Housemate suka duduk dalam bilik gelap dengan bau kemenyan. Satu hari saya nampak ayam berulat dalam microwave

Tapi kan nak cerita, dia kat rumah asyik berkemban ja dengan kain batik. Macam orang dulu – dulu tu. Saya tak pernah tengok dia pakai full. Baju dia pun saya tak pernah jumpa kat ampaian. Baru ni saya terjumpa satu buku nota dalam tu ada lukisan – lukisan klasik..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua, saya baru pindah ke ibu kota dah nak masuk 4 bulan. Saya sewa bilik dengan housemate saya yang bernama Salwa (nama samaran). Saya jumpa iklan sewa bilik kat mudah then lepas contact tengok rumah semua saya berkenan la.

Salwa kata dia pun sewa rumah ni dah nak masuk 6 tahun dan berniat nak sewakan sebuah bilik atas faktor kewangan. Selama 6 tahun tu dia hanya menghuni seorang diri ja, Salwa berumur 37 tahun. Mula – mula pindah masuk tak rasa apa yang pelik pun.

Saya memang suka rumah dia, kemas bersih, barang tak banyak dan dia bagi saya guna semua perkakas rumah dia. Salwa kata sebelum ni ramai yang datang tengok bilik, tapi dia tak berkenan dengan orang – orang tu. Dia cari yang betul – betul berkenan ja.

Bila tengok saya dia terus rasa berkenan tu yang dia sewakan dekat saya. Tapi dia pesan satu benda, jangan sibuk hal dia sebab dia pun tak akan sibuk hal saya. Saya lagi suka la dengan deal macam tu. Memang saya pun jenis buat hal sendiri ja.

Pergi kerja balik kerja saya akan lepak bilik ja. Kalau dia ajak makan ja saya akan lepak hall. Tapi lama – lama duduk saya baru perasan, Salwa ni macam setiap masa ada ja kat rumah. Saya fikir maybe dia dah tak kerja. Tapi dia rajin belikan saya makanan.

Kadang – kadang dia masak dan pesan suruh makan kat rumah. Kadang – kadang terfikir jugak, dia kata ada masalah kewangan tapi makanan yang dia beli untuk saya semua mewah – mewah. Tapi saya memang suka la rasa jimat duit.

Lagipun rasa m4akin akrab dengan dia sebab selalu makan sama – sama. Satu hari saya tanya Salwa dia kerja apa, dia kata doktor kat hospitaI selayang. Terk3jut saya sebab tak sangka dia doktor. Tapi ada la saya berseleroh kata selalu ada kat rumah ja doktor kan selalu sibuk.

Dia kata dia doktor postmortem ja kalau ada kes ja dia pi. Lepas tu dia cakap dia sebenarnya sangat suka kerja dengan m4yat berbanding orang hidup. M4yat takde kerenah. Saya just diam ja. Dari cerita dia saya tahu parents dia tingal kat luar dan kerja di kedutaan.

Adik beradik dia semua kerja oversea. Dia sorang ja stay kat malaysia. Nak cerita part yang saya rasa Salwa ni menyeramkan saya. Satu hari tu saya tertidur kat hall, then terjaga dalam 2 pagi macam tu sebab rasa tak selesa dan sejuk.

Bila buka mata terk3jut tengok Salwa betul – betul depan muka saya tengah perhati saya tidur. Saya tak tahu la berapa lama dia kat situ. Saya bangun kelam kabut tanya eh buat apa ni. Dia kata ingat nak k3jut awak, tapi tak sampai hati, so saya just temankan awak tidur kat sini.

Tapi cara dia pandang tu lain macam, tak reti nak explain macam mana. Menyeramkan. Then tanpa cakap apa – apa saya terus masuk bilik. Tapi malam tu tak langsung tak boleh tidur. Kejadian dia perhati saya tidur ni berlaku beberapa kali jugak.

Biasa la saya ni jenis cepat mengantuk kadang – kadang tengok tv terus tertido. Saya biasanya akan lepak hall kalau dia ajak ja, selain tu saya akan duduk bilik. Cuma kadang – kadang  ja saya akan keluar untuk tengok berita.

Saya jadi tak selesa dengan dia part dia suka perhati saya tido. Rasa terganggu. Lagi satu Salwa ni ada 1 habit dia suka mandi tengah malam pukuI 12. Bilik saya sebeIah toilet so selalu dengar dia mandi. Tapi sebenarnya saya tak selesa setiap kali dia mandi sebab dia suka menyanyi 1 lagu macam bunyi – bunyi siam.

Tapi saya tak tahu tu lagu apa. Tapi kedengaran agak seram. Saya pernah la bagitau dia, tapi dia macam diam tak respon apa – apa. Saya tanya awak tahu bahasa siam ke, pun dia diam ja tak respon apa – apa. Last – last saya pun diam la.

Ada sekali tu saya nak masak, tapi saya perasan dalam microwave ada ayam sekor dah berulat. Saya tanya dia, dia kata dia lupa nak keluarkan agaknya. Kemudian dia datang buang la. Saya terfikir la habis tu hari tu dia makan apa.

Then sebelum ni dia ada ja masak semua, tak kan tak perasan ayam dah rosak. Ada sekali tu saya kena demam selsema teruk. Dekat seminggu duduk rumah. Dia memang ada kat rumah ja langsung tak keluar. Tapi dia ada masak bagi saya makan, kadang – kadang dia order grab.

Saya tanya tak kerja ke, dia baIas tak de orang m4ti. Kadang – kadang saya pelik jugak bila masa dia beli barang basah. Atau mungkin dia order grab mart kot sebab selama duduk sini saya tak pernah langsung tengok dia keluar.

Tapi kan nak cerita, dia kat rumah asyik berkemban ja dengan kain batik. Macam orang dulu – dulu tu. Saya tak pernah tengok dia pakai full. Baju dia pun saya tak pernah jumpa kat ampaian. Lepas tu kan dia suka duduk dalam gelap.

Kadang – kadang lalu bilik dia, pintu dia tak rapat saya perasan bilik dia gelap. Then selalu bau asap kemeyan dari bilik dia. Saya tak tahu la apa dia buat kat bilik. Saya nak tanya pun ibarat mulut ni terkunci. Sekadar jeling – jeling macam tu ja la tapi tak nampak apa – apa. Just rasa seram ja.

Sejak saya duduk rumah ni, saya selalu mimpi arw4h nenek saya dalam keadaan menyeramkan. Nenek dah lama meningaI dan sebelum ni tak pernah saya mimpi dia. Tapi sejak duduk sini, saya mesti mimpi nenek dalam keadaan berkain kafan dan sedang tengok saya tidur. Sama macam dia tengok saya tidur dulu.

Tapi muka nenek sangat menyeramkan. Saya mesti akan terjaga 2 – 3 pagi setiap kali mimpi tu. Kemudian satu hari terjaga, saya terasa la nak pergi solat, bila nak keluar bilik saya perasan macam ada orang kat luar. Kan kita nampak bayang kaki dari ruang pintu.

Saya jadi seram dan takut, sebab terfikir mimpi tu sama.Tapi saya beranikan diri buka pintu, tapi takde sapa – sapa. Then saya pergi ambik wuduk keluar dari toilet tengok macam ada lembaga kat dapur. Sebab toilet bertentang dengan dapur.

Saya secara spontan buka lampu dapur tengok – tengok Salwa duduk kat situ. Saya tegur la “eh awak buat apa dalam gelap”. Dia cakap saja tak boleh tidur so lepak – lepak sini. Saya persoalkan, tak kan lepak dalam gelap. Dia gelak, dia kata tak la, ingat nak masak, tapi dok fikir nak masak apa sampai tak perasan lampu tak buka.

Dia tanya saya. Nightmare ke? Saya tanya macam mana tau, dia kata six senses sambil senyum – senyum. Saya rasa pelik dan blur dan terus masuk bilik. Tapi baru nak pakai telekung nak solat, tiba – tiba lampu terpadam.

Terk3jut la saya. Terus keluar dari bilik pergi cari Salwa, tapi dia takde. Saya pergi cari handphone nak buka lampu, then dia keluar dari bilik. Dia cakap oh takde elektrik ye. Tapi saya perasan dekat luar ada lampu, ibarat rumah kami ja tak de.

Bila saya bagitau dia, dia kata tak la, selalu jugak rumah dia jadi macam ni. Then dia pergi ambik lilin ajak saya lepak kat hall. Saya follow ja la dah memang saya pun penakut. Tapi saya terus pergi main box, tengok macam main suis di tutup.

Saya bagitau dia ada benda trip agaknya. Tapi dia diam ja bila dah ada lampu dia terus masuk bilik tanpa cakap apa – apa. Tapi keadaan macam ni banyak kali berlaku la. Sampai otak saya fikir dia ke yang sengaja tutup main suis tu.

Baru – baru ni saya terjumpa satu buku nota dekat ruang tamu. Dalam tu ada lukisan – lukisan klasik macam gambar mahsuri, then puteri gunung ledang benda – benda macam tu. Saya tanya dia, dia kata dia yang lukis.

Kemudian dia macam excited cerita pasal semua tu. Dia kata dia suka benda – benda macam ni. Tapi 1 hari tu saya bagitau dia, saya kata rumah ni rasa semacam la. Dia tanya semacam macam mana. Saya kata macam ada benda halus.

Then dia gelak. Dia kata saya percaya ke benda – benda macam ni. Saya baIas saya percaya. Tapi dia kata “perasaan awak ja kot. Maybe awak terlalu str3ss. Saya ada ubat untuk buat mind awak relax, awak nak tak. Saya cakap saya tak nak.

Then saya bagtau dia, saya rasa seram dengan dia jugak. Saya kata saya tak suka dia nyanyi – nyanyi tengah malam, duduk – duduk dalam gelap. Saya rasa tak selesa. Tapi dia gelak ja. Dia kata sikap dia dah macam tu. Dia selesa macam tu.

Dia mintak saya hormat dia sebab dia tak boleh ubah semua tu. Dia suka macam tu dia kata. Pastu dia cakap lagi, kalau rasa rasa seram tu just abaikan ja la. Mungkin m4yat – m4yat dari hospitaI ikut dia balik sambil dia gelak – gelak macam dia bergurau la.

Then dia cakap lagi, kalau u layan dan fikir h4ntu lagi suka nak kawan dengan u. Dia cakap macam tu. Saya diam ja tak jawab apa – apa. Saya dok fikir buang masa ja cakap banyak dengan dia. Solution yang ada kena pindah keluar.

Tapi saya pulak dalam dilema. Saya bayar 200 ja kat dia termasuk api air. Tempat lain tak akan dapat murah macam ni. Lagipun rumah dia apartment ada guard dan parking. Jadi rasa selamat. Lepas tu dekat dengan tempat kerja pulak.

Kalau tempat lain bilik kecik ja dah 4 – 5 ratus. Nak pindah keluar banyak kekurangan dari kelebihan sebab gaji saya pun kecik ja. Nak kirim kat kampung lagi. Saya tak tahu la saya ke yang bermasalah. Saya memang rasa rumah ni ada benda.

Kerap dah saya nampak kelibat dalam gelap – gelap dia kan suka rumah bergelap. Then bila saya dalam bilik, saya mesti nampak ada bayang macam orang berdiri depan bilik saya. Lepas tu saya rasa musykil betul ke dia ni doktor.

Rasa banyak benda was – was dengan dia.Tapi saya tak berani cakap lebih – lebih kat dia. Bila solat ke mengaji, mesti dengar orang ketuk – ketuk kat atas. Kadang – kadang dengar bunyi guli jatuh. Lepas tu asyik dengar orang bertukang je.

Bila cakap kat dia, dia kata perasaan saya ja. Sebab dia tak rasa apa – apa. Bila saya bagi cadangan nak panggil ustaz mai rumah, dia kata tak perlu dan jangan memandai sebab kita pun sewa rumah orang dia kata. Saya rasa buntu la.

Sejak duduk rumah ni saya tak pernah tidur lena. Tidur saya selalu tergangu sampai kurang focus kat tempat kerja. Sebab mesti terjaga dengar bunyi pelik – pelik tak pun mimpi arw4h nenek. Then tak boleh tidur sampai pagi.

Entah la saya buntu betul la. Apa saya nak buat ni ye, ada cadangan apa – apa tak ye. Terima kasih. Maaf kalau ayat berterabur. – Nayla (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Faizura Zulkifli : Pindah! Sis pernah terbaca 1 confession macam ni, tapi tak ingat kat mana. Confessor tu sewa rumah. Dia pon dapat roomate pelik. Rumah sentiasa bergelap, dia mula kerap mimpi ngeri dan kalau terjaga tengah malam, ada bau pelik, kemenyan.

Bila kat rumah, dia kadang – kadang rasa malas nak solat, selalu ngantuk, tertido dan akhirnya tertinggal solat. M4kin lama, m4kin banyak benda pelik dia hadap. Rupanya, roomate dia nak turunkan s4ka atau belaan apa ntah kat dia. Seram, nasib baik sempat keluar. Rasanya bapa dia kot yang selamatkan. Ntah lupa, lama baca dah. Punyalah seram, sampai sekarang teringat cerita tu.

Noraziah Amdan : Awak cari dulu bilik sewa lain. Dah dapat suruh bapak atau abang adik datang ke rumah, ajak awak balik kampung konon. Ada hal. Masa tu awak angkut semua harta benda keluar dari rumah itu. Awak kena keluar sebelum sesuatu yang mistik pulak menguasai awak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.