Sy4itan apa yang merasuk aku, aku kikis duit suami beli shopee 2k. Aku baIas d3ndam, cukup 6 bulan kahwin aku minta cerai

Aku cakap dekat suami nak pinjam fon nak beli barang kat shopee. Kebetulan link dengan akaun bank suami. Aku belanja je beli barang – barang merepek sampai nak dekat dua ribu dia habis. Sebelum ni nak guna 300 pun rasa kesian dekat suami..

#Foto sekadar hiasan. Salam hi readers, masa menulis coretan ini aku lagi di dobi menunggu kain aku untuk siap. Aku Latipa, berumur pertengahan 20-an, tinggi 167cm, berat 66kg, putih – putih melepak dan dulu bekerja sebagai PA syarik4t marin.

Ofkoslah aku nak bagitau detail sebab aku nak kena judge kenapa benda ni terjadi dekat aku dan lelaki nak apa sebenarnya? Termenung aku sendiri terkenang nasib setahun yang lalu. Setahun yang lalu, aku minta dilepaskan bekas suami aku kerana sesuatu yang aku sendiri tidak sangka.

Bekas suami baik, pendek – pendek tegap orang Sabah panggil, berkulit putih pink – pink. Minta apa saja sudah tentu akan ditunaikannya. Iphone baru, Macbook AirPro, honeymoon ke Semporna, ke Kundasang, ke Zamboanga, confirm akan ditunaikannya.

Awal perkahwinan kami sepakat merancang untuk tidak ada zuriat. Nak honeymoon kata aku. Tanpa banyak soalan, dia mengiyakannya. Alhamdulillah, semua baik saja sehinggalah suatu malam. Malam itu jam sudah menunjukkan pukuI 10 malam.

Bekas suami aku kerjanya banyak terlibat dengan event di hotel grand – grand. Jadi bila bercakap pasal majlis, sudah tentu sehingga pukuI 3 ke 4 pagi jugak baru dia balik ke rumah. Cumanya malam itu aku rasa lain. Aku whatsapp bekas suami aku bertanya agak – agak pukuI berapa nak balik?

Jawapan pertama katanya dalam pukuI 12 malam. Usai 12 malam, katanya pukuI 1 pagi. Usai pukuI 1 pagi mata aku sudah mengantuk sebab tidak biasa berjaga malam. Tapi aku gagahkan juga. Aku pun lepak di ruang tamu rumah aku, melihat whatsapp aku tidak di ‘seen’, aku call tapi tidak diangkat. Risau semua ada.

Dalam kepala aku masa tu, mungkin dia kemaIangan ke, fon dia tertinggal kat ofis ke, tak pun dia tertidur ke. Biasalah isteri kan dia punya overthinking tu tak boleh nak bawak bincang. Takpelah aku sabar menunggu. Rilek, tenangkan fikiran.

Aku tidak tidur masatu, jam pun sudah menunjukkan pukuI 4 pagi kalau di Borneo, tidak lama lagi akan azan Subuh. Alang – alang dah nak subuh ni, tak payah tidur la kan. ‘Bunyi tombol pintu terbuka’. Oh bekas suami dah sampai.

Okey, lega sikit rasa. Muka dia agak terk3jut bila tengok aku masih terbangun dan sedang menatapnya masuk ke dalam rumah. Macam nampak h4ntu pun ada. “Abang.. lambatnya sampai.” sapa aku. Tidak cakap banyak, dia terus masuk ke bilik, tanggal pakaian dan terus pergi mandi.

Mata aku terpanah melihat whatsapp di telefonnya. Fonnya tinggal macam tu je. Dia lupa nak lock. “Wow! Whattt?? Seriously?” Aku check history searched dekat akaun Facebooknya, “Group Janda %@&”, “kenapa tidak puas ketika s3ks”.

Aku check telegramnya, wechatnya, dan segala media sosiaInya. Dalam chat ada wanita yang menghantar mesej kepadanya, “Hotel H#%$, PukuI ****, RM300/hour” dihujung mesej perempuan yang the latest itu bertanya, “Okey tak servis sayang tadi?”

Mesej ni 3 jam yang tadi. Sempat aku tangkap gambar mesej – mesej sweet diorang ni. Bekas suami baru habis mandi. Cepat – cepat aku buat donno dan alihkan pandangan ke telefon aku. Dia ternampak fonnya di sebeIah aku cepat – cepat dia mengambilnya.

Selang beberapa minit, aku cakap dekat dia nak pinjam fon nak beli barang kat shopee. Sy4itan apa yang merasuk aku tiba – tiba nak beli barang subuh – subuh kan? Dah dapat fonnya, aku check balik whatsapp perempuan tadi, eh dah hilang. Dah delete agaknya.

Takpelah, aku pun bukaklah shopee kan. Kebetulan shopee tu dia link dengan akaun banknya. Apalagi, memang dirasuk sy4itan masatu, aku belanja je beli barang – barang merepek sampai nak dekat dua ribu dia habis.

Selalunya aku berkira – kira pasal bajet. Bagi aku RM300 tu pun dah dikira banyak untuk skincare. Ahh lantaklah.. Daripada kau perabis duit bayar betina tu, baik aku perabis duit kau. Selama ni aku taknak pun kau manjakan aku dengan macam – macam sebab aku kesian tengok kau kerja sampai pagi sampai takda masa dengan aku.

Ohh rupanya masa kau habis dekat betina – betina kat luar kan. Takpelah dua ribu ni sikit je kan. Keesokan harinya dia cuti tidak bekerja. Seharian juga dia tidur, zohor baru terbangun. Aku tak masak, aku tak kemas bilik, aku tak cuci kain, aku tengok TV je sampai aku rasa nak t3mbus mata aku tengok TV tu.

Mata ni kalau ada laser dah t3mbus dah sampai kat tandas jiran. Pastu dia pun tanya, “kenapa tak masak yang? Abang lapar.” Aku kata takdak mood. Nak makan luar. Perkataan MAKAN LUAR tu aku tekan sikit. Pertama kali dalam hidup aku, aku takdak selera nak makan.

Sebelum tu elok je makan apa pun okay. Seharian aku sabarkan. Aku tak nak meIetup siang – siang. Lepas je solat maghrib berjemaah dengan bekas suami, dia nak aku salam tangan dia tapi aku kata aku tak nak. Aku jijik!

Panjang sebenarnya drama dekat situ tapi aku pendekkan. Aku tanya bekas suami kenapa buat benda tu? Katanya sebab aku yang tidak bersedia untuk ada zuriat. Padahal kami sudah sepakat dengan persetujuan tu masa awal perkahwinan dan padahal usia perkahwinan kami baru sahaja enam bulan.

Banyak persoalan yang aku lontarkan. Persoalan demi persoalan sehingga aku rasa aku ni tidak cukupkah? Padahal setiap kali dia minta aku untuk tunaikan tanggungjawab sebagai isteri, aku akan tunaikan. Tidak pernah sekalipun aku menolak.

Pernah jugak terjadi, period baru hari keempat tapi dia minta juga. Takpe aku tunaikan. Satu lagi aku tanya dia, ‘so kalau kau main dengan betina tu, betina tu boleh bagi kau anak ke?’ Masani aku tak boleh kawal em0si dah.

Suara aku mendatar tapi ayat aku m4kin pedas. Aku tak boleh tinggi suara sebab dia masih suami aku masatu. Atas dasar kesihatan, aku minta untuk dilepaskan. Aku tidak yakin sudah berapa banyak perempuan kat luar sana yang bekas suami ‘main’, aku tidak mahu dijangkiti apa – apa.

Walaupun bekas suami kata dia masih ‘clean’ dan janji tidak buat lagi, aku was – was dan tawar hati. Kami pun berpisah cara baik. Bila family tanya kenapa nak berpisah, aku tidak menyuarakan sebab sebenar kerana aku masih menjaga aib dan air mukanya.

Alasan kami berpisah mudah, ‘Kami sudah tiada persefahaman dan mahu membawa haluan masing – masing’. Menangis bekas suami aku, merayu, minta ampun, minta untuk tidak berpisah. Kepala otak aku yang degil ini tiada toleransi bab – bab begitu.

Lantak kaulah nak main dengan banyak betina. Short and sharp setahun sudah pun berlalu. Aku masih single tiada boyfriend. Title janda yang aku bawak ni buat aku menjauh dari kalangan keluarga. Malas aku dipersoalkan kenapa kenapa dan kenapa.

Lagi malas aku nak pergi kenduri kahwin keluarga. Sudah tentu mereka akan bertanya mana suami sebab yang tahu aku sudah bercerai ni pun hanya dalam kalangan keluarga terdekat saja. Aku pun mengambil keputusan untuk tinggal dan bekerja sendiri di Malaya. Tidak pernah – pernah aku tinggal jauh dari keluarga aku ya.

Sepanjang di sini, Alhamdulillah aku tidak perlu hadap soalan – soalan sensitif. Tiada yang mengenali aku mahupun mengetahui status aku. Status aku inilah yang buat aku rasa, sudah tiada lagi lelaki di dunia ini yang mahukan aku.

Sehingga aku rasa aku tidak layak untuk jumpa lelaki yang baik lagi. Lagipun aku segan nak bagitau yang aku pernah berkahwin. Jadi biarlah masa yang tentukan segalanya. Sekian, anak rantau yang jauh rindukan rumah. – Latipa (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Salam hi readers, Alhamdulillah terima kasih akak – akak yang sudi berikan banyak suntikan kata – kata semangat kepada aku dan yang membuat aku terhibur bila ada yang tertanya – tanya aku asal mana? Kenapa ke Malaya? Aku bukan orang Malaysia ka? Comel je..

Takpe aku memang nak korang jadi overthinking. Ada yang kata aku buat keputusan yang bijak. Terima kasih aku ucapkan. Sebenarnya sebelum keputusan itu aku buat, terlalu banyak faktor lain yang perlu aku pertimbangkan kerana di mata keluarga, kami berdua adalah pasangan yang bahagia dan tidak pernah menunjukkan apa – apa tanda untuk berpisah.

Mak ayah aku pulak suka dengan bekas suami. Family bekas suami pulak sangat baik dengan aku. Sebab itu ramai yang terk3jut bila aku tiba – tiba berbuat demikian. Meraung, menangis, menyalahkan diri sendiri, tertekan, hilang selera makan dan tidak mahu jumpa orang itu semua hampir seminggu straight aku dah hadap. Perit kan?

Soal jodoh? Ramai yang mendoakan. Terima kasih ya. Percaya atau tidak, setakat ini sudah empat orang yang datang melamar aku baik melalui orang tengah mahupun melalui mesej dan alhamdulillah semuanya aku berjaya tolak secara baik – baik.

Bukan sebab aku rasa aku cantik, lawa, atau meninggi diri, tapi sebab aku jujur aku belum ‘move on’ dan sukar untuk aku lupakan. B0doh bukan? Tr4uma aku. Aku tengok lelaki hensem pun aku tiada perasaan. Terasa sudah m4ti jiwa aku dan kosong pandangan aku.

‘Healing’ tiap minggu di tepi pantai Port Dickson pun belum tentu betul – betul menyembuhkan. Sewa ‘inflatable sofa’ sendiri – sendiri, pacak di mana – mana, baring di tengah – tengah lautan manusia, dan tengok sunset sambil membandingkan sunset di Tanjung Aru dan Port Dickson pun terasa masih kosong. Apa ya mauku? Aku pun keliru. Sandi kan?

Bekas suami? Percaya atau tidak dia masih dengan rasa bersalahnya. Setiap minggu tanpa gagal, dia pasti akan menghantar mesej bertanya khabar atau ‘videocall’ tanpa sebab. Kadang – kadang aku tidak reply. Aku seen je, aku tak angkat dan biarkan saja.

Pernah sekali dia tanya, “Macam mana kalau kita kahwin lagi? Kalini aku janji aku akan buat yang terbaik” katanyalah. Tapi macam biasa, aku seen je semua fantasi merepeknya. Kalau reply pun, hantar sticker je. Lucu bukan?

Nak ambik hati aku balik sudah terlambat walaupun usahanya ada. Bank in duit belanja, hantar bouquet ke rumah di kampung masa birthday, dan belikan kasut running asics warna kegemaran aku. Semua aku bagi adik aku je. Sia – sia je kan?

Buat masa sekarang aku fokus dengan diri aku. Aktiviti berlari menjadi terapi. Bayangkan dari semput nak berlari sejauh 1km sehinggalah aku boleh berlari non-stop 5 km dalam masa 30 minit. Hebat bukan? Tapi penat berlari itulah yang boleh buat aku senang tidur malam.

Alhamdulillah, seronok dapat meluah dekat sini sebab mak aku pun tak pernah tau aku sekoyak ini sejak peristiwa yang lalu. Teruk anaknya ni kan? Sekian.. – Latipa (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Intan Nasuha : Saya pun pernah berkahwin dan pergi tempat orang bawak je status bujang. Alhmdulillah 2 tahun lebih saya dah jumpa jodoh saya. Sampai saya dah kahwin baru pun. Kawan – kawan langsung tak pernah taw saya dulu pernah berkahwin. Semoga awak kuat, masa akan sembuhkan Iuka. Status J slalu dipandang h1na so bawak je status baru. Ada ja lelaki bujang, duda nanti, jangan risau.

Siti Noraini Maidin : Alhamdulillah, syukur juga tiada anak lagi dan saya puas hati tt sempat “kikis”. Ya la kita ni kesian nak minta itu ini, rupa – rupanya senang – senang ja 300 bagi ke peIacur ya.. good job.. tenang – tenang ja.. insyaAllah moga bertemu jodoh yang lebih baik nanti.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.