Suami ugvt nak lafaz cerai jika tak mahu ‘bersama’ masa tempoh 21 hari berpant4ng

Kami berkahwin masa sama – sama masih belajar dan belum bekerja, mas kahwin pun bapa mertua yang bagi. Sepanjang perkahwinan banyak kali saya diugvt dengan perceraian. Pada dia, dia SUAMI dan dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu terhadap saya. Sekiranya saya ingkar, saya NUSYUZ. Hinggalah sampai taIak yang terakhir, dia lafazkan jika saya pergi majlis adik saya, maka akan jatuh taIak yang ketiga..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Niat saya di sini hanya untuk berkongsi cerita kehidupan saya ketika berumahtangga. Untuk pengetahuan anda semua, saya telah pun bercerai pada pertengahan 2018. Kisah ini bolehlah dijadikan iktibar untuk adik – adik yang menggeIetis nak kahwin, walhal masih tak tahu apa pun tentang tanggungjawab.

Kami bernikah pada April 2012. Ketika itu, saya tidak bekerja, dan bekas suami saya juga tidak bekerja. Ketika itu, bekas suami saya adalah seorang pelajar di sebuah poIiteknik. Saya masih ingat ketika itu, bapa mertua saya yang menyediakan duit mas kahwin sebanyak RM 1,000.00. Kenduri diadakan secara kecil – kecilan. Selepas berkahwin, saya bekerja sebagai seorang kerani. Pada Oktober 2012, saya disahkan mengandung dan saya terp4ksa berhenti kerja pada Disember 2012 kerana mengalami alahan yang sangat teruk sehingga kandungan saya mencecah 5 bulan. Bekas suami masih lagi seorang pelajar ketika itu, jadi bapa mertua sayalah yang membeli semua kelengkapan bayi.

Saya bersalin pada Jun 2013. Macam biasa, bapa mertua yang bayarkan semuanya. Daripada bil hospitaI sehinggalah set berpant4ng, semuanya dia belikan. Pada masa itu, bekas suami saya ulang alik dari poIiteknik ke rumah. Dua minggu sekali. Dia bekerja separuh masa di satu pusat pakaian. Dia tidak pedulikan hal lain tapi kerap mem4ksa saya untuk minum pati ikan haruan. Awalnya, saya rasa dia mengambil berat soal kesihatan saya, tetapi lama – kelamaan saya tahu kenapa dia beria suruh saya minum pati ikan haruan tu. Untuk cepat sembuhkan Iuka bersalin. Supaya dia dapat menyetubvhi saya.

Masih segar di ingatan saya dia mengugvt untuk menceraikan saya ketika saya masih dalam tempoh berpant4ng 21 hari. Bayangkanlah, baru 3 minggu berpant4ng, dia sibuk ugvt nak ceraikan saya hanya kerana saya tidak berani dan tak benarkan dia menyetubvhi saya. Bukan sengaja saya tidak mahu bagi. Tetapi, anak masih merah. Lvka jahitan masih terasa. Tidak waraskah dia? Ketika itu, bulan Ramadhan. Saya sendiri fikir, sya1tan apa yang mer4suk dia sampai dia tiada pegangan. Langsung tak boleh fikir tentang kes4kitan yang saya aIami selepas 21 hari bersalin.

1 hari sebelum raya, saya masih lagi dalam tempoh berpant4ng (43 hari). Subuh itu, saya dan ibu memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung untuk beraya. Kami bertolak selepas sahur, kerana perlu mengambil bekas suami saya di poIitekniknya. Dia berkali – kali pesan supaya beritahu dia sekiranya sudah mahu sampai di tempat yang dia tunggu.

Saya sedia maklum dengan pesanan dia. Sampailah anak saya meragam ketika mahu sampai ke tempat tersebut. Saya lupa untuk beritahu dia bahawa kami sudah mahu sampai. Sampai sahaja di tempat itu, saya ternampak bekas suami saya di atas motor sedang menghisap rok0k. Tengok jam, sudah hampir 7 pagi. Saya mengeIuh. Sudah ada anak pun masih tidak berubah. Masih tidak berpuasa. Patutlah dia suruh saya pesan supaya beritahu dia jika sudah mahu sampai.

Kami berhenti seketika untuk merehatkan mata di rumah sewa bekas suami. Apa yang berlaku? Dia suruh saya dan anak berehat di dalam bilik dia. Ada benda yang dia nak buat. Masih tidak berputvs asa mem4ksa saya untuk bersetubvh. Ya Allah. S4kitnya ketika itu, tuhan je yang tahu. Saya menangis. Dia tidak peduli. Ketika itu, apa yang saya harapkan semoga dia akan berubah suatu hari nanti …

Kes bekas suami saya mem4ksa saya bersetubvh ketika tempoh berpant4ng, saya simpan sebagai mimpi ngeri saya. Dengan doa dan harapan, supaya dia akan berubah suatu hari nanti dan supaya dia akan lebih menghargai peng0rbanan seorang isteri.

Pada hari ke 46 berpant4ng, saya mula bekerja di sebuah kilang sebagai seorang kerani. Gaji bersih Cuma 800 lebih sebulan. Disebabkan bekas suami tidak bekerja, maka sayalah ketua keluarga. Saya sedikit pun tidak merungut ketika itu kerana saya mahu berikan rezeki yang halal untuk permata hati saya (anak). Susu badan pula tidak banyak. Mungkin kerana terlalu tertekan dengan sikap bekas suami ketika itu. Anak pula hantar kepada ibu saya. Saya memberikan ibu saya RM300. Beli barang anak RM300. Ada baki lagi RM200. Duit itulah yang ada untuk makan. Isi minyak motor bekas suami, beli rok0k bekas suami (bila dia minta).

Saya cuba sedaya upaya untuk merancang keluarga dek kerana ekonomi yang memang langsung tidak stabil. Tetapi, apakan daya, saya hamil anak kedua pada Ogos 2014. Dan bersalin pada April 2015. Pada masa itu, dia masih tidak bekerja. Saya masih ingat macam mana saya dan dia boleh berg4duh besar kerana saya mem4ksa dia mencari kerja kerana dia sudah habis belajar.

Kerja dia yang sekarang ni, sampai dia boleh buat kenduri kahwin di dewan dengan isteri baru, dan menc4ci saya dengan penuh Iagaknya. Sedangkan dulu sayalah yang carikan perkerjaan untuknya. P4ksa dia pergi interview. Bukan dia sendiri. Perangai masih sama. Masuk anak kedua belum habis pant4ng, masih mahu sentaI. Tetapi kali ini, tahu sikitlah tanggungjawab. Belikan set berpant4ng, bagi duit berurut. Puasa? Saya tak berapa ingat. Dia berpuasa ataupun tidak.

Pada tahun 2015, saya tidak ingat bulan berapa. Kami ada menfailkan isu taIak takIik. Kerana kami berg4duh besar sehingga saya keluar balik ke rumah ibu saya. Saya sudahpun mengambil semua pakaian saya dan pulang ke rumah ibu. Ketika itu saya sudah tidak tahan. Baran. Dan tak habis habis mengugvt nak ceraikan saya. Saya nekad. Malam itu, melalui mesej. “Kalau kau tak balik sebelum jam 11 malam, jatuh taIak 2”.

Saya cuba untuk pertahankan rumahtangga ketika itu kerana anak masih kecil. Saya meminta dia mengambil saya di rumah ibu. Dia tidak mahu. Meminta untuk menyusahkan lagi ibu saya. Sehinggalah jam menunjukkan 11.20 malam. Barulah dia muncul untuk membawa saya pulang. Dan membuat hukvm sendiri. Bawa saya pulang, menyetubvhi saya dikira sebagai rujuk. Keesokkan harinya, saya dan dia pergi ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz taIak takIik. Selepas mendaftar kes, saya dan dia pergi ke bahagian perundangan hal ehwal keluarga untuk mendapatkan sijil rujuk sementara.

Dalam masa mendaftar kes pengesahan lafaz taIak, saya diminta kemukakan bukti SMS yang dihantar kepada saya. Dan secara kebetulan, telefon saya kehabisan bateri. Bekas suami memarahi saya di hadapan 2 orang pegawai di kaunter dan terus berlalu. Masih saya ingat, pegawai di kaunter tersebut berkata kepada saya, “bateri habis pun nak marah awak depan orang. Macam mana awak boleh jadi bini dia.” Saya hanya tersenyum. Malu? Ya, saya malu kerana itu bukan pertama kali dia buat macam tu pada saya. Sebelum ini di depan keluarga, di dalam shopping mall. Mana – mana dia rasa dia nak tengking saya, dia akan tengking tanpa rasa segan silu.

Oh ya, sepanjang perkahwinan saya, saya hanya duduk menumpang di rumah ibu mertua saya. Di dalam rumah tersebut ada abang ipar yang tidak bekerja, pakcik, adik ipar lelaki dan adik ipar perempuan. Tetapi pada tahun kedua saya berada di sana, adik ipar perempuan saya tidak lagi tinggal sebumbung dengan kami kerana dia mahu tinggal bersama ibu tiri barunya. Ya, bapa mertua saya berkahwin lagi ketika baru 2 hari menimang cucu pertama. Abang ipar tidak bekerja atas sebab apa saya tak pasti. Sebab secara fizikaI dan mentaInya, dia masih sihat walafiat.

Sepanjang berada di rumah ibu mertua, segala bil tidak pernah bekas suami ambil tahu. Barang – barang dapur semua kena guna yang ibu mertua belikan. Kalau saya ke kedai tanpa bekas suami saya, saya memang akan beli sabun basuh kain, softlan atau apa saja yang saya rasa saya patut beli. Tetapi, jika saya meminta bekas suami beli, memang akan berg4duhlah. Pada saya, dia terlalu rasa diri dia berkuasa. Ibu mertua dan bapa mertua saya juga takut pada dia. Sebab itu, segala apa yang dia minta akan diturutkan. Pada dia, dia SUAMI dan dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu terhadap saya. Sekiranya saya ingkar, saya NUSYUZ. Dan macam biasa, ugvt untuk ceraikan saya.

Bil api mula dibayar setelah 4 tahun duduk menumpang. Itupun kerana dia pasang penghawa dingin di dalam bilik tidur. Kalau tak, mungkin sampai m4ti tak nak bayar. Banyak kali saya isukan. Cari rumah sewa, tak besar pun tak apa lah. Janji saya ada ruang sendiri. Ya, seperti biasa. Berga4uh dan akhirnya saya dic4ci. Dik4tanya saya tak sedar diuntung, tak sedar diri.

Setiap kali balik kerja, saya lah yang terk0ntang kanting menyiapkan anak – anak. Dia? Main Mobile Legends. Ada 1 haritu, anak saya mahu datang bermanja dengan dia. Ditepisnya anak saya ketepi sebab dia tengah berper4ng dalam telefon (Mobile Legends). S4kit betul hati saya masa tu.

Balik rumah, mengadap pula abang ipar yang tidak bekerja. Kenc1ng kucing merata – rata, t4hi kucing sampai kering dalam bilik air. Sayalah yang kena buat semua benda tu. Sampai satu tahap, saya akan duduk di rumah mak saya, dah siap mandi semua, betul – betul nak tidur baru balik ke rumah ibu mertua saya. Balik dah penat, malam minta pula bersama. Tak bagi, esok tak dapat duit belanja. Sikit pun dia tak peduli saya ni lapar ke tak? Bila saya cakap saya tak berapa sihat, dia cakap “banyak peny4kitlah kau ni. M4tilah lagi bagus,”. Setakat SEM3MEH, TAK LAWA semua saya dah biasa dengar. BOD0H ada B4BI pun ada. Saya sabar.

Dituduhnya saya curang dengan seorang lelaki. Saya tidak melayan. Lelaki tak guna tu yang tiba – tiba mesej sayang pada saya. Saya malas nak explain apa – apa, saya mengiyakan je apa yang bekas suami cakap. Ugvt lagi nak cerai. Dalam hati, “okay, kau sabar jap,”

Sampailah satu malam tu. Beberapa hari lagi adik saya nak kahwin. Sepupu saya (perempuan) plan satu majlis Bachel0rette Party untuk adik saya. Seminggu sebelum tu, saya sudah beritahu kepada bekas suami bahawa saya ingin ke parti tersebut. Dia hanya cakap, kalau nak pergi, tengok performance la macam mana. S4kitnya lah hati saya. Adik saya, bukan kawan saya. Adik saya minta jadi saksi borang nikah pun cakap tak ada masa, padahal main game je. Nak pergi parti tak ajak dia pun.. nak kena perform. Ingat saya peIacur kelas atasan ke?

Hari yang dinantikan tiba. Malam tu, saya tidak mahu disentuh kerana dia tidak membenarkan saya pergi ke parti tersebut. Setibanya di pejabat. Saya mesej, “I can’t do this anymore,”

Dia reply, “ Kalau kau pergi jugak bachel0rette party adik kau dengan sepupu and the gang, jatuh taIak 3,”. Ya, saya menangis. Rumahtangga saya dipertaruhkan dengan parti adik sendiri. Malam itu, saya nekad. Jatuhlah taIak 10 sekalipun. Saya tetap akan pergi. Kerana segala perbuatan dia cukup menjelaskan bahawa dia tidak pernah menghargai saya.

Ketika dalam perjalanan ke parti, bekas suami berkali kali menelefon, tetapi saya tidak angkat. Ya, saya sengaja. Dan dia menelefon adik lelaki saya yang ketika itu ada bersama, adik lelaki saya memberikan panggiIan itu kepada saya.

Menangis teresak – esak. Siap tanya, kenapa buat macam ni. Ugvt lagi, kalau tak balik, nak bawa lari anak – anak saya. Memang saya takkan balik. Parti tamat. Saya pulang ke rumah ibu saya. Keesokkan harinya, saya cuba untuk berfikir sebentar. Sah ke taIak takIik dalam mesej? Dia mengajak saya ke pejabat agama. Ustazah tersebut memberitahu bahawa itu berg4ntung kepada niat. Dia menafikannya. Saya tergamam, tidak tahu mahu buat apa. Saya ikut dia pulang ke rumah.

Dan.. sejak malam itu sehinggalah ke malam terakhir, tidak pernah sekalipun dia lepaskan peluang untuk tidak menyentuh saya. Saya nak atau tak, tidak langsung dia peduli. Akhirnya, saya berjumpa dan kongsi masalah saya pada rakan sekerja saya, seorang lelaki. “You deserve better than this. Tak perlu fikir anak kecil lagi. Fikir diri sendiri yang lama dah siksa,”.

Ya, dialah lelaki yang saya pilih selepas suami saya. Kenapa? Ketika bekas suami saya tidak memberikan duit belanja makan, dia yang membelikan makanan. Entah dari mana perasaan masing – masing timbul. Dan isu lelaki ini, menjadi subjek dan target utama bekas suami. Canang pada semua orang saya curang. Ya, saya curang. Tetapi ketika rumahtangga saya sudah retak menanti beIah. Hanya saya yang tahu keretakkan itu boleh dibaiki atau tidak.

Lelaki itu tidak memberi janji manis ataupun menghasut. Saya sendiri yang pilih jalan hidup saya. Lelaki itu sedikit pun tidak ada kena mengena dengan punca penceraian saya. Sekurang – kurangnya, saya mengaku bahawa saya curang. Dia? Belum sampai setahun pun dah berkahwin dengan orang lain. Ada saya meminta duit pendaftaran tahunan sekolah anak – anak saya yang berjumlah RM3200.00. Saya minta RM 1,600.00 dari dia. Alasan masih sama. Tak mampu beri RM 1,600.00. Cuma mampu RM 1,200.00. Ok. Saya diam.

Yang buat saya terkilan. Aqiqah anak masih tak buat. Yuran sekolah anak, tak mampu bagi, tapi kenduri kahwin boleh buat besar – besar? Bulanan cuma beri RM300 untuk dua orang anak. Lebih, tak mampu. Saya berdoa supaya satu hari nanti dia memang tak mampu berbuat apa apa lagi.

Itu sahaja cerita saya. Sekian, terima kasih. – Zaza

Komen Warganet :

Meesz Deena : Saya berpendapat duit kenduri dekat dewan tu pakai duit bini baru. Biar dia tahu langit tinggi rendah. Saya tak sangka masih ramai (ada) lelaki yang pandang perempuan sebagai objek s3ks semata. Dengan tak puasa, solat macam mana ?? Kat mana kita boleh dapat pembeIaan selepas apa kita k0rbankan ? Jaga anak, layan nafsu, habiskan duit semata – mata beIa biawak hidup. Alhamdulillah awak tak salah pilih. Kalau saya kat tempat awak pun saya akan buat yang sama. Semoga hubungan yang baru ni sampai syurga. Amin…

Ain Fathihah Fhm : Sendiri silap langkah. Betullah, masa nak kahwin tu masing – masing sangat muda, belum mat4ng dan memang belum masanya untuk berkahwin. Tahniah sebab awak buat keputvsan yang bijak untuk keluar dari perkahwinan sebegitu.

Nurul Najwa Abd Karim : Menikah sebab nak melepaskan nafsu jer. Kalau carik luar kang HAR4M. Jalan selamat menikah jela. Semua family tanggungkan. Tak jalan tanggungjawab sebagai suami takpe. Isteri tak boleh, jatuh har4m bila tolak kehendak suami. MeIuat.

Denia Eyenie : Bagus jygak cerita mcm ni. Atleast remaja – remaja sekarang sedar. Perkahwinan memang penuh dengan tanggungjawab. Kalau suami bekerja dan gaji murah tapi masih adea rasa tanggungjawab dan komited dengan family. Itu ok. Susah kalau suami jenis macam tt ni.

Marsya Aireen Hezry : Sis kuat. Alhamdulillah terpilih untuk lalui ujian walaupun sangat meny4kitkan. Bukan semua orang dapat merasai ujian yang Allah beri. Sis terpilih dan bersyukurlah kerana selepas kejadian sis akan lebih kuat lebih tabah.

Apa kata anda?