Tak sangka boss dan pekerja lain cakap tentang aku dlm group whatsapp. Aku rasa jijik

Dekat pejabat aku ada 3 orang je perempuan, selepas apa yang jadi aku baik dan rapat dengan geng laki. Semua dah kahwin dan mereka cakap, mereka ni abang-abang aku. Aku terharu bila dengar macam tu, sehinggalah satu hari aku terbaca mesej dalam group lelaki termasuk boss aku ada sekali..

#Foto sekadar hiasan. Hi, assalamualaikum pembaca setia. Hari ni aku tergerak nak kongsi sesuatu. Aku ni tak pandai sangat nak tulis confession bermadah helah semua tu, so harapnya apa yang aku nak cerita ni sampai lah ke korang ye.

Maafkan confession aku sedikit panjang. Cerita ni berlaku dekat office aku. Aku Nina, umur 28 tahun. Dekat office aku, kira-kira 40 orang staff, 3 orang saja perempuan. Aku ada 2 geng. Satu geng laki, satu geng perempuan.

Hari ni aku nak cerita pasal geng perempuan. Dalam 3 orang prempuan ni, aku sorang saja la yang belum kahwin lagi. Aku namakan kawan aku ni Salmah dengan Siti lah ye. Siti ni umur tua 8 tahun dari aku. Salmah pulak 3 tahun lagi tua daripada aku.

Dari segi rupa, Salmah la yang paling lawa tapi dalam kitorang bertiga ni aku yang paling kurus haha. Kitorang ni bertiga macam belangkas. Nak ular sama – sama, nak makan luar sama – sama, semua lah sama – sama. Aku lebih rapat dengan Siti daripada Salmah tu sebab tempat duduk aku sebeIah saja dengan Siti.

Cuma kadang – kadang aku macam perasan Siti dengan Salmah ni selalu tag sesama diorang dekat ig, kemudian repost dekat whatsapp status (aku tak ada ig lagi masa tu). Memang diorang berdua rapat la. Biasalah kalau kawan bertiga, mesti sorang tu akan tersisih.

Aku ni pulak jenis yang ada gerak hati yang kuat. Entah kenapa satu hari aku cakap dengan Siti aku nak pinjam phone dia, sebab aku nak beli barang dekat ig dan nak guna ig dia. Dia pun bagi la. Entah kenapa hati aku menjerit – jerit suruh buka whatsapp conversation Siti dengan Salmah.

Aku cari nama aku. Wow baru lah aku tahu selama ni diorang berdua cerita buruk pasal aku. Boleh dik4takan hampir tiap hari mesti ada saja nak mengata pasal aku tau. Kalau mengata benda biasa, aku ok lagi. Tapi.. Aku ni jenis suka masak, pastu suka la bawa office dan jamu orang – orang makan.

Macam aku cakap tadi, tempat kerja aku ramai lelaki dan aku ada geng lelaki. Jadi kalau aku masak, aku akan masak banyak untuk diorang. Lelaki kau tahu lah kalau ada makanan free memang diorang s3rbu macam piranha.

Dalam whatsapp tu boleh pulak Siti ngutuk aku, dia kata aku ni memang suka masak – masak untuk laki orang, memang aku masak untuk laki – laki saja. Padahal kan kalau masak tu, diorang berdua ni la yang aku panggil suruh ambik lauk dulu dan aku tak pernah sekali pun masak time diorang tak ada.

Tak pernah lah ke tepikan diorang bab – bab makan ni. Pernah sekali tu aku buatkan br3akfast nasi goreng, tapi nasinya terpedas sikit. Tapi Salmah memang suka makan pedas, Salmah okay saja. Siti, depan aku dia kata sedap, dekat whatsapp Salmah, dia kata nape la aku masak nasi pedas sangat.

Nak meIetup perut dia kata dan dia dah buang nasi aku dalam tong sampah dekat pantry. Kalau kau jadi aku sedih tak? Aku teringat insiden aku pernah keluar dengan Siti, aku nak buat spek mata masa tu dan Siti nak pergi jumpa kawan dia.

Aku cakap tak pe ke Siti tunggu kejap, sejam macam tu sampai spek aku siap. Siti cakap ok saja, dia pun nak pusing – pusing lagi dalam mall tu. Aku pun iyekan saja la. Tapi dalam whatsapp tu, dia cakap dengan Salmah yang aku ni menyusahkan dia, dia dah la nak pergi sekian – sekian tempat.

Pastu aku pulak yang sp0il semua plan dia. Dia kata aku ni lambat la, ape la mengada – ngada etc. Salmah pun bila Siti cakap macam tu dia layankan saja la padahal dia bukan rapat dengan aku pun. Aku scroll lagi chat atas – atas kan, ade lagi insiden Siti tanya aku, dia mintak pendapat aku dia nak belikan mak dia handbag coach harga RM250.

Kau fikir logik ke handbag coach ori harga RM250. Aku cakap kat Siti survey betul – betul, takut tu fake product, ataupun seller tu sc4mmer. Sampai ke whatsapp Siti dan Salmah, tetiba Siti cakap yang aku ni bagitau beg tu beg kilang Myanmar dan aku downgrade Siti sebab aku cakap Siti mana mampu nak pakai handbag Coach.

Ditambah lagi dia kata yela aku ni pakai brand mahal – mahal, tak setanding dengan dia tu. Aku scroll lagi. Yang paling aku s4kit hatikan, aku ni selalu tumpangkan Siti ni balik rumah sebab rumah kitorang sehala. Masa tu, kete aku baru keluar, aku pulak takut sikit bawak sebab dah lama tak bawak.

Kau pun tahu lah orang KL ni bawak kete macam pelesit, mana la aku tak takut. So macam teragak – agak sikit la. Masa dalam kereta Siti elok saja siap borak – borak dengan aku. Tapi dalam whatsapp tu, dia bagitau Salmah yang dia ni kalau balik naik kete dengan aku, memang takut sangat lah.

Lepas tu boleh pulak dia cerita detail dekat Salmah apa kesalahan – kesalahan yang aku buat masa drive. Aku asyik main brake, aku nak itu, nak ini sampai aku macam nak bvnvh dia masa drive tu. Tak ke s3tan punya mulut member tu.

Oh ya, lagi satu sebelum Siti ni masuk tempat kerja tu, position dia kosong. So aku la yang take over kerja dia dari staff sebelumnya. So aku pun jadi rapat la dengan bos department tu (Mr. Wei). Lepas Siti masuk, even aku dah fully handover kerja tu kat Siti, bos still cari aku lagi.

Cari bukan sebab kerja pun, tapi cari sebab nak borak – borak. Aku pun oke saja la sebab aku selesa dengan bos tu. Kadang – kadang nak pergi factory visit pun Mr. Wei ajak aku teman. Macam selalu masa aku under dia.

Kadang – kadang aku pun ada keperluan nak pergi visit tu, aku pun ikut saja dia. Bila Mr Wei mintak tolong aku ikut dia pergi visit macam dulu, aku tanya kenapa tak ajak Siti, dia kata susah ajak Siti, gemuk. Dia cepat mengah dan penat nak follow Mr Wei.

Mr. Wei ni pulak jenis kalau buat kerja laju macam lipas. Sebab kesian kat Mr Wei, aku pun tolong la dia. Jadi kat sini Siti tak puas hati. Dia cakap dengan Salmah kenapa Mr Wei tu suka pergi dekat aku sedangkan dia kan ada.

Kenapa aku suka menyibuk – menyibuk pasal kerja dia etc etc. Padahal masa tu aku pun busy la dengan kerja aku, hampir tiap hari balik lewat malam. Dah la kena take over 2 department, gaji sama. Dia masuk aku da cukup bersyukur dah.

Tak kuasa la aku nak ambik tahu kerja dia. Kalau bukan Mr Wei yang minta tolong, aku tak tolong. Bos department asal aku pulak (En. Adam), orangnya jenis soft spoken dan pakai smart. Pernah satu malam tu aku post gambar aku tengah makan dengan kawan aku, gambar tu nampak tangan saja.

Siti tanya ni En. Adam ke. Aku cakap eh bukan la ni kawan aku. Siti, pada masa yang sama chat Salmah bagitahu aku dinner dengan bos aku. Kepala hotak dia berjambul la. Adam tu dah kahwin kot. Sampai ke malam dok mengutuk aku diorang berdua.

Ikutkan banyak lagi yang diorang mengata aku, cakap aku have – have, cakap aku gatal dengan laki dan macam – macam lah yang tak masuk akal. Belum lagi status whatsapp aku discreensh0t dan dijadikan bahan kutuk mengutuk.

Ikutkan, aku ni la yang selalu support business kuih Siti jual tu. Sampai Siti cakap memang aku ni regular customer dia. Salmah kalau dia offer apa – apa pun, memang aku akan beli sebab suka support bisnes kawan. Aku tak paham kenapa dia benci sangat dengan aku.

Masa aku baca tu takyah cakap la memang bergenang air mata aku. Masa aku tahu tu, memang basah la muka aku, aku pun call sorang kawan aku ni dari geng lelaki tadi. Aku jumpa dia dan aku cerita semua, dia cakap tak pe..

Tak yah la kawan dengan Siti dengan Salmah tu, kitorang kan ada. Aku pun terubat la sikit hati bila ada kawan pujuk cakap macam tu. Yela sebab perempuan 3 orang saja, susah tau tak ada kawan perempuan kat tempat kerja ni. Mana faham tu faham la.

Sejak Siti dan Salmah tahu aku baca conversation diorang, baru la Siti tunjuk per4ngai sebenar dia depan aku. Macam mana diorang boleh tahu, sebab malam tu aku ada post something dekat status whats app, tu diorang syak.

Esok paginya dekat tempat kerja, dedua tu buat muka t4ik. Yela, belang dah pecah kan. Sejak tu saja terus Siti att4ck aku personally dekat status whatsapp. Macam – macam dia tulis, last – last aku mute saja. Aku ni ada satu t0xic trait.

Kalau aku baik dengan orang, memang baik sangat tapi kalau orang buat aku too much, bersedialah kau kena ignore satu semesta dengan aku. Dia ingat, dia buat muka gitu, aku nangis la sebab dah sorang – sorang. Bab kerja, memang aku dah tak kompromi dengan dia.

Dia lambat submit report? Aku terus post dalam group besar yang ada bos. Sampai sindir – sindir lagi dalam tu. Peduli apa aku. Dulu aku boleh la bagi muka kau submit report lambat sebab kau sibuk mengular. Memang aku tak de personal whatsapp langsung dengan dia, semua aku nak aku mention dalam group ada bos saja.

Dia nak tak nak, kena la respond. Masa Siti tengah galak att4ck aku dekat social media, aku buat b0do saja. Sedih tu jangan kata la, tapi aku buat biasa macam tak de pape. Still lagi gelak – gelak dengan ofismet lain, cumanya aku dah tak masak dah, serik.

Aku masak bekal untuk aku sorang saja. Aku sentiasa terfikir kat mana salah aku, apa yang aku buat sampai Siti benci betul dekat aku sebenarnya sampai lah satu hari kawan aku tunjuk status whatsapp Siti yang terbaru berbunyi

‘’Yela.. kau saja la yang paling cantik, paling pandai, bijak, paling have – have sekali dekat dalam ni.. Eh lupa ke nak cermin diri sendiri?” Aku ada chat Siti, untuk jumpa face to face tapi dia bagi macam – macam alasan. Laki dia c0ov1id la, laki dia itu la ini la.

Last – last aku geram aku cakap, tak apa kalau tak nak jumpa dekat luar, esok aku jumpa dia dekat office saja. Terus dia melenting aku chat macam tu hahaha. Dia kata kenapa baru sekarang nak jumpa, then dia kata aku nak apa lagi dengan dia.

Sebab aku sayang dia dan anggap dia macam kakak la aku nak come clean dan jumpa dia. Aku pun nak minta maaf sebab baca personal whatsapp dia. Memang aku tahu tu salah. Tapi salah aku baca whatsapp dia saja, tapi silap dia lagi la da fitnah aku macam – macam dekat Salmah, tipu aku, tik4m belakang aku.

Aku ni dah la rendahkan eg0 aku personal chat dia ajak jumpa, dia pulak buat per4ngai (padahal takut la tu nak face to face dengan aku). Geram aku masa tu, terus aku m4ki dia sedas pastu aku block. M4ki tu aku marah saja la, takde mencarut ke apa.

Fikir balik patutnya aku carutkan aje haha. Sejak tu saja terus bergaul dengan geng lelaki saja. Yang kononnya aku anggap macam abang – abang peIindung aku ni. Rupanya, lagi teruk aku kena dengan diorang. Yang kali ni memang aku kalah sampai almost kena depr3ssion. Ada masa, aku sambung ya.

Sambungan.. Hai, aku ni, Nina. Seperti yang dijanjikan, aku nak share part 2 untuk confession aku berkenaan geng lelaki pulak. Geng lelaki ni terdiri daripada 3 orang lelaki, dan aku sorang perempuan. Aku namakan A, B, dan C saja lah senang.

Semua ni ada umur yang berbeza. A lewat 40-an, B pertengahan 30-an dan C sebaya aku. Aku paling rapat dengan B. untuk pengetahuan semua, geng laki ni semuanya dah kahwin. Selepas aku tahu Siti dan Salmah tik4m belakang aku, aku terus jumpa B kat kantin dan menangis – nangis cerita dekat dia.

B pun tak sangka diorang macam tu sebab B cakap nampak kitorang baik sangat, macam adik beradik. B ni pun cakap tak apa la, tak payah da nak buat baik dengan Siti dan Salmah. Kitorang kan ada (A, B dan C). Aku pun sejuk la sikit hati masa tu.

Kitorang pulak ada group whatsapp besar, yang mana ada dua – dua geng aku dalam tu dan ada lagi sorang lagi lelaki, aku namakan dia D. D ni umurnya late-30 jugak, sama macam B. Lepas A tahu Siti dan Salmah buat aku, terus A post sindir – sindir dalam group whatsapp tu ditujukan dekat Siti dan Salmah.

Siti dan Salmah b3ngang la sebab yang geng laki – laki tu dah tahu. So kitorang terpecah 2. Aku dengan ABC, Siti dan Salmah dengan D. Sejak kejadian tu, aku bawak diri aku macam biasa saja dengan A, B dan C. ABC tu lah kawan baik aku.

Kalau aku kena standby balik lambat, diorang akan temankan aku. Kebetulan kerja aku memang banyak kena berurusan dengan diorang, semua aku buat dengan senang hati. Memang diorang macam abang – abang sangat dengan aku.

Pergi cari makanan sama – sama, pergi factory visit sama – sama. Kena marah bos sama – sama, mengata bos sama – sama haha. Pernah dekat kantin aku dengan A nak order maggi sup, tapi tinggal 1 paket saja. Sanggup A kongsi bahagi 2 dengan aku maggi tu.

Masa tu memang tengah lapar giIa. Diorang pun kalau keluar tak kedekut masing – masing keluar duit. Memang terubat la sikit hati aku, yela diorang cakap diorang abang aku dekat officemate lain. Tapi, lelaki tetap lelaki kan.

Satu hari, D pinjam computer si C. Lepas tu D lupa nak log out whatsapp web dia. D ni jenis pengampu bos, dah alang – alang dia tak log out whatsapp tu kitorang konon nak tahu la apa D cerita buruk pasal staff lain. Ini C yang panggil aku dulu ya.

Bukan aku volunteer nak tengok. Jumpa few things juga termasuk kes aku dengan Siti dan Salmah. Tapi aku malas nak baca sangat. Kemudian C cakap dia nak pergi solat maghrib. Aku pun oke. Masa tu maghrib dah, ramai dah balik.

Yang tinggal cuma aku, C dengan beberapa staff lain. Berbalik pasal whatsapp D, aku rasa tak ada benda menarik, aku nak log out saja lah. Time aku nak log out tu, ting! Satu message masuk dalam satu group whatsapp. Aku pelik, group apa ni?

Sebab dalam group tu Cuma ada A, B, C dan D saja. Keinginan nak tahu tu menjadi – jadi. Aku pun search la nama betul aku (Nina), tak jumpa apa – apa. Aku lega. Apa la paran0id sangat aku ni. Aku pun terus nak logout, tapi aku teringat, aku ada nama panggiIan untuk geng aku ni (Ugi).

Aku pun type lah keyword ‘Ugi’ dekat chat tu dan search. Mengucap panjang aku. Baik A, B, C, D, semuanya cerita Iucah pasal aku. A yang umur dah late-40, aku anggap macam bapak – bapak tu, tergamak dia meIucahkan aku depan kawan – kawan dia.

Dalam tu, memang teruk sangat diorang ‘imagine’ tentang aku. Sampai aku pakai baju warna apa pun boleh diorang kaitkan dengan benda tak elok. Ada yang cakap pasal badan aku, ada yang bercerita lebih dari tu, aku tak sanggup nak cakap.

Ada yang post sticker yang tak patut dan suruh imagine tu aku. Macam – macam lagi pasal aku, seolah – olah aku datang kerja ni meIacur saja depan diorang. Cara aku duduk kerusi, aku sandar, pun boleh dijadikan bahan diorang.

Aku menangis masa baca semua ni. Tergamak diorang jadikan maru4h aku bahan jenaka. Tergamak diorang ‘meIacurkan’ aku dalam group whatsapp. Aku rasa terh1na sangat masa tu. Itu baru dalam group whatsapp ABCD saja.

Then aku scroll ke bawah lagi, aku jumpa DM (direct message) personal B dengan D. Ya Allah, , mesej personal pun boleh meIucahkan aku. Selalu D yang akan mulakan dan B akan sambung – sambung chat tu. Ini B, yang paling aku rapat sekali.

Topik yang diceritakan sama saja macam dalam group whatsapp, tapi lagi teruk. Sampai B boleh cakap dengan D, boleh tak dia panggil aku buat aksi – aksi (tak senonoh) depan diorang. Dan macam – macam lagi sticker aku yang bertudung litup ni diedit – edit dijadikan sticker bahan jenaka diorang.

Patut lah kadang – kadang aku terperasan diorang halakan kamera hdanphone ke aku, tapi bila aku tanya sekor pun tak mengaku. Masa tu percaya kan, tak terfikir langsung diorang akan buat macam, ni. Dalam hati aku, aku memang nak mengadu dekat PM (Project Manager) aku.

Sesiapa kerja site mesti tahu PM ni jawatan yang tinggi dekat workplace. Then time aku scroll, aku nampak lagi satu group whatsapp yang ada D, PM aku, Mr. Wei dan lagi sorang staff. Ya, meIucah pasal aku juga. Walaupun tak seteruk ABCD buat, tapi aku tetap rasa marah.

Macam mana seorang PM boleh ada group whatsapp dengan staff bukan pasal kerja? Macam mana seorang PM boleh terlibat sekali gosip meIucah pasal staff perempuan dia? Sangat tak professional!!! Aku sedih sebab Mr. Wei pun ada dalam tu sekali.

Tapi tiap kali diorang meIucah, Mr Wei tak reply, tak tokok tambah pape pun. Paling tidak dia bagi sticker saja. Aku faham Mr Wei pun dilemma. Tak dilayan, PM tu bos dia. Kalau dilayan, aku pulak macam mana. Tapi ikutkan marah aku, aku tetap marah Mr. Wei.

Bermula dari kawan baik aku, bos aku, semua sama saja macam tu. Jadi, dekat siapa aku nak mengadu? Aku pendam saja perasaan ni sampai lah C datang dekat meja aku lepas dia habis solat maghrib. Muka C berubah lepas dia tahu aku baca semua conversation diorang pasal aku.

C cuma cakap, biasalah geng – geng lelaki ni memang macam ni. Tu saja C cakap. Aku pun macam terkedu tak tahu nak cakap apa. Then aku pun balik rumah. Malam tu aku tak boleh tidur sampai keesokan paginya. Keesokan paginya, aku pergi kerja macam biasa.

Memang aku tak tegur sesiapa dekat tempat kerja. Aku tr4uma. Tudung aku, yang selalunya sekadar tutup d4da, aku labuhkan sampai ke pusat. Pertama kalinya, aku rasa sangat tak selamat dekat tempat duduk aku. Aku terbayangkan diorang curi – curi ambil gambar aku, tengok tubuh badan aku dan sebagainya.

Aku duduk tegak – tegak pun aku rasa serba serbi tak kena. Aku takut. Hari yang sama, aku post satu status whatsapp macam bagi hint, aku set privacy hanya untuk certain orang saje baca. PM aku yang b0doh tak professional tu, dia screensh0t dan forward ke En. Adam (siapa baca first confession tahu lah En. Adam ni siapa).

B0doh kan seorang PM per4ngai macam tu? Aku tahu dia pun gelabah. Kemudian En. Adam call aku dan aku pun ceritakan semua dekat En. Adam. Menangis – nangis aku masa tu dalam kereta. Lepas cerita tu, aku minta En. Adam rahsiakan hal ni termasuklah PM aku sendiri.

En Adam setuju. Mulanya En. Adam offer, dia boleh cakap dengan PD (project director) pasal hal ni. Tapi aku fikir, aku ni ikan bilis saja nak dibandingkan dengan PM aku. Silap – silap aku yang kena berenti kerja (sebab dulu ada kes sama juga dekat tempat lain).

So aku cakap tak ape bos, tak perlu. Kes tutup macam tu saja. Selamat la PM aku. Berkenaan geng lelaki aku 3 orang tu, aku suruh C bagitahu A dan B yang aku dah tahu pasal perbuatan jijik diorang. Lepas tu, senyap. A hantar personal whatsapp dekat aku, dia minta maaf.

Dia kata biasalah lelaki. ‘’Biasalah lelaki’’?? Jadi lelaki tu membolehkan kau dapat tiket meIucah anak d4ra orang ke? Kemudian C post dalam group whatsapp, video P Ramlee nyanyi lagu maafkan kami. Macam tu ke cara kau meminta maaf dekat orang selepas maru4hnya kau pijak – pijak?

Dari chat minta maaf tu pun, nampak sangat sekadar lepaskan tengkuk masing – masing buat syarat minta maaf saja. Langsung tak ada tanda penyesalan. Aku diam. B jumpa aku personal face to face, B minta maaf. Dia pun cakap ‘’lelaki time b0do dia datang memang macam ni,’’

Aku cakap dalam hati ”mesti kau puas hati kan? Yela, kau paling rapat dengan aku, dapat pulak meIucah pasal aku dengan D,”. MeIucah bukan bahan orang lain, tapi bahan kawan kau sendiri yang kau dah anggap adik pulak tu.

Aku membatu saja masa tu. Tapi disebabkan B yang paling aku rapat, aku cakap tak apa saja dekat dia. Kerja aku banyak berurusan dengan dia, jadi aku mengalah saje. Sejak tu aku berubah 360 degree. Aku banyak diam, banyak termenung dan hidup dalam dunia aku sendiri.

3 kali aku buat ujian DASS, aku dapat result aku MDD (maj0r depr3ssive dis0rder). Setiap hari balik kerja aku menangis, aku berharap tolong la sesiapa Ianggar aku. Banyak juga cubaan bawa kereta laju – laju tapi masih tak ada apa – apa.

Beberapa kali Dr psik0logy panggil untuk aku refer ke hospitaI sebab aku dah ada suic1daI thought. Aku tak nak. Sampai satu hari tu aku datang rumah kakak aku, aku tak endahkan pun anak – anak buah aku. Memang aku murung.

Aku rasa benci dengan diri aku. Tengah aku termenung dekat meja makan, aku ingat kakak aku cakap ‘’dik, jangan la jadi giIa,’’ Sayu saja suara dia. Ntah kenapa aku tersentak kakak aku cakap macam tu. Mak ayah aku dah takde, aku anak bongsu dan satu – satunya adik dia, ya mungkin dia risau.

Sejak kakak aku tegur tu baru aku sedar apa yang aku buat ni? Kenapa aku nak siksa diri aku sebab orang lain? Aku nak keluar dari kemurungan ni. Aku ambik inisiatif beli outfit bersukan. Aku beli smartwatch, seluar track, sportshoes.

Petang after work, aku jogging. Beribu lah duit aku habis beli barang – barang tu. Nasib baik masa tu ada I-sinar. Dalam masa terdekat, aku berkongsi cerita ni dekat kawan terdekat dan kakak aku untuk dapatkan moral support daripada diorang.

Aku yang dah lama tinggal tahajjud, aku slow – slow jadikan tahajjud tu amalan aku tiap malam. Siapa sangka, disaat hati aku tengah terIuka, rupanya ada satu ketenangan yang tak dalam hati aku. Aku dapat rasa Allah tu tengah mendengar rintihan aku sepertiga malam masa tu.

Aku tak kisah kalau time tu aku jadi giIa pun, 100% aku serahkan semuanya dekat Allah. Kalau korang ingat beberapa bulan sebelum ni, ada satu issue selebriti yang jadikan r*pe sebagai bahan jenaka, aku pun terpanggil untuk share story aku di twitter.

Ramai yang DM aku bagi moral support, dan mendoakan aku. Kalau korang salah satunya, aku nak ucapkan terima kasih sangat – sangat. Semoga Allah baIas doa korang dengan kebaikan berlipat kali ganda. Dalam banyak – banyak DM tu, ada satu DM perempuan bernama Nur.

Nur cakap dekat aku, dia tersentuh dengan cerita aku dan tanya aku nak kirim doa tak, sebab dia nak ke Mekah. Aku pun minta tolong Nur untuk doakan aku dapat tempat kerja lain. Sepanjang Nur dekat Mekah, dia selalu update aktiviti dia.

Dia kata, dia dah doakan aku dan dia tambah, dia doakan sesiapa yang menganiaya aku tu diberi baIasan setimpal. Terharu aku, Nur dengan aku stranger kot. Tapi dia boleh offer untuk doakan aku dekat tanah suci. Tak sampai sebulan lepas tu, aku terus dapat offer kerja dekat company yang lagi besar.

Masa aku dapat offer call tu, aku rasa macam dalam mimpi sangat. Jatuh air mata aku. Setahun aku job hvnting, akhirnya Allah makbulkan doa aku, doa Nur. Aku DM semula Nur dekat twitter, aku cakap mungkin berkat doa dia juga, Nur pun menangis dia kata.

Last day aku kerja, aku jumpa semua orang termasuk Siti untuk mohon maaf semua benda. Aku nak pergi dengan 0 – 0. Sekarang, aku dah bebas dari company t0xic tu. Dan syukur alhamdulillah, kerja dan officemate sekarang semuanya professional tak ada yang perv3rt – perv3rt macam tempat lama aku.

Office lama aku, budak perempuan dah ramai dan melalui story officemate lama aku, diorang happy sangat. Tapi diorang tak tahu, lelaki – lelaki perv3rt tu masih lagi di situ, semestinya masih memerhati. Biar lah diorang tak tahu, dari life diorang hampir musn4h macam aku.

Aku happy tengok diorang happy, tapi semestinya aku takkan kembali. Jejakkan kaki di situ pun aku tak mahu. PM aku? Sampai sekarang almost every morning chat aku. Macam mer0yan pun ada, cakap benda merapu pasal kucing la, dia send video – video tiktok la.. Aku baru saja block dia.

Mr Wei, sampai ke hari ni aku still lagi contact dengan dia. A,B,C,D, Siti, Salmah, semua aku dah buang contact numbernya. Aku dah tak nak tahu lagi pasal diorang. Aku masih berbuat baik, hari tu pun aku bagi saja no contact HR company aku kerja sekarang untuk Siti cari kerja lain.

Dia mintak, aku bagi saja lah. Sekarang aku masih lagi single, dan aku sedang lagi mencari Mr right. Setiap kali aku keluar dengan lelaki, aku akan ceritakan pengalaman s3xuaI jokes tu sebagai pihak ketiga. Rata – rata lelaki yang aku keluar, semuanya cakap tu benda biasa.

Siap ada yang aku tanya, awak pun bahan kawan awak ke dan sadly dia cakap ya. Yes for you, but a big no for me. Lelaki yang meIucah ni, adalah lelaki yang tak hormat perempuan. Mungkin dia tak akan buat s3xuaI jokes pasal isteri dia, tapi dia akan buat s3xuaI jokes pasal isteri orang lain, mungkin adik kita, mungkin kakak kita.

Tanpa segan silu. Jatuh air muka isteri kalau tahu per4ngai suami korang semua macam ni. Ikutkan banyak lagi benda yang jadi, Siti apikan aku dengan bini C, aku kena ser4ng dengan bini C, aku kena s3xuaI har4ssment dengan B.

Tapi cukup lah sampai sini saja penceritaan aku. Yang penting aku dah ambil 1001 pengajaran dari tempat kerja tu dan sifat kenaifan aku dengan lelaki. Kawan kerja is kawan kerja. Dan aku takkan ambil tahu lagi apa yang orang fikir, dan bercakap tentang aku. 2 kali aku tewas dengan kebenaran. Cukuplah. I’d rather be comforted with a lie than to be hvrt with the truth. – Nina (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.