Suami tiba-tiba berubah, selalu merungut. Gerak hati aku cek transaksi bank. Setiap bulan dia bagi 600 dekat janda anak 3

Suami aku berfoya – foya dengan janda rempit anak tiga. Wanita itu pekerja baru di pejabat suami. Dalam sebulan, suami transfer duit kepada Wan seingat aku dalam RM600. Suami aku akan pulang dengan bauan wanita di bajunya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamuaikum semua, aku Nur, umur 29 and sudah berkahwin, 1 tahun 5 bulan. Sekarang sedang di ambang perpisahan dengan suami, Adib. Benarlah, kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya dan kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa – apa.

Aku dengan Adib saling mengenali semenjak 2017, Kami pernah beberapa kali bercinta dan putus. Aku bersama Adib mulai daripada dia zero, takde apa – apa. Adib merupakan seorang penasihat jualan, awal perkenalan aku dengan dia, dia baru menceburi bidang jualan.

Aku yakin dia boleh berjaya kerana dia ada semangat, dan aku tahu dia sangat rajin. Masih teringat dulu bila kitorang keluar berjumpa, Adib akan menjemput aku menaiki kereta saga ayahnya. Aku sedikit pun tidak mengeluh, apatah lagi malu untuk berjumpa dengannya dahulu menaiki saga.

Setahun kemudian, Adib berjaya membeli sebuah motorsikal jenama SYM, and I could not be happier and prouder for him. Setelah bercinta dan putus untuk beberapa kali, Adib datang kembali dalam hidup aku. Pekerjaannya juga sem4kin stabil, dan Adib kini memiliki sebuah keretanya sendiri. Kali ini katanya serious untuk menjadikan aku isterinya.

Dan aku, yang selalu menunggunya kembali, menerima Adib dan kami melangsungkan perkahwinan kami pada Mei tahun lepas. People say that marriage requires a lot of patience and forgiveness, and so that I give him. Aku tahu perkahwinan ini adalah teamwork, and it takes two to tango.

Segala kekurangan Adib aku telan, dan segala kelebihan aku payungkan dengan kesyukuran. Kami sepasang suami isteri yang bahagia, belum ada anak, kerana masih ingin hidup berdua. Sehinggalah, Adib berubah. Aku seperti hidup dengan lelaki lain yang bukan suami aku. Dia mulai melenting dan perkataan serabut sering kali keluar dari mulutnya.

Aku hidup dengan jasadnya, tetapi bukan dengan jiwanya. Yang ada hanyalah Adib yang melihat aku seolah – olah penuh dengan kebencian. Satu bulan, aku memendam rasa di mana salah dan silap aku. Satu bulan aku muhasabah diri mungkin ada silap aku yang tak kena di mata Adib.

Aku mencuba semampu aku berubah, mengemas rumah sebaiknya kerana Adib ada beritahu mengenai rumah kami yang bersepah. Satu bulan itu aku merayu dan meminta Adib duduk dan berbincang. Aku perIukan communication untuk mengetahui apa yang aku boleh perbaiki di mata dia.

MaIangnya, jawapannya hanyalah dia merasa kosong, dia selesa dengan keadaan yang seperti itu. Walhal, hatiku ter0bek dengan perubahan sikap Adib yang mend4dak. Turning point of Adib yang berubah begini ialah ketika aku memeriksa sejarah transaksi Bank Islamnya, kenapa aku memeriksanya adalah kerana firasat seorang isteri yang melihat suaminya sem4kin berubah.

Aku melihat ada beberapa kali dia transfer duit kepada rakan sekerjanya, Wan, seorang Janda anak 3. 3 tahun muda dari kami, dan merupakan pekerja baru yang masuk ke pejabatnya. Dalam sebulan, dia transfer duit kepada Wan seingat aku dalam RM600.

Aku mempersoalkan kenapa, dan semenjak itu Adib shut himself out to me. Dalam pada perg4duhan kami, beberapa kali Allah memberi petunjuk melalui mimpi. Aku bermimpi kan ada perempuan menghantar whatsapp kepada suami aku dengan perkataan “sayang”, aku juga bermimpi Wan ada missed call suami aku.

Baiknya Allah pada aku dengan memberi petunjuk, cuma aku yang b0doh memikirkan ini hanya mainan sy4itan. Setelah berg4duh selama sebulan, Adib tiba – tiba berubah hati dan ingin berbaik dengan aku. Aku menerima dengan berlapang d4da. Fikir aku, mungkin kecelaruan emosi dan gundah di hatinya sudah selesai.

Aku sempat berbaik dengannya 3 hari, sehinggalah Allah Maha Baik sekali lagi, Adib kantoi di hadapan aku sedang bercakap telefon selayaknya sepasang kekasih dengan seorang perempuan, dia memasang loudspeaker dan aku mendengar suara perempuan itu.

Dia mengakui perempuan itu adalah Wan. Hanya Allah yang tahu betapa h4ncurnya hati aku. Yang aku dapat daripada Adib hanyalah “Sorryla” and not even a real forgiveness. Aku juga ada mengirimkan pesanan untuk Wan, tetapi tiada satu permintaan maaf pun daripada dia.

Selepas kejadian ini, everything seems to fall into places. Suami aku yang pulang dengan bauan wanita di bajunya. Suami aku yang berubah defensive, yang menukar semua password phonenya. Adib yang keluar rumah pukuI 3 pagi dan bila aku mencarinya dia memberitahu mencari barang di bilik stor.

Wan juga pernah like di tiktok aku sebelum kami berg4duh, seakan untuk memberitahu keberadaanya di dalam rumahtangga kami. Adib juga tidak memberi apa – apa penjelasan kepada aku. Yang meniti di bibirnya hanyalah dia dengan Wan tiada apa – apa.

Aku mula mencari orang lain dan kawan – kawannya untuk mengetahui semuanya. Semuanya sebab Adib yang tak nak memberitahu aku semuanya dan tidak ingin berkomunikasi dengan aku. Handphonenya juga masih dengan password yang aku tidak ketahui.

Bulan lepas, sekali lagi aku melihat perubahan ketara dalam diri Adib. dia berubah menjadi orang asing yang tidak aku kenali. Adib memberitahu aku dia sekarang hanya terp4ksa hidup dengan aku, dan aku ini menyerabutkan, hati seorang isteri aku h4ncur lagi.

Sampailah, Allah Maha Baik sekali lagi, menunjukkan aku Adib masih berhubungan dengan Wan. Aku lelah dan penat kerana hanya aku yang berjuang di dalam perkahwinan ini sementara Adib masih berfoya – foya dengan janda rempit anak tiga. Berat ujian aku, berat lagi ujian ini untuk Adib.

Aku telah pun keluar dari rumah kami kerana sungguh aku lelah, dan Adib tidak sekali pun mencari keberadaan aku. Ketahuilah oleh aku di mana letaknya aku di hati dan kehidupan Adib. Aku mulai mencari rakan sekerja Adib hanya untuk mengetahui semua orang di pejabatnya telah pun mengetahui mengenai Adib dan Wan.

Hati aku tidak lagi h4ncur kerana sudah tidak ada sisa untuk dih4ncurkan. Ada yang menasihati aku untuk perjuaangkan perkahwinan kami, bimbang Adib hanyalah dijadikan tempat untuk mengikis duit dari Wan, tetapi jujur aku penat dan lelah.

Allah yang membalik – bolakkan hati manusia, dan Allah balikkan hati Adib untuk aku setelah 1 tahun 2 bulan perkahwinan kami. Aku pernah meminta beberapa ustaz untuk “scan” kami jarak jauh dan katanya ada sih1r pemisah, tapi sejauh mana kesahihannya, aku juga tidak tahu. Adib bukan seorang yang memercayai benda ini.

Aku sekarang cuma mampu berdoa semoga kalau berpisah itu yang terbaik untuk kami, semoga Allah memisahkan kami dalam keadaan aku berlapang d4da. Mohon pembaca doakan aku untuk diberikan apa yang terbaik daripada Allah. Aku nak sangat membawa hati yang h4ncur ini ke rumah Allah. Mohon doa dari semua pembaca untuk dimudahkan urusan aku pergi umrah.

P/s: Adib pernah menjadi seorang suami yang bawa kebahagiaan untuk aku. Jujur aku bahagia dan bersyukur mendapat suami seperti Adib. Tapi mungkin aku yang tidak cukup untuk Adib. Mungkin aku yang banyak kurangnya sehingga Adib membuka hati dan ruang untuk perempuan lain. Adib berhak bahagia, dan mungkin bahagianya bukan dari aku isterinya yang katanya hanyalah beban untuknya. – Nur (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Cik Puan Ria : Kalau masih sayang kerana Allah.. sis cuba ikhtiar sebaik mungkin. Moga Allah bantu tunjukkan jalan, tapi kena ingat, ikhtiar itu mungkin hasilnya baik, mungkin sebaliknya, jadi sis kena berserah sepenuhnya kepada Allah.

At least apa – apa jadi pada hubungan kalian, bukan sis yang meratap menyesal. Jangan lupa bincang sekali dengan keluarga sis dan keluarga suami. At least apa – apa berlaku, masing – masing maklum tentang situasi sebenar.

Tapi kalau sis dah tak mampu sabar, akhirkan saja baik – baik. Memang susah kalau dalam rumahtangga seorang saja yang berjuaang. Perlu semangat yang kuat. Mental pun kena kuat supaya kekal w4ras dalam apa saja situasi. Semoga dipermudah Allah segala urusan sis ya.. aamiin ya Allah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.