Kenapa tiada w4ris yang tunggu…? Biarlah ianya menjadi rahsia Allah Swt. Alhamdulillah aku telah seIamat melahirkan puteri hati.

Aku sangka tiada w4ris yang tunggu memandangkan aku dari tempat kerja terus ke hospitaI. Rupanya ada anak sulong yang setia menanti. Dia juga yang telah azankan adik perempuannya dengan merdu sekali. Tolong pakaikan aku stokin dan hantar keperluan aku. Bila aku bertanyakan papanya.

Dia hanya jawab, “Biar la bu. Along ada. Along temankan ibu dan jaga adik” Jam 7 pm tadi dia balik uruskan uri adiknya. Baru 13 tahun, dia dah pikul tanggungjawab yang sepatutnya seorang ayah yang lakukan. Semoga syurga buat kamu anak.

Keesokkannya Along datang, terp4ksa cuti sekolah sebab nak bantu aku ‘discharge’. Uwan dengan atok tunggu baby Umairah pulang kat rumah jer sebab atok s4kit kaki. Along datang cvri – cvri bawa motor. Susah hatiku bila bayangkan keadaan along bawa motor redah ribuan kereta di tengah band4raya.

Semalam pun bawa motor juga tapi aku tak tahu. Sangkaan aku, semalam along datang dengan teksi jadi aku tidak bertanya banyak padanya. Pagi ni nampak along bawa naik helmet. Along kata helmet semalam kena cvri sebab tinggal kat parking. Ya Allah anak ibu.

Along bagitahu, papanya dah ambil kereta semalam di h0spital, aku husnuzon saja, mungkin nak cepat atau guard tak bagi masuk sebab dah malam, jadi tak dapat tengok Umairah. Pagi tadi papanya bagi duit suruh along tuang minyak motor, tapi untuk bil hospitaI papanya minta aku jelaskan sendiri sebab papanya belum gaji. Takpa aku faham. Memang dari dulu aku yang uruskan setiap perbelanjaan.

Cuma aku bagitahu along, aku tak boleh naik motor dengan dia. Minta dia tolong carikan teksi, kemudian balik dengan aku naik teksi. Motor tu nanti minta papa ambilkan. Doakan aku sihat ye kawan – kawan supaya aku boleh uruskan along dan Umairah. Kesian along..

Sambungan.. Alhamdulillah. Umairah bebas dari HlV atau AlDS. Walaupun masa ‘checkup preggy’ di KK, aku negatif HlV atau AlDS. Tapi aku belum berpuas hati bimbang terkesan pada bayi apabila lahir nanti. Ternyata Allah mendengar rintihanku, Dia Iindungi Umairah. Sepanjang kehamiIan aku murung, bimbang tentang kesihatan Umairah apabila dilahirkan kelak.

Tadi papanya ada jenguk Umairah sebelum keluar. Dia usik – usik pipi dan dagu Umairah. Comel katanya. Tapi papanya ingatkan aku supaya tidak susahkan dia nanti sebab untuk melihat Umairah lahir ke dunia adalah pilihan aku.

Tak mengapa lah, aku tak kisah dengan peringatan papanya tadi kerana papa dah usap Umairah dan katanya Umairah comel dah besar maknanya pada aku. Cukup la buat hatiku berbunga. Walaupun aku isteri hanya pada nama, tanpa nafkah zahir dan batin lagi, aku tetap horm4ti dia sebagai seorang suami walaupun dia banyak mengecewakan perasaan aku.

Semenjak aku hamilkan Umairah, aku langsung tidak pedulikan setiap apa yang dia buat… Kerana aku takut jika aku dikasarinya. Aku juga akan menolak setiap keinginannya untuk ‘bersama’. Disebabkan itu, dia abaikan aku. Aku doakan dia akan diberi pertunjuk dan hidayah untuk pulang ke pangkal jalan.

Aku tanya along, siapa yang cuci uri. Along jawab, along yang cuci sambil uwan ajarkan. Saya tanya lagi, along tak takut dan geli ke tengok uri. Along jawab. “Geli tu memang lah. Dar4hkan naj1s. Tapi kalau along tak buat, siapa nak buatkan, takkan nak biar camtu jer. Uwan sama atok tak sihat. Itukan dar4h daging along. Redhaa jer la kan bu. ”

Sambil senyum tayang gigi kapak dua batang dia yang besar tu. Lucu sungguh anak aku tu. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati aku. Cukuplah sampai disini dahulu. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Doakan kebahagiaan aku dan anak – anak, maka seluruh alam akan berdoakan kepada kalian kembali.

Komen W4rganet :

Areyu Shieda : Pertama saya bayangkan anak sulung tu mungkin dah bekerja, umur dalam 19 tahun tapi bila sampai bawah, rupanya baru 13 tahun !! Allahu, anak akak betul – betul seorang anak yang bertanggungjawab dan boleh dibanggakan..

Saya tak tau macam mana perasaan nurse – nurse kat dalam tu masa tengok anak yang berumur 13 tahun menggaIas tugas seorang bapak mengazankan adik yang baru lahir. Sedangkan saya yang tak ada dekat tempat tu pun rasa sebak.

Seorang anak yang membesar dan melihat segala perit jerih hidup yang ibunya lalui akan sanggup buat apa saja untuk membahagiakan ibu dia.. Tahniah akak atas kehadiran cahaya mata baru.. Untuk si abang, semoga terus menjadi anak kebanggaan ibu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.