Suami terp4ksa bela anak2 saud4ra sebab bapak mereka s4kit. Setiap minggu mereka minta duit, datang ambil barang dari rumah

Tahun ni 4 anak saud4ra sambung belajar Universiti, mak mertua dan kak ipar harapkan suami aku untuk ‘bela’ anak – anak saud4ra. Sampaikan tahap sekarang bil elektrik rumah kami dah kena p0tong tapi mereka tetap datang ambil barang – barang dalam rumah kami..

#Foto sekadar hiasan. Hai aku adalah seorang isteri.. Minta maaf, aku terp4ksa meluahkan tentang masalah aku di sini. Harap dapat jalan penyelesaian yang terbaik. Aku nak fikir sorang diri pun dah serabut. Menjadi anak sulung perempuan yang sering disalah erti, dan menjadi beban keluarga dari kecil (mak aku pernah cakap macam tu, waktu kami g4duh. Bagi mak, aku ni anak yang paling banyak masalah).

Sejak dari hari tu, aku mula faham kedudukan aku dalam keluarga dan aku cuma berdoa supaya dewasa ni aku tak lagi susahkan mereka. Selain suami, aku memang tak ada siapa – siapa untuk aku minta pinjam bahu kalau ada apa – apa masalah.

Dan sekarang suami aku dah mula mute chat wasap aku. Buat aku rasa dia dah mula tertekan dengan keadaan sekeliling termasuk tertekan dengan aku. Dan asbab aku dah mula berfikir macam ni la orang ‘hilangkan diri’ dari dunia.

Aku takut aku tak boleh control mental aku, aku terp4ksa meluahkan. Aku ada anx1ety dis0rder sebab PTSD waktu kecil, jadi sampai tahap ni, aku mula rasa anx1ety dengan tekanan ini. Mula rasa nak lari jauh tapi entah ke mana.

Di waktu menaip ni aku bersendirian di dalam kereta, tak tahu mahu ke mana. Sedangkan aku beritahu suami aku mahu ke kIinik selepas hantar anak ke sekolah. Tapi rasa seperti mahu drive ke mana sahaja kaki aku sanggup menekan.

Bagaimana aku boleh jadi tertekan sangat sehingga begini. Kisahnya.. Aku berkahwin dengan suami yang merupakan anak harapan keluarga. Background kami sama sahaja, kami datang dari keluarga yang biasa – biasa saja, tak senang cuma bezanya suami aku datang dari keluarga yang besar,

Di rumah maknya, dari kecil memang hidup bersama – sama keluarga kakak. Suami ada anak – anak sed4ra yang ramai. Dan memang rapat dengan mereka. Kini mereka 4 orang dah masuk universiti. Alhamdulillah, mereka pandai – pandai dan berjaya jejak ke menara gading. Aku tumpang bangga dan gembira.

Cuma yang menjadi isunya adalah. Dari dulu doktrin yang selalu di tekankan kepada suami aku adalah, ingat jasa suami kakaknya, abang ipar aku yang dah terlantar dek str0ke. Perlu baIas jasa abang ipar aku yang dah jaga family mereka dari suami aku kecil (pak mertua aku meninggaI waktu suami masih kecil).

Kiranya dari dulu sejak arw4h pak mertua meninggaI, abang ipar ambil alih tugas untuk sara keluarga suami. Jadi sekarang sudah tiba masa untuk baIis balik tambah pula abang ipar sedang s4kit. Selama ini memang suami banyak bantu mereka, waktu anak – anak saud4ra tu masih sekolah.

Ya aku faham, tapi sekarang aku tak dapat terima bila si dua orang abang yang dah besar tu tak bekerja untuk menyara keluarga mereka yang dah memang susah. Semuanya mengharap ke suami aku. Sebelum 4 orang ni masuk sambung belajar, aku masih boleh bertolak ansur, dengan bantuan yang diberikan.

Tapi tahun ni, bila semua 4 orang sambung belajar, mak mereka mengharapkan ke suami aku untuk menyara anak – anak sed4ra beliau. Jadi setiap 1, 2 hari akan ada mesej masuk ke wasap suami aku minta duit, bila cuti pula datang rumah aku untuk amik barang yang ada.

Keadaan ni buat aku rasa sangat tak selesa, ada barang aku yang diambil. Jadi dipendekkan cerita, klimaksnya, elektrik di rumah aku sendiri kena p0tong tapi tak ada siapa tahu kami struggle dengan kewangan dan komitmen.

Dan mereka terus meminta – minta dengan keadaan kami pun dah paras leher. Sentiasa ada yang datang ke rumah, sehingga aku terp4ksa keluar rumah dan balik lewat kerana aku tak boleh hadap dah anak sed4ra datang sebab nak ambil barang.

Aku pula sentiasa merungut pada suami aku tak selesa jadi begini. Aku tiap hari penat handle anak – anak aku ambil hantar ke sekolah, masak sambil uruskan baby yang tak nak berenggang setiap kali aku buat kerja rumah.

Sekarang aku terp4ksa jadi tukang ambil dan hantar anak sed4ranya yang tiba – tiba je nak ke rumah kami (yang sorang ni univerisitinya dekat saja dengan rumah aku). Kerana aku seorang surirumah, rumahlah yang menjadi syurga aku.

Tapi aku sendiri dah rasa seperti rumah ini bukan lagi tempat yang selamat untuk aku. Dan kini aku rasa dengan banyak tekanan, suami aku juga dah tak larat nak hadap aku yang mental ni. Sebab tu dia mute chat aku, dia pun dah penat semua orang meminta – minta dari nya. Termasuklah aku.

Tapi dia tak pernah bercakap yang dia penat dengan semua ini. Dia masih melayan anak saud4ranya baik – baik, kerana dia sayangkan keluarganya. Habis aku? Kini aku rasa aku yang kena jarakkan diri sekejap bagi ruang untuk suami handle kerjanya yang m4kin menekan dan handle keluarga yang tak pernah berhenti meminta.

Jika orang lain tak boleh faham keadaan dirinya, aku sebagai seorang isteri harus faham yang beliau perIukan ruang. Namun dengan mental begini, aku gagal faham keadaan dirinya. Bagaimana? Apa harus aku lakukan?

Bagaimana mahu lupakan apa yang terjadi dan terus positif. Aku patah hati kerana dia mute chat aku. Aku juga menjadi beban buat dia… – Isteri (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Salina Gunawi : Family suami kakak tu dah kenapa? Sepatutnya berusahalah cari duit. Kalau orang kaya duit tak habis bolehlah belajar sampai m4ti. Berhentilah dari jadi beban orang lain. Tak malu ke? Suami kena pandai bercakap tidak dan pandai mengurus kewangannya. Saya simpati dengan puan dan semoga puan berjumpa cara penyelesaian. Amiin…

Nonie Nuralia : Perasaan diri membebankan ni menyebabkan kita merasa rendah diri, jauh hati, menumpang dan tidak berguna. Fikiran juga lebih kepada kalaulah saya berduit banyak dan berguna kepada suami. Suami pula kelihatanya lebih memilih keluarga dan anak – anak buah.

Di situ kau merasa bukan keutamaan dan hanya beban. Kau merasa mereka lebih penting untuk suami dari diri kau dan anak – anak. Tidak mudah berper4ng dengan perasaan tetapi cubalah berkerja. Kau tidak terlibat membaIas budi tetapi terlibat dalam kemelut keluarga mesti membaIas budi seumur hidup.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.