Tak ada duit nak beli susu anak, terp4ksa beri air masak namun terk3jut dengar reaksi anak

#Foto sekadar hiasan. Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat – sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba – cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata – mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak – kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita – cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

“Roti canai…” jawab kanak – kanak ini tersekat – sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing – masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan d0sa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba – tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi – tubi.

“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyeIamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhir4t kelak, saham kita akan bercambah – cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup suIit, p3rit dan s4kit.

Kep3ritan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah L0ng’, menjadi pengawaI keseIamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata – mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan – kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘push3r’ dan jual paket – paket g4nja, jadi ‘b0uncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja – kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bah4ya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syar1kat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’

Saya bekerja di bahagian ‘script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil – sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena – mena.

“Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya.

“Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun.

“Sembahyang banyak lama ka? Kawan – kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!”katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan – kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ‘solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana – mana tempat mereka Iazim ‘bersidai’.

“Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!” kata saya meIawan sambil meninggaIkan pegawai itu terkebil – kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan – rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syar1kat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza, bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak must4hil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggeIam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya – foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup – cukup makan saja. Lebih par4h, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arw4h guru saya.

“Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya.

Teresak – esak saya menangis. Tak tahu nak dik4takan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu ke mana lagi hendak dituju. Untuk berg4ntung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. A1b dan cukup – cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya…

“Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.”

Ya, begitulah juga dengan saya, hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah – surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba – tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka – sangka…

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia – manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka – jangka dan must4hil diterima waras manusia, itulah Allah, yang amat menyayangi h4mba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama h4mba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyeIamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar – benar kesempitan wang.

Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan – kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup p3rit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya. Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya…

Bimbang benar jika dia menj3rit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah a1bnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menj3rit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu…

Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

” Mmm…sedap..”

Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik – carikkan’ nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dad4. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu – mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang – orang yang apabila dit1mpa mus1bah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).

( Allah Tolong Saya)

– Azamin Amin

Komen Warganet :

Dayah Yusof

Ni pengalaman aku.

Pernah satu hari tu, aku dengan kakak aku, pergi hospitaI untuk ambil surat doktor, terserempak dengan seorang pakcik ni. Tiba – tiba je dia datang kat aku dan cakap nak minta tolong. Dia cakap, isteri dia baru kena tolak masuk wad. Dia bawa kereta anak dia dan tak perasankan minyak dah nak habis. Anak dia pula, dah fly ke Sabah. Dia cakap, kalau tak keberatan boleh bagi pinjam duit untuk isi minyak tak? Berapa berapa pun tak kisah. Masa tu, dalam dompet aku ada rm30 je sebab lepastu, kami nak pergi beli barang sekali. Aku pandang kakak aku, kakak aku pandang aku. Aku keluarkan rm10 dan hulurkan kat pakcik tu. Tawakkal je dalam hati cakap, kalau dia tipu, itu urusan dia dengan Allah.(hahaha jahat betul aku) Masa dia ambil duit tu, ekspresi muka dia bersyukur sangat. Masa tu tengah panas terik kami memang haus giIa.

Duit pula, cukup – cukup je. So, tak berani ambil untuk beli air.(aku suka bawa duit cukup – cukup takut terlebih belanja) masa bagi pak cik tu duit, dalam kepala dah congak barang apa yang kena tolak dari senarai walaupun semua barang tu penting bagi aku.

Lima minit lepastu, dapat call dari kakak ketiga aku, dia kata nak belanja makan. Ok pergi. Dah habis makan, dia hulur duit rm20 kat aku… Tiba-tiba terus teringat kat pak cik tadi…

Azzalea Nur Azra

Memang betul la… Amal sedekah tak akan menjadikan seseorang tu miskin. Malah Allah tutupkan lagi kekurangan kita… Hidup ku ni tak la mewah, gaji pun cukup – cukup makan je. Sampaikan selalu terfikir, cukup ke aku nak surv1ve smpai hujung bulan ni??? Dengan anak – anak kecik lagi yang selalu s4kit. kadang memerlukan kos perubatan yang tak terdug4. Tapi alhamdulillah, segala kekusutan aku Allah Ieraikan dan permudahkan, malahan ditutupnye kesusahan aku dari pandangan mata kasar manusia sebab orang selalu nmpak macam aku takde masalah kewangan dan pinjam duit untuk cukupkan keperluan. Alhamdulillah dapat la membantu setakat yang mampu…. Syukur padamu ya Allah atas kurniaan nikmat tak terhingga darimu.

Mas Muhamad

Pernah jadi kat saya duit tinggal RM 50 je. nak beli susu anak lagi. Malam tu saya baca surah waqiah sambil doa moga ada rezeki esok hari, Allah perkenankan doa saya. Ada orang yang saya pun tak kenal jumpa suami dan bagi duit dalam sampul suruh sampaikan kat saya. Bila bukak jumlahnya RM 3k. Bila kita harapkan Allah untuk tolong kita insyaallah Dia akan tolong.

Nor Asyura

Very good sharing dear confessor. Sedikit nak berkongsi cerita sedekah.

Pagi Jumaat… duit tak ade minggu tu. Banyak kali belek wallet. Cuma tinggal RM 5. Check balance tak cukup pun nak keluarkan. Keluar dari bank ada makcik tua dengan jualan buah rambutan RM 2 seplastik. Hulur the last RM 5 niat sedekah. Masuk kereta terus dapat panggiIan kerja dengan payment almost RM 1K. Yakinlah dengan janji Allah.

Azwa Ghazali

Terkesan baca. Pernah kena marah sebab nak pergi solat. Dia j3rit siap cakap “u nak solat buat apa?” Macam tergamam kejap, pastu terus cakap “tak apalah kalau tak boleh solat, saya berhenti”. Tak kisah pun sebab rezeki tu Allah dah tentukan. Pernah rasa, masa baru dapat anak, pampers anak habis, masatu kerja pun takde, suami pun dah tak cukup duit. Pinjam pun kemudian dengar dimengata orang. Sampai kami pun tak tahu nak buat apa. Siap punggah cari balik pampers newborn yang tak berpakai buat pakai kat anak walaupun tahu dah tak muat. Menangis tengah – tengah malam. Allah Maha Kaya, tak sangka datang bantuan.

Apa kata anda?