Bapak mertua baru umur 50, anak 8 orang tapi malas kerja. Dia suruh suami aku baIas jasa tanggung satu keluarga

Bapak mertua masih segak, kuat, tiada peny4kit, tetapi sdia beri alasan kerja dia pakai tuIang 4 kerat, dia dah penat. Tapi jalan merata ada pulak kudrat. Suami ada 8 adik beradik, ramainya suami nak kena tanggung. Yang terkini anak – anak sed4ra pula ada yang perlu disara.

#Foto sekadar hiasan. Assalamu’alaikum wbt. Saya baca kisah Abah yang mengharapkan anak – anak sara dia. Ye memang wujud manusia macam ni. Bezanya bagi saya, orang tu bapak mertua saya. Bapak mertua saya bukan le orang tak baik tapi entah kenapa dia tak nak bekerja dan hanya harapkan anak – anak yang atas sara adik – adik.

Masa kami menikah, ayah saya dan bapak mertua di awal 50-an. Mereka masih segak, kuat, tiada peny4kit, tetapi sikap ayah dan bapak mertua sangat berbeza. Disaat ayah saya masih sibuk dengan business yang sederhana demi menyara adik – adik saya, bapak mertua saya tenang sahaja kerana ada seorang anak yang telah bekerja iaitu suami saya.

Saya tak sangka langsung sebab bapak mertua bukan orang cetek agama. Dia beri alasan kerja dia pakai tuIang 4 kerat, dia dah penat. Tapi jalan merata ada pulak kudrat jadi saki baki duit simpanan dia memang untuk perbelanjaan dia sahaja gayanya.

Saya cakap dengan suami ayah saya elok je kerja lagi padahal kami 3 beradik aje. Dia tu 8 beradik, ramainya suami saya nak sara. Kesudahannya duit gaji sayalah untuk kegunaan kami, duit gaji dia semua untuk sara diri dia dan famili, samada di kampung atau adik – adik yang di Universiti atau di asrama.

Saya tak nak cerita terperinci sebab perkara ini dah lama dilalui. Lepas adik – adik satu per satu selesai belajar, sorang demi sorang kerja, sikit demi sedikit suami saya kongsi tanggungjawab tu dengan adik beradik yang lain.

Yang bongsu paling untung, apa nak semua dapat sebab ramai penaja. Keluarga suami tahu nafkah beralih arah sebab saya berterus terang tapi keadaan tetap berlarutan. Dah 20 tahun kawin saya sangat susah nak merasa duit suami. Dia habis kepada Mak Pak, adik beradik dan terkini anak – anak sed4ra pula ada yang perlu disara. Saya cuma nak pesan:

1. Yang belum menikah, sila cek bakal suami, isteri punya tanggungjawab kewangan kepada keluarga dia. Ada family yang memang brainwash anak – anak dah bergaji kena sara mak ayah dan adik – adik.

2. Jika ada tanggungjawab, tak mengapa, tapi biar ada had kerana di kalangan kawan serta rakan sekerja saya, ramai aje yang ada komitmen keluarga cuma mereka asingkan siap – siap dan tak lah sampai tak bertanggungjawab langsung financially terhadap isteri dan anak – anak.

3. Kalau dah termenikah dan dapati suami dan keluarganya pesen begini, jangan biarkan sebab percaya lah cakap saya this thing is not a day or two punya kisah. Be firm with your husband, beri kata dua, pergi Pejabat Agama atau Mahkamah buat aduan atau tuntutan.

Ini antara kekesalan saya kerana menyangka dari sehari ke sehari this will end tetapi tidak. Bukan makan minum dan yuran pengajian aje punya cerita, baiki rumah, beli motor, perlu tablet dan seribu satu macam keperluan kena dipenuhi dalam keluarga yang besar dan sedang membesar.

Another thing, suami yang dah selesa isteri berdikari kewangan rupanya susah nak ditune balik untuk lunaskan tanggungjawab hakikinya. Sebab dia tengok elok je kita anak beranak hidup. Dulu saya dah biasa makan hati, member0ntak tapi sekarang saya dah terima.

Banyak sebab saya mengalah tapi paling utama sebab saya rasa ujian saya tak seteruk orang lain. Keduanya, saya busy kerja dan sibuk membahagiakan diri dengan aktiviti yang saya suka sebab dia tak loghat nak menghalang.

Saya tak tahu orang seperti saya rasa macam mana, tapi untuk saya, meh sini saya cakap terang – terang (sebab identity anonymous kan), saya pikir jika saya m4ti dulu takpelah, saya dah buat lebih daripada apa yang sepatutnya kerana menanggung keluarga hampir sepenuhnya.

Tapi kalau dia m4ti dulu, InsyaAllah saya tak susah sebab biasa berdikari dan anak – anak kami sem4kin besar. Bila umur dah 40 tahun ni, kita tahu hidup tak sempurna, tak wujud happily ever after tu, jadi hadap lah apa yang kita sanggup harung. I lower my expectation.

Asalkan sihat mentaI fizikaI, bumbung makan pakai ada, cukuplah. Bersyukur. Tak mewah tapi tak susah hati sebab tahu tak semua perIawanan saya boleh menang di sini. Terima kasih sudi baca luahan spontan ini jika admin luluskan siarannya. Sorry cerita ni tak dram4tic, sebab saya rasa hidup kena realistic, baru aman.. hehehe.. – Didi (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ezd Airaniez : Ramai isteri makan hati bila suami utamakan nafkah mak ayah dia dulu baru isteri dan anak – anak. Sebab tu saya selalu tulis komen, semua orang kena belajar balik agama dan tahu turutan nafkah tu. Bila ikut turutan Insya-Allah ada rezeki lebih untuk dikongsi dengan orang lain.

Actually sempat lagi puan nak rasa duit suami tu. Ambil je wallet dia. Minta at least duit RM10 dan redha dengan duit tu as nafkah. Kalau dapat kad debit pun ok. Insya-Allah lepas dah redha, hati akan tenang. Rezeki akan bertambah. Hal per4ngai bapa mentua tu harap puan bertahan. Nak lagi senang, selamatkan keluarga kita dulu baru fikir keluarga orang lain. Wallahuaklam.

Rozanne Shah : Saya rasa suami tt ni bermasalah. Kalau tanggung adik beradik ok la jugak.. ni anak – anak sed4ra sekali tapi abaikan famili sendiri. Bila dah berduit, dia still takmo tanggung famili sendiri. So saya rasa dia sebenarnya gunakan alasan famili untuk tt jadi ATM famili kot.

Maybe dia bajet anak – anak dia akan tanggung adik – adik macam dia buat. Orang cakap, selalu lelaki ni akan folo pe’el ayah so sebelum kawen, pergi kenal ayah dulu (ni coach mat saleh pon cakap). Sian tt.. kena game sebab berharap suami buat macamni kejap je last – last sampai ke sudah.

Hamidah Hapizin : Didik anak – anak lelaki kita tentang tanggungjawab sebagai suami sebelum dia kawin supaya dia tak mengani4ya isterinya nanti. Bapak – bapak tolong tunjuk contoh sebagai suami yang baik, menafkahi isteri dan anak – anak mengikut ajaran Islam. Isteri – isteri, tuntutlah nafkah kamu. Itu hak kamu. Jangan nak jadi superwoman sangat sampai suami rasa sangat selesa tak berikan nafkah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.