Suami tuduh saya b0mohkan mak dia sampai xboleh bangun, sedangkan saya syg sgt mak mertua

Dulu waktu saya ada duit, saya yang bantu suami bagi modal untuk berniaga sampai dia berjaya. Ahli keluarga suami semua saya bantu. Adik beradik dia takde duit nak bayar yuran sekolah anak, saya yang mereka cari. Nak beranak takde duit, saya yang dicari. Nak beli kender4an untuk hantar anak sekolah, saya juga dicari. Tapi bila saya dah terduduk, jangan kata bantu malah mengh1na lagi…

#Foto sekadar hiasan. Salam, saya nak tanya apa hukvm suami hanya beri nafkah dan kecukupan pada mak ayah dia saja. Saya pula diabaikan tanggungjawab, katanya mak dia lebih afdal. Habis tu, saya dan anak – anak macam mana?

Suami saya berduit, berniaga sangat maju dan Allah beri dia rezeki sangat murah mungkin sebab dia baik dengan mak dia dan itu juga kata dia. Sebab tu dia kata saya tak penting, tak perlu bagi duit, sia – sia je bagi duit dekat saya katanya. Mujurlah saya berniaga online sebagai dr0pship, jadi adalah sikit duit belanja untuk jajan anak sesekali tu.

Kerana dia rasa dia berduit tiba – tiba ni, dia jadi pemarah pada saya, somb0ng, kedekut, angkuh bila bercakap. Saya suruh solat, dimarahnya saya. Saay ajak baik – baik je, saya solat pun dia kata, “KAU SOLAT TERT0NGGENG T0NGGENG KAU INGAT ALLAH TERIMA SOLAT KAU? SIA – SIA JE KAU SOLAT !!! SEBAB KAU DERH4KA PADA AKU !!”

Dulu suami solat tak tinggal cuma setahun dua sejak dia sibuk dengan berniaga dan kawan – kawan, dia lupa terus nak  solat. Dia kata Allah tetap baik dengan dia walaupun tak solat, Allahu. Betul ke hukvm nafkah wajib ke atas mak dan kalau dekat isteri tu tak bagi pun tak pe?

Betul ke Allah tetap baik dan beri rezeki pada orang yang tidak solat? Kadang – kadang rasa nak doa je ke suami supaya Allah tarik balik nikmat yang dia dapat tu, sebab dengan nikmat tu dia jadi somb0ng dan angkuh.  Dia cakap, saya dah jatuh miskin, susah sekarang sebab Allah benci saya walaupun saya solat t0nggang t0nggeng, baIa untuk saya katanya. Saya redha ujian

Sambungan.. Saya nak berniaga tapi suami Iarang, itu tak boleh ini tak boleh. Dia sibukkan saya dengan urusan rumah tangga, dia? Kerap duduk Iepak dengan kawan – kawan, kadang – kadang ada juga yang dia bantu juga.

Saya tahu saya ada p0tensi untuk jadi infIuencer dan pernah buat duit sebagai infIuencer satu produk. Bila dia nampak saya ada bayaran tinggi, dia terus har4mkan saya buat. Saya taat dan saya dengar apa yang dia suruh sebab saya takut.

Saya berniaga online sebagai dr0pship atau agen. Tapi kalau ada proses yang perlu saya POS barang, dia Iarang saya keluar dan dia tak nak bantu sehinggakan saya terp4ksa pulangkan balik duit customer. Dah rugi di situ. Suami saya tak ambik peduli makan pakai saya dan anak sejak dulu lagi.

Baru setahun ni dia mula belajar belikan anak pampers dan susu. Barulah ringan sikit bahu saya. Ye lah sebab saya kata saya dah tak berduit, dia sekat saya, haIang saya, siksa saya secara diam. Dulu suami tak kerja dan tak pandai berniaga pun, bila saya ada duit sikit hasil saya berniaga dan infIuencer, saya mampu tanggung keluarga.

Bila dia sudah mula pandai berniaga, saya yang pinjamkan modalkan untuk dia dulu masa saya ada duit, saya beri kereta untuk dia, tapi sekarang dia nafikan semua tu. Tak apalah saya tak men4gih untuk dia baIas tapi cukuplah dia bertanggungjawab. Tolong bertanggungjawab!

Anak tak makan, pampers tak ada dan anak saya saya hanya minum susu. Kami pun perIukan makanan lain, nak beli pakaian pun tak ade duit, baju anak semua dah sent3ng. Semua pun baju yang saya beli dulu. Si adik pakai yang abang punya, abang pakai yang atas punya.

Kesian anak – anak saya tak ada baju. Saya beli bundle sekarang ni ikut kemampuan yang harga 3/4 ringgit. Dia ada kisah? Tak ada kisah. Satu yang saya pelik dulu masa suami tak berduit, keluarga suami cukup tak suka pada suami.

Diorang kata menyusahkanlah macam – macam diIabelkan pada suami sebab kerja kampung je gaji dapat dalam RM 500 / 600 sebulan. Tapi sebab saya berduit, saya tak lepas tanggungjawab bagi dekat mak dia dan beli barang dapur setiap minggu.

Saya ikhlaskan sebagai ganti diri kepada suami untuk ibu dia. Sekarang bila dia dah maju m4kin maju berniaga (tahun ni masuk tahun ke-3) dia dan family dia m4kin rapat malah satu keluarga dia mengh1na saya termasuk suami.

Rapat dengan family tu saya tak marah malah itu yang selalu saya harapkan. Nak sangat dia jadi anak yang baik, tak selalu cakap kasar dengan mak dia. Untuk pengetahuan, mak mertua tak suka saya dari dulu walau banyak dah kebaikan saya beri, bukan untuk membeli hati tapi sekurangnya pandanglah.

Keluarga dia pula memang sangat percayakan khuraf4t (b0moh) s4kit dar4h tinggi pun tuduh ada yang b0mohkan. Nauzubillah. Sekarang mak mertua s4kit, dah hampir 2 bulan terIantar. Saya tak tahu suami burukkan apa pada keluarga dia, sehinggakan haritu saya nak tolong siapkan mak dia sebab 100% perlu bantuan, kakak suami halang saya marah saya.

Dia kata, “kau duduk jauh jauh , orang tertentu je boleh dekat.” Saya undur jauh, saya tak beritahu suami. Suami saya asalnya dia ni baik, sangat baik dengan saya sampaikan mak dan adik beradik dia cemburu. Sekarang jadi berubah 360 darjah.

Dia pulak yang ikut sama keluarganya mengh1na saya. H1na saya depan – depan tau tak sahabat. Lima hari lepas suami beritahu, selepas saya pergi rumah mak tolong siapkan dan mandikan mak tukar pampers sebab anak – anak dia sorang pun tak ade masa tu.

Jadi saya tolong. Masa dekat rumah mak, suami diam tapi nampak muka marah tak suka. Dalam kereta ketika perjalanan balik tiba – tiba dia marah saya. “KAU TAK PAYAH BERLAKON BAIK , MAK BAPAK AKU, KELUARGA AKU, SEMUA BENCI KAU LEBIH BENCI DARI ULAT TAHlK KAU TAU TAK?? KAU KENA SEDAR DIRI!!!  Mak aku s4kit kau yang b0mohkan kan!!”

Bila dia keluarkan ayat tu saya rasa seluruh hidup saya ibarat hilang. Demi Allah saya bukan baru kenal suami. Dah lama hidup dengan suami dan ini bukan sikap dia. Dia pun tahu saya macam mana.. Tuduhan ni dulu mak dia pernah buat pada saya tapi antara saya dengan mak dia je masa tu.

Dia beritahu saya 4 mata masa tu mak dia masih sihat, cuma cara tuduhan tu lain. “Kau b0mohkan anak aku supaya jadi Iembu kau kan”. Allahu saya diam juga. Saya takut nak bersuara saya menangis dan doa saja dan pergi macam biasa rumah diorang seperti tak ada apa yang berlaku.

Sebab mak dia kalau depan orang lain dan anak – anak dia yang lain, seolah – olah sayalah menantu paling dia sayang. Tapi sebenarnya, Allah saja tahu. Tapi saya tetap sayang mak sebab saya dah tak ade mak lain dah. Demi Allah saya sayang mak mertua saya kerana Allah.

Dulu – dulu dia pernah baik pada saya masa saya ada duit. Apa saya nak makan dia masakkan. Rindu.. Sekarang saya dah tak pergi rumah dia sejak suami kata semua benci saya, dah lama saya sedar sahabat, mereka memang benci saya, saya pun beritahu suami, “kalau macam tu saya tak payah pergi. Abang pun tak suka saya sentuh mak. Mula – hari ini saya tak pergi dah, itu yang abang nakkan.”

Tahu tak suami cakap ape? Dia balikkan kesilapan tu pada saya. Dia kata, “aku tak halang kau nak pegi ke tak, aku tak suruh dan aku tak halang !!” Dah kata orang tak suka dan marah saya sentuh mak tu macam haIang la tu, tapi secara sembunyi.

Saya pun ada maru4h dan perasaan, saya ada rasa malu dan segan. Orang tak suka buat apa sond0I lagi, patut lah tiap kali ke sana saya rasa lain sangat. Yang paling saya tak boleh fikir kenapa suami berubah 360 darjah, langsung tak boleh berfikir rasi0nal terhadap saya.

Saya ibarat musvh ketat dia. Saya tak tahu salah apa saya pada dia. Saya rasa nak berpisah je tapi suami kata dia tak akan lepaskan saya, dia nak siksa saya dulu. Saya nak buat tuntutan saya takut hak anak jatuh ke dia, dia ada duit dan saya?

Saya tak ade duit. Habis simpanan saya duit saya labur ke dia untuk buat modal berniaga 3 tahun lepas ketika dia baru bermula. Dia janji nak ganti tapi sekarang usah kata ganti, bayar nafkah pun culas. Saya buntu sangat, sangat buntu tapi saya tetap layan dia baik, senyum je, tenang je.

Kalau dia nak bersama, saya tak pernah tolak walau hati s4kit hari – hari h1na saya. Dia tak bagi buat itu ini yang boleh berikan saya keuntungan, saya ikut. Tapi sampai bila saya tak boleh cari duit sendiri? Sedangkan dia tak bagi duit, saya ada juga rasa nak beli baju baru, lipstik, pencuci muka, nak beli pad pun tak ade duit.

Kadang – kadang pakai lampin anak punya je. Wallahi perit sangat. Suami bukan macam ni dulu. Adakah kerana sih1r atau dia m4buk lupa diri sebab dah dapat kemewahan? Apa saya perlu buat?? 2 bulan lepas saya betul – betul tak ade duit.

Cincin saya, barang kemas saya dah banyak tergadai untuk beli keperluan diri dan anak – anak. Anak dah pandai nak mainan, nak makan itu ini, takkan saya mak ni boleh tengok je, dengar je kan. Sesekali nak juga bagi, dia pulak suruh saya beli pampers dan susu anak.

Saya dah bagitau takde duit tapi bila dah dia kata tu saya kena turut kalau tidak dia meng4muk kesian anak. Saya tak tahu nak buat apa, kebetulan saya tahu pasword online bank dia. Dalam diam saya transferkan dari akaun suami RM250 untuk beli barang dapur dan barang anak.

Dia mana tahu kami ada apa kat dapur, dia makan luar sedap – sedap dengan kawan – kawan dia. Sesekali kalau datang angin baik tu dia masak jugak apa dia nak makan. Dulu dia memang rajin bantu saya tapi sejak ada duit ni 3 tahun dah saya hilang suami saya yang sebenar.

Ok balik cerita yang saya ambil duit dari akaun suami tu. Saya tengok duit dia ada banyak puluh – puluh ribu. Saya ambik RM250 je dengan harapan dia tak tahu, kalau tahu teruk saya kena. Akhirnya dia tahu juga sebab dia ni sangat kedekut.

Setiap sen duit yang keluar dia akan cek. Dia perasan dan bila cek ada transaksi keluar ke dalam akaun saya. Teruk saya kena marah dengan dia, dia geIarkan saya sc4mmer, sampaikan keluarga dia, adik beradik dia semua meng4njing cakap saya sc4mmer.

Saya tak tahu lah mana nak letak muka. Dia lupa ke masa saya berduit, apa saja dia nak saya cuba tunaikan. Makan pakai dia saya yang tanggung sebab saya tahu tahu dia tak mampu sara kami. Tapi Allah bagi rezeki untuk saya, saya ikhlaskan.

Adik beradik dia tak ade duit nak bayar yuran skolah anak, saya yang mereka cari. Nak beranak tak ade duit, saya yang dicari. Nak beli kenderaan untuk hantar anak sekolah, saya dicari. Saya tak pernah hampakan mereka dan semua tu tak dibayar balik dan saya pun ikhlas tak men4gih.

Saya ikhlas nak bantu sebab masa tu Allah bagi saya rezeki. Ada yang putvs duit 3 bulan tertunggak kereta HiIux , saya dicari.. Baru 2 tahun saya terduduk sebab suami banyak menghaIang, saya ibarat sampah mereka buat, jangan kata nak bantu malah mengh1na lagi.

Kadang – kadang saya rasa macam saya ni bod0h sangat. Rumah ni rumah saya, dia tak kena bayar sewa pun. Rumah saya, dah jimat di situ. Terima kasih yang bagi nasihat dan pendapat, semua saya hargai. Bantulah saya beri nasihat apa yang patut saya buat untuk saya rasa tenang.

Saya redha semuanya, cuba redha tapi sesekali saya jadi sedih bila teringat. Sekarang ni saya dah tak pegi rumah mak dia tak jenguk dah mak dia. Dulu masa PKP pertama dah berlaku macam ni dan saya tak pergi. Bila lama – lama saya pujuk hati, saya pergi sebab adik beradik dia yang lain semua tak tahu kenapa saya tak pergi, saya tak tahu lah apa mereka sangka pada saya.

Kalini saya tak pergi lagi sebab betul – betul terasa dengan kata – kata suami yang seolah – olah memang tak nak saya pergi rumah mak dia. Adakah patut saya beritahu adik beradik suami sebab kenapa saya tak pergi rumah mertua atau diam saja? Terima kasih yang sudi baca sampai habis.

Komen Warganet :

Teh Adelline : Sedih saya baca kisah awak, apa guna lagi awak nak setia dalam rumahtangga awak sekarang ni dik. Segalanya sia – sia, sia – sia awak berk0rban, sia – sia awak menolong. Dah macam tak ada kebaikan langsung kat diri awak.

Bukan nak mengajar tapi awak boleh nilaikan diri awak sekarang ni. Ingat anak – anak m4kin membesar dan mereka akan member0ntak bila nak sesuatu tapi awak mungkin masa tu tak ada duit di tangan. So awak pilih la jalan yang terbaik untuk awak dan anak – anak tu.

Tentang suami yang angkuh tu, inshaAllah suatu hari confirm dia plak terduduk. Semoga dipermudahkanlah urusan awak ya dik, satu je nak pesan. Kalau tak ade suami, tak m4ti pun.

Anisz Sumarni : Kalau dah macam ni tak perlu la nak pegi jumpa keluarga suami lagi dan kalau barang keperluan tak da mintak aja. Dalam dompet kalau ada duit ambil la sedikit – sedikit supaya kita pun ada duit belanja sebab saya pun buat macam tu kalau sikit dia takkan perasan pun.

Bab nafkah itu lagi baik cakap ngan dia baik – baik. Mintak nafkah awak sebagai seorang isteri kalau dia tak nak senang ja gi pejabat agama tuntut nafkah kita selama berapa lama dia tak bagi, insyaallah kalau dia takut dia akan sedar perbuatannya itu salah.

Bab b0moh tu tanya apa bukti yang menyatakan mak dia s4kit tu atas perbuatan orang. Harap bersabar la ya, ingat Allah itu setiasa ada kalau kita tak bersalah, Allah pasti akan tolong tunjukkan jalan keluar, pasti ada cuma cepat atau lambat

Nur Hani : Puan tuntut fasakh saja, rumah puan pun dah ada, pasal anak saya rasa dia tak nak sebab nanti menyusahkan dia. Kalau dia nak anak bagi je, nanti dia akan bagi semula dekat puan sebab dia susah nak ke mana – mana dengan kawan – kawan dia. Kalau puan masih tinggal lagi dengan dia dan masih sayang, entah la. Puan boleh fikir sendiri apakan jadi, mungkin jadi giIa kot.

Nor Faridah : Kalaulah benar keadaan sis sampai macam tu sekali ditekan dan tertekan. Rasanya dah tiba masa sis bertindak demi masa depan sis dan anak – anak.. Sis perlu keluar dari ‘geIap dan siksaan’ yang kelak akan memudar4tkan nasib sis dan anak – anak. Bangun dan cari kekuatan, tuntut keadilan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?