Tahniah! Pelakon Farah Nabilah umum bakal berkahwin pada 20 Disember tahun ini

Wah, dalam senyap-senyap rupanya pelakon cantik manis ini sudah berpunya. Farah Nabilah yang popuIar dengan drama Titian Cinta, hari ini telah mengumumkan bahawa hati beliau sudah berpunya dan akan melangsungkan majlis pada 20 Disember tahun ini.

Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Farah Nabilah dalam sesi sidang media bersama TV3 bersama Mahligai Cinta.

Jejaka yang bertuah tersebut ialah Mohammed Amirul Yunus dan merupakan seorang juruterbang. Kata Farah, beliau tidak ada niat untuk rahsiakan tapi pengumuman ‘eksklusif’ untuk media prima.

Sama cantik sama padan. Tahniah Farah Nabilah dan Amirul. Semoga majlis nanti berjalan lancar ye. Jangan lupa jemput peminat-peminat.

Rata-rata peminat meninggalkan komen ucapan tahniah buat  Farah Nabilah dan pasangan.

Semoga majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..