Abang memang selalu lepak dengan kawan – kawan. Ada sorang kawan abang datang rumah untuk bagi tahu abang supaya jangan lepak. Sebab ada kawan – kawan lain nak masukkan paket g4nja dalam beg abang dan report polis.
#Foto sekadar hiasan. Bahagia… Semua orang ada hak untuk bahagia. Abang pun manusia, jadi dia layak bahagia. Aku saksi macam mana abang yang dianggap pembawa siaI dalam keluarga, berjuaang untuk keluarga dan berjuaang mendefinasikan bahagian dalam hidup dia.
Tapi seperti manusia lain, abang pun ada kisah di mana dia tersilap langkah dan akhirnya mengheret dia ke tirai besi. Abang tetap abang aku walaupun dia mungkin dianggap banduan kerana dia dikurung di dalam tirai besi atas kesalahan yang hakik4tnya bukan dia yang lakukan.
Kenapa aku cakap bukan dia lakukan? Sebab aku percaya yang dia dikhi4nat oleh orang terdekat. Bukan aku sengaja tokok cerita, tapi memang dari dulu abang selalu menjadi kambing hitam. Abang aku anak sulung lelaki. Dari dulu dia dipinggirkan baik dari kawan – kawan ataupun keluarga.
Dari dulu aku nampak dia cuba member0ntak dengan mempersoalkan kesamarataan dalam cara ibu ayah mendidik dan melayan kami 5 bersaud4ra. Dari kecik abang dianggap pembawa siaI sebab antara 5 beradik, dialah yang selalu buat masalah kat sekolah.
Tapi bila aku ingatkan, banyak kes dia berpunca dari kawan. Setiakawan yang ada pada abang terlampau tinggi. Siapa yang buIi kawan dia, pasti akan mendapat baIasan dari dia. Dia tak kisah pasal diri dia tau. Kalau kena g4ntung sekolah semata – mata dia tak nak kawan dia dibuIi, dia sanggup.
Ayah kata dia b0doh sebab sayang kawan dari diri sendiri. Mak kata dia selalu ikutkan hati, sebab tu dia selalu terlibat dalam kes – kes yang memaIukan keluarga. Tapi bagi aku… Hmm, abang sebenarnya sunyi. Dia dari kecik selalu dipinggirkan.
Bila dia dah berkawan, dia rasa kawan tulah yang akan ada waktu dia susah dan senang. Kami hidup dalam kejiranan yang t0xic. Pantang kes abang naik, mesti abang akan diganyang oleh t4ik0 – t4ik0 kampung yang kononnya niat untuk mengajar.
Aku pernah tengok abang aku yang masa tu berumur 13 tahun dipukuI sampai berd4rah di depan rumah. Masa tu ayah aku ada tapi dia macam tak heran. Mak aku kat dalam rumah cuma mampu menangis. Beberapa orang pemuda kampung yang acah – acah t4ik0 ni dalam umur 17 ke 20-an henyak abang aku macam kucing kurap.
Alasan diorang buat macam tu sebab ada budak – budak kampung petik nama abang sebagai asbab diorang mer0kok. Sedangkan masa tu abang aku kalau mer0kok pun senyap – senyap kat bilik dia. Masa abang aku kena pukuI tu, hidung dia berd4rah, mulut dia terk0yak.
Dia masih gagahkan mulut cakap dia diani4ya. Dia tak buat. Dia tak ajar pun budak – budak muda kampung untuk mer0kok. Tapi tu lahhh… Orang kalau kaki pukuI, sekali dia pukuI memang dia dah tak fikir w4ras tak w4ras.
Lepas diorang pukuI abang aku, diorang tinggalkan abang aku yang penuh Iuka – Iuka dan tanah atas kepala. Ayah aku? Hmm… Macam aku cakap. Dia tak heran. Dan jujur aku cakap, sepanjang aku membesar, aku selalu tengok abang aku dipukuI oleh t4ik0 kampung yang di bawah pengaruh d4dah tu atas asbab abang aku ada buat benda yang geng diorang tak puas hati. Ramai tau masa tu.
Abang aku ni ibarat ikan yang dikerumuni kucing gitu. Tak ada sorang pun yang bernama kawan dok tolong dia. Depan rumah pulak tu. Aku sebagai adik tak sanggup abang aku diperlakukan macam tu. Ada yang merekod masa tu.
Aku lari – lari cuba dapatkan abang aku tapi ayah pulak menarik aku masuk ke rumah sebab aku perempuan. Cerita perg4duhan tu bermula sebab ada orang guna nama abang sebagai orang yang membagi arahan untuk memeras ugvt orang – orang tua kat kampung untuk membayar duit kos pemasangan lampu pelita buluh di depan rumah masing – masing.
Padahal sebenarnya, ya pelita buluh tu abang aku pasang supaya memeriahkan lagi keadaan kampung, tapi dia pasang ikhlas. Dia tak ada charge pun orang kampung. Datang pulak budak – budak t4ik0 geng t4ik kucing kampung tu, maka dikutip lah kos – kos pemasangan bagai sampai orang kampung tak bayar akan diugvt.
Sadis tau cerita abang aku ni. Dib4ntai sampai nyawa – nyawa ikan, dilayan lebih h1na dari kucing kurap, dicop pembawa siaI… Hurm tapi hakik4tnya orang kampung menafikan keadaan mereka yang tenat. Hampir 80% pemuda kampung tu yang ambik g4nja, tapi semua mulut senyap bab tu.
Atas alasan apa? Jaga aib kampung? Sebab ada pen4gih d4dah tu anak orang – orang kuat kampung? Yaaa… sudah tentu. Diorang bebas sebab mak bapak dok jamin diorang. Masuk keluar masuk keluar jer. Insafnya tah bila.
Abang aku ni kan… Dia punya sifat setiakawan tu memang tak boleh dinafikan. Dulu masa lepas PMR, dia bertekad nak sambung sijil kemahiran. Lepas tu dia berhenti atas alasan nak kerja. Sebenarnya bukan sebab nak kerja sahaja.
Jujur aku cakap, abang aku dari dulu sampai lah sekarang, dia asyik lepak dengan kawan – kawan yang selalu ani4ya dan khi4nat dia. Tapi dia masih percaya kawan tu. Masa dia ambik sijil kemahiran, dia ada lah bagi tahu kawan – kawan dia lepak yang dia nak beli motor kesukaan dia, tapi ramai perkecilkan sebab kami datang dari keluarga miskin, mana lah abang nak dapat duit beli motor macam tu
Kemudian abang aku berhenti belajar, dia kerja. Sepanjang dia kerja kan… Aku selalu tengok dia kena tipu dengan boss bab gaji, dia bagi kawan – kawan dia kerja but akhirnya kawan dia buat masalah kat tempat kerja. Dia bagi kawan dia pinjam motor tapi kawan dia rosakkan dan tak nak bertanggungjawab, dia bagi kawan dia pinjam duit tapi kawan dia tak pulang – pulang dan macam – macam lah.
Yang paling aku tak lupa masa ada sorang kawan ni yang mungkin hari tu hari baik dia, dia datang rumah untuk bagi tahu abang supaya jangan lepak. Alasan kenapa dia cakap tu adalah sebab ada kawan – kawan lain nak masukkan peket g4nja dalam beg abang dan report polis.
Jadi masa tu mesti abang kena. Lepas dari tu memang abang tak lepak ngan budak – budak tu tapi kena cop sombong pulak. Haishh… kesian abang aku. Masa abang dah tak lepak ngan budak – budak kampung tu, abang fokus pada kerja dia.
Masa tu rezeki dia macam air tau, banyak sangat. Ada dato’ datang rumah semata nak ambik abang sebagai pekerja dia. Abang pulak masa tu memang tak duduk diam, dia siap ada business sampingan. Tapi tu berjalan tak lama.
Masa tu business makan dia buat. Kawan – kawan dia order tapi tak bayar sampaikan abang tak ada duit modal. Lepas tu business abang drop, masa tu nak dekat raya. Abangkan anak sulung, maka banyak komitmen yang dia kena settle. Masa tu dia runsing yang amat.
Dan masa tu datanglah kawan yang boleh digelar sy4itan bertopengkan manusia, dok suruh abang layan ganja untuk lupakan masalah itu ini. Ada kawan yang bagi tahu lepas abang di penjara, sebenarnya ada kawan lain bubuh benda h4ram tu dalam minuman yang dia bagi abang masa abang lepak.
Dari situ pelan – pelan abang ket4gih. Dan akhirnya dia melakukan r0mpakkan bersama 2-3 orang lagi kawan dia. Tapi abang sahaja yang dihumban ke tirai besi sebab keluarga kami miskin tak boleh nak ambik peguam dan bayar duit jaminan.
Kesunyian yang ada pada abang menyebabkan dia meletakkan kepercayaan yang patut ada pada sesebuah keluarga kepada sifat setiakawan. Abang tetap abang aku. Sepanjang aku jadi adik dia, banyak benda dia berk0rban. Setiap kali raya, baju raya dia mesti tak ada.
Dia tu sanggup tau habis duit bagi pastikan adik beradik yang lain dapat baju raya bagai walaupun dia terp4ksa sarung baju raya yang dah bertahun lama sampai ada k0yak – k0yak. Abang mungkin dipandang serong sebab kulit dia yang gelap dan dia nampak tak terurus, tapi aku respect dia sebab dari dulu kalau ayah tak ada duit untuk bagi kami 5 beradik tambang belanja sekolah, abanglah yang akan hulur duit simpanan dia.
Abang selalu belikan macam – macam untuk kami sekeluarga. Dia tak ada tak pe. Asalkan family merasa duit dia. Ya… nanti kalau dia keluar dari penjara dia akan ada rekod sebagai banduan. Tapi bagi aku dia tetap abang aku. Abang yang aku sayang.
Dia mungkin h1na di bumi yang fana dan di mata rata – rata manusia yang t0xic, tapi dia tetap abang yang penyayang dan baik hati. Sepanjang abang duduk dalam tirai besi, satu – satu impian abang aku tunaikan. Aku buat macam ni sebab aku nak bagi abang selesa dengan suasana baru untuk mulakan hidup.
Aku tak nak abang duduk dekat kampung yang sememangnya orang kat sana berniat nak sumbatkan abang balik ke penjara bila dia dah bebas nanti atas alasan abang akan jadi mata – mata polis sebab dia banyak tahu sisi gelap kampung tu.
Biarlah abang bahagia lepas seribu satu duka dan Iuka dia alami. Dia anak yang baik tapi dia disalah anggap. Dia anak yang bijak, tapi diperb0dohkan oleh orang yang b0doh. – Arian Fasyah (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Mazra Nazra : Salah mak bapak kau yang tak boleh jadi pelindung pada anak sendiri. Sebab tu dia beralih pada kawan – kawan. Tapi silapnya dia tersalah pilih kawan. Nasi pun dah jadi bubur. Harap lepas dia keluar dia tak kembali lagi pada kawan – kawan yang menghancurkan dia tu.
Puas hati mak bapak kau tengok hidup anak sendiri rosak macam tu? Seronok ada anak banduan? Kalau dibendung dari awal tak begini jadinya. Moga yang baik – baik saja untuk abang selepas ini..Aaminn
Farahin Fatihah : Sedihnya kisah abang awak.. disebabkan selalu dipinggirkan keluarga dia mencari bahagia bersama kawan kawan tapi tersalah pilih kawan pula. Kesunyian yang dia alami menyebabkan dia jadi manusia yang tinggi tahap setiakawan sehingga diambil kesempatan oleh orang lain. Dah bebas nanti jangan laa balik kampung tu nanti orang kampung sumbat dia dalam penjara lagi.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.