Tak cukup ke pemberian saya RM50 pada isteri

Saya merupakan seorang suami dan ayah kepada 3 orang anak. Isteri saya tak bekerja. Saya tak nafikan isteri saya sangat bagus dalam mengurus rumahtangga. Cuma, yang menjadi persoalan dan pertanyaan saya yang belum terjawab. Benarkah dalam kehidupan berumahtangga pada pandangan orang, pemberian saya pada isteri RM50 sehari itu seperti tidak memberi apa – apa?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera admin. Mohon post dan hidekan identiti saya ye. Saya nak lihat pandangan dan pendapat para pembaca dalam kalangan mereka yang berpengalaman di Facebook.

Saya seorang suami kepada 3 orang anak dan isteri saya tak kerja. Nafkah dari segi duit belanja saya tak bagi setiap bulan tapi setiap hari., RM50 sehari. Paling kurang dalam 20 hari mesti bagi RM50, jika kerja saya full 31 hari, 31 hari tu la saya bagi RM50 setiap hari.

Duit rumah, bil api, bil air dan belanja dapur semua saya bayarkan. Termasuk dengan kereta, motor semua saya dah habis bayar, cuma belum ada rezeki nak beli rumah sendiri tapi masih mampu menyewa tanpa menumpang dengan mana – mana ahli keluarga.

Persoalan saya di sini, betul ke RM50 tu tak cukup dan tak memberi nafkah pada pandangan korang? Saya ni bergeIut setiap hari kerja untuk ubah taraf hidup, nak kukuhkan ekonomi, nak gapai impian memiliki rumah sendiri tapi isteri saya seakan tak nampak apa yg saya tengah usahakan.

Dan yang paling buat saya s4kit hati, isteri saya terlalu berkira dengan keluarga sebeIah saya sehingga sanggup mengeluarkan kata – kata h1naan. Tapi jika sebeIah keluarga isteri, saya memang langsung tak berkira. Kalau saya buat sesuatu perkara kat keluarga isteri saya, memang boleh senyum sampai telinga isteri saya.

Tapi, bila sebeIah keluarga kandung saya sendiri, isu kecil boleh jadi isu besar sampai tahap kesabaran saya hilang. Saya sebenarnya dah banyak kali ajak isteri ke pejabat agama untuk kaunseIing tapi tak pernah dia nak pergi. Saya telah bagi terlalu banyak peluang kepada isteri saya, bukan sekali 2, bukan 10 atau 20 kali tapi dah tak terkira.

Sampai 1 tahap, bila kesabaran saya dah hilang memang saya naik tangan untuk sedarkan isteri tentang sikap dia tapi masih tak ada perubahan dengan mulut dia. Saya pun dah malas nak pukuI ke atau cakap, jalan terakhir saya hantar isteri saya semula ke rumah orang tua dia tapi bila dah sampai dia pula tak nak turun. Saya pun tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu..

Sambungan.. Saya nak jawab sedikit soalan dan pertanyaan dari pembaca dan pengomen yang budiman. Berkaitan RM50 sehari yang saya bagi pada isteri saya, pemberian itu adalah khas untuk diri dia.

Segala barang dapur kering dan basah itu tanggungjawab saya. Jika isteri ada terbeli barang dapur saya akan gantikan semula duit dia walaupun dia tak minta. Terus terang saya katakan, isteri saya ni sangat bagus dalam mengurus rumahtangga, sangat bagus!

Cuma, yang menjadi persoalan dan pertanyaan saya yang belum terjawab. Benarkah dalam kehidupan berumahtangga pada pandangan orang, pemberian saya pada isteri RM50 sehari itu seperti tidak memberi apa – apa?

Komen Warganet :

Ctie Syasufiesharieya : Bagi saya nafkah isteri tt RM50 sehari dah cukup sangat – sangat tu. Beruntung isteri tt dapat RM50 sehari. Isteri kat luar yang senasib dengan saya pun tak dapat pun duit nafkah. Kalau ada mungkin 5 bulan, 2 bulan, setahun atau tak dapat langsung. Itu pun berkira – kira. Jadi bersyukurlah apa yang ada, malas nak minta – minta ni..

Mak O Leha Ramlee : Alhamdulillah. Anda termasuk dalam katagori lelaki sejati kerana sanggup memberikan nafkah bagi saya terlalu banyak dan lebih dari cukup. Tetapi ujian anda memiliki isteri yang hanya mementingkan diri.

Ramai di luar sana isteri – isteri yang tidak menerima langsung nafkah bukan untuk diri sendiri sahaja malah nafkah anak pun terp4ksa isteri tanggung hatta nafkah suami pun atas batu jemala isteri.

Terpulang kepada anda sama ada anda mahu berpisah atau ingin mengekalkan masjid anda. TaIak di tangan suami. Tapi ingat yang menjadi m4ngsa ialah anak – anak. Sabar itu lebih baik tetapi berilah sedikit pengajaran kepada isteri anda semuga insaf.

Kurangkan atau hentikan dahulu pemberian nafkah itu sementara waktu. Jika masih bersikap begitu pisahkan sementara waktu dan ajarkan hidup susah. Cari orang yang amanah bawa untuk nasihat dia seperti ustazah.

Dia tak mahu jumpa kita jemput ke rumah biar dia nasihat. Doa saya semoga anda temui bahagia selepas d3rita. Amin ya robbal alamin

Sakura C Tulip : Dari fahaman saya, isteri awak persoalkan nafkah awak kepada dia, mungkin dia tak faham fungsi RM50 tu. Yang kedua, dia berkira dengan awak dari segi famili awak, sebenarnya nafkah dia awak dah beri lebih dari sepatutnya.

Jadi dia tak boleh bersuara pada setiap pemberian awak pada famili sendiri. Yang ketiga, dia senyum sampai ke telingga bila awak membantu famili dia, nampak dia berbangga punya suami seperti awak.

Yang keempat, awak ajak dia pergi ke pejabat agama untuk kaunseling, dia menolak sebab tau dia akan dibancuh dengan kata – kata nasihat, jatuhlah reputasi dia sebagai isteri. Yang kelima awak naik tangan ke atas dia, tujuan untuk mendidik memberi pengajaran pada dia.

Hasilnya dia lagi kuat membebel, nasib dia tak pergi repot awak. Yang keenam awak hantar dia balik ke rumah mak ayah dia, tapi dia tak nak turun, sebab dia takut malu, selama nie awak adalah menantu yang baik pada famili dia, sebab tu dia tak nak turun kereta.

Awak hidup dengan dia, dan cukup jelas sikap serta perangai dia. Bukan senang awak nak Ientur sesuatu yang da keras. Nafkah yang sebenarnya hanyalah RM250 untuk sebulan, sebab segalanya dah awak sediakan.

Stop bantu famili awak dan famili dia untuk sementara, bila bercakap dengan dia, tegaskan suara tu. Bercakaplah benda yang perlu sahaja, akhir skali asingkan tempat tido. Awak seorang suami, tunjukkan sikit kuasa vet0 awak tu, jangan pukuI dia nanti dia bertambah dvngu maka sem4kin bertambah bebeIan dia. Apapun berbahagialah k…

Aisyah Sulaiman : Cukup besar jumlah wang yang diberi sempai awak pun tak sempat kumpul untuk beli rumah sendri lagi. Isteri macam ni perlukan pengajaran sebab dia rasa diri dia saja yang betul tanpa memikirkan perasaan pasangan.

Kalau bincang tak boleh, bertegas pun tak boleh, memang harus bagi dia pilihan. Teruskan perkahwinan dengan syarat berubah ke arah kebaikan atau haluan masing – masing. Maaf la kalau ada yang baca ni s4kit hati, bab macam ni tak boleh nak backup kaum sendiri. Terang, jelas dan nyata sikap individu tu yang salah..

Zuraida Ishak : Bawa dia pergi hospitaI, maksud saya lawat orang yang s4kit atau naz4k. Kalau ada kes kem4tian suruh isteri pergi tengok, belajar cara urus mayat. Hati, bila tak biasa rasa gerun, hatinya jadi keras…

Takrifan takut pada tuhan hilang yang ada hanya ucapan. Sesiapa tak pernah rasa s4kitnya azab Allah dia tak akan bersyukur.. Saya pernah hampir m4ti, saya rasa bertapa peliknya rasa itu.

Walaupun selamat, tapi Allah bagi rasa siksanya bila s4kit. Sesak nafas seperti tiada ud4ra. Biar dia tahu rasa bersyukur dengan segala nikmat yang dia ada.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?