Suami terlalu manjakan anak tiri. Umur 9 tahun makan masih bersuap. Satu hari, anak tiri tengking saya depan saud4ra mara

Umur dah 9 tahun tetap buat per4ngai. Setiap kali balik kampung, anak tiri akan mengarah saya buat macam – macam. Nak buka kipas pun suruh saya sedangkan kipas dekat sebeIah dia. Masuk kereta pintu biar camtu je suruh saya tutupkan.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, nama saya Zara. Saya sudah berkahwin selama 2 tahun dengan duda anak 1. Anak tiri berumur 9 tahun dan memang sepenuhnya dijaga oleh suami. Suami bercerai semasa umur anak 4 tahun dan sejak bercerai memang bekas isteri tak pernah jenguk dan ambil tahu tentang anak.

Saya pun memang sedia maklum yang anak memang saya dan suami perlu jaga sepenuhnya. Saya tidak ada masalah bab tu. Saya sendiri pun tak pernah suruh anak tiri lupakan mak kandung dia. Walaupun suami memang kalau boleh tak nak anak ingatkan mak dia sebab mak dia yang tinggalkan suami dan anak sebab ikut lelaki lain.

Masa belum bercerai pun, suami yang jaga anak sebab mak kandung sering tinggalkan suami dan anak. Memang suami terlalu manjakan anak sebab anak kurang kasih sayang mak, jadi apa saja kehendak anak suami akan penuhi.

Suami cakap tak nak dia rasa kurang walaupun tanpa seorang mak. Sebab dibesarkan oleh seorang ayah, memang segalanya suami buat dan memang anak tak di ajar untuk lakukan sendiri. Sampaikan masa saya baru kahwin dulu pakaikan baju, mandi, basuh ber4k, pakaikan kasut, stokin semua suami buat. Makan pun bersuap. Nak apa – apa tak akan ambil sendiri, semua suruh suami ambil kan.

Bila balik kampung, rupanya ayah mertua pun akan layan macam tu. Tapi bila saya dah kahwin dengan suami, saya ajarkan suruh dia buat sendiri sebab masa tu dah berumur 8 tahun. Sesuai dengan umur yang saya rasa boleh ajar untuk buat sendiri.

Suami pun ikut apa yang saya ajarkan cuma makan tu masih bersuap. Pergi mana – mana pun tetap bersuap. Tapi bila balik kampung, anak akan mintak ayah mertua buatkan semua. Ayah mertua pun memang manjakan cucu dan akan ikutkan segala apa yang cucu suruh buat.

Cuma saya tengok ada sikit peningkatan, anak banyak dah boleh buat sendiri bila di rumah. Tapi bila balik kampung dia akan menyuruh ayah mertua buatkan, sampaikan umur anak tiri dah 9 tahun tapi masih suruh ayah mertua suapkan.

Kalau pergi bercuti memang anak akan buat per4ngai, kalau kecil lagi saya paham tapi dah 9 tahun tetap buat per4ngai. Bayangkan tengah makan pun boleh buat per4ngai menangis depan orang ramai. Pergi mana – mana pun akan buat per4ngai menangis. Kadang – kadang memang akan rosakkan mood nak berjalan.

Ada masa birthday dia, saya ajak suami sambut dekat luar nak bagi dia happy. Sebab mulanya suami nak p0tong kek dekat rumah je. Tapi akhirnya dia buat per4ngai menangis masa sambut birthday tu. Masa tu dah umur 9 tahun ye.

Okla.. saya sabar ikutkan je per4ngai dia sebab suami kata dah per4ngai dia macam tu nak buat macam mane kan. Masa mula kahwin memang banyak g4duh dengan suami sebab dia. Tapi lama – lama suami sedar saya banyak makan hati sebab per4ngai anak dia jadi suami tak salahkan saya.

Cuma sejak akhir – akhir ni anak selalu cakap teringat mak kandung dia. Saya cakap kesian dia rindu mak dia kot. Tapi suami kata macam mana nak bagi jumpa mak dia pun tak de nak jumpa dia. Dulu pernah tersempak, suami kata mak dia lari. Saya tahu dia ingat mak dia.

Tapi yang buat saya makan hati bila dia ingat mak dia, dia akan burukkan saya dekat mak dan ayah mertua saya. Bila cakap telefon dia cakap saya tak layan dia. Bila balik kampung, dia cakap saya suka marah dia, suka minta tolong dia buat kerja. Dia cakap semua dia kena buat sendiri.

Salah ke saya ajar dia buat sendiri saya rasa mak orang lain pun ajar anak macam tu. Bukan saya suruh dia buat apa pun. Minta tolong dia angkat baju dia sendiri yang saya dah lipat. Kadang – kadang saya cakap kalau dah tak nak tengok tv tutup, keluar toilet tutup lampu.

Takkan semua tu saya kena buat. Padahal saya ikot je kehendak dia. Nak makan ape semua yang cuba masak. Tapi akhirnya dia cerita kat mertua mama masak tak sedap. Balik kampung nak buka kipas pun suruh saya buka.

Bila saya suruh buka sendiri dia akan buat per4ngai menangis dia cakap mak orang lain tak de pun macam mama. Padahal kipas tu sebeIah dia je. Masuk kereta pintu biar camtu je suruh saya tutupkan. Cuma saya bernasib baik mertua saya bukan jenis terus menghukvm bila anak burukkan saya.

Saya pun tak paham kenapa dia selalu burukkan saya kat orang. Kalau depan sed4ra mara suami pun dia suka maIukan saya. Pernah masa kenduri mak sed4ra beIah suami, dia tengking saya depan orang. Malu sangat saya.

Puncanya, dia tanya saya tak dengar sebab tengok sembang dengan biras saya. Saya tahu saya hanya ibu tiri tapi sekurangnya saya jalankan tanggungjawab hantar ambil dia sekolah. Siapkan sarapan. Ajar buat kerja sekolah.

Saya pun bukan nak burukkan anak tiri. Saya pun mungkin tak sebaik ibu ibu yang lain. Tapi saya terlalu tertekan dengan situasi t0ksik macam ni. Saya takde tempat nak meluah kalau luah kat family sendiri macam tak sesuai nanti suami saya kena tempias.

Saya bertahan sebab suami saya baik sangat. Saya dah dua kali gugur memang suami yang jaga saya. Kalau tak fikirkan suami, saya rasa saya dah angkat kaki sebab penat hidup dalam keadaan macam ni. – Zara Aisyah (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zafeera Masri : Allah.. kesian budak tu. Kecik – kecik dikhi4nati wanita yang dianggap bid4dari dunianya. Anak begini, Iukanya dalam sangat. Puan kena banyak guna reverse psych0logy dgn dia, banyakkan pujian untuk setiap accomplishment walau kecil cenonet je.

Abaikan dia bila dia perilaku buruk tapi bagi perhatian lebih bila buat baik, kejayaan. Paling penting, kena pasak kukuh pada hatinya hidup ini Lillahitaala semata. Saya doakan puan sekeluarga dapat kecapi kemanisan berkeluarga in Shaa Allah.

Jannz Kinchan : Bawak dia untuk assessment, mungkin dia perIukan therapy. Kadang – kadang budak ni dia tak tau nak luahkan apa yang dia rasa, ape yang dia nak. Kita nak handle budak ni pun ade teknik dia jugak. LagiIah awak pun baru jaga dia, bonding mungkin kurang. Dapat rawatan cepat, tackle masalah cepat, good prognosis. Don’t give up k.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.