Suami terlampau baik tapi belakang aku dia orang lain. Aku terk3jut suami selalu check in dengan perempuan, pen4gih

Walaupun dah kahwin dia boleh offer perempuan tidur rumah kami waktu aku takde dekat rumah, siap tanya, kalau tak nak datang rumah, dalam kereta nak tak?Allahuuuu, kereta aku tu, atas nama aku..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Ida, berumur hujung 20-an, bekerja sebagai executive di syarik4t yang besar, baru sahaja mendirikan rumah tangga 10 bulan. Suami aku Ali, berusia awal 30an, juruteknik di kilang berasal dari Jepun.

Kami berdua berkahwin bukan atas dasar cinta, tapi sebab ibunya yang berkenan dengan aku. Mula – mula aku tolak mentah – mentah, memang tak nak, aku nak bina kerjaya dulu, nak beli kereta, nak beli rumah, baru aku kumpul duit fikir pasal kahwin.

Tapi mak dia cakap, sampai bila? Ramai perempuan dekat luar sana umur dah 30 lebih tapi tak kahwin – kahwin lagi, dah takde orang nak, waktu muda sibuk cari duit, bila dah tua tak laku. Bila aku dengar statement ibu dia tu, aku terk3jut, bagi aku pandangan tu agak kampung.

Tidak ada istilah terlalu tua untuk berkahwin, kalau jodohnya tak sampai lagi takkan nak main sauk je laki tengah jalan, terus kahwin. Bersungguh dia pujuk aku untuk berkenalan dengan anak dia. Aku tolak, tapi last – last terima jugak, sebab aku tak suka ibu dia mintak banyak kali. Tu pun aku cakap awal – awal, kenal je ya tak lebih dari tu.

Ali ni dia dah bercinta beberapa kali sebelum ni, tapi ex dia yang last sekali tu kantoi bawak lelaki lain masuk rumah, tu yang dia jadi tr4uma dengan perempuan, itulah apa yang aku dengar dari ibu dia. Katanya dia memang tak nak dah dengan mana – mana perempuan, dia tak nak kahwin dah.

Mula – mula kenal tu waktu chat, memang h4mbar, mungkin sebab kitorang dua – dua tak nak pun kenal antara satu sama lain tapi sebab dip4ksa oleh ibu dia, buat jugaklah. Tapi aku tak taulah kenapa tiba – tiba dia terbuka hati, tiba – tiba dia mula layan aku baik, aku pun tak tau kenapa.

Dalam hubungan kitorang, ibu dia yang banyak main peranan, p4ksa kitorang keluar makan, ibu dia jugak yang beriya – iya bawak family dia datang rumah aku nak kenal dengan mak aku katanya. Nak dijadikan cerita mak aku berkenan dengan si Ali ni.

Fast forw4rd, kami bertunang dan akhirnya kami berkahwin. Sebelum kahwin, banyak red flags si Ali ni yang aku nampak tapi aku tak taulah kenapa, aku diamkan aje, aku tak cerita pun dekat mak aku. Kalau mak aku tau, aku rasa mak aku pun tak bagi aku kahwin dengan dia.

Yang pertama, dia dari mula kenal aku, dia dah berani pinjam duit aku, sejak dari tu, setiap minggu dia mintak duit aku dan tak pernah sekali pun dia bayar balik ya, sampai sekarang. Sekali pinjam bukan RM10, 20 ya. RM300, RM500, RM700 pun pernah, ya aku tau aku b0doh, terlalu cepat percaya, terlalu cepat kesian, terlalu cepat sayang.

Red flag dia yang kedua, dia mer0kok. Setiap kali lepas makan mesti mer0kok, langsung tak hormat aku. Aku ni tak biasa bau r0kok, arw4h ayah aku, abang – abang aku semua tak mer0kok. Ada lagi lah beberapa yang aku perasan tapi aku b0doh, aku selalu fikir yang lepas kahwin nanti dia mesti berubah tapi realitinya?

Dari mula kahwin sampai lah sekarang aku kahwin setiap bulan aku bayar sewa rumah, kereta, bil api air, coway, barang – barang dapur, belanja makan, duit r0kok dia pun kadang – kadang mintak dekat aku. Duit hantaran aku habis, takde sesen pun yang aku simpan untuk diri aku, semuanya untuk kami berdua, barang dalam rumah, semua beli pakai duit aku, perabot semua, tak cukup duit hantaran, duit mas kahwin pun dia guna, gelang emas waktu akad nikah tu pun dia pajak.

Aku yang sebelum ni hidup sorang – orang boleh ada simpan sampai RM4 – 5k, sekarang ni kosong, apa pun takde. Gaji aku setiap bulan kena tanggung isi rumah untuk 2 orang seolah – olah macam aku lah suami. Gaji dia mana?

Gaji dia ada tapi tak banyak, basic RM1.8k, dia malas kerja, selalu mc sampai tak boleh ambil mc, boss dia suruh ambil unpaid leave, sebulan gaji dia masuk RM1.3k macam tu je. Itupun habis katanya, bayar hutang along. Lepas kahwin baru aku tau dia ada hutang along.

Macam – macam benda aku tau lepas kahwin, dia ambil d4dah, ibu dia tau tapi ibu dia sorokkan daripada aku, rupanya duit yang dia pinjam sebelum kahwin tu untuk beli d4dah. Tapi kalau tengok depan – depan, tak nampak pun dia ni orang macam tu, sebab dia still nampak segak, rupa – rupanya hmmm.

Sepanjang kami kahwin, dia memang layan aku baik mungkin segan sebab aku banyak keluar duit so kalau aku ajak pergi mana – mana ke nak buat apa ke dia tak pernah tolak. Terlampau baik sampai bila aku dah tau benda yang dia buat belakang aku, aku terk3jut, macam tak percaya, dia macam orang lain belakang aku.

Dia memang berahsia dengan aku, password hp dia memang dia tak bagitau aku, media sosiaI dia pun takde satu yang aku tau, dia cakap takde, dia tak layan semua tu, rupanya tipu. Satu hari aku jumpa fb lama dia, penuh gambar dia dengan ex dia, peluk – peluk pun ada, punya sayang email dia pun nama gabungan diorang, sekali dengan tarikh hari first diorang bercinta.

Aku cuba jelah try nasib kan, masukkan tarikh tu try bukak hp dia, terus bukak. Terk3jut aku, dia tak tukar password hp dia walaupun dah kahwin dengan aku. Dari situ lah aku tau satu per satu pasal apa yang dia buat belakang aku, dia ambil d4dah, dia mesej perempuan lain belakang aku, pasal sebelum kahwin dia pernah tidur dengan ex dia, check in hotel banyak kali pun pernah.

Lepas kahwin ni dia tak cari ex dia, tapi dia cari perempuan lain, dekat wechat dia penuh chat dia dengan perempuan semua conversation Iucah, aku sumpah terk3jut, aku menangis teresak – esak fikir apa salah aku. Aku selalu masak untuk dia setiap hari walaupun aku busy kerja, aku selalu hulur duit, duit belanja dia pergi kerja pun aku yang bagi tiap hari, aku layan family dia baik, aku jaga mak ayah dia bila diorang masuk hospitaI.

Apa yang kurangnya aku ni sampai dia cari perempuan lain? Kadang – kadang sedih, aku selalu dengar sebelum kahwin, perempuan yang baik untuk laki – laki yang baik begitu juga sebaliknya. Aku sebelum kahwin tak pernah sentuh mana – mana lelaki, aku jaga kehormatan aku, tapi aku sedih, akhirnya aku ditakdirkan kahwin dengan lelaki yang pernah disentuh oleh ramai wanita.

Aku sedih sangat, aku tak tau nak buat apa, aku tak tau nak cerita dekat siapa. Buruk suami aku, satu pun mak aku tak tau. Sampai sekarang mak aku masih sayang suami aku macam anak dia. Aku tak nak hampakan perasaan kedua orang tua kami, apa patut aku buat?

Airmata aku dah kering dah menangis, aku m4kin taw4r hati dengan suami aku, jijik pun ada sebab walaupun dah kahwin dia boleh offer perempuan tidur rumah kami waktu aku takde dekat rumah, siap tanya, kalau tak nak datang rumah, dalam kereta nak tak?

Allahuuuu, kereta aku tu, atas nama aku, aku yang bayar tiap bulan, duit minyak semua aku support, dia dengan muka tak malu bawak pergi kerja tiap hari, tayang kereta kononnya tu kereta dia, umpan perempuan lain. Aku tak boleh nak taip dah, tangan aku menggigil bila teringat satu persatu apa yang aku jumpa dalam hp dia.

Sampai di sini saja yang aku boleh ceritakan. Aku harap ada yang boleh kongsikan, berikan pendapat untuk keadaan aku sekarang. Terima kasih sudi baca cerita aku yang tunggang langgang ni, doakan aku kuat ya. Sekian. – Ida (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ibrayusarima Ibrahim : Semoga dipermudahkan urusan memulangkan balik Ali kepada emaknya. Emaknya tu dah tak larat nak jaga Ali, sebab tu dia minta TT jaga.. geramnya!!!

Arib Banin : Sementara anda ada akses phone suami, copy / screensh0t untuk bukti.. sebab depan keluarga dia baik confirm ramai tak percaya. Siapkan diri sebelum langkah seterusnya.

Saadiah Jaafar : Undur diri lah nak. Kesian kau mensia – siakan kehidupan kau untuk suami yang per4ngai macam tu. Kau berhak untuk bahagia. Cari lah kekuatan utk keluar dari kehidupan sekarang. Berterus terang lah dengan kedua ibubapa supaya mereka tahu d3rita yang kau lalui.

Percaya lah mereka akan menyokong kau untuk lebih kuat. Rasanya takde ibu bapa yang rela membiarkan jika anak mereka terd3ra hatinye sebegitu. Percaya lah kebahgiaan itu pasti milik kamu 1 hari nanti.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.