Sudahlah saya ni c4cat tapi sering dimainkan oleh lelaki. Saya nekad juga kahwin, baru setengah tahun kahwin, suami curang

Saya ni lahir normal tapi sebab kesilapan orang lain, saya jadi c4cat tak boleh dengar macam orang normal. Saya persoalkan kenapa Tuhan buat saya c4cat dan saya diuji pula..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, saya penat sebenarnya dengan ujian macam – macam. Saya ni lahir normal tapi sebab kesilapan orang lain, saya jadi c4cat tak boleh dengar macam orang normal. Biasanya ya orang macam saya ni tak bersosiaI jadi bila saya mula berkenal dengan orang baru, saya tak dapat menilai orang baik atau jahat. Maksudnya senanglah orang nak pergunakan saya.

Saya tak dapat nak kenalkan diri saya dan tempoh bila saya jadi c4cat tu biarlah jadi rahsia sebab saya tak nak orang cam siapa saya. Kalau yang boleh cam siapa saya, jangan cerita dekat orang lain ya. Lepas habis spm, saya kenal dengan lelaki sebab dah dapat guna phone. Jadi kerap kali la saya couple putus couple putus.

Sebab kekurangan saya ni lelaki manalah ikhlas nak dengan saya. Lelaki anggap saya ni tempat buang kebosanan yang bila dia dah jumpa perempuan lain, dia tinggalkan saya. Sebab sentiasa ditinggalkan (putus cinta) saya selalu persoalkan kenapa Tuhan uji saya macam ni. Kenapa saya harus kenal dengan lelaki tak berguna.

Untuk pengetahuan pembaca, saya dah kahwin dan ada anak. Hmm 2 lelaki terakhir yang saya couple sebelum kenal suami saya ni. Seorang kerja onshore, seorang lagi ustaz lulusan di institut negara arab. Lelaki yang kerja onshore tu awalnya tersangat baik. Dia sanggup menerima kekurangan saya tapi dia suruh saya tunggu 5 tahun sebelum menghalalkan saya.

Dipendekkan cerita punca kami berpisah kerana perempuan lain. Perempuan itu berpurdah dan juga follower saya di instagram. Satu hari  teman lelaki abaikan saya, nak tak nak je dan saya macam syak ada tak kena, sampailah kantoi teman lelaki saya reply setiap ig story follower saya tu.

Saya kecewa lalu bawa diri, teman lelaki bahkan ajak saya berkawan selepas putus tapi saya tak nak. Sampai di situ saja kami contact. Yang kedua lelaki bergelar ustaz. Mesti korang tak sangkakan kenapa ustaz boleh bercinta. Entahlah mungkin kerana kami masih muda baru berumur 20-an masa tu.

Sebenarnya dah bertahun – tahun saya kenal ustaz tu. Tapi selepas saya putus dengan ex onshore baru saya bercinta dengan ustaz. Tapi sekali lagi hubungan yang tak jadi. Ibunya tak nak saya jadi isteri dia dan ibunya carikan calon isteri yang berlatarkan anak seorang ustaz dan pelajar alimah. Entahlah, ataupun tak  boleh terima status saya yang tak sempurna ni.

Saya faham lagipun saya bukan berlatarkan agama tak sesuai untuk masuk dalam keluarga mereka. Saya pun tak contact dah dia selepas dia berkahwin dengan calon pilihan ibunya. Eh panjang pula cerita saya. Tapi sebab semua tu saya jadi hilang kepercayaan dekat Tuhan.

Saya persoalkan kenapa Tuhan buat saya c4cat dan saya diuji pula dengan lelaki tak ikhlas dan tak berniat halalkan saya. Selama setahun itu saya tutup hati saya. Saya tak nak kenal lagi dengan mana – mana lelaki tapi akhirnya hati saya terbuka untuk suami saya.

Permulaan hubungan kami sukar juga sebab saya di tahap taw4r hati dan saya sendiri tak berminat nak nikah dengan suami saya. Tapi saya kalah dengan pendirian ‘taw4r hati’ sebab suami saya tunjukkan macam mana dia menghargai dan setia (sebelum keluar per4ngai dia yang sebenarnya).

Dan kami nikah selepas setahun lebih kenal hati budi. Aku sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sekali lagi saya diuji. Lepas setengah tahun perkahwinan, suami suka naik tangan tiap kali berg4duh cuma masa ini belum curang lagi.

Tak lama kemudian, saya disahkan mengandung. Tapi kerana silap saya yang berdiam diri tak cerita ke famili dan tak lari (cerai) selepas dipukuI. Saya memilih bertahan dan beri peluang kepada suami. Malahnya semua itu tak dihargai.

Selepas saya melahirkan anak, berapa bulan selepas itu suami saya curang (suka isteri orang lain). Bagaimana remuknya hati saya, Tuhan dan saya saja yang tahu. Saya salahkan diri kenapa b0doh sangat tak cerai masa kena pukuI sebelum ada anak tu.

Sebab bila ada anak, saya nak cerai pun susah dah. Suami bagi alasan kesian dekat anak. Habis tu tak kesian dekat saya ke? Sampai sekarang saya tr4uma dan semua ini mengh4ntui saya, saya masih kecewa saya tak boleh maafkan semua kesalahan suami. – Inderloka (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Kird Ree : Jangan gedik nak salahkan tuhan lah, tak boleh terima lah sebab c4cat sebab kau sendiri pun suka dengan couple – couple ni. Sendiri tak jaga ikhtilat, pastu beriya terpaling diuji sebab kena curangi bagai. Kau sendiri tak balik pada tuhan, sebab tu ujian macam ni kau anggap tak adil. Anggap susah, anggap serabut. Kalau kau balik pada pencipta, lurus atas jalan dia, semua ujian tu kau akan lihat dari perspektif yang berbeza. Semua atas diri sendiri je. Goodluck

Shida Samsudin : Saya simpati dengan puan tapi janganlah kecewa dengan Tuhan. Orang lain yang sempurna tubuh badan tiada kec4catan pon diuji sama macam puan. Dicurangi, dipukuI, dihujat dengan m4kian.. ujian manusia tak sama.

Setiap orang ada ujian masing – masing. Jangan tengok kesempurnaan hidup orang lain tapi tengoklah yang di bawah kita. Dunia ini memang medan ujian. Mungkin mudah untuk saya cakap, namun puan haruslah berdamai dengan takdir.

Ketentuan Allah dan seterusnya cari jalan keluar dari permasalahan ini. Ada anak tak bermaksud tak boleh bercerai. Banyak pilihan yang ada, samada nak diteruskan atau tidak.

Noraziah Amdan : Dah naik tangan sanggup ke bertahan? Badan tt bukan kayu, bukan batu juga bukan besi. Sedangkan kayu boleh patah, batu boleh terbeIah dan besi boleh bengkok. Setakat sorang anak masih mudah lagi nak handle. Andai anak bertambah, orang itu pulak bukan sekadar curang, naik tangan juga, lagi parah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.