Tak buka kasut masuk kedai dobi, Diana Danielle berang kena marah dengan owner

Zaman sekarang semua benda kalau boleh nak mudah. Tambah lagi bila bab basuh baju. Sekarang sudah banyak kedai layan diri bak cendawan tumbuh lepas hujan. Pilih sahaja yang mana satu. Hari ini dilaman IG milik Diana Danielle, beliau berkongsi pengalaman ‘pahitnya’ apabila berkunjung ke salah sebuah kedai dobi layan diri di Ara Damansara.

Menurut Diana, beliau tidak perasan tanda pelekat yang dilekatkan di bahagian lantai untuk buka kasut sebelum masuk ke premis berkenaan. Tambahnya, ini kali pertama beliau pergi ke kedai dobi layan diri yang mengarahkan untuk buka kasut.

Namun beliau amat kesaI dengan sikap ‘owner’ yang terus jerit memarahnya dengan cara yang kasar.

Pangkah terus! LaundryBar Ara Damansara

Owner ke, kepala tempat laundry dia ni, tah la.. sangat biadap. Saya tak nampak sign buka kasut di laundry self service ni, dia datang terus sound saya, bukan baik2, dia jerit ya. Jerit. “Tak nampak ke dah tulis kat situ buka kasut takkan tak nampak, hormat owner sikit!” Dia ulang ulang

“Hormat owner sikit, hormat owner sikit” macam nak bagi hint dia owner, eh kau, sekarang siapa yg perlukan customer? Aku ke?

First of all you rude little troll, memang saya tak nampak. Saya tak masuk kedai tengok lantai. Ni laundry self service pertama yang aku masuk kena bukak kasut so aku tak pernah expect kena bukak kasut. Dah la dia lekat sticker tu kat lantai, kadang kita ni jalan masuk mana nak tengok lantai pun. Dia ulang cakap “takkan la tak nampak, semua org datang sini nampak”, saya cakap lagi “memang saya tak nampak buat apa saya tak hormat kalau saya nampak” tapi dia masih nak ego cakap memang saya nampak.

Kalau dia cakap “cik kat sini kena buka kasut” of course saya bukak. Tapi dia jerit. Dan dia siap ckp “tolong hormat owner” eh kau, lingkuplah mcm ni kalau kau dok jerit je kat org. Siap ckp “eh saya cakap bebaik” bila saya dah naik angin. Kepala otak cakap baik2 kau terus jerit. Aku tak baca tak tau, so tak boleh selidik dulu dan maafkan khilaf saya ke? Tenaok cerdiknya nak berbisnes! Sekadar tempat self service gini kau cakap dengan orang macam kau dah tidur atas duit tu tak payah nak berlagak!

Sepatutnya tuan kedai boleh tegur secara elok dan tak perlu bertindak tinggi suara pada pelanggan. Rata-rata netizen meninggaIkan komen di status tersebut bersetuju supaya tuan kedai terbabit perlu menegur secara berhemah.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..