Suami tiba2 s4kit sampai Iumpuh. Bapak mertua aku m4kin galak, bila aku mandi dia tunggu depan pintu

S4kit suami m4kin teruk, setiap hari dia minta dipeIuk, setiap hari dia minta maaf dekat aku dan mak aku. Dia cakap yang dia sayang aku. Sehinggalah satu hari, suami minta aku bawa dia pergi hospitaI dan nak balik rumah dia. Tapi aku marah dia sebab kami dah takde duit…

#Foto sekadar hiasan. Aku cuma nak meluah, sekarang aku dah ok dah. Aku dah tak str3ss, em0si aku dah elok. Aku seorang balu ada anak 5. Cerita bermula dari perkenalan kami. Dulu aku liar, memang perempuan jahat, hidup bergelumang d0sa.

Aku kenal suami masa malam merdeka. Aku ni merupakan anak sulung, aku kurang dapat perhatian dari family. So aku cari bahagia aku sendiri, kami kenal masa tu hanya suka – suka, dia minta nombor hp member – member aku, aku bagi la, last dia minta no aku, sekali saja aku sebut dia terus ingat.

Esoknya dia call ajak keluar. Start dari situ hari – hari kami keluar, lama – lama dia ajak couple. Hampir setahun hubungan kami, dia ajak balik rumah, dia jaga mak dia s4kit tua. Dia anak bongsu. Paling rapat dan mak ada la orang paling dia sayang.

Setelah beberapa bulan lepas 2, mak dia pergi, dia paling sedih antara adik beradik dia. Bermula dari situ per4ngai dia bertambah teruk, semua benda kami buat tapi masa nie aku dah slow. Aku ada nasihat dia supaya berhenti, tapi dia cakap susah, aku minta dia berubah perlahan – lahan, masa ni aku dah duduk rumah dia,

Tak sampai setahun, bapak dia kawin lain, dapat pulak mak tiri puaka. Dicanang 1 kampung kami berdua dia yang bela, kononnya kami dok rumah makan tido saja. Tapi bukan itu yang jadi, kami makan lempeng saja tiap – tiap hari.

Sekilo tepung untuk seminggu. Hahaha tapi kita orang ok saja. Tak lama lepas tu bapak dia bercerai dan aku dah ada anak. Masa ni hidup agak elok juga, gaji dia dapat tampung segala pembelanjaan kami dan selepas tu kami pun nikah.

Bila bapak dia dah bercerai, bapak dia macam giIa mer0yan kat aku. Selalu duk bergesel, tangan dia selamba cuba meraba. Aku elak, aku marah tapi tak memberi kesan pun. Aku tak cerita pasal ni pada sesiapa pun. Dapat plak kakak ipar aku yang sulung duduk sebumbung dengan kami.

Dia cakap kat laki aku yang aku d3ra anak aku, p4ksa makan ubat, masa tu anak aku tak sihat. Waktu ni laki aku buat part time kat luar, buat motor, aku pulak tengah meniaga sarapan, laki aku datang warung m4ki hamun aku.

Aku diam tak jawap, m4kin galak la kak ipar aku tu mengata. Aku tak tahan aku hamun dia, aku cakap aku tak pernah kacau orang, anak dia curi duit aku pun aku diam saja. Kak ipar aku ambil barang – barang yang aku beli bawak balik pun aku diam saja.

Aku cakap dengan laki aku, buat apa aku susah – susah beranak, kalau aku nak d3ra. Buat apa aku susah – susah kerja tolong dia. Aku ni kalau jahat, aku tak pandang nak hidup susah dengan dia. Lepas tu aku balik rumah, kemas barang nak keluar, laki aku tahan aku dan minta maaf.

Aku diam saja. Dan aku maafkan, kak ipar aku cakap aku kurang ajar, tak ingat Tuhan, per4ngai macam s3tan. Aku kata balik kat dia, dia sendiri pun aku tak pernah nampak solat, kubvr mak tu hanya aku ngan laki aku saja pergi.

Diorang tak jejak kan kaki pun kat sane, setahun lebih dari 15 kali kami ziarah kubvr. Lepas tu kak ipar tu balik semula rumah dia, hidup kami aman macam biasa. Lepas aku bersalin anak ketiga, tiba – tiba suami aku dapat peny4kit dalam perut.

Susahnya kami waktu nie hanya Allah saja tahu. Mak bapak aku minta aku hantar anak – anak aku ke rumah dorang, untuk dorang jaga. Aku plan nak meniaga makan masa nie, sebab laki aku sentiasa s4kit. Jadi kalau cuti pun tak menyusahkan orang.

Masa ni lagi galak la bapak mertua aku, suami aku s4kit tak boleh bangun. Masa aku kat bilik air dia dok bertunggu tangga depan pintu. Takutnya aku masa ni. Beberapa bulan lepas tu, aku bawak suami berubat sebab tak tahan nak kene tahan hospitaI saja.

Jumpa imam bagi air dan perawat islam dia ok seperti sedia kala. Ada perawat cakap yang suami aku dibuat orang. Cerita tu habis situ saja, jadi kami meniaga semula. Tapi apa kami meniaga suma tak jalan. Jadi kakak ipar aku yang ni dua tawar aku jadi tukang masak.

Dan aku mengandung anak ke 4, masa nie semua indah. Apa aku nak aku dapat.. Laki aku buat semua untuk aku, tahun berikutnya, aku mengandung lagi. Aku bersalin czer jadi kene marah la tapi aku buat b0doh saja. 5 bulan aku mengandung, suami aku s4kit balik macam sebelum nie.

Imam yang kami minta air tu dah tak ada kat sini, jadi sekali lagi rutin kami pergi hospitaI. Aku lepas kerja saja terus pergi hospitaI, sampai kandungan 8 bulan. Naik turun bas, jalan kaki, perit sangat, dengan per4ngai bapa mertua aku suka masuk bilik, sesuka hati dia.

Nasib anak pertama dan kedua dah besar. Dorang la teman aku. Bapak mertua aku tak peduli anak dia s4kit, dia cakap macam – macam kat laki aku pemalas la, apa la. Lepas bersalin, kali nie pun czer, tapi balik dari hospitaI aku dah buat kerja rumah macam biasa.

D4rah tinggi aku naik, em0si aku terganggu, laki aku plak dah mula berhalunisasi. Aku dah start keje balik dengan kak ipar aku. Kak ipar aku ni plak cakap aku tak peduli kat laki aku, selalu marah – marah tak hormat suami, bapak mertua, kak ipar.

Dorang nak buat bukan – bukan tak kan aku nak tengok, aku dah berubah, nak jadi orang baik, dorang nak bawak laki aku jumpa b0moh la, macam – macam. Aku time ni dah tak tahan, aku meng4muk, aku hilang kawalan.

Aku cakap kat laki aku, “ko tinggal la dengan family ko, nak buat benda h4ram pun aku tak nak tahu.” Tapi laki aku merayu nak ikut. Masa ni seminggu sebelum dia meninggaI. Kali ni aku nekad nak keluar dari rumah ner4ka tu, banyak yang aku hadap tapi aku tak ceritakan, aku malu nak buka aib sendiri.

Datang saja rumah mak aku, aku panggil perawat islam, perawat tu cakap, laki aku dibuat orang, dan kerja mereka dah selesai, mereka dah buat laki aku betul – betul teruk. Lepas jumpa perawat, laki aku hari – hari selawat, berzikir dan baca al-fatihah.

Tidur pun m4kin nyenyak. Tapi tak nak makan dah. Tiap – tiap hari minta dipeIuk civm, hari – hari minta maaf dengan aku dan mak aku, hari – hari cakap dia sayang aku. Walaupun dia masih lagi berhalunisasi. Sehari sebelum meninggaI, dia minta pergi hospitaI dan nak balik rumah.

Aku cakap tak boleh, duit dah tak ada dah dalam tangan, tapi malam tu dia sesak nafas, sampai hospitaI dia ditidurkan, esok jantung dia berhenti dengan sendirinya. Aku tak sempat mohon maaf, sebab marah – marah dia. Aku betul – betul tertekan.

Hidup aku macam gelap sekejap. Tiap – tiap hari aku menangis, dan family serta orang kampung salahkan aku. Adakah aku berd0sa?? Aku derh4ka ke? Aku bagi tahu semua per4ngai adik beradik dia. Bapak dia. Bila dia tanya, kenapa aku benci family dia?

Aku tak benci, aku tak d3ndam tapi apa dorang buat kat aku, s4kitnya aku tanggung sorang – sorang. Setiap hari aku menangis dalam bilik air, macam orang giIa. Dah dengar orang bisik – bisik kat telinga, suruh tinggalkan semua.

Tapi aku sayang keluarga aku, aku bertahan demi suami aku, sebab aku tahu dia sayang keluarga dia, walaupun keluarga dia tak pernah peduli pasal dia. Bapak dia siap boleh bukak warung sehari lepas suami aku meninggaI, dia tak datang pun kubvr.

Allah ambil suami aku dengan wajah seperti orang yang sedang lena dan tersenyum. Aku hilang arah, hilang sahabat, suami dan pendamping. Semoga dia di tempatkan di kalangan orang beriman. B orang minta maaf. Orang sayang sangat awak. Awak sentiasa ada untuk saya. Semoga kita berjodoh lagi di sana. Aamiin… Al-fatihah buat kekasih ku. – Ila (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Kak Ain : Cinta itu dirasai. Sepertimana yang tt rasa dalam hati, itu yang dia rasa dan dia tau tt mencintainya sepenuh hati. Teruskan hadiahkan bacaan – bacaan alfatihah, bangkitlah berjuang untuk hidup anak – anak.

Ceritakan segala yang baik tentang bapa mereka biar kenangan itu hidup bersama kalian. Tt sendiri sudah banyak mend3rita dan tak penat berjuang, itulah jihad kalian di dunia ini. Jangan lupa solat. Insyaallah tt seorang yang kuat. Akan ada sinar dlm hidup bersama anak – anak, dan insyaallah kelak dikumpulkan kembali sebagai keluarga yang bahagia.

Mawar Putih : Semoga Allah beri puan kekuatan dan pahala yang besar atas tiap ujian. Moga anak – anak membesar jadi anak – anak yang soleh dan solehah. Ujian tanda kasih Allah. Moga hidup dengan tenang dan bahagia di samping anak – anak.

Addaw Jalal : Setiap suami mesti akan maafkan setiap kesalahan isterinya. Sabar sis, semuga dipermudahkan segala urusan. Semuga tabah menghadapi ujian – ujian Allah. Allah takkan ujian kalau h4mbaNya tak mampu. Dis ebalik ujian ade hadiah yang menanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?