Suami terlalu rapat dengan kak ipar. Setiap kali kak ipar datang, dia minta suami urut. Tapi dia akan buat bunyi yang tak elok

Suatu hari, ketika suami sedang mandi, kakak ipar tiba – tiba masuk ke dalam bilik mandi yang sama untuk menggunakan tandas. Bilik mandi ni memang takde kunci. Suami cepat – cepat habiskan mandi..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua, nama saya Bawang, bukan nama sebenar. Saya ingin berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang menantu yang penuh dengan cabaran emosional, terutamanya  hubungan antara suami dan keluarga ipar.

Saya telah berkahwin selama 8 bulan dan sehingga kini kami belum dikurniakan cahaya mata. Saya tidak bekerja kerana mengikut arahan suami yang minta saya berhenti kerja untuk menjaga ayah mertuanya yang sudah tua.

Pada mulanya, saya tidak mempunyai masalah dengan keputusan ini kerana saya yakin ini adalah perkara terbaik untuk membantu keluarga suami saya. Namun, ada beberapa perkara yang mula membuat saya rasa tidak selesa, terutamanya dalam hubungan suami dengan kakak – kakaknya.

Saya sedar mungkin ramai yang akan cakap saya terlalu emosional, namun pengalaman ini memberi kesan besar dalam perkahwinan saya. Saya akan ceritakan kejadian yang buat saya terk3jut, pelik dan akhirnya buat saya rasa tak selesa dengan kakak kakak ipar.

Suatu petang, saya dan suami sedang berehat di dalam bilik. Suami sedang menonton movie di telefonnya, manakala saya pula tengah tengok TikT0k. Tiba – tiba, tanpa mengetuk pintu atau meminta izin, kakak ipar masuk ke dalam bilik kami.

Dia naik atas katil kami, duduk di sebeIah suami dan mula mengusik suami saya. Apa yang lebih meng3jutkan, dia cuba menarik kain pelik4t yang suami pakai, sambil ketawa – ketawa dan memeIuknya.  Saya hanya mampu melihat situasi itu tanpa berbuat apa – apa kerana saya tergamam.

Suami pula berusaha mengelak, tetapi tidak dengan tegas. Saya berasa tidak selesa dan kecik hati. Selepas kakak ipar keluar, saya suruh suami supaya menutup pintu dan saya terus senyap. Melihat saya dalam keadaan diam, suami bertanya jika ada apa – apa yang mengganggu saya. Tanpa sedar, air mata saya menitis kerana saya rasa tidak dihargai sebagai isteri.

Apabila saya bertanya kenapa dia tidak menolak kakaknya dengan tegas, jawapannya sangat mengecewakan saya. Dia hanya menjawab dia tengah kusyuk tengok cerita jadi taknak terganggu alihkan pandangan. Saya terangkan kepadanya bahawa saya rasa perlu ada batasan dalam hubungan lelaki dan perempuan walaupun dengan keluarga.

Saya percaya bilik tidur suami isteri adalah tempat yang peribadi dan tidak boleh dicer0bohi sesiapa tanpa izin. Kejadian kedua pula berlaku apabila setiap kali kakak ipar datang ke rumah, dia akan meminta suami untuk mengurutnya.

Walaupun pada mulanya saya tidak kisah kerana saya faham mereka adik beradik, tetapi keadaan ini mula membuatkan saya tidak selesa apabila kakak ipar membuat bunyi – bunyi pelik sewaktu diurut. Bunyi itu seperti menunjukkan rasa tidak selesa atau berlebihan dan saya berasa tidak senang mendengarnya.

Setiap kali kejadian itu berlaku, saya akan memerhati dan berharap suami faham perasaan saya. Saya juga pernah suarakan rasa tidak puas hati kepada suami mengenai situasi itu. Pada awalnya, suami meminta maaf dan berjanji akan menegur kakaknya, namun masalah yang sama tetap berulang.

Setiap kali kakak ipar meminta urutan, bunyi – bunyi itu kembali dan menyebabkan saya rasa tidak dihorm4ti. Saya sering bertengk4r dengan suami disebabkan perkara ini, walaupun akhirnya kami akan berbaik semula. Namun, dalam hati saya, perasaan tidak selesa itu masih membelenggu.

Ada satu kejadian yang benar – benar menguji kesabaran saya. Suatu hari, ketika suami sedang mandi, kakak ipar secara tiba – tiba masuk ke dalam bilik mandi yang sama untuk menggunakan tandas. Bilik mandi di rumah ini memang tak ada kunci dan hanya menggunakan batu untuk menahan pintu.

Saya sangat terk3jut dan tidak percaya kakak ipar boleh masuk ke dalam bilik mandi ketika suami masih berada di situ. Suami saya segera menyudahkan mandinya dan keluar dengan cepat. Perasaan saya ketika itu sangat terganggu dan saya berfikir apakah tindakan kakak ipar ini masih dianggap normal?

Saya tertanya – tanya, apakah saya berd0sa kerana berasa marah terhadap suami dan menarik muka setiap kali perkara seperti ini berlaku? Saya sering tertanya – tanya sama ada reaksi saya keterlaluan atau adakah saya terlalu emosi dalam menghadapi situasi ini.

Namun, perasaan saya sangat terganggu sehingga saya mengalami keguguran akibat tekanan dan str3ss yang berterusan memikirkan perkara ini. Saya tidak kisah dengan perbuatan kecil seperti salam, peIukan, atau civman pipi kerana saya faham mereka adik beradik yang rapat.

Tetapi bagi saya, apabila mereka melebihi batas hingga masuk ke bilik tidur kami atau masuk ke bilik mandi ketika suami sedang mandi, ini sangat mengganggu emosi saya sebagai isteri. Dalam situasi seperti ini, saya berasa seperti orang luar, meskipun saya adalah isteri yang sah.

Hingga kini, suami saya cuba sedaya upaya untuk menjaga hati saya, namun dia juga sukar untuk menegur keluarganya. Saya sendiri tidak pasti sampai bila saya mampu bertahan dengan situasi ini. Saya hanya berharap, suatu hari nanti, keluarga ipar akan lebih menghorm4ti batas peribadi kami sebagai suami isteri. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya ini. Bawang (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Han Rohana : Mungkin sebab tak ditegur dari kecik.. Dah terbiasa.. Tak rasa benda tu salah. Sebagai isteri.. Awak kena explain kat suami, benda tu salah. Ada batas antara adik beradik. Bilik keIamin tak boleh suka – suka hati masuk.

Walaupon mertua atau mak sendiri. Hatta anak – anak nak masuk pon ada waktu – waktunya.. Kena mintak izin semua. Kunci pintu bilik bila kalian berdua dalam bilik. Minta suami bertegas dengan kakaknya. Kalau mintak urut – urut bagai.. BagiIah alasan apa – apa. Nak marah ke terasa ke.. Biarlah. Biar dia sedar perbuatan tu salah.

Amira Adnan : Seriously Allahu. Teringat pesan mak masa kecik – kecik dulu, nak pakai seluar pendek kat rumah pun dia tak bagi sebab ada abang – abang ramai. Nak tido terbongkang kat ruang tamu apatah lagi, alhamdulillah bila dah besar baru nampak kesan ajaran benda – benda ni. Ni siap masuk toilet sekali dah naik seram kita, pindah rumah dikkk.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.