Suami taksub dengan mak bapak mertua. Bila dia dekat luar rumah umpama syurga, dalam rumah macam ner4ka

Dekat rumah, suami tak solat, solat Jumaat pun tak pergi. Tapi bila di rumah mertua, dia solat. Sebab? Sebab mak bapak dia suruh. Tiba – tiba dia lah paling awal ambil wuduk, bentang sejadah, rajin ke masjid, k3jut adik – adik bangun solat. Boleh aku katakan, suami menyembah mak bapak dia

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt pembuka bicara untuk luahan aku ni. Terlebih dahulu, aku sangat berterima kasih kepada admin yang menyiarkan confession aku ni serta menyediakan satu medium untuk orang yang tak mampu bersuara seperti aku ni untuk ‘bersuara’.

Aku adalah salah seorang isteri yang menjadi ‘k0rban’ kepada rumahtangga sendiri. Karekter aku berubah dari seorang periang, penuh bersemangat, suka berkawan, sehinggalah menjadi seorang yang sangat pasif, menyendiri, aku jauhkan diri daripada semua orang baik keluarga sendiri mahupun rakan baik.

Semuanya kerana seorang lelaki bernama suami. Aku selalu termenung fikirkan suami aku. Kenapa, mengapa dia sebegitu? Aku did3ra secara mentaI  dan fizikaI bertahun – tahun dalam perkahwinan aku ni, yang akhirnya merubah diri aku sendiri.

Suami aku boleh dik4takan calon idaman kalau mak – mak mertua dan perempuan. Hormat ibu bapa, baik dengan adik beradik tolong orang, peramah. Pendek kata A-list punya orang. Sebab aku pun terpik4t dengan dia sebab list tu lah.

Hakik4tnya dia bukan seperti yang aku sangka. Lain, tersangat lain. Seolah – olah dunia dia bila dengan aku, adalah dunia penuh kek3jaman berbanding dengan dunia dia bersama orang lain. Ibaratnya, di luar rumah adalah syurga, di dalam rumah ner4ka.

Ibaratnya; di luar rumah medan dia mengumpul pahala, di dalam rumah medan mengumpul d0sa. Ibaratnya, di luar rumah selangkah menuju syurga, di dalam rumah selangkah ke ner4ka. Kenapa aku cakap macam ni?

1. Ketaatan kepada Ketaksuban. Suami aku memang anak yang taat ibu bapa. Tapi aku lihat ketaatannya adalah seperti ketaksuban. Ketaatan melebihi Allah swt. Sedangkan bukankah kita tidak boleh meletakkan makhluk di kedudukan atas melebihi Allah swt?

Jika di rumah, suami tak solat. Culas solat. Tinggal. Al Quran pun tak pernah disentuh mahupun dibaca walau dah bertahun – tahun berkahwin. Tak pernah lagi aku mendengar alunan suara suami aku mengaji. Kali terakhir aku dengar adalah ketika dia membaca Yaasin ketika majlis tahliI rakannya.

Solat Jumaat pun ditinggal – tinggal, apatah lagi solat fardhu ketika waktu dia bekerja (dapat makluman dari rakan sepejabatnya). Tapi apabila dia di rumah mak bapak dia, dia solat. Sebab? Sebab mak bapak dia suruh. Tiba – tiba di rumah mak bapaknya dia lah paling awal ambil wuduk, bentang sejadah, rajin ke masjid, gerakkan adik beradiknya untuk bangun solat.

Boleh aku katakan, suami menyembah mak bapak dia, bukan menyembah Allah swt. Sebab dia solat demi mak bapak dia, bukan kerana Allah swt. Sudahnya rumahtangga kami tidak aman, kerana rumah sendiri tidak menjadi ‘syurga’.

Sebagai isteri, aku sudah puas menasihati suami aku untuk solat, aku belikan Al Quran (ini sebagai ‘hint’ untuk dia mengaji tapi sudahnya Al Quran itu hanya terbiar di dalam kotak hadiah yang aku beri).

2. Neraca senget ke mana? Suami aku sangat tegas dalam hal tanggungjawab pada mak bapak dan keluarga dia. Bab duit, bab pertolongan atau apa sahaja, dia memang buat lubuk kumpul pahala. Kalau tolong orang lain, suamilah orang paling bersimpati betul pada orang susah lain.

Setiap bulan tak pernah suami culas bab hulur duit pada mak bapak dan adik beradik. Banyak pahala dia. Berat timbangan neraca pahala dia. Tapi, apabila berkaitan hal isterinya, timbangan neraca yang pada mulanya senget ke arah beratnya pahala, senget pula ke arah beratnya d0sa.

Nafkah langsung tidak diberi. Segala keperluan aku sebagai isteri terabai. Suami ambil kesempatan kerana aku bekerja, pandai – pandailah tanggung sendiri hidup. Kehidupan aku menanggung diri sendiri tak ubah langsung seperti aku hidup bujang.

Kalau berjalan dengan suami aku, dia pantang kalau nampak peminta sedekah atau orang susah, pasti terus dia hulur wang ringgit. Kalau orang lihat, beruntungnya aku sebagai isteri kerana dapat suami pemurah. Hakik4tnya, aku minta suami duit untuk beli minuman pun aku diherdik.

Beli panadol waktu demam pun sesen suami tak hulur. Aku puas berg4duh dengan suami apabila aku luah dan bangkitkan isu hak seorang isteri. Sudahnya apa yang aku dapat hanyalah lebam – lebam dan caci m4ki. Cukuplah 2 situasi untuk aku terangkan di sini kenapa aku terfikir tentang muflisnya nanti suami aku di akhir4t kelak.

Bukan aku mendoakan keburukan buat suami. Tetapi, aku sedih untuk suami aku. Sebagai seorang isteri, aku tak pernah berhenti mendoakan suami aku untuk berubah dan bertaubat. Pastilah sebagai seorang isteri aku ingin melangkah ke syurga bersama suami aku.

Dunia dan rumahtangga tempat menuai pahala. Di akhir4t kelak dapatlah hasil tuaiannya. Memang hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui akan amal ibadat kita. Tanggungjawab suami sepatutnya membimbing, menjadi asbab ke syurga buat seorang isteri.

Aku tak mahu di akhir4t kelak Allah swt menyoal aku kenapa aku tidak nasihatkan suami. Aku berdoa agar suami aku akan meletakkan Allah swt sebagai yang paling atas dan paling utama. Aku berdoa agar suami aku menjadikan rumahtangga kami, keluarga kecilnya ini juga sebagai medan menuai pahala, bukan d0sa; medan asbab ke syurga, bukan ner4ka. Semoga kita tidak menjadi manusia muflis di akhir4t. – Tiara (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Sarah Ab Aziz : Super Ann0yed. Allah dah set kan tanggungjawab seorg suami (dan isteri). Kalau suami tak menunaikannya macam suami awak, Allah tak suruh sabar – sabar terus sabar sampai memud4ratkan diri.

Mud4rat psych0logically, itu paling susah untuk ubat ya. Ambil tanggungjawab cari orang yang awk boleh Talk to, to HELP you get out of that situation. Bukan untuk luahan perasaan ya. Allah hanya suruh patuh kepada yang patuh pada Dia sahaja. Dalam AlQuran semua ada.

Dont play v1ctim. Take responsibility. Kalau ada anak – anak awak ada responsibility kepada anak – anak untuk bawa keluar daripada hubungan suami isteri yang str3ssful ni. Seorang IBU mesti stabil, dia perlu menjadi source of calm in the house. To be that She has to be respected by her husband and to be Taken care of. Anak lihat. Anak tiru. Jangan biar anak tiru yang tak baik tanpa kita sedar.

Kadhijah Aiman : Dear sis sila minta fasakh kalau hidup pun dah macam orang bujang. Kalau dah semua benda tanggung sendiri. Tak ada point LA suami macam tu. Buang masa buang duit tambah d0sa. Kalau hidup sendiri tu lebih baik dari hidup dengan laki macam tu. Sila minta fasakh. Setiap kali kena pukuI sila buat laporan polis. Pastikan kumpul semua resit untuk bil yang dibayar kalau sis yang bayar bil la.

Hani Haura : Salah satu cara tak nak suami muflis di akhir4t, puan mohon berpisah berdasarkan bukti – bukti dia memukuI dan tak beri nafkah, alasan puan sangat kuat di mahkamah untuk membolehkan puan berpisah. agaknya bila tak punya isteri, kurang sikit d0sa suami (tak lagi memukuI dan abaikan nafkah isteri). Puan dapat cari kehidupan yang lebih baik dan suami kurang saham d0sa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.