Suami tiba2 bagi aku join trip dgn kawan pejabat. Rupanya dia bawa anak-anak keluar jumpa skandal 3 hari berturut-turut

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku selalu terserempak dengan perempuan tu dekat kawasan rumah kami. Sehinggalah satu hari, ketika aku sendirian di dalam kereta, aku nampak kereta dia. Aku tunggu kereta dia lalu sambil pegang handphone untuk rakam. Dia marah dan siap pegang kain kejar aku..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum dan hai semua. Nama aku Ara (bukan nama sebenar). Tinggal di ibu kota, bekerja dan memiliki 3 orang anak, yang sulung perempuan (kakak) usia 12 tahun, kedua lelaki 9 tahun dan ketiga juga lelaki, 3 tahun.

Aku baru bercerai dengan bekas suami, masih dalam tempoh iddah. Tempoh perkahwinan kami 14 tahun. Aku nak kongsi kisah perjalanan aku keluar dari hubungan t0xic. Walaupun ambil masa yang agak lama tapi aku bersyukur dan percaya aturan Allah datang tepat pada masanya.

Moga jadi pengajaran dan semangat untuk sesiapa yang sedang melalui situasi seperti aku. Lama dah rancang nak berkongsi kisah aku disini tapi tidak berkesempatan, hati tak sampai untuk bercerita. Rupanya pengakhiran sebegini, barulah ada peluang untuk berkongsi.

Aku dan bekas suami sama – sama belajar diploma dan mula bekerja seawal usia 21 tahun. Kami berkahwin di usia 24 tahun. Bekas suami sambung belajar ijazah separuh masa selepas 6 bulan kami berkahwin. Aku terk3jut sebab bekas suami tiba – tiba bagitahu dah dapat sambung belajar, entah bila dia apply pun takde cerita.

Dia memang ada cakap nak sambung belajar, cuma terk3jut juga cara dia begitu. Bagi aku perkara ni besar sebab melibatkan aku sebagai isteri. Bermula la rutin bekas suami pergi kelas setiap hujung minggu selama 5 tahun.

Dalam pada itu kami dikurnia 2 orang anak, sepasang. Aku la yang banyak mengurus anak – anak sendirian. Ada kala balik kampung pun drive sendiri, keluar hujung minggu, beli barang – barang dapur. Aku perasan bekas suami seperti ada dunia lain, ya aku faham dia sibuk kerja dan sambung belajar tapi cara dia seperti abaikan aku dan anak – anak.

Dah keluar kerja, pergi kelas langsung tak tanya khabar aku dan anak – anak. Aku jela yang selalu contact dia, call, mesej, whatsapp. Bekas suami ni dah banyak kali bila aku tanya, rupanya dia biasa pergi kelas dengan kawan perempuan dia, dua orang yang berlainan, pergi berdua satu kereta.

Aku cakap aku tak suka macam tu, bagi bekas suami perkara ni takde isu. Dia buat macam aku yang cemburu buta. Patutlah tak bagi aku ikut sama masa dia pergi kelas, ingat boleh la tumpang sementara dia ke kelas, aku boleh bawa anak – anak berjalan mall.

Bekas suami juga banyak kali kant0i bermesej dengan perempuan lain, semua yang aku tanya tak tau pun status bekas suami dah kahwin. Bekas suami mengaku bujang. Aku tanya cara baik perempuan – perempuan yang bekas suami contact sebab aku tau bekas suami macam mana.

Semua terk3jut bila tahu status bekas suami, siap ada yang add friend kat fb nak tengok betul ke tak aku cakap. Dalam ramai – ramai tu ada 2 orang mengaku 1st jumpa dah pimpin tangan. Luluh rasa hati tapi aku pun tak tau kenapa aku kuat untuk pert4hankan rumah tangga ni.

Aku fikir taknak anak – anak dalam br0ken family, bekas suami memang dari mak ayah yang bercerai. Jadi aku tak nak benda ni jadi kat anak – anak aku. Habis sambung ijazah, bekas suami cakap nak sambung master pulak.

Bersambung lagi episod aku mengurus anak sendirian. Cuma masa master ni aku rasa sedikit lega sebab kawan – kawan bekas suami lelaki, dia selalu makan dan lepak sama di kedai. Dan di usia perkahwinan aku 8 tahun, tidak disangka dalam pada rasa kurang syak, rupanya bekas suami ada perempuan lain lagi.

Aku namakan minah E. Kali ni memang serius sebab kant0i bekas suami bawa anak – anak jumpa sama. Itu pun buat pertama kali bekas suami bagi aku join trip ofis ke luar negara. Aku pelik juga sebab biasa kalau kursus anjuran ofis memang susah untuk aku join alasan sebab bekas suami tak boleh nak urus anak sendirian.

Rupanya ada udang di sebalik batu. Jatuh terduduk aku dengan kecurangan bekas suami dan angannya untuk berkahwin dua. Dan bermula la episod baru dalam hidup kami. Bekas suami guna peluang ketika aku tiada untuk keluar bersama anak – anak dan minah E. Tiga hari berturut – turut.

Anak perempuan aku (kakak) umur 6 tahun dan anak kedua umur 3 tahun. Dia la yang cerita kat aku jumpa aunty, pergi mana semua. Bila ditanya didesak suami hanya cakap kawan biasa, minah E suka dia dan nak kahwin.

Bila dapat call Minah E barulah aku tahu hubungan mereka memang serius dan pada asalnya minah E pun tak tau status suami, tapi bila dah tahu dia tetap mahu bekas suami. Bercakap dengan minah E buat aku confuse siapa yang kacau suami siapa.

Kata – kata dia memang biadap dan meny4kitkan hati. Bukan dengan aku saja, minah E pun biadap bila bercakap dengan mak dan kakak bekas suami. Pernah kami dalam perjalanan untuk berbuka puasa di luar, minah E call banyak kali.

Bekas suami jawab call dan aku suruh buat loudspeaker. Minah E marah – marah tanya pergi mana, dari tadi otw2. Aku r4mpas telefon cakap, dia tak perlu tau kami pergi mana, know your limit. Malam tu sampai saja di rumah, minah E whatsapp aku, ‘selamat berbuka puasa di ***’.

Bangga betul kan dia dapat tau aku dan bekas suami pergi mana. Malam tu aku marah bekas suami sebab dah pesan jangan bagitahu kami pergi mana sebab kalau betul nak poIigami pun, bukan macam ni caranya. BeIah sana tak perlu tahu hal beIah sini.

Minah E juga pernah cakap, aku bercerai ke tak bercerai, dia tetap nak bekas suami aku. Hasil campur tangan mak mertua, kami teruskan perkahwinan walaupun hati aku sudah h4ncur. Aku banyak kali cakap dengan mak bekas suami yang cinta dan sayang itu bukan boleh dip4ksa, disuruh – suruh.

Sebab layanan bekas suami pada aku selama ini menceritakan semua, yang hati bekas suami bukan pada aku. Aku susah untuk move on walaupun bekas suami janji untuk tinggalkan minah E demi keluarga kecil kami. Aku bertahan demi anak – anak.

Bekas suami banyak berubah, selalu bantu kerja – kerja rumah, basuh dan sidai baju, hantar anak ke sekolah. Bekas suami juga selalu beri perhatian, jawab call, password handphone pun dah boleh share dengan aku. Kebetulan selepas setahun kejadian, aku bertukar tempat kerja dan kami berpindah ke rumah yang aku beli.

Aku anggap ini sebagai hijrah untuk aku move on. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Aku fikir pindah rumah boleh bantu untuk aku move on tapi ternyata tidak. Sejak pindah aku sering nampak minah E di kawasan rumah aku, duduk di lobi, berlegar – legar di kawasan parking motor dan pernah juga nampak minah E tunggu di parking rumah aku.

Dalam seminggu ada 3 kali aku terserempak dengan minah E, sama ada dia dalam kereta atau berlegar – legar di lobi rumah aku. Bila tanya bekas suami, dia suruh aku biarkan jangan layan. Mungkin minah E jumpa kawan tapi dalam banyak – banyak blok kenapa perlu kat blok apartment kami kan.

Aku jadi tak keruan, tak tenteram, mudah marah. Penampakan minah E dan respon bekas suami memang tak membantu langsung untuk aku move on. Tiap petang aku akan call bekas suami dah sampai mana untuk pastikan bekas suami tak terjumpa minah E kat bawah rumah.

Aku sanggup tunggu bekas suami di tingkap untuk pastikan berapa lama masa dia ambil untuk naik ke rumah. Ada kala dah lama sangat, aku turun cari bekas suami kat bawah rumah. Dah macam orang tak betul aku dibuatnya.

Rasa insecure menjadikan aku bukan diri aku selama ni. Aku jadi pemarah. Aku yakin minah E memang tunggu bekas suami. Sebab pernah kami turunkan barang – barang di lobi, minah E ada dan cuba bertegur sapa dengan kami.

Bekas suami dan aku buat tak endah dan terus naik ke rumah. Aku juga pernah jumpa bekas suami dan minah E di parking kereta, masa tu dari jauh aku dengar minah E terjerit – jerit marah bekas suami. Bekas suami memang cakap kat aku minah E tak boleh terima ditinggalkan.

Bukan setakat datang kacau di rumah, minah E juga rajin tukar profile picture whasapp seperti menyampaikan mesej kepada aku. Aku dan bekas suami bawa anak – anak berjalan ke Sunway Lagoon, minah E tukar gambar di Sunway Lagoon, kami pergi ke Langkawi pun minah E tukar gambar dia di Langkawi.

Siap tulis di about whatsapp, terima kasih bagi cend3rahati pada dia. Macam nak bagitahu yang dia tau pergerakan kami dan banyak lagi prov0kasi minah E buat tapi aku tetap buat tak endah sebab aku tau niat dia memang untuk kacau kami.

Sehinggalah di suatu petang ketika aku sendirian di dalam kereta (anak – anak bekas suami telah bawa naik ke rumah), aku nampak kereta dipandu minah E. Bila aku parking kereta, aku tunggu kereta minah E lalu sambil pegang handphone untuk rakam kereta dia lalu.

Marah betul minah E, parking kereta dan kejar aku sampai lobi rumah. Minah E siap pegang kain dia nak kejar aku, bila ingat balik tergelak pulak sebab jarang aku respon prov0kasi dia, bila aku prov0ke sikit dah melatah.

Marahnya dia sampai tunggu aku depan rumah, siap cakap no rumah aku lagi. Bangga betul tau no rumah ya. Malam tu memang g4duh besar sebab aku call adik minah E suruh ambil kakak dia kacau kat rumah aku. Rentetan kejadian tu, bekas suami jumpa keluarga minah E dan cakap memang tiada apa hubungan lagi.

Keluarga minah E pun ada contact mak bekas suami untuk clearkan keadaan dan keluarga masing – masing memang tak restu hubungan mereka baik keluarga bekas suami mahupun keluarga minah E. Selepas kejadian itu, memang aku dah tak nampak kelibat minah E lagi di kawasan rumah. Aku anggap dia dah move on.

Aku pulak dalam pada tu mengandung anak ketiga. Bekas suami memang layan aku baik sejak kejadian tu. Tapi bila anak ketiga lahir, aku dah mula nampak sikap bekas suami berubah ke asal malah lagi teruk. Bekas suami dah mula lock handphone dan tukar password.

Keluar rumah dengan alasan mencurigakan. Bila keluar susah jawab call, balik main badminton sampai lewat malam, pernah sampai pukuI 2 pagi. Aku juga pernah jumpa k0ndom dan pernah tegur kesan love bite di leher bekas suami.

Perubahan bekas suami membuat aku sangat tertekan, em0si tak stabil dan kami kerap berg4duh. bekas suami sering menyalahkan respon aku yang marah – marah bukan fokus pada isu, situasi yang dia timbulkan. Perkara ini berlanjutan sehinggalah tiba – tiba ada insiden yang berlaku.

Bekas suami dan anak – anak cuti. Anak aku yang sulung whatsapp aku bagitahu minah E kejar kereta ayah. Ayah bawa kereta laju – laju. Masa kejadian semua anak ada dalam kereta bekas suami. Bekas suami dalam perjalanan hantar anak ketiga ke taska dan bawa anak – anak yang lain untuk sarapan.

Sempat aku ke taska anak dan nampak minah E sedang melintas jalan, aku turunkan tingkap dan tegur dia. Memang tengah marah, sama macam sebelum – sebelum ni yang dia kacau di rumah. Aku pelik selepas bertahun kenapa masih sama marahnya.

Selepas kejadian itu, aku tanya bekas suami baik – baik, apa status hubungan mereka. Bekas suami memang menafikan sampai ke sudah hinggalah selepas tiga bulan berlarutan, aku call minah E untuk dapatkan penjelasan.

Macam biasa, minah E yang em0si. Aku hanya call untuk dapatkan kebenaran tentang hubungan mereka dan bagitahu keputvsan aku untuk bercerai. Akhirnya minah E mengaku yang selama ini mereka memang berhubung.

Rupanya selama ni bekas suami berpura – pura dengan aku. Dapat bayangkan segala kacau ganggu yang aku lalui, yang aku f1ght sendirian. S4kit rasa bila dikenang balik. Betul lah kan pepatah, once a cheater, always a cheater.

Antara ayat – ayat minah E, ‘kalau ara beranak 7 pun, perasaan tu tetap ada’

‘kenapa taknak cuba poligami? nanti dah tak adil ke, anx1ety ke depr3ssion ke barulah minta cerai’

‘minah E nk bekas suami bertanggungjawab atas segala nikmat – nikmat yang dah rasa selama ni, yang dah makan luar selama ni’

‘kalau ara rasa tertipu, minah E pun kena tipu’

‘kalau ara tahajud, minah E pun tahajud, berdoa’

Dia pun nak cakap dia m4ngsa keadaan. Aku cakap aku tak tahu dia ada selama ni, dia tahu aku ada. Beza aku dan dia. Aku ambil masa untuk buat keputvsan, banyak perlu aku timbangkan. Sangat terkesan bila kakak menangis beberapa malam selepas kejadian kejar mengejar.

Kesian kakak, dia dah faham semuanya. Dia tr4uma. Aku pun tr4uma selama ini. Aku kena buat sesuatu, situasi ini tak bagus untuk aku dan anak – anak. Dua minggu berturut – turut aku solat tahajud mohon petunjuk Allah s.w.t.

Siapa sangka, dari offer poIigami, aku nampak Allah s.w.t tunjuk jalan terbaik ialah berpisah. Fast forward selepas melalui beberapa prosedur perceraian sebab bekas suami taknak lepaskan aku, alhamdulillah akhirnya aku di sini.

Lega, seperti terlepas satu beban dalam hidup. Aku tak berniat untuk halang bekas suami dari berjumpa anak – anak, aku pesan untuk jaga hubungan baik demi anak – anak supaya mereka kurang terkesan dari perpisahan kami.

Alhamdulillah anak – anak terima dengan baik, mungkin dah lama mereka nampak hubungan kami tak okey. Bekas suami pindah ke rumah teres berdekatan rumah aku dengan alasan senang berjumpa anak – anak. Sekarang ni minah E sedang menuai hasil usaha bekas suami selama dengan aku.

Aku berdoa dimurahkan rezeki dan diberi kecukupan buat aku dan anak – anak selepas ini. Aku percaya semua di tangan Allah s.w.t. Tentang bekas suami dan minah E, aku serahkan pada Allah swt. Cuma aku pernah berkata pada bekas suami, kan mudah kalau bagitahu awal, tidaklah membuang masa 6 tahun yang sarat dengan permainan em0si dan drama.

Berani bercinta, beranilah f1ght for your love. Banyak video tentang nars1stik lalu di wall socmed aku, bila aku tengok sama macam bekas suami buat kat aku. Aku syukur dah terlepas dari hubungan ini. Doakan aku kuat untuk tempuh hari mendatang. Aku tahu bukan mudah menjadi single mom. Kerana seumur hidup itu terlalu lama. Aku serahkan segalanya pada Allah s.w.t. – Ara (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Siti Hazwani : Tuntut segala benda boleh tuntut, biar tinggal spender. 14 tahun perkahwinan tu ingat boleh dapat balik masa muda tu ke? Dia seronok – seronok, kita yang sengsara. Pepun alhamdulillah elok dah berpisah, mudahan ada rezeki lain yang lebih baik.

Rose Linda Roslan : InshaAllah ini yang terbaik. Orang berkahwin yang berz1na ni hukvmnya rej4m sampai m4ti. Anggap je bekas suami dah m4ti dan Allah akn hadiahkan rahmat yang besar atas kesabaran menghadapi ujian.

Puan pun ada anak – anak pelengkap hidup dan kerja yang baik sampai boleh beli rumah sendiri jadi you are already so blessed sebenarnya. May Allah ease your journey ya.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.