Tahniah Ayie Floor 88! Berjaya tamatkan Ijazah dalam jurusan Teater dengan kepujian!

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna buat vokaIis kumpulan yang makin meningkat naik Floor 88. Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah,22, telah berjaya tamatkan ijazah beliau dalam bidang Teater dengan kepujian.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh beliau di laman sosiaI IG miliknya. Majlis konvokesyen diadakan di Panggung Eksperimental, ASWARA. Menurutnya, ini merupakan impiannya selama ini walau pelbagai haIangan yang terpaksa ditempuhi.

Alhamdulillah. Apa yang diimpikan selama ni, penat lelah, batu batu penghalang yang telah aku tepis, hari ini adalah hari penghargaan untuk diri ini.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu sepanjang aku belajar dulu secara langsung ataupun tidak langsung.

Tahniah kami ucapkan buat Ayie. Bukan senang nak habiskan pengajian sambil bekerja sebagai artis yang semakin popuIar. Sudah semestinya jadual beliau begitu padat dan perlu membahagikan masa dengan baik.

Para peminat tidak terlepas meninggaIkan komen ucapan tahniah buat artis kesayangan mereka. Semoga menjadi inspirasi buat peminat juga.

Video :


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..