Tadi aku tumbvk pintu tandas bertalu-talu. Suami langsung tak tolong kerja rumah, nafkah RM50 tapi nak dilayan macam raja

Dia pernah cakap dekat aku apa yang dia nak dalam bab bilik tidur. Dia nak setiap hari, bila aku cakap penat, dia akan buat status pasal tanggungjawab isteri layan suami..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Nama aku Tasha, 33 tahun. Berkahwin awal tahun 2023. Bekerja dalam sektor korporat. I know thing is not going right anymore bilamana pagi tadi aku tumbvk pintu toilet bertubi – tubi tanpa sedar.

Aku str3ss tapi aku tak tahu nak tuju pada siapa untuk diluahkan. Buat masa ni aku tak ready lagi nak ceritakan masalah aku pada orang – orang terdekat tapi aku buntu dan sem4kin makan hati saban hari. Suami aku tua 5 tahun dari aku.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Peringkat – peringkat kami dari dia mula – mula jumpa mak abah aku, bertunang, sampailah ke berkahwin. Semua berjalan lancar. Antara kedua – dua keluarga pun takda masalah dan boleh mingle around walaupun keluarga dia jauh dari pantai timur dan keluarga aku di ibu negara.

Selepas berkahwin, 2 bulan pertama adalah fasa bahagia. Dia masih lagi ambil berat pasal aku, suruh apa – apa laju je buat. Masih layan apa kehendak aku. Masuk bulan ketiga dia dah mula nak tunjuk per4ngai dominant. Aku tak kisah sebab lelaki memang nak dominant pun tapi dia punya dominant tu, dia suka tiba – tiba nak senyap, tak bercakap dengan aku tanpa sebab bila benda yang aku buat dia tak berkenan.

Aku dah pernah cakap dengan dia, aku masih dalam fasa belajar urus rumah tangga. Kalau ada apa – apa tegurlah. Kalau marah cakap. Bagitahu, bukan diam je. Dia suka bagi aku silent treatment. Aku mula – mula tak paham.

Tapi aku masih mintak maaf dengan dia sebab aku taknak benda tu berlarutan berhari – hari. Dia pernah cakap dekat aku apa yang dia nak dalam bab bilik tidur. Dia nak aku once in a time, aku yang request dulu hubungan intim dengan dia.

Dia nak aku bersiap pakai baju dan berwangi – wangian untuk dia. Dia nak aku yang peIuk dia masa tidur. Dia nak setiap hari, bila aku cakap penat. Dia akan silent treatment lepas tu mula la buat status whatsapp pasal tanggungjawab isteri melayani suami.

Oleh kerana kitorang berdua kerja. Aku pernah cakap dekat dia, untuk sama – sama bantu dengan kerja rumah. Kalau aku masak, dia mencuci. Kalau aku dobi baju, dia tolong sidaikan. Kalau aku vakum, dia tolong mop. Tapi dia cakap dia tak reti. Aku diamkan saja. Malas aku nak suruh – suruh lagi.

Lepastu dia jawab, kalau larat buat, kalau tak larat biar je. Tapi dalam pada dia cakap macam tu, dia tak sedar yang sebenarnya dia bagi tekanan pada aku. Jadi aku buat. Aku buat yang mana aku sempat dan larat. Tapi lama kelamaan apa yang dia cakap tu tak serupa bikin.

Aku masih lagi masak untuk bekal kerja, dan makan di rumah but not on daily basis. Contoh dalam seminggu, paling paling pun 3 hari aku akan ajak makan luar je. Pernah sekali tu aku ajak dia pergi makan lepas balik kerja.

Lepastu dia cakap dekat aku “Awak nak makan luar awak la bayar”. Tergamam aku dibuatnya. Aku buat laundry setiap 2 hari sebab aku risau kang ada baju yang dia nak pakai. Sebab dia pernah marah aku, pasal baju yang dia nak pakai tu aku tak cuci lagi.

Mesin basuh kitorang kecik je so that’s why aku kena buat laundry dengan kerap dan tak boleh tunggu sampai hujung minggu. Rumah aku akan vakum, mop setiap minggu. Sama juga dengan cuci toilet. Pendek kata setiap hujung minggu rutin aku memang di rumah saja.

Siapkan keperluan untuk minggu depan dan settlekan kerja – kerja rumah yang aku tak sempat buat masa hari bekerja. Nampak macam simple tapi sejujurnya aku had hard times to adapt. Tahun pertama perkahwinan almost setiap bulan sepanjang minggu tu aku akan sedih dan menangis je.

Sebab aku letih, dah tak tahu nak manage supaya kerja aku jadi ringan dan teratur. Masalah suami aku, dia takkan marah direct pada aku tapi lebih kepada cynical. Bila dia sinis aku tak reti nak react. Sebab aku bukan sejenis kaki membebel atau meIawan. Jadi, aku diamkan aje.

Kalau dia silent treatment, aku cakap je dengan dia macam biasa tapi siapa je boleh hadap bila kau kena palau. End up aku diam je la jugak. Nak cakap apa lagi? Tapi dia anggap aku meIawan. Lepastu bila jadi macamtu dia akan buat lagi benda – benda yang t0rture mental aku. Dia akan tinggalkan aku tidur sorang – sorang.

Pernah sekali dia nak keluar rumah tinggalkan aku tengah – tengah malam buta. Aku geram aku tak tahan time tu aku cakap je, “Baguslah tu nak tinggal bini macamtu!” Untuk pengetahuan pembaca, gaji dia cukup – cukup nafas je.

Aku pernah bagitahu dia, aku bantu dengan bil api, bil air dan perbelanjaan barang dapur. Walaupun itu bukan tanggungjawab mutlak aku, tapi dia pernah ungkit. Sebab masa tu aku tak cukup nak rolling duit so aku mintak dia belikan barang basah. Dia cakap kat aku, “Kan barang dapur part awak.”

Bila dah gaji cukup – cukup nafas, korang faham – fahamlah. Duit nafkah dia tak bagi kat aku setiap bulan. 2 bulan, 3 bulan. Ikut pada dia nak bagi bila – bila dia nak. Dia bagi pun RM50, RM100. Aku tak nak bising dekat dia pasal duit sebab bagi aku, kalau ada duit, pakai je dulu.

Aku pun tak nak tekan dia pasal duit dan perbelanjaan. Aku tak reti nak mintak – mintak. Ada, ada. Takda, duduk diam. Pergi beli monthly groceries jarang dia nak ikut. Pernah sekali aku pergi beli barang sorang – sorang, adik cashier tu tegur aku.

“Banyaknya kak beli barang macam ni sorang – sorang. Husband tak ikut ke”. Sumpah time tu aku rasa pathetic giIa. Dan dia ada masalah dengan lifestyle family aku. Kitorang semua sejenis suka makan so weekend memang akan keluar carik tempat makan best – best untuk self rew4rd.

Bukan la tempat makan mahal pun. Aku dah lama tak follow since kahwin. Tapi dia selalu membebel kat aku pasal mak aku. Dia cakap mak tu asyik berjalan la apa la. Aku terasa kot. Itu mak aku. Kalau tak keluar makan pun, kitorang akan buat potluck.

Bukan la beriya mana pun, sorang bawak goreng pisang, sorang bawak sandwich. Yang penting we gather together. Tempat tak tentu, kadang – kadang kat rumah maksu aku, kat rumah adik aku, kadang – kadang picnic kat taman.

Dia tak suka dan dia tak nak ikut. It’s either aku pergi sorang – sorang atau both of us tak pergi langsung. Mak aku pernah cakap kat aku haritu, dia terasa dengan aku sebab aku dah jarang nak involve family activities macamtu.

Aku diam je aku tak jawab apa – apa pun. And so on. Actually kalau aku nak tulis panjang lagi tapi aku rasa aku melebih – lebih. Aku pernah tanya dia, awak tak sayangkan saya ke. Dia kata sayang. Habistu kalau sayang, awak tak kesiankan saya ke.

Dia diam. Diam sampai la both of us lupa. Aku tahu ramai lagi yang hadap benda lebih teruk dari ni. Tapi aku buntu. Macam mana aku nak fahamkan dia. Supaya give and take dengan aku. – Tasha (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Fatin Athirah Nordin : “Awak tak kesiankan saya ke?” Tak. Dia tak kesiankan kau langsung. Sebab dia narcissistic. Orang macam tu memang takde empathy dan sympathy pada “makanan” dia. Dan takkan berubah sampai bila – bila.

Rozita Zainun : Kemain request layanan kat bilik tidur itu ini. Tapi tak ambil bahagian pun meringankan rutin tugasan harian. Paling bengkekk sekali dia boleh kata part apa tu bahagian si isteri. Ehhh hellooo isteri cuma nak bantu saja bukannya ambil alih terus. Boleh str3ss depr3ssion macamni. Itu baru hidup berdua. Bayangkan nanti dah anak 1 2 3, suami tak guna langsung tak membantu.

Faraherda Razalan : Wow wow wow sis! Nak ke hidup dengan lelaki narcissistic ni seumur hidup? Ingat ya sis, seumur hidup tu terlalu lama. Sebelum kawen, sis ibarat bunga tau. Segar bugar, cantik berseri. Tapi sekarang ibarat kulit kayu m4ti. Kusam. Muram.

Nak pendapat apa lagi sis? Sayang diri sendiri. Jaga hati sendiri. Sis tak payah tanya lelaki tu kesian ke tak TAPI SIS YANG KENA KESIAN PADA DIRI SENDIRI. Selebihnya, berfikir dan bertindaklah dengan bijak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.