Suami tiba-tiba jadi rajin pergi ke surau dan dapat ramai kawan. Satu hari dia datang minta aku buat pinjaman 80k atas nama aku

Lepas kemaIangan, suami aku jadi 0KU takde kaki. Hanya aku je yang bekerja dan suami jadi surirumah. Malam – malam aku perasan suami suka pergi surau dan dapat ramai kawan. Satu hari, tiba – tiba suami datang minta aku buat pinjaman 80k!

Part 1 : Sejak suami jadi 0KU, dia jadi baran, suka naik tangan dekat aku. Satu tahap aku tak tahan, aku lock tangan dia kat belakang. Maaf ya, saya sambung sikit sebab ada orang komen nak tahu apa jadi lepas tu. Malam tu lepas masak maggi (mee sedap) aku sambung buat kerja.

Memang tak pandang dia, tak cakap apa sangat. Letak maggi atas meja terus hadap laptop. Takut nanti aku cakap apa – apa jadi g4duh pulak. Lagipun tak nak dia fikir aku tak sayang dia bila aku layan dia kasar. Sebab aku kenal suami aku macam mana.

Aku dekat ruang tamu, dia kat dapur tapi boleh ja nampak aku. Aku perasaan dia asyik pandang aku, tapi aku tak tanya apa. Aku focus kerja. Suami aku dari dulu memang pinggan dia makan, dia akan basuh sendiri. Kat mana – mana pun la. Walaupun pergi rumah orang.

So lepas habis makan, aku dengar dia basuh pinggan. Sebelum ni memang aku basuh. Sebab dia akan tinggal macam tu ja lepas eksiden tu. Ye la lepas eksidenkan dia banyak berubah. So aku tak tanya dia apa – apa. Tak cakap pun, “letak ja pinggan tu nanti saya basuh.” Aku tak akan cakap dah.

Macam kata akak yang komen tu, biarkan dia buat sendiri kerja – kerja rumah. Apa yang dia nak buat la. So aku biar supaya dia tak perlu rasa aku ni kesian kat dia. Supaya dia lupa kekurangan dia. Lepas tu dia datang duduk depan aku.. pun aku buat b0doh ja.

Dia tanya banyak kerja ke. Aku jawab sebagaimana nada dia. Maksudnya, dia tanya lembut, aku jawab lembut. Aku ada kata ada la sikit – sikit. Lepas tu dia pun diam tengok hp. Aku tahu dia nak bercakap, tapi kekok.. Aku memang tunggu dia mintak maaf dengan aku. Bukan sehari dua dia Iempang aku.

Aku punya konsep, kalau buat salah mintak maaf. Itu jugak yang aku cakap masa awal – awal bercinta. Dan aku rasa dia tak lupa. Dia tahu aku jugak keras dan ada eg0 aku jugak. Tapi tak sangka pulak dia tanya macam ni..

Dah lama ke tahu berIawan. Aku kata baru ja belajar dari utube since awak dah pandai Iempang saya. Saja nak bagi dia rasa pedas.. Padahal aku memang dah lama tahu taekwondo, cuma dia ja tak pernah tahu. Aku tanya kenapa, kalau saya tak tahu f1ght, mesti sampai saya m4ti awak akan pukuI saya kan.

Mula – mula Iempang, pastu tumbvk, pastu bvnvh terus kan.. Macam tu ke.. Dia diam dan tunduk kepala. Muka macam nak menangis. Akhirnya keluar jugak perkataan mintak maaf dia tu. Tapi sebelum tu dia kata macam ni. Biasa la nak play v1ctim kan.

Dia kata , “mesti sayang dah benci abg. Tak sayang abg kan.. Sebab tu layan abg macam ni.” Aku tanya layan macam mana. Dia kata ye la, tergamak nak beIasah orang 0ku.. Aku kata 0ku pukuI orang pun boleh masuk jaiI jugak tau kalau saya report. Ingat 0ku tu lesen untuk buat apa saja ke.

Maksudnya “awak tu yang dah tak sayang saya,” aku kata.. Tergamak nak kasari aku. Berkali – kali pulak tu.. Lepas tu depan anak. Macam ni gaya orang nak protect kita? Awak sedar tak kesan yang awak bagi pada anak. Macam ni ke nak corak anak?

Aku bagi dia kaw – kaw. Padahal dia tu yang plan macam – macam nak didik anak. Tapi sekarang dia sendiri tak sedar semua tu. Dia kata dia pun tak tahu kenapa. Dia rasa lost. Dia kata dia rasa bersalah sebab rasa susahkan aku..

Sedangkan dia janji nak jaga aku, sekarang aku pulak kena jaga dia. Dia kata dia marah pada diri sendiri sebenarnya. Dia tahu apa dia buat tu salah. Tapi dia kata dia nak aku benci dia. Hari tu dia open segala – galanya dalam hati dia. Dah lama sangat – sangat kami tak bersembang selama itu. Almost 3 pagi.

Aku pun open banyak benda dengan dia. Aku mintak maaf banyak perkara dengan dia. Dia pun sama. Banyak la aku pujuk dia.. Aku ungkit macam mana kami boleh kahwin dulu. How strong he is masa zaman tu walaupun banyak giIa dugaan dia.

Masa bercinta dulu, aku banyak jugak serabut. Tapi dia yang bantu aku untuk melihat masalah tu ringan ja. Dia sentiasa ada dengan aku. Aku faham ketiadaan anggota badan is not easy. Tapi kenapa nak pandang aku macam musvh sedangkan kita dah janji lepas kahwin pun kita akan maintain macam best friend. Susah senang kita pikul sama – sama.

Apa dah jadi dengan S.O.P relationship yang kita build sama – sama sebelum ni. Adakah dah tak terpakai bila pasangan ada masalah. Sedangkan sop tu kita buat bila ada masalah. 8 tahun kita lalui macam – macam ujian sama – sama.

Dulu masa awal – awal kahwin, anak first aku meninggaI dalam perut. Aku delivery baby yang tak bernyawa. Boleh bayangkan tak tahap nak mental aku macam mana. Hampir aku mer0yan. 9 bulan baby tu bergerak dalam perut, respon dengan apa pun kami cakap.

Punya excited nak tengok dia.. Barang – barang dia semua dah beli. Last – last Allah ambik dia macam tu ja. Dia lahir tak bernyawa. Aku kena pantang macam orang ada baby. Tapi tak de baby.. Dengan bengkak susunya.. Ya Allah.

Masa tu memang suami la supportive giIa – giIa. Bantu aku terima ujian tu. Sampai aku takut nak mengandung lagi. Tr4uma.. Tapi dia bantu aku sangat – sangat banyak. Pulihkan emosi aku tekanan aku kes4kitan aku. Aku tak akan lupa budi dan kebaikan dia. Aku tahu tak akan ada laki macam dia.

Tapi kenapa bila dia diuji, dia tak nak aku bantu dia.. Means dia ada ego dia kan. Aku terus terang semua dengan dia. Means dia anggap aku apa? Malu makan duit isteri. What is this? Sejak bila dia mula pandang aku asing – asing.

Dia rasa aku musvh dia ke hanya kerana dia hilang kaki. Dia hilang kaki ja bukan hilang cinta aku. Kalau aku anggap macam tu dulu, dia boleh terima ke. Atau dia nak aku tingalkan dia. Memang itu yang dia cakap sebenarnya. Nak aku cari orang lain.

Aku cakap tolong la. Tak de apa yang berubah pun pada hati aku. Dia tetap dia. Jangan nak create benda bukan – bukan. Aku tak mampu dan tak akan mampu nak sayang orang lain macam mana aku sayang dia. Cukup la kalau dia mampu faham tu. Aku tak rasa susah pun dengan dia..

Aku tanya awak dah tak sayang keluarga ni ke.. Anak – anak pun dah tak sayang ke. Dah cukup kuat ke nak hidup tanpa kami? Dia menangis depan aku. Aku pun menangis jugak. Dia tanya apa dia nak buat sekarang. Aku kata start terapi.. Ikut nasihat doktor. Pergi kaunseling. Aku kata betulkan dulu minda dan fikirkan awak. Dia setuju.

Lepas tu aku bagi dia tasbih. Suruh dia zikir. Iktifar. Aku selalu follow ustazah ah tu. Semua nasihat dan petua dia aku share kat suami. Aku cakap lupakan apa yang Allah dah tarik, tapi bersyukur la apa yang Allah masih bagi pinjam.

Sikit ja Allah tarik nikmat, kita dah nak mengeluh. Sedangkan banyak lagi anggota lain yang berfungsi. Tapi kita lupa nak pandang semua tu. Dia hanya angguk ja sambil pegang tangan aku letak kat muka dia. Dia masih menangis. Aku biar ja dia menangis. Bagi dia lepas semua.

Selalunya anak – anak aku hantar rumah mak.. Tapi malam tu dia cakap esok tak payah hantar anak. Dia nak jaga. Aku tanya betul ni. Dia cakap betul. Aku risau jugak. Takut anak masih takut dengan dia. Tapi aku yakin dia dah ada semangat baru. Aku bagi kepercayaan pada dia.

Malam tu dia peIuk aku masa tidur. Dah lama sangat – sangat aku tak rasa semua tu. Dalam diam aku menitis air mata. Sebab finally dah rasa dia mula hargai aku. Lama – lama dia m4kin ok. Dia tak skip kaunseling, terapi. Semua dia ikut dengan baik. Malam – malam dia pergi surau. Dengar ceramah..

Tiba – tiba dia dapat ramai pulak kawan. Hidup kat taman ni faham – faham la.. Orang kurang bergaul melainkan jiran satu lorong ja. Tapi lepas tu dia ada kawan – kawan. Orang rajin datang menyembang dengan dia. Sebab petang – petang dia bawak anak ke taman.

Kadang – kadang orang datang rumah. Ada la bagi bantuan apa semua. Dia tak suka nak terima, tapi aku kata tak baik tolak.. Nanti orang terasa hati.. Ambik ja la anggap rezeki. So dia ambik la. Kadang – kadang dia sedekah kat orang lain.

Dia kata tak nak kaki palsu. Dia nak biasa hidup macam ni. Dah selesa hidup macam ni dia kata. Aku hormat apa pun keputusan dia. Cuma dia masih belum kerja. Dia ada cari kerja tapi tak dapat. Aku tak pernah komen apa pasal kerja. Aku biarkan dia buat apa dia nak.

As long dia layan kami baik. Tu dah cukup untuk aku. Aku pun tak pernah tanya dia nak duit ke, bagi duit ke. Memang tak. Dan dia pun tak pernah mintak. Sementara waktu dia jaga rumah jaga anak. Dia beli motor oku dari duit claim dia. Dia kan dapat duit socso jugak.

Hantar anak ke taska. Ambil anak. Hal anak dia dah mula urus sepenuhnya. Anak dah rapat balik dengan dia. Dia dah macam surirumah la. Aku yang pergi kerja. Tapi dia tak susahkan aku apa – apa. Semua dia buat sendiri. Satu hari dia tanya aku, boleh tak nak mintak aku buat loan 80k.. Aku tanya kenapa. – Zus (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Salam semua. Sorry sangat – sangat hari tu memang nak habiskan semua. Tapi tengah – tengah type anak pergi tekan send. Tu yang cerita tu jadi terg4ntung. Biasa la dah mak – mak ni, nak pegang hp dengan aman kat rumah memang kena berper4ng dulu.

Back to story, suami sebelum ni selalu cakap, orang yang paling bahagia adalah orang yang dapat buat kerja yang dia suka. Sebab kerja sebelum ni sesuatu yang dia tak suka. Tapi sebab terik4t dengan perjanjian, terp4ksa jugak la dia kerja.

So dia dah mula nampak hikmah yang Allah sediakan. Suami minat pertanian dan meniaga. Kan saya cakap sebelum ni dia rajin ke surau. Entah la dia sembang – sembang apa kot, dia cakap 80k tu nak beli kebun kelapa dekat satu lokasi ni la.

Dia tak de duit sebanyak tu, so dia mintak tolong aku buat loan. Dia tak nak kacau saving yang aku ada. Sebab loan tu dia nak bayar bulan – bulan. Dia cuma guna nama aku ja. Sebagai isteri, aku sentiasa sokong apa dia buat.

Aku buat 40k ja kat bank. Balance tu abang aku bagi pinjam tanpa interest. So suami happy la family support dia. Pokok kelapa nak berbuah makan masa 3 tahun. Sementara tu suami ambik stok kelapa muda dari satu orang ni.

Dan dia mula meniaga air kelapa muda. Dekat taman rumah kami ja.. So sambil meniaga dia urus anak – anak jugak. Dia nampak happy la sejak meniaga. Air kelapa kan laku jugak. Sambil – sambil pergi tengok kebun dia. Dia cakap, dia tak pernah sangka semua impian dia akan tercapai semudah ini.

Sebab selama ni dia tak nampak jalan pun. Dia ingat sampai ke m4ti kena kerja company tu. Tapi Allah ambik sesuatu dan ganti dengan sesuatu yang lain. Suami dah tak pergi kaunseling dah. Sebab ujian minda dia semua ok.

Memang dia dah dapat real terapi dia, iaitu impian besar dia. Dia dah happy tak tension dah, so tak perlu terapi dah. Sejak dia beli kebun tu kan, hari – hari dia sangat ceria. Hari – hari cerita itu ini. Kata dia ada tanam kelapa yang rendah tu. Senang petik tak perlu upah orang.

Pastu macam – macam lagi la pasal pertanian ni. Pasal baja la apa la. Tapi banyaknya cerita dengan anak la. Anak aku faham ke tak ke, dia akan cerita ja. Dia kan buat anak macam member – member dia. Memang dia layan anak macam tu.

Anak aku yang bongsu ni benda yang sama akan tanya 100 kali.. Tapi suami aku layan ja.. Cuma aku ja kadang – kadang jadi rimau. So anak – anak dah rapat balik dengan dia. Dah diorang pun asyik dengan dia ja. Apa – apa ayah ja.. Oh ya, suami aku pun dah berani dah bawak kereta sendiri.

Auto kan boleh bawak satu kaki. Dia dah beli kereta baru lekat stiker oku. Suami dah banyak belajar macam – macam la. Ibarat dia dah tak nampak kekurangan dia. Dan kami juga, langsung tak pernah nampak kelemahan dia.. Malah dia bukan lemah.. Dia lagi kuat dari kami.

Kemudian eg0 seorang lelaki akan sentiasa ada kan, sejak meniaga dia dah bagi duit dekat aku. Nafkah.. Jadi ibarat ego dia dah terbayar balik la kot. M4kin selera makan kat rumah.. Siap request macam – macam suruh masak.

Kadang – kadang saja nak menyakat dia, sengaja aku cakap ego tinggi kan. Dia akan cakap mana ada. Tanggungjawab tetap kena lunas sambil kenyit mata gatai dia tu. Menyampah.. Dan loan pun dia bayar elok. Malah bil – bil rumah semua perbelanja dia dah manage seperti sebelum dia hilang kaki.

Walaupun pendapatan hasil niaga tak menentu.. Kadang – kadang tak sampai gaji lama, tapi suami cakap dia lagi tenang sekarang. Dia cakap dulu tido, fikir esok nak kerja terus tido pun tak tenang. Tido dalam keadaan serabut. Tak semangat. Tapi sekarang semua dah berubah.

Dia rasa sejak dia meniaga ni la dia rasa tido yang paling bahagia.. Takde tekanan. Tak payah dengar orang m4ki – m4ki. Dulu kerja balik tak tentu masa.. Kadang – kadang hampir 12 malam. Sekarang meniaga pukuI 11 ke 12 sampai 4 – 5 petang macam tu. Ikut dia la.

Pastu malam boleh pergi surau.. Boleh jemaah. Dia kata ni la kehidupan yang dia rasa happy. Dia kata hidup sederhana ni lagi seronok dari hidup gaji tinggi, tapi hati tak bahagia. Suami aku walaupun kerja dia sebelum ni sangat – sangat str3ss, dia balik je akan meluah dekat aku.

Tapi tak pernah la nak lepas str3ss tu kat kami. Tetap dia ceria macam biasa. Da sekarang, bila dia dah takde tekanan kerja, lagi la dia ceria. Sebagai isteri, of course aku amat bahagia tengok dia dah bangkit semula. Aku sendiri pun tak pernah tengok dia happy macam ni sebelum ni. Aku sentiasa doakan kebahagiaan ni kekal selama – lamanya..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.