Saya isteri yang lemah tak mampu tolak kemahuan suami nak kahwin lagi satu

Suami janji akan tetap adil selepas berkahwin lagi satu. Selepas suami balik honeymoon, dia tak henti menceritakan perihal isteri barunya depan saya. Satu hari suami pulang rumah dengan wajah yang muram. Rupa2nya isteri barunya yang sedang hamil meminta suami ceraikan saya, jika tidak dia akan gugvrkan kandungan..

#Foto sekadar hiasan Assalamualaikum. Nama saya Zie (bukan nama sebenar), saya seorang ibu tunggal kepada 2 cahaya mata perempuan, bukan seorang yang berpendidikan tinggi dan tidak mempunyai keluarga lain kerana saya dari kecil adalah anak yatim dan dibesarkan ibu seorang diri.

Ibu tidak pernah mahu menceritakan tentang salah silah keluarga saya, sehinggalah ibu meninggaI dunia kira – kira 10 tahun yang lalu.  Tujuan saya menceritakan sejarah rumahtangga saya bukanlah bertujuan untuk memburukkan atau mengh1na sesiapa, juga tidak bermaksud untuk dikec4m dan mengec4m.

Hanya sekadar c0retan untuk meluahkan rasa hati yang terlalu lama saya simpan dan menjadi panduan buat anda yang membaca. Untuk menulis ini pun mengambil masa yang agak panjang untuk saya siapkan, tak kuat rasa hati untuk mengimbas segala kenangan yang meIukakan.

Saya berkahwin dengan suami 15 tahun yang lalu pada usia saya 20 tahun, sepanjang hampir 12 tahun melalui alam perkahwinan, suami telah memberi kehidupan yang baik pada saya dan anak – anak serta sangat bertanggungjawab, suami memiliki perniagaan sederhana yang boleh dik4takan berjaya.

Kami dikurniakan dua orang anak perempuan yang comel dan bijak, Alhamdulillah. Sebagai isteri saya sangat bahagia kerana kami jarang bert3ngkar memandangkan saya agak lemah, jarang membantah dan lebih mudah menurut kata suami.

Suami lebih suka jika saya tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak – anak dan melayani suami. Memandangkan saya juga bukanlah dari kaIangan yang berpendidikan tinggi, jadi saya senang dengan saranan suami.

Sehinggalah satu hari suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi dengan seorang gadis muda yang dikenalnya melalui rakan sekerja. Waktu itu saya terk3jut dan tak tahu nak kata apa, cuma tunduk dan merenung kosong.

Tak dapat saya bayangkan perasaan ketika itu, sedih? Marah? Kecewa? Saya pun tak tahu. Suami memberikan masa untuk saya berfikir setelah melihat saya diam tidak berkata apa – apa, dari cara percakapan seolah suami sudah membuat keputvsan yang tak mungkin saya boleh ubah lagi.

Dan saya adalah orang yang terakhir tahu tentang ini, setelah melihat gurauan suami dan rakan – rakan di facebook yang selama ini saya anggap cuma gurauan semata – mata. Malah Si Gadis yang bakal menjadi madu saya turut sama – sama seronok bergurau senda tentang perkahwinan dia dan suami di ruangan komen tanpa memikirkan perasaan saya.

Mereka mendesak suami mempercepatkan urusan pernikahan dan tak perlu tunggu kebenaran dari isteri pertama sambil tag nama saya. Boh0nglah kalau saya kata saya tidak sedih dengan semua itu. Beberapa hari suami tidak bertanyakan tentang keputvsan saya dan saya pun tidak membuka cerita tentang itu, saya berdiam diri mencari kekuatan untuk bertenang dan berfikir hal anak – anak.

Saya takut kehilangan suami. Saya bimbang tentang semua perkara. Tapi saya juga mencintai suami saya, saya dalam diIema, saya berdoa agar Allah kuatkan hati saya dan kurniakan ketabahan dan kesabaran tahap tinggi untuk saya hadapi semua ini.

Akhirnya suami beritahu dia akan segera bernikah kerana keluarga gadis itu juga sudah bersetuju dan meminta saya menyediakan segala dokumen – dokumen saya yang suami perlukan untuk berpoIigami. Saya masih juga diam tanpa kata apa – apa kerana saya terlalu sedih melepaskan dan serba salah untuk menghaIang.

Suami memujuk saya dengan lembut dan berjanji akan berlaku adil dan takkan mengabaikan saya. “kehidupan kita tetap macam biasa aje, abang tetap sama macam dulu”. Itu ayat yang saya takkan lupa sampai bila – bila.

Setelah mendengar kata – kata suami saya terus memeIuknya dan menangis terlalu berat hati saya ketika itu. Tapi saya terlalu sayang pada suami dan tak sampai hati untuk menghampakan permintaannya. Lalu saya menyatakan persetujuan dan bermulalah segala urusan untuk menjayakan pernikahan mereka berdua.

Sepanjang itu saya tidak henti – henti di usik rakan – rakan suami dengan gurauan – gurauan yang pada mereka kelakar tapi pada saya amat meny4kitkan, tak kurang juga yang memuji dan memberi semangat, dan sepanjang itu juga bakal madu saya tidak pernah bertegur sapa dengan saya atau datang berjumpa saya.

Semuanya suami yang menjadi orang tengah sehinggalah pada hari mereka diijab kabulkan baru saya berjumpa dengannya dan keluarga. Saya cuba sehabis baik untuk kelihatan bahagia dan gembira di hari pernikahan suami, walaupun hati saya patah berkeping – keping lebih – lebih lagi bila bertentang mata dengan anak – anak.

Dari mata anak – anak yang semakin meningkat remaja mereka seakan faham perasaan saya. Mereka nampak diam tidak menunjukkan kesedihan juga tidak menunjukkan mereka gembira. Perasaan yang amat sukar untuk dinyatakan.

Selepas majlis saya dan anak – anak pulang ke rumah dihantar teman saya, suami di rumah keluarga isteri barunya beberapa hari masih meraikan hari bahagia mereka. Sepanjang itulah saya tidak semangat untuk melakukan rutin harian tapi mem4ksa diri saya untuk tidak kelihatan apa – apa di hadapan anak – anak..

Kehidupan kita harus berjalan seperti biasa walau berubah sedikit keadaannya. Hampir dua minggu suami masih belum pulang ke rumah, anak – anak juga sudah bertanya – tanyakan ayah mereka, yelah mereka tidak pernah berpisah begitu lama dengan ayah mereka.

Dalam dua minggu itu pun saya tidak menghubungi suami kerana tak mahu mengganggu dan bimbang dimarahi, kerana sudah rasa terlalu lama tanpa khabar saya menghubungi suami dan diangkat panggiIan oleh madu saya.

Dia memberitahu saya yang mereka sedang berbulan madu di sebuah pusat peranginan di Langkawi. Saya meminta untuk bercakap dengan suami, tapi dia tak benarkan katanya suami sedang tidur dan tak sampai hati nak k3jutkan.

Saya tidak mahu berbaIah dan meminta dia menyampaikan pesanan pada suami untuk menghubungi kami semula nanti, Saya sedih melihat anak – anak yang kecewa tidak dapat bercakap dengan ayah mereka. Setelah dua hari menunggu pun masih belum mendapat panggiIan dari suami.

Saya mengirim pesanan whatsapp bila melihat suami online, bertanyakan khabar dan mengapa tidak menghubungi kami, suami terus membaIas dengan pesanan suara dan menyatakan maaf kerana tidak memberitahu saya rancangan mereka dan berjanji akan pulang dalam masa tiga hari lagi.

Sayu hati bila mendengar suara suami, saya rindunya begitu juga anak – anak, tapi seperti biasa saya cuma mengiyakan dan berharap suami pulang cepat. Saya buka facebook untuk melihat lihat suami saya, saya benar – benar rindu tambahan saya rasa sayu lantaran rasa sem4kin kehilangannya.

Saya melihat gambar – gambar yang madu saya upload dan tag suami saya, dan membaca semua komen komen yang terlalu meny4kiti hati saya, tapi tetap saya teruskan melihat kerana rindu. Terasa saya tiada nilai di mata mereka langsung tidak memikirkan hati dan perasaan saya.

Saya tidur malam itu dengan airmata. Orang boleh kata saya kena redha ini ketentuan Allah, ye saya cuba sedaya upaya saya untuk redha tapi apakan daya saya cuma seorang manusia yang sangat lemah. Tetap juga merasa s4kit hati dan sedih.

Tapi tidak pernah saya tunjukkan pada suami kesedihan saya. Selepas tiga hari suami pulang, dengan membawa hadiah untuk anak anak dan saya, saya menerimanya dan cepat – cepat cuba mengelak untuk lama – lama berbual pasal percutian suami dan madu.

Seperti biasa saya masak makan malam dan kami makan bersama. Setelah anak – anak tidur saya masih lagi terp4ksa mendengar cerita suami tentang madu saya, suami menceritakan kerenah madu saya sepanjang mereka bersama hampir tiga minggu itu suami mengatakan yang isteri barunya agak kebudak – budakkan dan suami harus melayan sikap rajuknya beberapa kali setiap kali cuba hubungi saya dan anak – anak.

Itulah punca dia tidak menghubungi saya, suami cakap saya harus banyak sabar untuk permulaan ini. Biasalah perempuan masih muda, katanya. Saya cuma tersenyum pahit mendengar cerita suami, tidakkah dia tahu saya juga terasa hati setelah suami membelakangkan saya dalam beberapa hal ini?

Macam biasa saya cuba sedaya upaya untuk tidak mengecilkan hati suami saya. Saya gembira dia pulang. Saya masih berdoa dan mengharap agar semua ini cepat berlalu. Saya tidak pernah memarahi madu atau menyer4ngnya walaupun saya sangat marah kepadanya kerana saya bimbang akan memalukan suami saya.

Saya sangat mencintai suami saya,cuma dia satu – satunya keluarga saya yang saya ada selain anak – anak. Malah tidak pernah menulis di status mana mana sociaI media tentang perasaan saya. Saya juga tidak punya keluarga untuk meluahkan perasaan.

Semuanya saya ceritakan kepada Allah tempat mengadu. Saya benar – benar terasa semakin sendirian di dunia ini. Setelah hampir setahun melayari bahtera rumahtangga yang semakin kelam, satu petang suami pulang meng3jut dan saya lihat dia termenung di ruangan membaca anak – anak.

Saya menegur suami dengan membawakan minuman dan bertanyakan khabarnya waktu tu dah seminggu kami tak bersua. Sebabnya tak perlulah saya ceritakan lagi. Suami kelihatan agak murung dan nampak bingung, saya bimbang melihat keadaan suami dan mendesak suami beritahu saya ada masalah apa sampai begitu keadaannya.

Saya tak pernah melihat suami str3ss seperti tu walaupun dalam hal kerja banyak beri tekanan tapi suami jenis selalu tenang. Itulah yang membuatkan saya terlalu hormat dan sayangkan dia. Dia akhirnya beritahu setelah didesak oleh saya.

Katanya sekarang dia sering bertengk4r dengan isteri keduanya yang sedang hamil, ada sahaja yang tidak kena, semuanya serba salah, macam macam yang suami ceritakan perangai isteri keduanya mengugvt untuk melakukan pelbagai perkara yang buat suami susah hati setiap kali tidak mengikuti kehendaknya.

Dan yang terbaru dia meminta suami saya untuk menceraikan saya dan memberikan sepenuh perhatian untuknya yang sedang hamil, kalau suami takmau menceraikan saya dia akan buat sampai kandungannya gugvr. Luluh hati saya..

Saya memandang suami yang nampak sangat serba salah, saya memohon suami untuk memikirkan anak – anak, kasihankan saya yang tiada sesiapa lagi di dunia ini. Saya tanya suami adakah suami setuju untuk menceraikan saya?

Suami tak jawab, dia diam sambil memandang ke luar tingkap, berkali – kali saya tanya, tetap juga tak jawab, perasaan saya terus kuat mengatakan yang suami pulang ini memang untuk menceraikan saya bukan hanya meluah perasaan seperti selalu.

Suami meminta saya untuk membantunya, dia berjanji walaupun dah menceraikan saya dia takkan biarkan saya begitu saja dia akan terus beri saya belanja setiap bulan berserta nafkah anak – anak dan saya boleh terus tinggal di rumah ini dengan anak – anak dia akan memberikan rumah ini kepada saya.

Dan dia akan membantu saya bila perlu. Saya menangis dan hampir mer4ung minta suami kasihankan saya, saya sayangkan suami saya, saya dah cuba sedaya upaya untuk beri kebahagiaan pada suami dan saya tak mahu berpisah dengan suami, saya merayu suami jangan tinggalkan saya, suami cuma diam tak berkata apa – apa.

Saya sampai berjanji takkan minta suami balik ke rumah kalau suami tak mahu balik, saya takkan merungut saya takkan menuntut apa – apa pun dari suami, asalkan suami tak ceraikan saya, saya sanggup lalui semua tu. Tapi, keputvsan suami seperti biasa tak boleh diubah lagi, saya tak mampu menghalang, saya tak punya kuasa untuk menghalang.

Suami minta saya yang membuat permohonan cerai, suami taknak ada suara – suara dari keluarganya yang bertanya kenapa dia ceraikan saya, saya terlalu sedih sehingga saya rasa amat tertekan, saya pergi membuat permohonan seperti yang suami mahukan, pertanyaan, persoalan bertalu – talu yang saya terima, tak mampu saya jawab semuanya.

Anak – anak sangat terIuka dengan apa yang saya buat. Dari hari itu suami tak pernah balik lagi ke rumah saya. Prosesnya makan masa tapi saya ikut semua apa yang suami suruh saya lakukan dan akhirnya tiba hari yang kami perlu hadir untuk lafaz cerai, hari yang paling sedih dalam hidup saya.

Suami menjemput saya pada hari itu, dalam perjalanan saya masih lagi merayu agar suami berpatah balik dan lupakan semua ini. Saya tiada siapa lagi selain suami saya.. Saya mahu terus jadi isterinya sampai ke akhir hayat.

Tapi suami cuma terus memandu memandang ke arah jalan tanpa melihat saya sedikit pun. Bila saya terus merayu dan menangis dia minta saya untuk terima dengan hati yang terbuka, ini takdir dan saya kena redha. Saya tak boleh kawal kesedihan saya, saya terus menangis walaupun sebelum, semasa dan selepas lafaz itu dibaca.

Pasti yang memandang merasa ganjil saya yang meminta cerai saya juga yang terlalu sedih. Suami juga nampak sedih tapi tak dapat saya teka apa perasaan dia sebenarnya. Kami berpisah, dia menghantar saya pulang selepas semuanya selesai, saya menangis sepanjang perjalanan pulang.

Itulah hari terakhir buat saya dan dia. Saya tak sangka akhirnya saya akan dibuang. Saya melangkah masuk ke rumah kami yang selama ini menjadi dunia saya yang bahagia dengan perasaan yang kosong, badan saya terlalu lemah untuk bangun.

Saya terduduk di satu sudut rumah dan menangis sehingga anak – anak datang memeIuk saya. Saya seorang wanita yang lemah, saya selalu mengalah dan tak suka berbaIah, saya selalu cuba memberi kebahagiaan semampu saya, tapi itu semua pun belum cukup untuk memiliki kehidupan yang bahagia.

Kini setelah hampir 2 tahun perpisahan itu, saya menyibukkan diri dengan kehidupan baru saya. Saya mengambil upah mengajar budak – budak mengaji, membuat kraft tangan dan berjinak – jinak dengan jualan online.

Dia menunaikan janji yang dia buat sebelum menceraikan saya, dia masih beri belanja dan nafkah anak – anak dan belum pernah gagal, saya tak pernah berhubung dan berbual dengannya lagi setelah itu, semua perkara anak – anak lah yang menjadi orang tengah.

Tapi setiap kali suami mengambil anak – anak, saya akan melihat dia dari sebalik langsir. Saya masih sayang dan merindui dia seperti dulu. Saya akan selalu lihat Facebooknya dan setiap aktiviti yang dia update. biarpun meny4kitkan hati, saya tetap akan terus lihat. Saya doakan semoga dia sentiasa bahagia walaupun bukan saya di sisinya lagi. Dari yang selalu ikhlas – Zie.

Komen Warganet :

Zakiah Zainal : Pandanglah ke hadapan, padamlah saja semua kisah duk4 itu dik. Ada masa, Allah akan ambil apa yang kita suka dan sayang untuk menguji kita. Untuk menunjukkan kepada kita, sesungguhnya kasih dan cinta Dialah yang maha agung.

Linda Lin : Kuatnya kamu. Semoga Allah mempermudahkn urusan tt. Selepas kesukaran ada kesenangan. Dua kali Allah ulang dalam surah al-Insyirah. Allah tak akan mengani4ya h4mbaNya yang bersabar.

Armel Mel : Allah.. Sedihnya. Intan berlian di depan mata dibiarkan. Sabar ye sis. Ingat Allah ada yang sentiasa melihat sis. DIA tak akan uji sis, kalau sis tak kuat. Insyaallah kebahagian untuk sis masih ada. Percayalah, sabar ye sis. Sibukkan diri dari berfikir ex suami.

Nur Haryani : Sebaknya hati baca kisah ni, saya doakan moga awak jadi manusia paling tabah kat dunia ni. Andai di dunia awak tak temui bahagia, moga awak jumpa bahagia di akhir4t nanti. Moga anak – anak awak menjaga awak dengan baik bila mereka dewasa kelak. Buat bekas suami awak, setiap perbuatan, pasti ade baIasan.

Hamiza Hamat : Tak payah la cakap awak terlalu lemah, sebenarnya awak baik sebab tak nak perbaIahan berlaku. Tak ape Allah ada Allah yang susun kehidupan awak macam tu sebab satu hari nanti bila sampai masanya bahagia tetap menjadi milik awak dan anak – anak. Teruskan mengadu pada Allah kalau boleh berhenti melihat bekas suami di mana – mana media sosiaI, lepaskan dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.